MrsPipDotCom: Blogging & Media Social
News Update
Loading...
Showing posts with label Blogging & Media Social. Show all posts
Showing posts with label Blogging & Media Social. Show all posts

Thursday, 18 June 2020

Tips Atasi Masalah Blog Re-Directs Ke Laman Web Meragukan (Malicious Website)

Tips Atasi Masalah Blog Re-Directs Ke Laman Web Meragukan (Malicious Website)

hi semua, beberapa waktu lalu, mrs pip ada menulis mengenai 14 sebab punca trafik blog menurun. Dan di antara salah satu sebabnya ialah mungkinkah blog berjaya dihack sehingga sering re-directs ke laman web perjudian sehingga ramai yang merasakan tertipu setiap kali buka blog mrs pip. 

Well, tiada sesiapa yang mahu melawat laman web yang meragukan, apatah lagi laman web tersebut merupakan laman web perjudian mahupun mengandungi X-Rated web.

Tips Atasi Masalah Blog Re-Directs Ke Laman Web Meragukan (Malicious Website)

Sangat menyakitkan hati setiap kali buka blog sendiri, sering dibawa ke pautan yang tidak sepatutnya. Mrs Pip ada meluahkan masalah kepada seorang blogger otai yang nampaknya sudah agak lama tidak menulis di blog, namun masih sudi berikan pendapat mengenai masalah blog mrs pip.

Dan selain itu, ada juga blogger lain yang berikan pendapat mengikut pengalaman yang mereka pernah lalui berkaitan blog re-directs ke laman web yang meragukan (malicious website).

Sekadar berkongsi dengan kamu semua, manalah tahu ada di antara blogger sekalian yang juga mengalami masalah yang sama seperti apa yang mrs pip lalui.

Hish, buat apalah mau hack blog mrs pip ni, masih lagi merangkak untuk perbaiki blog. Masih lagi belum mampu untuk monetizekan blog sepenuhnya.

Tapi sebelum itu, mrs pip google cari 3rd party website yang boleh bantu periksa status blog, manatau ada masalah malware ataupun memang ada masalah lain seperti DNS Hijacking (ceh, macamlah blog ni nilainya juta-juta ringgit sampai ada yang mahu hijack).

Tips Atasi Masalah Blog Re-Directs Ke Laman Web Meragukan (Malicious Website)


mrs pip guna laman web https://sitecheck.sucuri.net/results/www.mrspip.com  untuk ambil tahu status blog. Dan nampak keputusan scanning mengatakan tiada malware detected, tiada injected spam detected, mahupun defacement (kecacatan) detected. 

Tapi untuk website blacklist statust, McAfee dah blacklist domain mrs pip katanya tidak selamat untuk dilawati. Tapi kita chill chill sajalah.

Tips Atasi Masalah Blog Re-Directs Ke Laman Web Meragukan (Malicious Website)

Manakala kalau menggunakan https://transparencyreport.google.com/ , nampaknya blog mrs pip ni aman untuk dikunjungi. Jadi, tiada masalah malware atau spam dan sewaktu dengannya untuk blog mrs pip. 


Ikut Cakap Pakar Cik Google Transperancy Report
bahawa blog ini nyaman untuk dikunjungi.
yeah.

Dan ini apa yang mrs pip lakukan, mengikut nasihat mereka yang berpengalaman dan juga nasihat nasihat mereka yang banyak menulis mengenai keselamatan laman web :-

  • Buang widgets / plugins luar - Paling senang, kita cuba cuba dulu buang semua external widgets mahupun plugins yang ada di blog. Manalah tahu widgets dan plugins diskripkan dengan arahan untuk re-directs ke laman web lain tanpa pengetahuan kita, melainkan kamu memang faham baca skrip programming untuk widgets/plugins yang kamu install.
  • Buang mana-mana skrip (e.g. javascripts) yang kamu rasa suspicious. Sekali lagi, mrs pip ndak reti baca bahasa programming ni. Tapi, sangat kebetulan sewaktu mrs pip periksa link blog di Google Search Console, ada satu skrip tu menghalang untuk Googlebot masuk crawl ke blog.
Makanya, mrs pip pigi delete sajalah javascripts tersebut. Kemudian baru teringat yang skrip ni dulu blogger otai yang sorang lagi pernah suruh delete tapi terlupa sekian lama.
  • Tukar password blog. 
  • Buat laporan ke service provider yang sediakan domain. Macam mrs pip guna NetKL untuk beli domain, maka minta NetKL tolong tengok-tengokkan kalau-kalau ada percubaan untuk DNS Hijack.
NetKL menyatakan tidak mungkin ada DNS Hijack memandangkan sekuriti Blogger.Com agak kuat. NetKL menyarankan untuk membuang widgets dan plugins dan hanya re-install setelah masalah selesai. Dan juga mungkin perlu tukar theme kerana theme yang digunakan bermasalah.
  • Ada seorang blogger bagitau, kena re-install semula template yang kita guna. Fuh! mrs pip mana pandai mau edit edit template. Lagi-lagi mau cari template sebelum ni yang mrs pip guna. Alahai. Dahlah template yang mrs pip guna sekarang ni template beli, rasa macam rugi pula untuk tukar balik template lama tu. 

Jadi, mrs pip buang widget / plugins, buang javascripts seperti yang dinyatakan di #2, dan tukar password blog. Untuk tukar theme / template ni, nantilah dulu. Kita hold tengok macam mana.

Harap-harap selesailah masalah re-directs ke laman web meragukan ni. Biasanya blog akan re-directs ke CDNGATEAWAY.NET ! hiks. Lepas tu beberapa saat kemudian akan masuk laman web perjudianlah, pengiklananlah, dan gaminglah ... aiyo.

