MrsPipDotCom: Pregnancy
News Update
Loading...
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts

Thursday, 2 April 2020

Resipi sup bayam brazil sedap dan mudah , sesuai untuk ibu mengandung

Resipi sup bayam brazil sedap dan mudah , sesuai untuk ibu mengandung

hi there, lauk simple makan malam kami tadi, sup bayam brazil bersama telur yang ditumis. Resipi sup bayam brazil sedap dan mudah, tak guna banyak bahan mana pun, hanya guna bahan-bahan yang sedia ada di dapur, ikut citarasa dan kreativiti masing-masing. Selain sup bayam brazil ini sedap, bayam brazil juga mempunyai khasiat yang baik untuk kesihatan.

sebelum mrs pip kongsi resipi sup bayam brazil sedap dan mudah versi mrs pip, ketahui dulu khasiat yang terkandung di dalam bayam brazil. Dah tahu bayam brazil ini banyak khasiatnya, barulah korang semangat nak makan bayam brazil selepas ini.

Khasiat bayam brazil , antaranya:-

  • Mengandungi nutrien seperti protein, karbohidrat, kalsium, zat besi. magnesium, kalium, vitamin C, Folat, Vitamin A, fosfurs, tembaga, selenium dan Vitamin B. 
  • Bayam brazil sesuai diambil oleh ibu mengandung kerana mengandungi folat yang membantu mengelakkan kecacatan tiub saraf kepada bayi di dalam kandungan.
  • Mengandungi luten dan zeaxantin bagi kesihatan mata.
  • Mengandungi asid alfa lipoik yang dipercayai membantu menurunkan kadar glukosa dan memperbaiki kesensitifan insulin, maka bayam brazil sesuai diambil oleh penghidap kenying manis
  • Membantu merendahkan tekanan darah tinggi kerana bayam brazil mempunyai kandungan kalium yang tinggi yang membantu untuk mengurangkan kesan negatif garam dalam tubuh.
  • Bayam brazil mempunyai Vitamin K , baik untuk kekuatan tulang.
  • Mengandungi sumber zat besi untuk penghasilan darah merah dan mengelakkan anemia. kanak-kanak dan wanita mengandung disyorkan untuk mengambil bayam brazil di dalam pemakanan mereka.

Dah tahu khasiat bayam brazil, lepas ni bolehlah tanam sendiri bayam brazil, lagi jimat berbanding beli di luar. Ada yang jual pada harga over-price , jadi sila berhati-hati daripada penjual yang ingin mengambil kesempatan. 
Kalau nak tanam di pasu pun boleh, kalau tanam terus di tanah pun boleh. Macam mrs pip, mak mertua yang tanam since kawasan tanah rumah mak mertua agak luas juga untuk becucuk tanam. Dulu mrs pip buat-buat bodoh tak layan bayam brazil ni pasal pernah makan yang ditumis, rasanya macam kasar kelat gitu. Tapi selepas mak mertua bagitau bayam brazil ni sedap buat sup, terus teruja mencuba memandangkan kami sekeluarga suka menu yang bersup.


Resipi sup bayam brazil sedap dan mudah
Resipi sup bayam brazil sedap dan mudah

Resipi sup bayam brazil sedap dan mudah versi mrs pip ni serius memang senang nak buat. tak leceh mana pun. Bahan-bahan guna saja apa yang ada di rumah, iaitu bahan utama perlua ada semestinya bayam brazil, bawang dan telur serta perasa seperti garam, pati ayam, sos tiram etc.

Bahan-bahan resipi sup bayam brazil sedap dan mudah
  • Bayam brazil secukupnya (korang agak-agak lah yang berapa banyak nak guna, mcm mrs pip guna 2 genggam bayam brazil)
  • 2 biji telur
  • Hirisan bawang merah, sedikit halia, bawang putih
  • Garam
  • Serbuk pati ayam (chicken stock)
  • Sebuk All Spice keluaran McCormick   (optional, boleh guna rempah lain seperti lada sulah, atau sedikit serbuk black pepper)
  • 3 cawan air

Cara membuat sup bayam brazil sedap dan mudah

1. Tumiskan bawang sehingga keperangan , pecahkan dua biji telur di dalam kuali, perisakan dengan All Spice
2. Kacau bahan tumisan sehingga telur kekuningan
3. Masukkan air dan tutup kuali, biarkan air mendidih
4. Apabila air mendidih, tambah garam dan pati ayam secukupnya. Boleh juga tambah sos tiram.
5. Masukkan bayam brazil, dan gaul.
6. Bolehlah rasa kalau sup dah cukup rasa garam dan stok ayam.
7. Matikan api. Tutup kuali dan biarkan seketika sebelum dihidangkan.
8. Siap!

Yang ni cara paling simple nak masak sup bayam brazil. Kalau suka buat drop egg soup, pun boleh juga. Cumanya telur tu letak bila air dah mendidih, letak sedikt tepung kanji. Bagi likat sikit sup tu. Tapi mrs pip tak begitu gemar drop egg soup, lebih suka telur tu ditumis terlebih dahulu. hehe.

selain sup bayam brazil ni, boleh try juga resipi sup tofu daun bawang , sedap makan time cuaca sejuk hujan-hujan bah gitu.

Resepi sup tofu bersama sayur bawang ala korean style




cara tanam bayam brazil
Cara tanam bayam brazil

Cara untuk tanam bayar brazil ni pun senang saja. Hanya perlu gunakan batang bayam brazil tu semula guna teknik water propagation. Batang bayam brazil tu, rendam dalam air sehingga ada akar-akar halus keluar , kemudian bolehlah pindahkan ke dalam pasu dan tanam elok elok penuh kasih sayang supaya nanti bayam brazil tumbuh dengan lebih meriah, ekeke.

happy cooking.

cheers.

Tuesday, 3 March 2020

Buah delima membantu masalah ketidaksuburan wanita

Buah delima membantu masalah ketidaksuburan wanita

hi semua, kebaikan buah delima untuk wanita. Teringat ketika saya masih kanak-kanak, mak tanam pokok delima di depan rumah, dan setiap kali pokok delima tu berbuah, berebut saya dan abang-abang saya makan buah delima, sampaikan ada masanya mak dan bapa saya langsung tak dapat bahagian habis kami kerjakan semua buah delima! 

