Video Cara Buat Butang FOLLOW di Facebook

 

Cara Buat Butang FOLLOW di Facebook

Cara Buat Butang FOLLOW di Akaun Facebook

Sebenarnya aku tak pernah perasan pun ada butang FOLLOW ni di akaun Facebook. Bagi aku sama jer lah Friends atau Follow ni. Nampak sangat aku ni tak mahir tentang Facebook.

Ya aku akui, aku memang tak begitu experts guna Facebook.  Setakat nak buat feed , komen, like dan share tu bolehlah kerana ni yang biasa kita buat untuk akaun Facebook kita kan.

Sampailah satu hari tu, ada satu website ni untuk apply job Influencer. Share caption dekat Facebook (aku lupa apa entah nama website pasal sekali dua jer lah aku login, lepas tu aku dah tak login dah).

Dalam website tu, dia nak aku screenshot Facebook aku dan mesti ada butang FOLLOW. Dia bagi contoh screenshot tau (macam contoh gambar di atas), tapi aku waktu tu BLUR macam mana nak buat butang Follow tu eh?

Dan aku pula macam TERLUPA bahawa jawapan semua tersedia sama ada kau mau GOOGLE atau cari dekat YOUTUBE. hiks betullah aku ni.

Nanti aku share laman web Influencer tu kalau aku ingat ya. Job share caption kat FB tu aku dapat buat sekali jer lah, lepas tu dah tak login dan terus terlupa nama web tu.

Payment aku dapat pun RM12.00 untuk satu sharing caption. Bolehlah buat beli jajan anak. Kalau JAG, sangatlah murah payment dia kan, dalam RM1-RM3 untuk sharing caption. 

Tapi JAG ni aku buat juga, kumpul-kumpul sikit sikit dapatlah hari tu aku withdraw RM100.00 dan duit tu aku guna untuk top up akaun unit trust aku yang tak seberapa tu. Oklah untuk long term savings. 

Surirumah macam aku ni, mana ada fixed income. Jadi kalau dapat extra duit tu, bolehlah buat tambah-tambahkan duit savings.


Tengok Video Lengkap Cara Buat Butang FOLLOW di Akaun Facebook

Tapi semalam, aku join satu group di Facebook. Secantik namanya, group ni penuh ilmu yang bermanfaat. Group diberi nama >>> Bina Karier Di Facebook (Klik Link) . Yang nak join, jomlah join. 

Aku suka join group yang sembang banyak pengetahuan. Bertambah ilmu kita, terasa sangat cetek ilmu yang ada sepanjang hidup aku ni bila join group group yang ramai bijak pandai di dalamnya. Apapun aku bersyukur jumpa group ni tau.

Dan thanks sangat kat Fadzi Razak yang mention pasal group FB ni kat Twitter dia. Kalau korang nak tahu lebih tentang Freelance Writing, korang follow rapat rapat twitter Fadzi Razak ok.




Dan video kat atas ni adalah video yang dikongsi dari Group Bina Karier Di Facebook iaitu Cara Buat Butang FOLLOW di Akaun Facebook.

Korang yang NO IDEA macam mana nak buat, lepas ni boleh follow semua steps dia, Insya Allah berjaya keluarkan butang Follow tu.

Lepas ni semangat sikit aku nak cari followers untuk klik butang FOLLOW tu dekat akaun FB aku, lepas tu aku nak cari balik laman web yang aku terlupa nama tu. Aku nak update bio aku.

Kot-kot lah ada seed campaign atau share campaign dekat FB, bolehlah aku layan lagi. Seronok juga kumpul duit sikit sikit lama lama jadi banyak ni.

Next target aku lepas ni, nak beli unit trust lagi, tapi kali ni aku berangan nak beli unit trust one shot nilai 4 angka, lepas tu tak perlu top up, biarkan kat situ untuk 15 - 20 tahun.

Tak pun invest kat HelloGold ok juga.

Tu jer lah nak bagitau kat korang macam mana nak buat butang follow di akaun FB korang. Kalau aku tulis step by step, nanti korang tak begitu faham. Elok korang layan saja video mudah kat atas yang dah share tu.

Hah, tak da butang Follow di FB? 


Video Cara Buat Butang FOLLOW di Facebook


Pigi buat tau. Jangan malas-malas. Manalah tahu ada klien yang intai intai korang nak bagi job dekat FB kan. Macam selalu, mesti dia nak tengok jumlah Friends dan Followers korang.

Alhamdulillah, setakat sehari buat button ni, dah 60 orang yang follow FB aku.

Selamat mencuba.

Have a nice day.

cheers.

9 Comments

  1. thanks infonya ya.. br hari tu ada rakan blogger suggest sy apply job kt intellifluence ni tp blom jenguk lg

    ReplyDelete
  2. Sebelum ini memang Mya perasan button follower tu, tapi itupun bila friends req dah melebihi 5k. Rupa2nya ada reason di sebaliknya ya.

    ReplyDelete
  3. Owhh Baru tahu ttgk button follow ni. Nice sharing. Tq nak buat juga lah nt.

    ReplyDelete
  4. Nnt sha godek mmg mau tmbh button follow tu kak pip naik sikit follwer kan.jag sha dah lma xmain wah kak pip smpai juga rm100 ya..bestnya..anyway da follow link group tu

    ReplyDelete
  5. Ok baru tau.. Hahahha.. Nnt boleh buat.. Thanks kak pip share benda ni

    ReplyDelete
  6. Okay jap lagi nak try buat camne..bagus ada butang follow ni kan..nampak kredibiliti sket..hihi

    ReplyDelete
  7. terima kasih diatas perkongsian, nanti nak buat juga button follow dekat blog saya...

    ReplyDelete
  8. laaa kita pun tengok video yang sama petang tadi selepas join kelas superdaddy

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.