Beberapa hari ni, nampaknya masalah re-directs ni dah settle, tapi entahlah sama ada betul-betul selesai ataupun akan datang balik. Harap-harap settled sepenuhnya.

Lepas ni , nak try pula mansuhkan broken link pada page / artikel. Untuk hapus broken link pada user profile di bahagian komen, part ni kena cari jalan lain pula. Takkan nak delete semua user profile yang komen di blog kan.

Apapun, semoga blog kembali sihat seperti sediakala.

Thanks for reading, semoga bermanfaat.

cheers.

Wednesday, 10 June 2020

Ketahui 14 Sebab Atau Punca Kenapa Trafik Blog Menurun

Ketahui 14 Sebab Atau Punca Kenapa Trafik Blog Menurun

hi semua, Ketahui 14 Sebab Atau Punca Kenapa Trafik Blog Menurun  || artikel kali ini mrs pip ingin share tentang faktor trafik blog menurun. Mungkin sudah ramai yang tahu apa yang menyebabkan sesebuah blog itu kehilangan pageviews, namun mungkin saja ada di antara kita yang tidak tahu kenapa blog kita mengalami kehilangan trafik secara tiba-tiba. 

Terus terang, melihat kehilangan trafik pada blog yang selama ini trafiknya nampak elok, sangatlah mendukacitakan bagi seorang blogger. 

Banyak usaha , kerja keras, masa, tenaga, idea yang dicurahkan untuk membangunkan blog tersebut, namun semuanya terasa seperti sia-sia apabila statistik blog hari demi hari kelihatan menurun, sehingga merasakan ada baiknya untuk menutup sahaja blog kerana rasa kecewa.

Blog mrs pip sedang mengalami penurunan trafik / pageviews secara tiba-tiba, tidak diketahui punca sebenar. Pada sekitar pertengahan tahun lepas ketika Google menukar algoritmanya, blog ini juga tidak terkecuali terkena tempiasnya, dan sekali lagi sekitar minggu terakhir bulan Mei tahun ini, blog mengalami penurunan trafik yang sangat ketara!

Ketahui 14 Sebab Atau Punca Kenapa Trafik Blog Menurun

Jadi, ayuh kita rungkai antara faktor yang mungkin menyebabkan masalah penurunan trafik di blog, dan ada diantara sebab-sebab trafik blog turun tidak pernah diketahui oleh mrs pip pun sebelum ini.

14 Sebab Kenapa Trafik Blog 
Menurun / Merosot


1. Bilangan konten diblog yang sedikit / tidak berkualiti

Untuk blog yang masih baru, di mana kontennya sangat sedikit , misalnya kurang daripada 10 artikel, mungkin saja trafiknya berkurangan. Tidak dinafikan, blog yang mempunyai konten yang banyak lebih mudah mendapat trafik berbanding konten yang sedikit.

Namun tidak semua blog yang mempunyai konten yang sedikit, maka trafiknya juga sedikit, kerana ada blog yang menulis dengan konten yang baik mampu meraih trafik yang tinggi walaupun bilangan kontennya masih sedikit.

Untuk blog mrs pip, konten blog sudah boleh dikira banyak memandangkan blog menyediakan artikel baru dan artikel lama dikemaskini, dan blog ini sudahpun memasuki usia 5 tahun, selain mrs pip sendiri mula memperbaiki cara penulisan artikel sekitar penghujung tahun 2018. 

Adakah blog ini tidak menyediakan konten-konten yang berkualiti sehingga trafik jatuh merudum?


2. Jarang update artikel

Trafik blog boleh menurun apabila blogger jarang mengupdate artikel di blog. Pelawat setia mungkin merasakan blog sudah dibiarkan lalu mereka beralih ke blog yang lain. Trafik blog mungkin boleh sustain kalau artikel blog ditulis dengan isi-isi yang evergreen yang sentiasa menjadi bahan carian di search engine, namun agak mustahil untuk menulis semua artikel berbaur evergreen kan?


3. Jarang mempromosikan artikel blog

Biasanya, ramai blogger yang berkongsi kemaskini artikel terbaru blog mereka di media sosial dan kebiasaannya perkongsian dibuat di Group Facebook atau Facebook Page persendirian. 

Tapi tidak semua yang rajin untuk mempromosikan artikel blog kerana kekangan masa untuk melakukannya secara manual, dan ada sesetengah blogger yang blognya tersekat daripada dibenarkan dikongsi di Facebook.

Selain itu, bagi blog yang kurang popular seperti blog mrs pip sendiri, untuk mengharapkan organic traffic daripada search engine agak sukar, dan perlu bersaing dengan blog yang mantap dari segi penulisan SEO dan blog ranking, jadi perkongsian URL artikel di media sosial misalnya mampu membantu sedikit sebanyak kenaikan trafik blog.

Boleh guna IFTTT untuk auto publish artikel blog di Twitter dan FB Page. Baca artikel yang mrs pip pernah tulis sebelum ini mengenai IFTTT menghubungkan blog dan media sosial dengan mudah.


4.Penggunaan SEO yang tidak tepat / salah

Bercerita mengenai SEO, ianya ilmu blogging yang sangat panjang untuk dihuraikan. Nampak seperti mudah untuk menerapkan SEO, namun kalau tersilap langkah dalam penggunaan, maka boleh menjatuhkan trafik pada sesebuah blog.

Ada beberapa perkara SEO yang harus difahami dengan baik seperti SEO on pages, SEO off pages, White Hat SEO, Black Hat SEO, Grey Hat SEO. 

SEO yang baik pada sesebuah blog mampu disukai oleh search engine, jadi blog lebih mudah kelihatan pada halaman utama search engine.