Dan hari tu ada terbaca buah delima ni harganya agak mahal, dijual pada harga RM50 untuk 9 biji. Wow kelas kau delima, mahal tapi berbaloi untuk dimakan kerana buah delima dikatakan mempunyai khasiat yang baik pada tubuh.

Mrs Pip pun sudah lama tidak makan buah delima yang sebenar, hari tu time preggy si Nami, Mrs Pip mengalami sembelit teruk, dan alhamdulillah Mrs Pip minum jus delima beli di Cosway, jus delima berkesan hilangkan sembelit ketika hamil.


Buah delima membantu masalah ketidaksuburan wanita
Buah delima membantu masalah ketidaksuburan wanita

Hari tu time tengah layan apps Crumblyy ni, Mrs Pip ternampak salah satu sharing kat apps tu mengenai buah delima , jadi terasa nak menulis mengenai khasiat buah delima untuk wanita ... 

Melalui perkongsian di Crumblyy , katanya :-

Consume pomegranate crush seeds in case of female infertility. It helps thicken the uterus lining

Jadi buat wanita yang nak usaha untuk hamil, mungkin boleh cuba tips yang dinyatakan iaitu memakan biji buah delima yang telah dihancurkan (pomegranate crush seeds) ... tak salah berusaha , apapun semuanya atas izin Allah. So sebelum nak makan tu, kenalah berdoa kat Allah mudah-mudahan mendapat zuriat atas izinNya ok.

khasiat dan kelebihan buah delima
khasiat dan kelebihan buah delima
gambar kredit Google

Antara khasiat buah delima untuk wanita (eh untuk lelaki juga ya) melalui pembacaan yang Mrs Pip baca ialah :-

  • Buah delima kaya dengan nutrien penting (sumber : https://jiwasihat.com/nutrisi/10-khasiat-buah-delima-yang-dibuktikan-oleh-sains/ )
  • Buah delima membantu melawan lemak di dalam badan dan menaikkan metabolisma badan
  • Buah delima mempunyai flavanoids dan polyphenols yang tinggi, antioksidan melawan penyakit jantung dan kanser
  • Buah delima kaya dengan Vit C, jadi sekaligus ianya membantu mencantikkan kulit
  • Buah delima membantu melawaskan sistem pencernaan , namun ianya dilarang diambil ketika anda mengalami cirit-birit
  • Buah delima memperbaiki memori manusia sekaligus membantu mengurangkan risiko penyakit Alzhaimer
  • Buah delima membantu masalah ketidaksuburan wanita

buah delima juga ada disebut di dalam alquran
buah delima juga ada disebut di dalam alquran sebagai
antara buah yang berada di dalam syurga
gambar kredit Google

terus terasa mau cari tanam depan rumah pokok delima ni, so tunggulah ni mencari dulu kita bibit pokok delima, manatau ada yang sudi beri bibit untuk Mrs Pip tanam pokok delima kan ....

semoga bermanfaat sharing untuk semua yang membaca.

cheers.

Tuesday, 18 September 2018

Berpantang ringkas selepas bersalin

Berpantang ringkas selepas bersalin

hi there, dah hampir sebulan dalam berpantang (confinement) selepas melahirkan lil' Nami ... setiap kali selepas bersalin dari lil' Iman, lil' Amin dan sekarang ni lil' Nami, makanan berpantang disediakan sepenuhnya oleh mr.Husband, dan menu memang menu yang ringkas ringkas sahaja tapi cukup memberikan tenaga dan penuh khasiat gitew ...

memang sebulan pertama ni, mrs pip jaranggggggggggggg masuk dapur untuk memasak ... tugas memasak di ambil alih sepenuhnya oleh incik suami ... 

mak mak yang bersalin tu, korang berpantang mcm mana? mrs pip menu memang hampir sama saja sepanjang masa berpantang ni ... mr.Husban cakap, kalau nak makan yang lebih lebih tu, kena tunggu habis waktu berpantang dulu *sigh* 

menu untuk berpantang

so, menunya hanya sebegini setiap hari:-
  • separuh / suku nasi putih + sup ikan / sup ayam / sup sayur / sup telur + buah
  • bubur ayam kampung + buah 
untuk sayur pula, memang setiap kali dalam sup tu, mr.Husband akan letak sawi / betik muda

manakala minuman petang / minum malam pula , menu yang disediakan pun memang sama saja
  • minuman panas milo nestum , bersama biskut kering Jacob Crackers / seketul dua buns  

dan perlu minum air 3 liter sehari mengikut sukatan 1L air bersamaan dengan setiap 25kg berat badan (jumlah air yang disyorkan) ...

Berpantang ringkas selepas bersalin
Berpantang ringkas selepas bersalin

untuk selama waktu berpantang, memang inilah menu UTAMA yang akan disajikan oleh mr.Husband setiap hari ... 

dan ikan pula, bukan semua jenis ikan boleh dimakan untuk yang baru lepas bersalin (kalau mrs pip memang belasah saja makan apa jenis ikan)...

mr.Husband lebih tahu ikan mana yang boleh dan tak boleh dimakan oleh mrs pip , dan ikan yg dibeli pun jenis ikan yang betul betul FRESH (ikan sini harga mahal woooo , boleh pengsan nak beli ikan fresh) ... 

so far, mrs pip ok saja makan menu yang mr.Husband sediakan ... mrs pip suka makan sup ikan yang mr.Husband sediakan berbanding sup ayam kampung ... dan akan minum air banyak banyak , well memang cepat dahaga bila kita kerap breastfeed kan baby ...

nasi memang mrs pip kurang makan, pasal risau sangat kena sembelit selepas bersalin , hehe. alhamdulillah, so far tak da la sembelit teruk mcm hari tu kena time mengandung lil' Nami ni ... buah pun memang kerap makan ... selalu ada betik di dapur ... rajin mr.Husband beli betik untuk mrs pip 

misi mengurangkan berat badan

turun berat badan 2 minggu selepas bersalin
turun berat badan 2 minggu selepas bersalin


dan untuk 2 minggu pertama, mrs pip berjaya turun berat badan 7.6 kg ... hari tu sebelum lil' Nami lahir, berat badan mrs pip 79 kg ... mrs pip cadang nak turun berat badan capai 64 kg kalau boleh dalam sebulan ni ...

