5 Cara Membaiki Bumbung Rumah Bocor - Senang Dan Jimat Buat Sendiri

5 Cara Membaiki Bumbung Rumah Bocor - Senang Dan Jimat Buat Sendiri || hi there. Sekarang ni musim hujan, dan kalau musim hujan beginilah antara waktu yang terbaik untuk kita pantau sekiranya terjadi kebocoran bumbung rumah.

Seperti rumah kami, ada beberapa kali kami dapati air hujan menitik ke dalam rumah ketika hujan lebat bersama angin kuat.

Ada sekali tu, air hujan betul-betul menitik di celah-celah kipas siling rumah. Fuh, memah risau kerana terbayang kalau boleh terjadi short circuit (kahkahkah, macam-macam benda dalam imaginasi aku).

Dan antara yang teruk kalau kebocoran di biarkan, kalau yang guna siling plywood tu, memang tak perlu tunggu lama, kalau dah selalu air hujan menitik masuk, siling kayu akan mengembang dan rosak. 

Jadi perlu sangat kita take action segera kalau bumbung rumah bocor ya, jangan biarkan lama-lama sangat tau.

5 Cara Membaiki Bumbung Rumah Bocor


Bagaimana Bumbung Rumah Bocor Boleh Berlaku?

Masalah bumbung bocor biasanya berlaku disebabkan terdapat aliran air pada penutup bumbung (roof covering) yang menembusi ke ruang dalam rumah. 

Biasanya kebocoran berlaku pada kedudukan paku atau skru pengikat, sambungan, karat, retak dan sebagainya.

Selain masalah kemasukan air ke dalam rumah, bumbung bocor boleh menyebabkan kerosakan pada struktur lain seperti kerosakan pada siling, kemasan dinding dan lantai, peralatan rumah dan juga berbahaya apabila melibatkan aliran elektrik.

Cara mengatasinya ialah mengenalpasti jenis kerosakan yang berlaku terlebih dahulu dengan cara membuat pemerhatian terperinci kedudukan kebocoran serta jenis bahan bumbung tersebut agar dapat merancang kaedah pembaikan yang bersesuaian.

Pentingnya kita mengetahui serba sedikit tentang masalah bumbung bocor pada rumah kediaman dan cara mengatasinya agar kita mengetahui cara mengatasinya lebih awal serta dapat mengelak daripada sebarang masalah lebih besar yang mungkin boleh berlaku sekiranya dibiarkan.

Masalah bumbung bocor yang berlaku boleh diperbaiki bergantung kepada jenis dan tahap masalah yang berlaku.

Terdapat kes-kes tertentu yang mana kerosakan yang berlaku terpaksa diperbaiki dengan cara menukar atau mengubahsuai struktur supaya ianya bersesuaian dengan keadaan tersebut, faktor bekalan bahan dan rekabentuk.

Perkara Yang Perlu Dilakukan Sebelum Memulakan Proses Membaiki Bumbung Rumah Yang Bocor 

  • Sebelum kebocoran bumbung ditampal, adalah penting untuk membersihkan terlebih dahulu permukaan daripada sebarang kotoran seperti lumut, debu, minyak dan sebagainya dengan cara mengikis, gosok atau mencuci dengan air sabun serta dikeringkan. 

Ketahui 5 Cara Membaiki Bumbung Rumah Bocor Yang Boleh Dibuat Sendiri

Terdapat pelbagai bahan dan kaedah daripada pembekal yang biasanya boleh didapati di kedai peralatan rumah, hardware ataupun daripada pembekal itu sendiri. 

Antara bahan yang biasa digunakan ialah , cat kalis air, konkrit dan sebagainya. 

Kaedah pembaikan pula adalah berbeza mengikut jenis bahan yang digunakan yang mana akan di beri tunjukajar oleh pembekal bahan tersebut secara bertulis pada setiap bahan yang dijual. 

Bagi kerosakan pada tahap kritikal, adalah lebih baik menghubungi kontraktor penyelenggaraan rumah untuk penyelesaiannya.

1) Membaiki masalah kebocoran bumbung dengan menggunakan pita kedap (Sealing tape)

Kaedah ini sesuai digunakan untuk bumbung jenis metal, zink, asbestos dan plastik. Terdapat banyak jenis pita kedap yang dijual di pasaran mengikut kegunaan dan pengeluar. 

Cara Membaiki Bumbung Rumah Bocor


Kebiasaannya pita kedap dijual dalam bentuk gulung dan ianya mudah di buka dan dipotong mengikut saiz kebocoran yang hendak ditampal.

2) Membaiki masalah kebocoran bumbung dengan menggunakan silikon

Kaedah ini sesuai digunakan untuk bumbung jenis metal, zink, asbestos, plastik dan kaca. Terdapat banyak jenis silikon dijual di pasaran mengikut kegunaan dan pengeluar. 

Membaiki Bumbung Rumah Bocor

Kebiasaannya silikon dijual dalam bentuk tube dan ianya memerlukan silikon gun untuk memudahkan silikon di tampal pada kedudukan yang bocor.

3) Membaiki masalah kebocoran bumbung dengan menggunakan bancuhan kalis air 

Kaedah ini sesuai digunakan untuk bumbung jenis asbestos, konkrit dan roof tile. Terdapat banyak jenis bahan bancuhan dijual di pasaran mengikut kegunaan dan pengeluar. 

Membaiki Bumbung Rumah Bocor


Kebiasaannya bahan bancuhan dijual dalam bentuk serbuk, cecair atau dalam bekas yang telah siap dibancuh untuk di tampal pada kedudukan yang bocor.

4) Membaiki masalah kebocoran bumbung dengan menggunakan spray kalis air

Kaedah ini agak mudah diaplikasi dan sesuai digunakan untuk apa-apa jenis bumbung. Namun, bagi kebocoran yang agak besar adalah tidak sesuai menggunakan kaedah ini

Terdapat banyak jenis spray kalis air dijual di pasaran mengikut kegunaan dan pengeluar. 

Membaiki Bumbung Rumah Bocor

Kebiasaannya spray kalis air dijual dalam bentuk botol tin spray yang siap sedia digunakan untuk diaplikasi pada kedudukan yang bocor.

5) Membaiki masalah kebocoran bumbung dengan aplikasi cat kalis air

Kaedah ini sesuai digunakan untuk apa-apa jenis bumbung yang melibatkan kebocoran kecil pada permukaan yang luas. Terdapat banyak jenis cat kalis air dijual di pasaran mengikut kegunaan dan pengeluar. 

Kebiasaannya cat kalis air dijual dalam bentuk campuran siap sedia digunakan untuk diaplikasi pada kedudukan bumbung. 

Membaiki Bumbung Rumah Bocor

Kelemahan penggunaan kaedah ini ialah ianya terhad kepada kebocoran kecil disamping akan menunjukkan perbezaan warna yang ketara dengan warna bumbung asal. 

Jadi, pernah tak berlaku bumbung rumah korang bocor? Biasanya, cara yang mana satu korang lebih prefer akan buat? 

Macam aku prefer cara baiki bumbung rumah bocor menggunakan kaedah sealing tape kerana lebih jimat. Tetapi bukan semua bumbung rumah bocor boleh guna cara tersebut.

Contohnya bumbung rumah yang flat roof,  kalau berlaku kebocoran lebih sesuai menggunakan bancuhan kalis air atau cat kalis air.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

cheers.

2 Comments

  1. musim musim pkp ni..nak panggil tukang payah...kalau buat sendiri tambah tambah tengah wfh...lagi jimat wang

    ReplyDelete
  2. tape yang kalis air tu baru pertama kali tahu.. menarik..

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.