Jangan memanipulasikan SEO kerana risau blog dikenakan penalti / sandbox oleh Google.


5. Perubahan pada algoritma Google

Tidak dapat dinafikan, Google sentiasa mengubah algoritmanya , sama ada perubahannya dilakukan secara kecil-kecilan mahupun drastik. Dan mengikut apa yang mrs pip baca, Google mengubah algo-nya sehingga mencecah ribuan kali dalam setahun!

Agak sukar untuk kita catch-up dengan penukaran algo Google, dan seperti biasa Google akan menasihati pemilik laman web untuk sentiasa memperbaiki konten masing-masing.


6. Mengganti template blog / menukar domain

Mengganti template dikatakan boleh membuatkan trafik blog menurun, kerana pada waktu template ditukar, robot (seperti Googlebot misalnya) sedang mengambil masa untuk crawl template terkini, kerana mungkin ada perubahan arahan crawling antara template lama dan template baru, begitu juga dengan menukar domain baru, ianya mengambil sedikit masa untuk diindex.

Menggantikan template terbaru, disarankan menggunakan template yang responsive dan user friendly, punya struktur meta-tag yang baik. Dan ada yang menyarankan untuk menggunakan template premium yang berkualiti.

Tapi, tidak semua blogger bijak untuk memilih dan memahami apa itu template berkualiti, responsive lagi friendly kan. Ada yang berkongsi pengalaman membeli template premium yang memenuhi kriteria di atas, namun terpaksa menukar ke template percuma kerana masalah trafik semakin menurun dengan template premium. Adakah kerana alasan meta-tag yang tidak baik?

Hurm, adakah ini salah satu kenapa blog mrs pip mengalami penurunan trafik kerana menukar template  kepada yang premium yang dikatakan mesra SEO dan Adsense? 

Dalam membangunkan sesebuah blog, kenalah berani mencuba melakukan perubahan. Sekiranya blog mrs pip masih tidak mampu memperbaiki trafik blog dalam masa 3 bulan ini, mungkin mrs pip kembali saja ke template percuma yang disediakan blogger!
 

7. Penggunaan keyword yang berlebihan

Pemilihan keyword perlulah sesuai dengan tajuk yang ingin disampaikan, dan haruslah memilih keyword yang betul.

Ada banyak cara untuk mencari keyword yang sesuai di dalam penggunaan sesebuah artikel, dan mrs pip pun baru tahu teknik pemilihan keyword dan pantang larang penggunaan keyword selepas membaca blog pakar SEO seperti blog Neil Patel, Ahrefs, dan Wordstream.

Jangan menggunakan kata kunci yang berulang ulang (stuffing keywords) sehingga menyusahkan search engine untuk memahami artikel blog dan merasakan artikel tersebut adalah spam. 


8. Tidak menghantar / salah hantar URL blog untuk diindeks oleh Webmaster

Rasanya sudah ramai yang tahu mengenai Google Search Console dan kepentingannya dalam memberitahu pembangun blog sekiranya laman web mereka mempunyai masalah untuk diindex oleh search engine.

Selain Google Search Console, boleh juga hantar link blog ke Webmaster yang lain seperti Yahoo Webmaster dan Bing Webmaster.

Dan jangan lupa untuk mengindex sitemap blog secara berkala untuk memastikan search engine tidak terlepas pandang daripada mengindex isi kandungan blog anda.


9. Terdapat broken link pada blog & invalid offer link

Broken link pada blog juga boleh menyebabkan penurunan trafik blog kerana tautan yang ada pada blog tidak lagi valid menyebabkan Google akan triggered yang blog mungkin sudah lama terbiar / tidak lagi berfungsi.

Ada banyak sebab bagaimana broken link boleh terjadi pada blog, antaranya

  • user profile di ruang komen tidak lagi valid
  • live link yang ditinggalkan di ruang komen oleh para pengkomen tidak lagi wujud
  • link artikel yang sudah terhapus / not found 404
  • link telah diprivatekan 
  • dan banyak lagi sebab berlakunya broken link

Penggunaan offer link yang banyak dengan memautkan 'URL keluar' akan membebankan kualiti blog dan sekiranya anda meletakkan offer link, pastikan anda menyambung kepada link yang berkualiti dan boleh dipercayai. 


10. Komen Spam

Fuh, berderet komen berbaur spam yang blog mrs pip pernah terima, dan semuanya mrs pip tidak publish, malah dipadam terus untuk mengelakkan masalah risiko pelawat lain dari ter-klik komen spam yang akan membawa mereka ke laman web yang tidak elok.

Selain itu, Google sendiri tidak suka sebarang aktiviti spam diblog dan boleh menyebabkan trafik merosot jika dikesan.


11. Loading blog yang lambat

Ini sangat straight forward. Kalau loading blog lambat , maka kita boleh kehilangan pengunjung. Zaman sekarang ni, semua mau cepat. Kalau lambat loading, sesaat dua saja terus blog kita dipangkah pengunjung. Malas mahu tunggu loading lama-lama kan.

Jadi, apakah blog mrs pip ni loading lembab atau cepat pada kelajuan internet yang maksima? Kena tanya pengunjung blog ni. Cuba kamu komen sikit dulu blog ni laju atau lembap?


12.  Memasang terlalu banyak iklan

Kalau pasang iklan, biarlah berpada-pada. Jangan pasang iklan yang terlalu banyak sehingga mengganggu pembacaan pelawat blog.

Syiok membaca artikel, tiba-tiba ada gangguan iklan sama ada pop-up mahupun iklan bersepah-sepah dalam satu-satu artikel. Selain itu, kalau kebetulan keluar iklan yang sakitkan mata , x-Rated misalnya, nah terus ditutup laman web oleh pengunjung kan .