tapi it seems like tak mampu pula nak capai berat badan 64 kg dalam sebulan ni ... tadi (18/9/18) baru saja timbang berat , cuma turun sikit saja 70.3 kg ! 

mrs pip set target lagi dalam 2 minggu akan datang 4/10/2018 , mrs pip harap berat badan boleh turun dalam sekitar 3 kg dulu ... slow slow turun as long as berat tak naik ... 

nampak gayanya, memang kena bersenam setiap hari dan lebih kerap ... 

semoga perjalanan untuk menurunkan berat badan berjaya.

berbengkung

berbengkung perkara harus bagi mrs pip ... mrs pip beli benkung ni beberapa tahun dulu sewaktu mengandungkan lil' Amin. ni keluaran Tanamera, bengkung jenis lebih kurang lilit zig zag ... pakai bengkung mcm ni agak leceh, tapi bengkung ni senang nak kembalikan bentuk tubuh badan kalau dipakai setiap hari ... eh, I is not interested to get ramping ya ...

bengkung tanamera
bengkung tanamera

seperti korang sedia maklum, once dah bersalin ni, perut pun menggelebeh, menggelebar dan lemak sana sini terbentuk, sampai kau sendiri pun tak rasa selesa dengan bentuk tubuh badan kan ... perut buncit tu jangan cakaplah ... adoi!

so, di sinilah fungsi bengkung sebenarnya , untuk kembalikan bentuk badan ... tak dpt bentuk badan asal sebelum bersalin pun tak pa, yang penting at least bentuk badan tu tak la menggelebeh dan menggelebar sangat ...

ni antara kebaikan bengkung untuk korang take note (kredit : AsianParent)

  • Mengempiskan perut dan memulihkan kulit perut — mengurangkan kesan regangan, menghilangkan tompok hitam pada kulit perut
  • Membuang angin dalam badan.
  • Mengembalikan kedudukan peranakan/mengelak rahim jatuh
  • Mengecutkan rahim yang bengkak selepas bersalin
  • Mempercepat proses pengeluaran darah kotor
  • Mengelak badan dari ‘masuk angin‘
  • Mengelak masalah perut buncit dan menggelebeh
  • Membantu menghilangkan sakit belakang
  • Menguatkan kembali kedudukan tulang belakang
  • Mengurangkan rasa sakit pada perut
  • Mengetatkan otot perut yang longgar semasa hamil
  • Memecahkan lemak dan selulit
  • Menggalakkan postur badan yang baik
  • Membantu proses penyusuan
  • Mencegah makan lebih banyak (kurang berat badan, yay!)
yang mrs pip highlight bold tu ialah kesan bengkung yang mrs pip rasa sendiri ... sangat membantu mrs pip dalam proses memperbaiki bentuk badan dan juga membantu mengurangkan rasa sakit tulang coz setiap kali BF, mrs pip memang akan duduk dan mmg terasa sakit juga bahagian belakang badan ni kan coz duduk lama ... 

dan yang nak kurangkan berat , pakai bengkuk ni akan ketatkan perut, so nak makan banyak tu memang tak dapat .. lama lama akan terbiasa makan sikit, so kurang makan, maka berat pun boleh turun ... hehe.

bertungku


tungku 2kg
tungku 2kg

selain berbengku, mrs pip bertungku juga ... tapi tak selalu lah ... sekali dua dalam seminggu mcm tu la ... nak bertungku ni ambil masa agak lama ... nak panaskan tungku pun satu hal , so mm tak dpt nak buat hari hari ... kadang2 time nak start bertungku, baby dah nangis la pula nak BF .. terpaksa stop bertungku ... nak sambung balik, tungku pun dan suam suam kuku, huhu kena panaskan semula la pula ..

tungku ni pun, tak boleh nak panaskan sangat ... boleh hangus sarung tungku tu nanti ... hari tu mrs pip ada share kelebihan bertungku selepas bersalin serta bahagian badan yang sesuai untuk ditungkukan ... nak baca entry tu boleh klik 


mandian herba

mandian herba
mandian herba

untuk mandian pula, mrs pip guna mandian herba yang mr.Husband beli di pasar ... satu ikat mandian herba ni, boleh guna mandi dalam 4 kali ... satu ikat ni harga dalam sekitar RM8.00 ... ni lah mandian herba yang mrs pip guna sejak lil' Iman , kemudian lil' Amin dan sekarang lil' Nami ... memang suka mandian herba ni ... rasa badan lebih relax, bermaya, hangat lepas guna mandian herba ni ... mandian herba ni ada bau aroma yang buat rasa tenang bila guna ...

jangan korang tanya pula apa kandungan bahan yg digunakan ... ni orang-orang kampung yang sediakan, kitorang ni beli jer ... yang pasti ada serai wangi ...

ni antara berpantang ringkas mrs pip selepas bersalin, cara korang pula macam mana?

cheers.

Thursday, 30 August 2018

Nama penuh Baby NH

Nama penuh Baby NH

hi there, straight to the point! hari ni nak share dengan semua nama penuh Baby NH ... ekceli nama ni kita dah pilih since last year waktu mrs pip pregnant tapi nasib tidak menyebelahi kitorang bilamana pregnancy mrs pip mengalami keguguran pada minggu ke-6 ... bila dah miscarriage tu, nama NH kita simpan untuk next baby ... dan kandungan yang gugur tu, kitorang sepakat bagi nama 'Muhammad' since ada yang bagi nasihat molek diberi nama 'Muhammad' walaupun bayi tu gugur tanpa diketahui jantinanya, semoga menjadi anak syurga mommy daddy ...

Baby NH sejurus selepas kelahiran
Baby NH sejurus selepas kelahiran

untuk Baby NH yang lahir pada 20.08.2018, mrs pip dan mr.Husband selesa untuk berikan nama NAMI HEAVENLEE ... pasti ramai yang tahu, NAMI merupakan sebuah pulau yang terletak di Chuncheon , Korea Selatan, dan merupakan sebuah pulau yang agak terkenal selepas penggambaran drama Winter Sonata satu masa dulu ... nama Baby NH, nama "NAMI" diambil sempena nama Pulau Nami tersebut since mr.Husband jatuh hati dengan pulau Nami selepas melawat pulau tu beberapa tahun lepas  ... T_T


Nami Heavenlee
Nami Heavenlee

untuk nama "HEAVENLEE" pula , ianya diambil dari perkataan asal "HEAVEN" yang bermaksud syurga ...

