20 Idea Menarik Hilangkan Rasa Bosan

20 Idea Menarik Hilangkan Rasa Bosan || Tak semua orang hidup dia penuh dengan aktiviti yang hectic. Ada orang yang life dia so lonely, tak suka bercampur dengan orang atau kerjayanya memang tak izinkam dia bersosial sangat. Kadang2 life yang kita ada ni sangatlah membosankan. 

Kadang-kadang hari cuti pun tak tahu nak buat apa, tak tahu nak explore benda-benda yang menarik. 

So artikel ni sesuai sangatlah untuk korang yang tiada idea macam mana nak hilangkan rasa bosan. 


Nota: REPUBLISHED.


Jadi, daripada tak tahu nak buat apa, ada baiknya kita manfaatkan masa yang ada ni sebaik-baiknya. 



20 Idea Menarik Hilangkan Rasa Bosan


Ok, berbalik kepada 20 Cara Menarik Hilangkan Rasa Bosan, bersendirian atau tanpa sebarang aktiviti adalah satu situasi yang menjadikan kita rasa bosan bagaikan kosong tanpa sebarang pergerakkan atau perancangan.

Keadaan ini sering berlaku dalam keadaan tanpa memikirkan tentang kerja, aktiviti harian yang kebiasaan dilakukan sebelum ini ataupun situasi yang mana kita terpaksa berada di rumah.

Apa kata kebosanan yang melanda dan masa yang terluang itu digunakan dengan aktiviti yang bermanfaat. Anda hanya perlu memulakannya sedikit demi sedikit atau secara ringkas.

20 Cara Menarik Hilangkan Rasa Bosan


1/ Memasak resipi baru  

Boleh mencuba resipi baru samaada makanan, minuman atau makanan ringan (dessert). Ramuan resipi boleh didapati melalui rakan kenalan, majalah atau secara online.

2/ Senaman

Sememangnya senaman adalah aktiviti yang paling mudah dibuat tanpa melibatkan kos atau perbelanjaan yang besar. 

20 Idea Menarik Hilangkan Rasa Bosan


Sekiranya anda bukanlah pengamal senaman sebelum ini, anda cuma perlu melakukannya secara ringan dan ringkas untuk membiasakan diri. 

Antara senaman yang boleh di buat adalah seperti perenggangan (stretches), lari setempat, lompat tali, pergerakan kaki dan lutut (high knees), tekan tubi (push up), meditasi dan lain-lain.

3/ Melakukan aktiviti keagamaan 

seperti membaca Al-Quran, bahan bacaan mengikut anutan agama masing-masing, berzikir, melayani lagu-lagu rohani, membaca kisah para nabi dan sebagainya.

Kita pun tak lama lagi dah nak puasa kan. Korang dah bayar tak puasa korang yang lepas-lepas? Atau ada yang kena bayar fidyah? 

Yang terlupa nak ganti puasa sehingga kena bayar fidyah, pastikan korang bayar nilai fidyah ikut negeri masing-masing ok. 

Baca Juga : Kadar Bayar Fidyah Bagi Negeri Sabah 

4/ Menanam pokok

Banyak manfaat boleh diperolehi daripada aktiviti menanam pokok yang bersesuaian di halaman mahupun dalam rumah sebagai pokok hiasan, sayuran, buah dan sebagainya. 

Pokok akan menyegarkan persekitaran rumah dengan bekalan oksigen selain mencantikkan suasana serta boleh dimakan bagi pokok buah atau sayur. 

20 Idea Menarik Hilangkan Rasa Bosan


Antara idea tanaman ialah seperti pelbagai jenis bunga dan orkid, pepaya, buah naga (dragon fruit), jambu, tomato dan banyak pilihan jenis sayuran yang benihnya mudah didapati di nursery, secara online ataupun melalui rakan kenalan. 

Aktiviti ini memerlukan sedikit perancangan untuk terlebih dahulu menyediakan bahan tanaman seperti bibit, tanah, pasu/bekas, peralatan dan sebagainya.

5/ Pelihara ikan hiasan

Aktiviti ini juga memerlukan perancangan awal untuk menyediakan peralatan dan bahan yang diperlukan seperti benih ikan, akuarium, tangki kolam, peralatan dan sebagainya. 

Pengetahuan tentang kaedah memelihara ikan hiasan perlu diperolehi samaada melalui rakan, khidmat daripada pembekal ikan hiasan, mendapatkan maklumat di internet dan sebagainya. 