13. Tidak menggunakan HTTPS

HTTP dan HTTPS kelihatan seperti tidak ada perbezaan namun dari segi keselamatan, dan keamanan, maka website lebih baik berlalih menggunakan HTTPS.

Dikatakan penggunaan HTTPS lebih selamat kerana mempunyai SSL (Secure Socket Layer) agar komunikasi melalui pelayar web seperti Chrome dan Fox dengan laman web dirahsiakan, encrypted untuk keselamatan penggodam.

Kerana ianya lebih selamat, maka boleh menarik trafik ke blog yang menggunakan HTTPS, tetapi mrs pip tertanya-tanya adakah HTTPS mampu menghalang laman web untuk dihack dan di re-directs ke laman web yang lain seperti ke laman web perjudian misalnya?


14. Laman web kena HACK?

Yes, seriously blog mrs pip rasanya di hack oleh penggodam yang tidak bertanggungjawab! Ada beberapa info yang mrs pip dapat, cara blog dihack adalah apabila URL Blog ada ketikanya akan diarah ke laman web yang kita sendiri tidak pernah tahu dan kenal!

Pengalaman mrs pip apabila blog secara tidak semena-mena di re-directs ke laman CDNGATEAWAY.NET, dan selang beberapa saat kemudian, CDNGATEAWAY ini akan membuka laman web perjudian, atau laman web spam iklan Celcom misalnya.

Ada kenalan mrs pip yang memberitahu apabila mereka membuka blog ini, mereka akan mendapat notifikasi bahawa blog ini mengandungi TROJAN! 

Sebelum ini, mrs pip mengunakan template percuma dari 3rd party dan mungkin juga template tersebut mengandungi script yang membenarkan blog di spam / di hack / ada malware dan sebagainya.

Untuk plugin pula, mrs pip pernah menggunakan 3rd party plugin untuk meletakkan link gambar instagram di blog, dan kemungkinan juga ada script yang tidak sepatutnya disertakan.

Untuk iklan pula, mrs pip tidak pernah meletakkan sebarang iklan lain melainkan iklan adsense di blog.

Dan buat masa sekarang, agak sukar untuk mrs pip kenal pasti bagaimana blog terkena hack. 

Menurut seorang blogger otai yang mrs pip tanya (sudah agak lama blogger ini tidak menulis di blog) mengenai kejadian pelik blog yang secara tiba-tiba boleh redirects ke laman web yang tidak seharusnya, dia menasihati untuk menukar kata laluan blog (password) , dan melaporkan hal tersebut ke hosting provider.

Memandangkan hosting provider ialah Blogger (aka Google), jadi mungkin saja mrs pip akan membuat aduan /pertanyaan ke blogger community dalam masa yang terdekat.

Selain itu,  disebabkan redirects pelik ini juga memungkinkan kenapa URL blog mrs pip disekat oleh Facebook dan Instagram.

Tiada sesiapa yang berminat untuk rasa ditipu apabila laman web yang ingin dibuka tiba-tiba bertukar ke laman web yang meragukan.

Kalau dilihat di statistik dashboard blogger, Google seakan-akan tidak crawl blog mrs pip dan kebanyakkan trafik (top referrers) yang datang adalah dari tempat lain yang tidak dinyatakan sumbernya.

Kalau mengikut pemeriksaan di Google Developer, blog kelihatan tidak bermasalah, namun tidak kalau diperiksa dilaman web yang menyediakan pemerikasaan anti spamming / malware, blog menerima amaran tidak selamat untuk dikunjungi.

Pada saat artikel ini ditulis, mrs pip sudah pun menukar password blog seperti yang disarankan, dan menggunakan 2 step verification untuk login ke akaun Google, selain menukar email back up yang baru.

Kalau ada sesiapa yang ada maklumat bagaimana untuk hilangkan redirects merapu CDNGATEAWAY tu, tolong bagitau / share dengan mrs pip ya.

Doakan blog mrs pip kembali pulih seperti sediakala dan semoga trafik meroket dengan baik, amin.

Semoga entry ini memberi manfaat untuk semua.

cheers.

Thursday, 21 May 2020

Tutorial Buat Bloglist Boleh Scroll Up & Down

Tutorial Buat Bloglist Boleh Scroll Up & Down

hi there, mrs pip tukar template blog, dan bila tukar template maka bloglist pun hilang. Masalah pula timbul mrs pip tidak tahu macam mana mau buat bloglist baru boleh scroll up and down. Sebelum ni blog diedit oleh designer blog , siap-siap minta bloglist tu boleh scroll up and down. Tapi hari tu time tukar template, terlupa pula minta agar bloglist yang ada di blog dikekalkan ...

Tapi tidak mengapa, benda-benda edit simple seperti ini, mesti ramai yang tahu macam mana nak edit-edit kan, so bila tanya geng biters, maka blogger MF yang edit template terbaru mrs pip ni share coding dari blog Lyssa Secret.

Tutorial Buat Bloglist Boleh Scroll Up & Down
Tutorial Buat Bloglist Boleh Scroll Up & Down

Terima kasih MF sharekan coding mudah ini, dan terima kasih Lyssa kerana rajin buat tutorial untuk blogger lain guna. So kita tepeklah di sini coding yang diberikan tu untuk rujukan di masa akan datang, dan manalah tahu ada blogger lain yang perlukan tutorial buat bloglist boleh scroll up & down ni, maka korang pun boleh rujuk kat sini ya. 