Nami Heavenlee
Nami Heavenlee

manakala "LEE"itu sendiri mempunyai beberapa maksud tersendiri antaranya : shelter, protection, cover, refuge, safety, security, sanctuary, haven, shield

Baby and I ; our little Nami Heavenlee
Baby and I ; our little Nami Heavenlee
semoga Nami Heavenlee tumbuh membesar menjadi anak yang soleh dan sentiasa dalam lindungi Allah SWT ... amin, amin, amin ya rabbal alamin.

dan nak tahu perjalanan kelahiran Baby NH? boleh baca
  

doakan mrs pip menjadi mommy yang berjaya dunia akhirat dalam membesarkan anak anak ... buat Iman Rafael dan Amin Johansen, kasih sayang mommy tidak berubah terhadap korang dengan kehadiran Nami Heavenlee, sayang mommy buat semua anak anak mommy tidak berbelah bagi dan sentiasa utuh selamanya ...

love all my three of you, my NYAWA .

happy parenting.

cheers. 

Monday, 27 August 2018

Jurnal Kelahiran Lengkap Baby NH || 20.08.2018

Jurnal Kelahiran Lengkap Baby NH || 20.08.2018

Jurnal kelahiran Baby NH || hi there, alhamdulillah .... hari ini genaplah seminggu umur baby NH ... baby NH berada dalam keadaan yang sihat, dan mrs pip juga semakin beransur sihat dan kembali bertenaga selepas melahirkan baby ... well, almaklumlah melahirkan baby ni memang banyak tenaga dan kudrat hilang :)) ... mrs pip sedang berpantang, dan buat mrs pip, memang akan berpantang penuh selama 60 hari , makan , minum , dan keperluan berpantang dijaga dan disediakan sepenuhnya oleh mr.Husband T_T (kenyit kenyit mata, I lap lap you mr.Husband ... saranghae!) ... jom follow jurnal kelahiran Baby NH ...

yeah! delivery done :))


17.08.2018 (Jumaat / Tengahari) 
  • Spotting kelihatan 

18.08.2018 (Sabtu )
  • Bleeding / spotting , half pantyliner soaked

19.08.2018 (Ahad) >>> False Alarm
  • sekitar Subuh, perut terasa sakit semacam
  • sekitar 8.00 pagi , ke Hospital Beaufort untuk pemeriksaan
  • 9.00 pagi - 11.00 pagi , pemeriksaan dijalankan dan doktor mengesahkan belum ada tanda tanda jelas untuk delivery ...

20.08.2018 (Isnin) 
  • jam 2.18 pagi , perut terasa sakit dan soft contraction mula terasa. observed soft contraction every 15 to 10 minutes ...
  • jam 8.30 pagi, tiba di Hospital Beaufort untuk pemeriksaan, confirmed cervix dilate at 3cm , so terus masuk wad bersalin ...soft contraction berlarutan sehingga sekitar jam 4.45 petang
  • jam 4.45 petang contraction semakin kuat dan sakit
  • jam 7.00 petang, cervix dilate at 5cm
  • jam 7.30 petang, masuk labour room ... cervix dilate further at 7cm ...contraction bertambah sakit, tapi air ketuban belum pecah
  • selepas menunggu lebih sejam (sekitar 8.30 malam) cervix dilate 8cm, dan pasukan jururawat mengambil keputusan untuk pecahkan air ketuban untuk menyegerakan proses kelahiran ... time ni memang agak letih kerana contraction mengambil masa yang terlalu lama (since jam 2.18 pagi) untuk menunggu bukaan penuh ... cervix dilate at 9cm, tapi contraction belum cukup kuat untuk push baby keluar ... perut masih terasa 'soft' ...
  • 9.15 malam, ready for delivery ... contraction bertambah kuat, perut cukup keras dan sakit untuk meneran ...
  • 9.25 malam, delivery successful.
Ambil angin di Taman Terapeutik, Hospital Beaufort
20.08.2018 @ 10.30 am

Baby NH
EDD : 28.08.2018

Tarikh Kelahiran : 20.08.2018 (38 Minggu 6 Hari)

Masa Kelahiran : 9.25 malam

Jantina : Lelaki

Berat : 3.13 kg

Panjang : 52cm

Lilitan Kepala : 33 cm

Lilitan dada: 32 cm

Disambut oleh : JM Noor Afizza Affifi

Bersalin normal 


ketika contraction/proses bersalin bermula, antara perkara yang mrs pip lakukan :-
  • rekod selang masa setiap contraction dan tahap kesakitan
  • banyakkan bergerak dan berharap cervix dilate dengan cepat
  • banyakkan minum air 
  • tidak fokus terhadap contraction, sebaliknya lakukan aktiviti ringan seperti mendengar muzik, baca buku, istifgar, selawat, baca ayat kursi dan sebagainya
  • ketika contraction semakin kuat, lakukan teknik pernafasan dan sentiasa dalam mode tenang
  • berehat secukupnya untuk memastikan tenaga disimpan untuk proses delivery nanti kerana ketika delivery, banyak tenaga diperlukan untuk push out baby keluar
  • jangan skip makan , dan makanlah makanan / snek ringan selepas makan makanan utama ... jangan biarkan diri rasa lapar
  • bawalah minuman atau snek ringan di dalam labour room kerana proses bersalin mengambil masa dan mungkin akan berasa haus dan lapar 
  • pastikan bersalin dengan teknik yang betul agar proses bersalin berjalan dengan lancar

mrs pip berterima kasih dengan mr.Husband yang temankan mrs pip di dalam labour room sepanjang proses untuk melahirkan Baby NH ... since tempoh contraction yang agak lama untuk tunggu cervix dilate sepenuhnya, memang mrs pip terasa letih dan lenguh di bahagian kaki ... bukan setakat lenguh, entah brapa kali kaki terasa kejang ... dan sakit belakang yang amat sangat, sampaikan time push tu memang rasa mcm tidak larat untuk angkat badan ... lucky mr.Husband ada bersama, bantu mrs pip untuk tolak badan ke depan dan push baby keluar ...