Antara ikan hiasan adalah seperti ikan mas, koi, arawana, gapi (peacock), molly, tiger barb dan sebagainya.

6/ Pelihara binatang kesukaan

Memelihara binatang kesukaan mampu mengisi kelapangan masa tanpa disedari disamping ianya aktiviti menghiburkan. 

Ada juga orang memelihara binatang peliharaan hingga ke tahap komersial. Ini kerana haiwan peliharaan seperti kucing, arnab, burung, ayam serama dan sebagainya mempunyai nilai komersil yang tinggi.

7/ Bermain alat musik

Alat muzik seperti gitar, piano, peralatan tradisional dan lain-lain adalah idea bagus kepada penggemar seni dalam hiburan untuk dipraktikkan di rumah. 

Apabila cenderung kepada aktiviti ini akan menjurus kepada kesinambungan untuk diri sendiri, orang-orang terdekat mahupun kepada umum yang pada satu tahap boleh menjana pendapatan.

8/ Menghubungi keluarga atau sahabat

Apabila terasa bosan tanpa sebarang aktiviti, anda boleh manfaatkan masa yang terluang ini dengan menghubugi keluarga atau sahabat-sahabat melalui telefon, whatsapp, chatting, email dan sebagainya. 

Manfaat daripada ini ialah menguatkan hubungan silaturahim, mengetahui perkhabaran dan berkongsi cerita terkini masing-masing.

9/ Membuat penyelenggaraan rumah

Iaitu seperti membuat pembersihan pada bahagian lantai dan dinding bilik mandi, tandas,tangga dan serambi secara pembersihan efektif berkemikal (indutrial cleaning). 

Membuat penyelenggaraan pada pintu dan tingkap iaitu dengan meletakkan minyak pelincir atau gris pada engsel, roda (roller) dan kunci pada pintu dan tingkap agar ianya lebih lancar digunakan. 

Selain itu, anda juga boleh membersihkan parit sekitar rumah, membersihkan saluran paip sinki dan sebagainya.

Yang ni kitorang buat tahun lepas pasang wall paper dan cat rumah. Happy sangat rumah berseri-seri lepas tu. Memang dah quite some time nak kemas rumah cuma mr.Hsband busy sebelum tu.

Dah kena PKP, terus ada masa nak buat semua benda. Alhamdulillah.

10/ Membaca

Tabiat membaca memberi banyak manfaat. Selain mendapat ilmu pengetahuan, ianya secara tidak disedari mampu melatih otak kita untuk lebih cerdas dan efektif. 

Banyak bahan bacaan yang mudah di dapati seperti majalah, novel, secara online mahupun offline.

11/ Menghias rumah

Menghias rumah seperti mengecat dinding rumah, mengubahsuai susun atur kedudukan peralatan dan hiasan rumah seperti jam, peralatan kemasan, gambar dan bunga-bungaan.

12/ Spring cleaning 

Membersihkan cermin tingkap & pintu, kipas, penapis penghawa dingin (aircon filter), siling & dinding. 

Komponen ini biasanya jarang dibuat pembersihan berbanding membersihkan lantai kerana aktiviti ini memerlukan masa dan tenaga yang lebih.

Anda boleh manfaatkan masa yang terluang dengan kerja-kerja ini. Hasilnya, anda akan mendapati udara dalam rumah semakin segar dan pandangan melalui tingkap lebih jelas.

13/ Aktiviti kemasan diri

Sekiranya sebelum ini anda kekurangan masa untuk mengurus diri, inilah peluang baik untuk melakukannya iaitu membuat rawatan kulit, bercukur, mengurus kuku (manicure-pedicure) dan sebagainya. 

20 Idea Menarik Hilangkan Rasa Bosan


Sekiranya anda mampu memulakannya, insyaallah anda tidak akan rasa bosan untuk menghabiskannya.

14/ Mengajak keluarga atau rakan serumah dengan aktiviti bersama

Apa kata anda cadangkan idea kepada mereka untuk aktiviti bersama seperti menonton tv dengan cerita kegemaran yang sama, bermain catur/dam, permainan silap mata dan sebagainya. 

Cara ini sudah pasti mengeratkan silaturahim sekeluarga atau rakan serumah.

Aku ajak mr.Husband tengok KDrama, tapi dia tak nak! Bahaha. So end up kitorang duduk sebelah menyebelah layan drama / movie kegemaran masing-masing secara online.