Tutorial Buat Bloglist Boleh Scroll Up & Down
Tutorial Buat Bloglist Boleh Scroll Up & Down

Kalau korang tengok cara yang dikongsi oleh Lyssa, memang senang sangat. Korang hanya perlu masuk ke blog, dan klik Theme, lepas tu klik Edit HTML.

Lepas dah klik Edit HTML, pastikan korang jumpa "Jump To Widget"

Lepas tu scroll cari Bloglist

Macam mrs pip cuma ada 1 sahaja senarai bloglist di blog, jadi mrs pip klik "BlogList1"

Lepas dah jumpa Bloglist1, korang klik ya, then korang mesti akan jumpa coding <div class='widget-content'>

Tutorial Buat Bloglist Boleh Scroll Up & Down
Tutorial Buat Bloglist Boleh Scroll Up & Down

once korang dah jumpa coding <div class='widget-content'> , korang ganti dengan coding yang disarankan oleh Lyssa seperti gambar di atas tu ...

Masukkan coding ni tau:-

<div class='widget-content'
style='overflow:auto;width:ancho;
height:200px;'>

Untuk saiz height blog mrs pip, 200px tu mrs pip ganti dengan 400px , then baru nampak ok. Depends dengan blog korang nak guna tinggi height bloglist tu berapa banyak. Korang cuba dulu dengan 200, kemudian 400, kemudian 600 , tengok mana yang ok dengan blog korang.

Dan sebelum korang SAVE theme korang tu lepas perubahan, pastikan korang PREVIEW THEME dulu, tengok ok atau tidak ... kalau dah OK, baru save ya.

Selamat mencuba.

cheers.

Friday, 3 April 2020

25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow

25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow

hi semua, ini adalah entry khas mari kenali 25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang awesome. Di Malaysia ini, ada ramai blogger yang menulis blog dengan niche mommy blogger, dan untuk entry khas kali ini, mrs pip nak ajak anda semua untuk kenal antara mommy blogger yang berada di Malaysia. Mungkin ada yang anda familiar sangat dengan blog mereka, dan mungkin juga ada yang anda baru sahaja kenali di dalam list yang mrs pip senaraikan di bawah ini. 

Seperti Mrs Pip sendiri, juga lebih menggunakan niche mommy blogger dalam penulisan blog. Pada awal blog mrs pip dibangunkan, mrs pip lebih banyak berkongsi mengenai hal anak-anak mrs pip dan perkembangan tumbuh besar mereka, namun seiring dengan perjalanan blog, sedikit demi sedikit blog mrs pip juga berkembang selain menulis hal anak-anak, mrs pip juga menulis antaranya product review, info, tips, dan resipi mudah.

25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow
25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow


Antara niche blog yang menjadi kesukaan mrs pip untuk dibaca semestinya niche mommy blogger kerana ianya memberikan mrs pip satu sokongan dalam mrs pip belajar selok-belok menjadi seorang mommy. Sebenarnya, banyak sangat perkara motherhood yang mrs pip tidak tahu , dan salah satu cara untuk mendapatkan informasi, nasihat, panduan ialah melalui pembacaan perkongsian mommy / parenting blogs.

Di sini, mrs pip senaraikan 25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow kerana meraka semua menulis hal-hal yang berkaitan dengan motherhood berdasarkan pengalaman mereka, a real story from a real mommy gitu. Selain tu, mereka juga banyak berkongsi hal-hal lain seperti ilmu blogging, resepi resepi menarik untuk dicuba, food hunting, travels, phone photography, diet, dan banyak lagi.

1. Siti Awadah 

25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow
25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow
(Korang nak belajar banyak ilmu blogging? 
Meh join komuniti BITERS. 
Sis Hawa ni founder Bite With You, 
kelas kelas blogging dia BEST!)

blog sis hawa ni dah lama mrs pip follow. I follow blog sis hawa ni antara sebabnya ialah dia suka menulis secara bercerita, rasa macam baca novel pula. haha, teringat kisah bagaimana dia dan suami bertemu lalu bercinta dan kawin. yang seronok baca entry dia tu penuh dengan suspens, buat kita berteka teki apalah ending cerita dia. tapi of course la happy ending :))


2. Noor Azlina Mohd Ali

25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow
25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow

Blog Azlina ni cerita pasal beauty dan lifestyle. So of course lah banyak share tentang hal-hal kecantikan dan review beauty product. Selain tu, ada juga resepi dan motivasi. Hah, nak buat roti paung, bolehlah tengok resepi yang dia share kat blog dia ... so bila I nak buat roti paung ni? 


3. Khalisah Azrina

25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow
25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow

Lisa ni seorang ibu dengan dua cahaya mata, merupakan work from home mom. Fuh, mencabar juga ni kalau work from home mom. Mana nak buat kerja mana nak jaga anak. Yang nak cari idea untuk makanan bayi di bawah 1 tahun, bolehlah tengok blog Lisa ni.


4. Mimi Azirah

25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow
25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow

Blog Mimi ni sweet dan minimalist. White and pink T_T Eh, ada resepi kuah kacang senang nak buat, menarik ni , boleh cuba buat nextime bila cukup bahan di dapur mrs pip. Dan yang suka makan pizza dan stay di Petaling Jaya, bolehlah baca entry kat blog Mimi tentang 5 tempat makan dengan menu pizza menarik di PJ. 


5. Fadzi Razak

25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow
25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow
Blog Fadzi ni menariknya kerana share informasi yang berguna buat stay at home mom seperti mrs pip, contohnya dia share 10 channel youtube memasak paling femes di Malaysia. Dia juga ada share idea nak buat duit semasa Covid19 ni, dan juga senarai kelas phone photography online. Bagus juga masuk kelas sebegini, boleh self improvement diri sendiri.