selain tu, mrs pip berterima kasih juga dengan pasukan jururawat yang menguruskan kelahiran Baby NH, you all were so awesome that night ... pasukan jururawat yang sangat baik, beri kata kata perangsang, dan sentiasa ingatkan mrs pip agar pastikan kedudukan pelvic tidak diangkat untuk mengelakkan tear sewaktu bersalin, dan bantu mrs pip untuk memudahkan delivery of Baby NH ... dan sepanjang di dalam labour room tu, pasukan jururawat berusaha untuk buat mrs pip berasa selesa ... thanks for your great hospitality ...

dan terima kasih juga buat mother-in-law dan ahli keluarga yang lain yang menjaga lil' Iman dan lil' Amin dengan baik ketika ketiadaan mrs pip ... love you MIL :)) ...

untuk mommies yang bakal melahirkan anak, mrs pip ucapkan semoga delivery journey korang dipermudahkan ... untuk yang muslim, banyakkan istighfar, dan baca ayat kursi dan berdoa mohon kepada yang Maha Kuasa agar proses bersalin dilalui dengan lancar ...


insya allah, nanti mrs pip share gambar Baby NH ... thanks juga kepada semua yang mendoakan mrs pip ... love you all...

dan kalau mommies nak info lanjut mengenai Labor and Birth, boleh rujuk laman web


cheers.

Saturday, 25 August 2018

Barut dan bedung cantik untuk Baby NH

Barut dan bedung cantik untuk Baby NH

hi there, terkejut mrs pip bila dapat bungkusan hadiah untuk Baby NH ... eh eh, bila masa pula kita beli barang untuk Baby NH pula ? sekali tengok pengirim, rupa-rupanya daripada kawan lama mrs pip , my roommate waktu di universiti dulu! pandai betul kawan sorang ni bagi surprise tau!

dalam dia, dia jahitkan barut dan bedung cantik untuk Baby NH , memang rezeki untuk Baby NH la ni ... lagi best, kawan tu siap bagi barut dan bedung Animal Theme! woha, memang happy sangat terima hadiah dari kawan mrs pip ni ...

sayang awak , my roommate Ude @ Norhidayati Jaaipar ... roommate yang sangat baik hati dari zaman universiti , yang selalu sabar dengan perangai kita, yang selalu kalau bagi nasihat, alahai suara sentiasa lembut dan penuh kasih sayang ... 

p/s: I was once a rebellious girl! 

Barut dan bedung cantik untuk Baby NH
Barut dan bedung cantik untuk Baby NH 

tada! ni lah hadiahnya ... di bungkus cantik ... dah lah memang mrs pip tak belikan barut pun untuk Baby NH coz time lil' Amin, mrs pip ada belikan beberapa helai barut, tapi tak jumpa jumpa juga kat mana mrs pip letak ... misplaced , memang tak ingat letak kat mana ... penat cari dalam stor dan storage box ... mr.Husband siap cakap "maybe sudah kena buang tu kan barang baby yg lama" , hiks!

Barut dan bedung cantik untuk Baby NH
Barut dan bedung cantik untuk Baby NH 

hadiah untuk baby NH, 5 helai barut yang dijahit sangat kemas, dan kain sangat lembut ... 100% cotton , so bila dah cotton, memang sesuai dgn kulit baby kan ...

selain barut, baby NH juga dapat sehelai kain bedung dengan saiz 1m x 1m ... kira besar la juga bedung ni , boleh bedungkan baby nanti time nak bawa baby pergi check up kat klinik ... dah lah bedung tu kain dia cantik , suka sangat dengan corak corak haiwan ni ...  

Barut dan bedung cantik untuk Baby NH
Barut dan bedung cantik untuk Baby NH 

dan selain barut dan bedung yang cantik tu untuk Baby NH, siap kawan kita ni selitkan "angpow wallet" dengan pattern dinasour ... memang senyum sampai telinga mrs pip dapat angpow wallet ni ... I suka sangat ... dia jahit kemas, lepas tu anak anak mrs pip, lil' Iman dan lil' Amin memang sekarang ni suka sangat karakter dinasour , so maybe lepas ni nak beli lah extra angpow wallet untuk lil' Iman dan lil' Amin pula ...

Barut dan bedung cantik untuk Baby NH
angpow wallet

dan bila buka angpow wallet tu, tada! ada pula kena selit angpow dengan sejumlah wang untuk Baby NH kata kawan mrs pip tu ... hiks! kau ni kan Ude, dah bagi hadiah, siap bagi duit sekali ... memang rezeki untuk Baby NH ... lepas ni boleh masukkan dalam tabung baby NH ...

dan buat korang yang mencari barut dan bedung cantik cantik, dan nak beli pada harga yang murah murah, affordable gitu , korang boleh check IG kawan mrs pip ni ... dia jahit sendiri tau barut dan bedung tu ... dan angpow wallet tu, mrs pip tak sure dia jual online ke tak ... maybe kena buat special request, bari dia jahitkan kot ...

dan jahitan dia kemas, material pun 100% cotton untuk barut dan bedung tu ... bolehlah korang belikan untuk new baby born atau bagi hadiah kat kawan kawan korang yang tengah preggy ...

thanks Ude, sayang awak ketat ketat ... Baby NH cakap "Thank you Bonda Ude, bagi hadiah cantik" ...

cheers.

Friday, 17 August 2018

Pregnancy Update : 38 Minggu + Braxton Hicks kerap menyerang!

Pregnancy Update : 38 Minggu + Braxton Hicks kerap menyerang!

hi there, mrs pip dah masuk minggu 38 weeks of pregnancy ... macam macam tau dugaan mengandung kali ni ... kalau dulu mengandung lil' Iman dan lil' Amin, dugaan tu tak banyak mana pun ... but this time, memang banyak ! dah masuk minggu ke-38, kepala baby dah start turun bawah ... hohoho, memang boleh rasa semacam tiap kali baby bergerak ... rasa nak beranak pun ada, padahal belum ada tanda tanda jelas untuk bersalin pun ... dan kali ni, mak oiiiii memang terasa la sakit bahagian belakang pinggang tu ... kalau dah baring, nak bangun memang terasa sedikit susah ...