Tapi still consider aktiviti bersama coz kami biasanya tengok movie drama ni bila anak-anak dah tidur, dan still discuss apa cerita yang kami tengok walaupun layan cerita yang berbeza.

15/ Menulis artikel

Anda boleh menulis blog, diari, cerpen dan sebagainya bermula dengan artikal ringkas dan sesuatu yang anda suka. 

Menulis dan berfikir adalah satu aktiviti yang secara tidak langsung melatih otak anda untuk berfungsi dengan efektif. 

Sekiranya dipraktikan selalu, ianya akan membentuk otak yang cerdas serta mengelakkan masalah pelupa. 

Pada satu tahap, hasil penulisan juga sebenarnya mempunyai nilai komersil.

16/ Membuat penyelenggaraan kereta atau barangan lain

Manfaatkan kebosanan anda dengan membuat penyelenggaraan kereta, motorsikal atau apa-apa barangan iaitu dengan membuat pembersihan, servis, vakum, polish (menggilap), mengris (greasing) dan sebagainya.

18/ Mengemas & membersihkan peti sejuk 

Walaupun anda menggunakan peti sejuk setiap hari, belum tentu anda membersihkannya selalu. 

Ambil lah peluang ini untuk mengemas dan membersihkan peti sejuk iaitu dengan menyusun barangan didalamnya agar ianya mudah diambil dan tidak mudah tumpah atau jatuh apabila mengeluarkan barang dari peti sejuk. 

Matikan suis elektrik dan bersihkan dalaman dan luaran peti sejuk anda. Selain itu, sekiranya ada ketulan ais atau bahan yang telah terlalu lama dibiarkan di dalamnya perlulah dikeluarkan. 

Hasilnya anda akan lebih senang apabila mengambil bahan didalam peti sejuk, sedap mata memandang dan menjamin makanan yang disimpan lebih sempurna.

Ni kes mrs pip lah dulu, selalu sangat bila kemas peti sejuk jumpa bahan yang dah terlepas tarikh luput! So membazir sangat kan. Makanya, sekarang ni aku memang akan kemas peti sejuk seminggu sekali untuk pastikan barang yang ada di dalamnya sentiasa digunapakai dan tak lewat tarikh luput.  

19/ Menyanyi atau melayani lagu-lagu kegemaran

Apabila anda terasa bosan, anda boleh mengelakkannya dengan menyanyi atau melayani lagu-lagu kegemaran anda. 

Lagu-lagu kegemaran mampu menghiburkan hati, sekaligus menjadikan diri anda gembira dan ceria. Kalau rajin bolehlah rakam video korang menyanyi lepas tu upload kat tiktok untuk simpanan. Ada juga views nanti.

Tapi mcm mrs pip ni, memang tiada sangat lagu kegemaran. Ada dua tiga lagu lah yang mrs pip suka seperti 21 Guns (Green Day), Will You Marry Me (Lee Seung Gi), dan lagu-lagu CNBLue. 

20/ Mengemaskini (update) dan membuat penyelenggaraan telefon pintar (smartphone), desktop, laptop, tablets

Aktivi ini juga mampu mengisi kebosanan anda selain faktor kelapangan atau jarang mempunyai peluang untuk membuat penyelenggaraan telefon pintar korang. Cuba periksa dah berapa lama korang tak buang gambar merapu daripada perkongsian whatsapp dan telegram. 

Biasanya aktiviti ini akan mengambil masa untuk memindahkan gambar, video atau dokumen ke cakera (external disk), komputer atau memory card. 

Mengemaskini (update) telefon bimbit juga mengambil sedikit masa untuk disiapkan. 

Manfaatnya, telefon bimbit anda akan mempunyai ruang simpanan yang lebih besar, operasi yang laju serta sistem yang terkini.

mrs pip memang jarang sangat nak kemaskan smartphone sendiri.Storage pun dah hampir penh! aduhai, bilalah nak start delete segala benda dalam phone ni.

Ok, jom buat sekarang kalau ada masa. ekeke.

Baiklah, tu saja antara idea 20 Idea Menarik Hilangkan Rasa Bosan. Sebenarnya ada banyak lagi nak hilangkan rasa bosan ni, terpulang dengan gaya hidup masing-masing. 

Semoga korang stay happy selalu ok.

cheers.

Post a Comment

1 Comments

  1. dah lama tak rasa bosan especially if kat rumah. sgt byk benda kena buat, masa yg tak mencukupi

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.