6. Azlinda Alin

25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow
25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow

Blog Alin ni tersenarai sebagai top 20 Malaysian Parenting Blogs 2018 dan juga Top 20 Bloggers 2020 Edarabia. Wow sangat. Dan korang yang tak tahu macam mana nak daftar i-EPF online , boleh check blog Alin, dia bagi step by step guideline senang nak follow. Korang dah apply i-lestari untuk keluarkan KWSP maksimum RM500 sebulan tak? 

7. Maria Firdz

25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow
25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow

blog Maria ni blog otai bagi mrs pip. banyak sangat info dan tips menarik dalam blog Maria ni, dan biasanya kalau mrs pip down, mrs pip suka baca blog Maria, cari entry entry nasihat gitu. Dan Maria ni seorang cikgu, dan mempunyai 4 orang anak. 


8. Hafiza AizZawa

25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow
25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow

mommy yang sukakakn hello kitty. dah 9 tahun berblogging. semoga mrs pip pun mampu berblogging lama macam Fiza ni. nak baca review hotel, boleh terjah blog fiza tau.


9. Shalimar Mohd Yusuf

25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow
25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow

Mommy blogger yang berasal dari Terengganu yang kini menetap di Perak. Kalau korang perlukan maklumat antidadah, boleh dapatkan perkongsian informasi di blog Shalimar ni since ianya berkait rapat dengan pekerjaan Shalimar.

10. Nurul Sakinah

25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow
25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow

seorang mommy blogger yang dengarnya sedang mengandung. correct me if I am wrong :) ... semoga melalui tempoh kehamilan yang penuh kegembiraan. eh preggy mommy mesti selalu happy tau. no stress stress no matter what. Nak tahu hal hal berkaitan beauty , travel dan parenting , boleh baca perkongsian Kinah di blog dia.


11. Siti Rohaida Yusof

25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow
25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow

mrs pip kenal Siti Rohaida atau lebih biasa panggil dia Umi kerana Umi ini bisnes Bahan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, dan mrs pip pula suka beli buku buku untuk anak-anak, so terjebak lah juga beli buku dan jual buku seperti Umi ni.

Kalau korang nak tengok apa yang Umi jual, korang pergi blog Umi dan klik My Litto Shop. Ataupun since Umi lebih aktif update info My Litto Shop ni di facebook page dia, so better korang terjah FB Page My Litto Shop ok.


12. Afizah Abd Rahman

25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow
25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow

seorang ibu yang bekerjaya memiliki empat orang cahayamata. Fiza banyak kongsi tips parenting, resipi dan info menarik di blog dia seperti senarai susu yang selamat untuk anak, bagaimana nak pakai face mask yang betul, resepi Japanese cotton cheesecake dan banyak lagi. Ok serius ni, bilalah mrs pip mau try buat sendiri Japanese cotton cheesecake yang sedap tu? Nak buat nnt, I godek resipi Fiza, muehehe.

13. Cahaya Hayati

25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow
25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow

Blog Yati ni share banyak info menarik , antaranya blogging tips yang mrs pip suka baca seperti macam mana nak naikkan engagement di media sosial , cara naikkan RPM Adsense dan langkah langkah nak jadi ghost writer.


14. Shahada Fauzi

25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow
25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow

Sha ni blogger Pulau Pinang, dan dia pun ada bisnes online juga. Nak tahu dia bisnes apa, kenalah terjah blog dia. Perlukan servis designing, bolehlah cari Sha ni tau, dah 8 tahun dia bisnes bagi servis designing. Dan jeng-jeng-jeng, dia pun bekas pelajar UMS! woha, kita satu Sekolah / Fakulti, tapi kak pip habis study tahun 2002.

15. Izarra Qistina


mrs pip masuk blog Ummi Zarra, nampak gambar Ummi ni, wah ada iras-iras si cantik manis Noraniza Idris lah ... monolog tanpa suara katanya, nak baca info menarik, korang terjah blog Ummi Zarra. Nak baca info sihat seperti makan kicap parut boleh jadi hitam , kena baca entry menarik ummi ni tau.

16. Chinta Artie

25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow
25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow

KG ni mrs pip kenal coz kami sama-sama Sabahan Blogger kan. Tak pernah lagi bersua muka dengan KG ni, ada rezeki nanti kita bersua muka ya KG. KG kerja dengan Taman-Taman Sabah kalau tak silap, dan memiliki dua cahaya mata dan beliau berasal dari Daerah Ranau.

17. Eswati Azni Jaafar

25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow
25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow

serius, ni 1st time mrs pip kenal blog Azni. Tak pernah singgah blog Azni sebelum ni. So happy lah kan bila dapat kenal lebih ramai mommy blogger di Malaysia ni. Boleh tambah circle mommy tribe dan dapat lebih banyak info menarik tentang parenting atau motherhood.



18. Noor Liza

25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow
25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow
blog Liez ni banyak perkongsian menarik. Dah dinamakan blog mak mak kan, so haruslah ada cerita tentang anak-anak, tentang parenting, dan mestilah terselit cerita review product juga. Nak tengok Liez buat vanity mirror , pergi terjah blog dia ... baru tau bukan susah pun nak buat vanity mirror jimat kos ni, thanks share Liez.