Braxton Hicks vs True Contraction

ada masanya, mrs pip rasa macam kontraksi berlaku ... perut rasa sendat mengeras semacam , lepas tu kembali lembut , lepas tu mengeras lagi ... lagi banyak mrs pip bergerak , atau bekerja menguruskan hal hal rumah, lagilah selalu perut tu kejap mengeras kejap lembut semula ... tapi, jangan tertipu, walaupun rasa seperti kontraksi berlaku, percayalah ianya hanyalah kontraksi palsu semata mata ... dan kontraksi sebegini dikenali sebagai BRAXTON HICKS ...

sewaktu mengandungkan lil' Iman dan lil' Amin, mrs pip tak rasa sangat pun Braxton Hicks ni ... sewaktu lil' Iman, air ketuban pecah pada minggu ke-36, manakala sewaktu mengandung lil' Amin, tompok tompok darah keluar pada minggu ke-38, dan kontraksi sebenar berlaku selang beberapa minit ketika di dalam perjalanan untuk ke hospital ... nasib baik tak bersalin di dalam kereta, muehehe.

tapi untuk pregnancy kali ni, Braxton Hicks memang membuatkan mrs pip sentiasa alert dan bersiap sedia, kot kot betul betul nak bersalin kan ... ada yang tidak dapat membezakan Braxton Hicks dengan kontraksi sebenar untuk bersalin ... jadi , jom mommies, kita ketahui dulu apa itu Braxton Hicks seperti penerangan yang tertera dalam gambar di bawah ...

info braxton hicks
info braxton hicks


sebelum mak mak mengandung rushing untuk ke hospital kerana berfikir sedang mengalami kontraksi untuk bersalin, apa kata mak mak mengandung tarik dan hembus nafas dulu, tenangkan diri dan fikiran ... jangan panik untuk bergegas ke hospital , kerana sangat penting untuk mak mak mengandung melihat diri sendiri, apakah tanda tanda awal untuk bersalin sudah kelihatan , selain hanya berfikir mengenai kontraksi yang sedang di lalui ...

baisanya, kalau mak mak mengandung rushing ke hospital, dan belum ada sebarang tanda bukaan untuk melahirkan anak, pihak hospital akan meminta mak mak balik semula ke rumah ... hiks, penat tau ulang alik pergi hospital kan semata mata false alarm nak bersalin ni ... jadi, pastikan mak mak mengandung tu confirm dulu tanda tanda nak bersalin, so barulah pergi ke hospital ok ...

ketahui dulu antara tanda tanda awal untuk bersalin:-

1/ asyik rasa nak kencing
2/ keluar lendir / tompok tompok darah dari vagina
3/ pecah air ketuban
4/ gerakan bayi kurang aktif (kurang 10 gerakan dalam masa 12 jam) >>> disyorkan untuk ke hospital secepatnya, risau bayi mengalami masalah di dalam rahim
5/ kontraksi yang berulang kali berlaku dengan selang masa yang agak sekata

untuk mak mak yang sedang menghitung hari , jangan lupa siapkan beg bersalin dan buku mengandung setiap masa ... dan nak tahu apa dalam beg bersalin mrs pip, entry sebelum ni mrs pip ada tulis mengenai senarai keperluan wajib bawa ke hospital semasa bersalin ...


take care mommies ....

pregnancy is a beautiful journey for every mommy T_T

cheers.

Monday, 13 August 2018

Baby Romper di 11st Murah dan Cantik

Baby Romper di 11st Murah dan Cantik

Beli baby romper murah murah di 11 Street || hi there, mrs pip hari tu shopping online di 11 street ... mulanya nak mencari photography props , berkenan sangat nak beli faux fur kaler white tu yang ramai blogger guna bila shoot product ... nampak cantik sangat ... tapi biasalah, kalau online shopping ni, lain kau nak beli, lain kau terbeli! muehehe ... terjebak la pula beli romper untuk baby NH ... nampak banyak sangat romper cantik cantik, lepas tu harga pula sangat affordable, so why not beli satu dua set kan ... hiks! beli baby romper murah murah di 11 street gitu ...

Beli baby romper murah murah di 11 Street
Beli baby romper murah murah di 11 Street

cumanya bila kau beli baby romper online ni, penjual memang akan bagi RANDOM DESIGN ... so tak boleh nak pilih mana satu design yang kau suka ... memang kena tawakal, kot kot dapat romper yang cute, mmg happy la kan, kalau dapat romper tak sesuai di jiwa, hurmmmmmm

tapi bagi mrs pip , it is ok ... kita tawakal sajalah ... dapat mana mana design pun, kita terima saja ... dah harga murah murah, malas nak fikir bab bab design, for sure mmg design banyak yang cantik cantik ... sama ada berkenan di hati atau tak ...

yang baby romper kat atas tu, ada 5 helai, mrs pip beli untuk baby umur 3 bulan, harga satu set RM25.11 , shipping RM10.00 , so total nak bayar RM35.11 ... kira ok lah, dah mrs pip mmg sejenis malas nak pergi shopping complex, so beli online dgn bayaran postage RM10.00, kira justified la kan ..... hari tu ada nampak baby romper jual kat Giant, sehelai RM8.00, tapi design mcm tak berkenan di hati, so tak beli pon ... yang sehelai RM8.00 ni paling murah mrs pip jumpa, selalu pun belas belas ringgit sehelai ...

