Mengenai Mrs Pip

Assalamualaikum & Hai.

Saya Mrs Pip. Berasal dari Kota Kinabalu, Sabah negeri di bawah bayu dan kini menetap di Pekan Membakut sejak tahun 2017.

Saya memilih menjadi stay-at-home-mom selepas , meninggalkan kerjaya saya sebagai jurutera QAQC selepas melahirkan anak pertama tahun 2013.

Saya mula menulis blog secara suka-suka pada Febuari 2015 sekadar mencatat perjalanan saya sebagai seorang mommy dan merekodkan hal-hal berkaitan anak-anak saya.

mrspipdotcom
Mrs Pip & The Associates.

Bermula dengan blog sukasukasurirumah.blogspot.com , akhirnya blog berjaya didomainkan sebagai www.mrspip.com pada 27 Ogos 2017.

Alhamdulillah, sejak mempunyai laman blog berdomain sendiri, rezeki buat saya diberikan peluang menulis artikel berbayar dan menerima jemputan untuk berkolaborasi bersama jenama / produk lain.

Saya masih dalam fasa belajar untuk menjadi blogger. Masih banyak ilmu blogging yang saya perlu belajar, masih berusaha memperbaiki konten artikel mengikut apa yang disukai Google. Masih bekerja keras untuk menaikkan pageviews dan trafik blog.

mrspipdotcom
Mrs Pip & The Associates.

Doakan saya sukses dalam kehidupan saya, sama ada sebagai stay-at-home-mom yang sangat mencabar mental dan emosi menjaga dan membesarkan anak-anak, dan juga semoga blog ini sukses menjana pendapatan.

Sekiranya anda ingin mengiklankan produk anda, memerlukan khidmat advertorial, atau sebarang pertanyaan untuk product review, kolaborasi,  bolehlah hubungi mrs pip di mrspipdotcom@gmail.com .


hugs & kisses,
Mrs Pip & The Associates.