19. Fuzy Rahamah Hamid

25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow
25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow

blog I am Fuzy atau mrs pip lebih suka panggil Umi ni antara blog yang awal mrs pip suka baca waktu mula mula berblogging dulu. Umi ada 6 kiddos kan so mestilah banyak ilmu motherhood , dan selain tu dalam blog Umi juga banyak review menarik. Dan Umi pun penggemar novel dan salah satu penulis novel yang Umi suka ialah Lynn Dayana , dan serius korang yang suka baca novel melayu tu, boleh layan hasil karya Lynn Dayana juga tau.

gosh! banyak lagi novel yang mrs pip beli tapi belum sempat habiskan bacaan. bila nak continue baca ni? hope Lynn Dayana ada novel terbaru, dah lama tak beli novel dia T_T

20. Aida Hanafiah

25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow
25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow

Blog Aida ni dah lama mrs pip follow since dia continue study sampailah dia dah grade PhD. Suka baca pasal Ijat kat blog dia .. haha, korang kenal tak siapa Ijat tu? Yang suka baca blog Aida ni mesti kenal Ijat dalam blog Aida. Dah besar pun Ijat.

Blog Aida banyak share resipi, banyak share info dan tips juga lifestyle sebagai mommy. Dah nama pun blog mak mak kan, haruslah ada entry motherhood moments dalam blog :)


21. Shamiera Osment

25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow
25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow

Blog yang berbahasa Inggeris. Banyak juga perkongsian mengenai product review dan events. So nak baca something different bolehlah layan blog Ami. Blog dia simple jak tau, minimalist gitu.

22. Alia Farhan Said

25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow
25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow

masuk blog Alia ni , wow banya resipi menarik , lepas tu gambar gambar semua cun! I baca blog atau baca majalah ni? Hah, itulah impression mrs pip. Resipi semua best. NI yang nak buat kita semangat nak memasak ni.


23. Zaidalifah Aisheteru


25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow
25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow

Bonde bekerja di sektor awam, tapi still luangkan masa untuk berblogging. Korang yang suka follow drama adaptasi novel, pergilah baca review kat blog bonde. Kang baca mesti korang nanti akan terjebak tengok drama drama menarik. Bila nak tengok Sweet Dreams ni? ekeke.

24. Junaidah Mohit

25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow
25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow

Blog Aju ni 1st time lah kot mrs pip terjah. Baru juga kenal blog Aju ni, so lepas ni insya allah akan blogwalking sesekali ke blog Aju. Blog dia pun minimalist, very clean. Aju ada banyak kongsi cerita penyusuan ibu, so yang nak tahu lebih banyak info, boleh terjah blog Aju ok.

25. Mrs Pip

25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow
25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow
Hai semua, saya mrs pip. Saya seorang blogger yang berasal dari Sabah. Menetap di Membakut buat masa ini mengikut suami. mrs pip seorang SAHM dan mempunyai 3 orang anak , all boys.  mrs pip menulis blog secara suka suka penuhkan masa lapang dan seorang yang suka makan kek dan kukis tetapi malas nak membaking. 

mrs pip juga terjebak menjadi online seller, muehehe. So kalau ada yang cari syampu atasi rambut gugur teruk, mrs pip jual produk syampu Aura Hijab

kalau ada yang mencari buku buku pendidikan awal kanak-kanak, so bolehlah cari mrs pip juga tau. Ada banyak koleksi buku menarik untuk anak-anak seawal 4 tahun, cumanya mrs pip tak update sangat di blog ...

artikel menarik hasil penulisan mommy bloggers




Seronok sangat bila kita ada list of 'mom tribe' untuk dijadikan rujukan. Macam mrs pip sendiri, kadang kadang tu tiada idea macam mana nak handle bayi kuat menangis, anak tak nak makan, masalah anak sembelit dan kembung perut, nak guna barangan bayi mana satu brand yang elok, nak beli barang bayi kat mana, tips hilangkan kesan conteng di dinding, dan 1001 hal keibubapaan yang mrs pip nak tahu, jadi kebiasaanyan mrs pip akan GOOGLE blog mommy blogger untuk cari info yang mrs pip nak.

semoga korang pun suka kat semua mommy blogger hebat ni , xoxo hugs and kisses T_T

cheers.

Monday, 3 February 2020

Buat header blog senang dan cantik di Bannersnack Dot Com

Buat header blog senang dan cantik di Bannersnack Dot Com

hi there, blog bertukar header lagi. Kali elemen warna pink dimasukkan. Dan kali ini header rasa agak simple dan untuk tahun ini, mrs pip decided untuk menulis hal-hal yang berkaitan dengan life mrs pip sebagai seorang surirumah. mrs pip percaya, setiap surirumah mesti ada banyak kisah dan cerita dalam rumahtangga, cuma kita kongsi yang postif dan baik baik saja ok T_T

buat header blog di bannersnack dot com
buat header blog di bannersnack dot com

kalau korang pun tiba-tiba rasa mau tukar header yang simple-simple dan maintain menarik serta cantik header tu, jangan susah-susah nak hire designer. korang simpan duit tu walaupun setakat nak tukar header mungkin korang kena caj RM10.00 sahaja, tetapi kenapa perlu membazir kalau boleh buat sendiri. Dan duit RM10.00 tu baik korang melabur simpan dalam ASB, cukup hujung tahun boleh dapat dividen + bonus, biar sedikit asalkan bijak urus kewangan.

eh, tetiba tahun 2020 ini terasa sedar diri untuk urus kewangan dengan lebih bijak dan sila rajin cari sumber bacaan yang bermanfaat dan diyakini untuk tahu hal-hal kewangan, antara blog yang mrs pip suka baca sekarang ialah https://ringgitohringgit.com/ , memang banyak perkara yang berkaitan dengan pengurusan kewangan mrs pip belajar di blog tersebut.

ok, kembali kepada cerita tukar header ini, kalau korang tak tahu di mana nak buat header secara online guna desktop , korang bolehlah guna https://app.bannersnack.com/ dan ianya adalah percuma (limit untuk 10 banner per lifetime), dan sangat mudah untuk login dengan hanya menggunakan akaun GMail korang sahaja.

korang boleh pilih pelbagai pilihan template, colors, gradients, textures, sizes dan images dan apps bannersnack ni sangat user friendly (bagi pendapat mrs pip lah) ... kalau korang rasa-rasa nak guna semua full features yang ada dalam bannersnack, makanya korang kena bayar untuk GO PREMIUM.

thanks for reading, dan happy blogging semua.

cheers.