Beli baby romper murah murah di 11 Street
Beli baby romper murah murah di 11 Street

yang gambar ke dua ni pula, ekceli mrs pip untuk umur 6-9 months, tapi seller wasap kita stok untuk 6-9 months tiada, so pilih 9-12 months la ... it is ok, insya allah bila baby NH lahir nanti, kita tunggu lah dia membesar sampai boleh muat baby romper ni kan ...

yang set ni pula, ada 4 helai romper, dan 6 pasang stokin ... harga untuk set ni ialah RM30.60 dan postage RM10.00 ... mahal tak korang rasa? bagi mrs pip, harga still affordable ... macam biasalah, kita dapat RANDOM DESIGN ... 

hari tu beli kat 11 Street pun bukannya apa, saja ja nak habis tebus B Infinite points ... mrs pip ada buat entry pasal Kad B Infinite hari tu ... kalau nak tahu lanjut, boleh lah klik link entry di bawah ...


yang nak mencari baby romper murah murah tu, bolehlah layan 11 Street ni, ramai seller yang jual baby romper, cuma tu la kena rajin browsing ... ada seller yang jual produk sama, tapi harga pula berbeza ... dan penting juga untuk baca review pembeli, so dari situ kita tahu seller dan produk tu ok ke tak ... ada seller response cepat, delivery pun cepat ... ada yang slow sangat nak response dan deliver barang ...

dan untuk romper yang mrs pip beli ni, kualiti kain not bad ... tak nipis tak tebal, jahitan pun kemas ... kain lembut, sesuai untuk dipakai baby ...

kalau korang nak design romper baby korang ikut citarasa korang pula, bolehlah personalized baby romper di Printcious ... mrs pip hari tu design 2 helai romper untuk baby NH ... nak tengok romper baby NH, boleh klik di entry


hiks, tetiba pula suka baby romper ... time lil' Iman dan lil' Amin dulu, tak beli sangat pun romper ... anyway, mrs pip dah nak masuk 38 weeks of pregnancy ... wish me have a smooth delivery ya ...

cheers.

Sunday, 12 August 2018

Pregnancy Update : 37 Minggu + 'Animal Theme' untuk katil Baby NH

Pregnancy Update : 37 Minggu + 'Animal Theme' untuk katil Baby NH

hi there, pregnancy sekarang berada dalam pertengahan minggu ke-37, semakin menunggu detik untuk bersalin, tak tahu bila ... mungkin minggu ke-38 atau mungkin drag sehingga minggu ke-40, itu semua bergantung kepada kehendak sang pencipta, Allah SWT ... setakat ini, hampir semua keperluan untuk baby NH sudah disiapkan , ala kadar sahaja, insya allah mencukupi semuanya. 

minggu ke-36 mrs pip diserang sembelit yang teruk, memang risau kalau kalau sembelit tu akan berpanjangan ... syukur sembelit dah semakin hilang, dan sistem pencernaan kembali seperti asal ... nak tahu lebih lanjut mengenai sembelit ketika mengandung, boleh baca entry mrs pip , harap harap membantu ibu ibu mengandung mengatasi masalah sembelit ...


hari tu request mr.Husband untuk pasangkan katil baby ... katil baby ni mrs pip beli time mengandungkan lil' Iman , siap beli dengan tilam baby sekali ... so kiranya katil turun temurun la ni ...bedding set Paul Frank tu mrs pip beli selepas lil' Iman dah lahir, sekitar usia lil' Iman 6 bulan la gitu, kebetulan nampak di Taobao, tersuka terus beli ... 

'Animal Theme' untuk katil Baby NH
'Animal Theme' untuk katil Baby NH 

kebanyakkan barang lil' Iman time baby dulu, mrs pip beli Taobao ... time tu tak kenal lagi dengan Lazada , Aliexpress, MySale dan seangkatan dengannya .... cuma tau Taobao ja time tu ... beli thru Trusted Taobao Agent guna platform Lowyat ... sekarang ni tak perlu susah2 nak guna Taobao Agent kan, kalau nak beli barang kat Taobao, boleh guna platform Lazada atau SGShop kan ... senang nak online shopping sekarang.

dulu-dulu baby toys lil' Iman ni kebanyakkannya keluaran Lamaze ... selain tu ada juga HopSkin dan produk jenama mainan bayi yang lain ... yang bagusnya beli yang ada jenama ni, harga mungkin agak mahal sedikit, tapi kualiti baik ... bila anak anak dah besar sikit, sesuai dengan usia dorang, baby toys ni dah tak guna pun, so mrs pip akan cuci, bersihkan dan simpan dalam storage box ... biasanya baby toys ni guna up to 1 year to 2 years old saja , lepas tu kena tukar pula toys yang sesuai dengan usia perkembangan dorang kan ...

'Animal Theme' untuk katil Baby NH
'Animal Theme' untuk katil Baby NH 


mrs pip tak beli pun toys baru untuk baby NH ni pasal banyak sangat dulu memborong baby toys dulu time lil' Iman, lepas tu beli juga beberapa toys time lil' Amin lahir ... untuk baby NH, new baby toys yang mrs pip beli tu patung giraffe saja lah ... beli di Giant, harga RM10.00 , harga pun reasonable ...

tema katil baby NH ni 'Animal Theme' ... yang travel pillow 'Lion' tu kan, tu mrs pip redeemed kat laman web Drypers ... kalau baby korang pengguna Drypers, korang jangan tak collect points tau kat laman web Drypers, rugi tau pasal points tu semua boleh exchange dengan barangan menarik di laman web Drypers ...

kalau yang tak tahu mcm mana nak kumpul mata ganjaran ni, boleh baca entry mrs pip dulu


dan entry di bawah ni pula ialah barangan yang mrs pip berjaya redeemed di laman web Drypers satu ketika dulu ...





rasanya, ni saja yang mrs pip pernah sempat tebus barangan di Drypers, lepas tu dah tak cukup points nak redeem barang lain since lil' Amin pun dah start potty training ... so no more beli disposable diapers for the kids ...

Happy Parenting T_T

doakan mrs pip selamat melahirkan baby NH ya, thanks you ols!

cheers.

Saturday, 4 August 2018

Pregnancy Update : 36 Minggu + Sembelit semasa mengandung

Pregnancy Update : 36 Minggu + Sembelit semasa mengandung

hi there, mrs pip dah masuk 36 minggu mengandung ... so bila dah masuk minggu ke-36 ni , harus semakin peka dengan pergerakan bayi dan tanda tanda untuk bersalin, kerana minggu ke-36 dan seterusnya merupakan minggu bayi sudah matang dan bersedia untuk lahir pada bila-bila masa sahaja ... pengalaman anak pertama, lil' Iman lahir tepat pada minggu ke-36! 

masuk minggu ke-36 ni, kesihatan nampaknya sedikit terjejas ... dengan sakit bahagian belakang badan, dan ada masanya sukar untuk bangun atau pusing ke kiri atau ke kanan ketika baring ... allah, memang cabaran ibu ibu mengandung la katakan ... selain tu, bengkak kaki kanan yang kejap surut kejap datang , dan mrs pip dah tak boleh nak pakai sandal / loafers cos dah nama pun bengkak kaki kan, sebelah kaki senang saja nak sarung sandal, tapi sebelah yang bengkak ni agak sempit / ketat la pula rasa sandal setiap kali kaki menyarung sandal ... hohoho, so end up pakai selipar sajalah , lagi selesa.

dan masuk minggu ke-36 ni, mrs pip cepat rasa penat ... naik turun tangga pun rasa penat ... memasak pun rasa penat, cuci piring berdiri lama lama pun rasa penat ... kejap kejap rasa penat, kejap kejap rasa mau tidur di siang hari , padahal banyak lagi kerja rumah kena bereskan ... kalau mr.Husband free dari kerja, rajinlah dia tolong memasak di dapur dan layan karenah anak-anak ... sesekali bawa juga makan di luar, tapi mrs pip mcm not so into makan di luar nowadays, lebih prefer masakan rumah ... simple simple pun ok, janji masakan rumah ... 

Jus Delima membantu atasi smebelit ketika mengandung
Jus Delima membantu atasi sembelit ketika mengandung

kalau minggu ke-35, mrs pip kongsi cerita loya dan muntah berterusan, selain kena sore throat yang teruk, dengan tonsil yang bengkak dan kena ambil antibiotik, so minggu ni pula mrs pip share cerita kena sembelit teruk semasa mengandung!

hiks, selama mengandung ni, tak pernah lagi mrs pip diserang sembelit ... baik mengandung lil' Iman mahupun lil' Amin ... tapi tiba tiba , last few days ago (1 week ago la gitu), mrs pip diserang SEMBELIT teruk .. Allah, memang rasa nak nangis saat berada di dalam tandas sampai berpuluh-puluh minit tapi tak berjaya nak buang air besar ... 

padahal, hari hari minum air banyak risau dengan dehydration, lepas tu hampir setiap hari wajib makan buah (dah mr.Husband rajin belikan buah), dan favorite always buah betik yang masak manis tu ... lepas tu setiap hari mesti ada menu sayur , jarang sangat tak makan sayur sepanjang pregnant ni (dah pregnant kali ni mrs pip memang mengidam sayuran hijau, so mmg hari2 nak makan sayur) , tapi SEMBELIT ni muncul la jugak!

cecair Enema, ubat atasi sembelit
cecair Enema, ubat atasi sembelit

end up pergi klinik , dan doktor bagi lah ubat cucuk dalam bontot untuk lancarkan pengeluaran buang air besar ... first time dapat ubat mcm ni, mmg tak pernah tahu pun pasal ubat ni, tak pernah guna ... so bila try, memang rasa sedikit pedih dan tak selesa, so mrs pip hanya mampu guna setengah tiub sahaja ... dan lepas tu tak nak guna ubat ni, hiks!

bila mrs pip post di IG masalah sembelit ni, blogger DP bagi info, dia minum jus delima ... dan ada yang bgtau juga boleh try jus prun ... so end up petang tu juga mrs pip pergi cari jus delima, nak try sangat ... so bila google, nampak kat cosway ada jual jus delima ni, so terus beli sebotol ... RM30.00 satu (harga non-member) ... 

selepas beberapa hari minum jus delima ni, disamping amalkan minum air banyak, dan makan buah betik, mrs pip rasa sembelit semakin berkurangan, dan proses membuang air besar semakin baik ... so I guess jus delima tu, it works for me ... tapi, apapun yang berlaku, kesembuhan tu atas kehendak Allah SWT, kita ni cuma ikhtiar saja ... tak ikhtiar pun tak jalan juga kan, tapi tak berharap dengan Allah SWT pun tak boleh juga ... kenalah ikhtiar dan berdoa dalam masa yang serentak.

mrs pip google juga kenapa wanita mengandung ni mudah dapat sembelit , ini antara sebab sebab  utama kenapa berlaku sembelit ketika mengandung :- 

  • kehadiran hormon progesterone yang banyak ketika mengandung menyebabkan usus memproses makanan dengan agak perlahan dan selain rahim yang semakin membesar menyebabkan tekanan fizikal pada usus dan seterusnya menghalang pergerakan najis ke usus besar dan rektum
  • dehidrasi kerana kurangnya meminum air putih juga menyebabkan sembelit
  • pil zat besi yang diambil oleh ibu ibu mengandung juga antara sebab kenapa sembelit boleh berlaku


dan ini pula antara cara-cara atau tips mengatasi sembelit ketika hamil:-

  • mengambil makanan tinggi serat seperti cereals, buah-buahan, dan sayur-sayuran
  • minum air secukupnya untuk megelak dehidrasi
  • minum jus prune (seperti yang disyorkan ramai pihak, tapi mrs pip minum jus delima, dan so far so good buat mrs pip)
  • minum yogurt yang mempunyai bakteria baik untuk membantu memperbaiki sistem pencernaan (yakult kan ada , tak pun vitagen)
  • melakukan senaman ringan seperti berjalan kaki, yoga, pilates, untuk membantu pergerakan usus besar
  • disarankan untuk berbincang dengan doktor mengenai pengambilan pil zat besi, sama ada perlukan dikurangkan dos pengambilan, atau tukar kepada pil yang rendah kandungan zat besi

dan mengikut tulisan dr.Zubaidi di blog, pengambilan enema (ubat cecair atasi sembelit seperti gambar mrs pip tu) adalah tidak digalakkan ...

dan satu lagi, baby NH scanned pada minggu ke-36 berada dalam keadaan yang baik, dengan berat 2.74kg ... hope baby NH tak overweight dan senang untuk dilahirkan, amin ... dan beg pakaian baby pun dah siap disediakan ...


thanks for reading.

cheers
Notification
Selamat datang ke blog MrsPipDotCom. Semoga perkongsian di dalam blog ini bermanfaat untuk semua. Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan dan kolaborasi, sila email ke mrspipdotcom@gmail.com.
Done