Thursday, 30 January 2020

Blog kena re-direct ke laman perjudian!

Blog kena re-direct ke laman perjudian!

hi there, recently mrs pip tukar setting komen di blog dari auto publish ke awaiting moderation. hiks! gediks betul visitor yang datang ke blog mrs pip yang suka tinggalkan komen komen berbaur PERJUDIAN! amboi, ingat blog ni blog untuk orang main judi ka apa. Ndak pasal-pasal Google bagi iklan perjudian pula lepas tu ....

selalu tau dapat komen komen berbaur perjudian ni, dan lepas sudah tukar setting komen kepada awaiting moderation ni, setiap kali ada komen yang tidak seharusnya, mrs pip delete terus dan hanya publish-kan komen yang sesuai.

blog kena re-direct ke laman perjudian
Blog kena re-direct ke laman perjudian!

blog kamurang macam mana? ada yang dapat komen-komen tak sepatutnya kah? dan satu lagi entah kenapa, kadang-kadang blog mrspip bila buka direct link www.mrspip.com , ada masanya akan re-direct ke laman web perjudian! aiyo, yang ni mrs pip penat sudah cari cara macam mana mau kasi settle. Ada sesiapa yang mahir macam mana mau hilangkan re-direct ke laman perjudian ni aaaarrr?

kalau ada yang tahu cara untuk hapuskan re-direct tu, tolong komen kat bawah ok. bantuan anda sangat dihargai :))

thanks for reading.

cheers.

Monday, 30 December 2019

Pencapaian Blog 2019

Pencapaian Blog 2019

hi there, tahun 2019 hampir melabuhkan tirai. hanya entry singkat untuk entry kali ini, sekadar nak recap pencapaian blog mrs pip , buat kenang kenangan di masa depan, hehe. 

pencapaian blog 2019
pencapaian blog 2019

untuk 5 entry paling hangat sepanjang zaman di blog mrs pip ialah :

1/

ini memang entry laku keras di blog mrs pip. semoga entry ni membantu ibu ibu yang mencari info mengenai masalah bayi dan pilihan susu untuk bayi yang mengalami sembelit dan juga baby colic.

2/
Cara senang tanak nasi pulut

siapa yang tak tahu maska nasi pulut tu bolehlah tengok tengok tips mrs pip ni ... haha, semoga menjadi korang masak nasi pulut ya.

3/
Set berpantang Jamu Selapan Mustika Ratu + Tungku Herba + Losyen Yusmira Pati Halia

ni cerita set berpantang beli time lahirkan baby Iman dulu ... walaupun cerita dah lama, tapi still ramai yang datang terjah entry ni. 

4/
Pahala buat seorang isteri

alhamdulillah, sentiasa bersyukur menjadi seorang isteri kan ... mudahnya kita nak kumpul pahala. semoga dipermudahkan semua urusan kita yang menjadi isteri dan menguruskan rumah tangga dengan happy selalu.

5/
Peraduan 'Local Travel Story' di Traveloka (17 April - 5 Mei 2017)

walaupun entry ni dah lama, tapi masih ada juga yang menjenguk entry lapuk ni, padahal entry ni just entry nak share info mengenai peraduan local travel story kat traveloka tahun 2017 dulu. mrs pip tak menang pun, tapi dapat voucher untuk antara yang menghantar penyertaan terawal, hehe.


Lulus Adsense 21.08.2019

Google Adsense dah approve di blog || terima kasih Sifu Wayne Harraz

Happy sangat bila blog dah lulus adsense, yeay. Tenkiu Sifu Wayne Harras tolong mrs pip registerkan adsense untuk blog :)) tahun depan fokus pula untuk naikkan earning, insya allah.


Blog Capai Sejuta Pageviews 27.11.2019


Blog capai 1 juta pageviews || 27.11.2019

alhamdulillah, 27.11.2019 blog mrs pip capai sejuta pageviews. Happy tu memang tak terkata tau ... happy happy happy. hehe. 

semoga mampu capai next PV yang ke 2 juta pula dalam masa 2 tahun , insya allah.


Join Bite Media Consultants

untuk tahun 2019 ni, mrs pip join Bite Media Consultants under sis hawa. kenal tak sis hawa? antara blogger fav mrs pip ... alhamdulillah, join Bite memang belajar cara nak tulis blog, belajar ilmu blogging, dan dapat jana pendapatan.

fokus tahun depan, nak naikkan Domain Authority dari 16 ke 20 mengikut Ashrefs requirements. Semoga mrs pip mampu.

yang nak join BITE, sila hubungi sis hawa ok. boleh terus ke blog sis hawa www.sishawa.com , atau korang cari kat FB >>> sis awadah ya .... orangnya friendly and sweet :))

tu sajalah nak share kat korang serba sikit pencapaian blog mrs pip bagi tahun 2019. semoga tahun depan lebih banyak kolaborasi dan jana pendapatan melalui blog.

happy blogging semua & happy new year.

cheers.
Notification
Selamat datang ke blog MrsPipDotCom. Semoga perkongsian di dalam blog ini bermanfaat untuk semua. Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan dan kolaborasi, sila email ke mrspipdotcom@gmail.com.
Done