MrsPipDotCom: Kiddos
News Update
Loading...
Showing posts with label Kiddos. Show all posts
Showing posts with label Kiddos. Show all posts

Saturday, 25 April 2020

Naughty Corner , cara untuk kurangkan tantrum anak-anak

Naughty Corner , cara untuk kurangkan tantrum anak-anak

hi semua. Naughty Corner untuk anak. Apa itu Naughty Corner untuk anak? Naughty Corner untuk anak  adalah cara untuk kurangkan tantrum anak-anak. Rasanya ramai ibubapa yang tahu mengenai naughty corner, dan menggunakan naughty corner sebaiknya untuk memberikan anak-anak sedikit "timeout" untuk mendisiplinkan anak-anak.

Seorang anak dengan seorang anak yang lain adalah berbeza-besa disiplin mereka, walaupun dibesarkan, diadun menggunakan resipi yang sama. Dan tidak semua anak-anak sesuai dikenakan hukuman menggunakan Naughty Corner.

Bagi mrs pip sendiri, motherhood journey antara Iman, Amin dan Nami sangat berbeza. Perangai mereka berbeza dan cara mrs pip handle perangai mereka juga menggunakan pendekatan yang berbeza-beza. 

Iman umpanya, tak makan saman dengan Naughty Corner. Kau letaklah dia kat naughty corner ni, suruh berdiri diam-diam dan bagi some space untuk dia berfikir, hurm dia boleh senyum-senyum ketawa-ketawa lepas tu tanya pelbagai soalan yang ada masanya mrs pip pun hilang akal untuk menjawab.

Amin pula tak perlu masuk Naughty Corner. Dia cepat behave apabila mrs pip tegur. Amin jenis cepat dengar kata. Jadi, tiada sebab untuk Amin menghadap Naughty Corner. 

Naughty Corner cara untuk kurangkan tantrum anak-anak
Naughty Corner cara untuk kurangkan tantrum anak-anak

dan buat pertama kalinya, Nami kena duduk diam di Naughty Corner dua hari lepas. Fuh, boleh tahan juga mrs pip fikir banyak kali untuk letak Nami di Naughty Corner ni. I just hate myself as a mom to put my kids facing the Naughty Corner!


Apa itu Naughty Corner? 

Ada banyak definisi mengenai naughty corner. Tapi bagi mrs pip, mrs pip define Naughty Corner sebagai ruang untuk anak-anak timeout dengan tantrum mereka. Bagi mereka sedikit ruang untuk alleviate perasaan tantrum tanpa sebab dan biarkan mereka berada sekejap di Naughty Corner tersebut. 

Anak-anak pada usia Nami (18 bulan), biasanya akan mudah faham tentang salah laku mereka. Mereka tahu what's Do's and Dont's yang telah ditetapkan buat mereka. 

Jadi sekiranya mereka mis-behaviour (yang sangat keterlaluan) , dan langsung tidak mahu mengendahkan kata-kata mommy, ada baiknya mereka diletakkan di Naughty Corner. 

Salah satu sebab yang biasa kenapa mereka misbehavior ialah, anak-anak mahukan attention daripada mommy/daddy.


Cara bagaimana hukuman Naughty Corner dilakukan

Ada pelbagai cara untuk mengenakan naughty corner kepada anak-anak. Terpulang cara bagaimana yang anda gunakan. 

Ini adalah cara mrs pip mengenakan hukuman Naughty Corner :-

  • Letak anak di Naughty Corner
  • Bagitau kenapa dia perlu berada di Naughty Corner
  • Biarkan anak selama sekitar 5 - 10 minit bersendirian
  • Pastikan adik-beradik lain atau sesiapun usik anak yang sedang dikenakan hukuman, pendek kata no distractions untuk anak yang berada di Naughty Corner
  • Selepas hukuman Naughty Corner dikenakan, ambil anak dan bagitau anak yang dia perlu diletakkan di Naughty Corner bukan kerana anda marah atau bencikan dia, tapi kerana anda mahu dia belajar untuk tahu kesilapan yang dia buat seperti temper tanpa sebab, tantrum yang melampau dan sebagainya
  • Bagitau anak yang dia boleh menyambung aktiviti yang dia ingin lakukan, dan mengulangi kesilapan seperti temper dan tantrum menyebabkan dia akan ke Naughty Corner semula.
  • Cakaplah dengan elok dan kawal perasaan marah kamu sekiranya kamu sedang marah dengan perangai anak yang tak serupa bikin , teehee


Ingat, your kids is just the mini-version of you.

Ibubapa lain ada tak cara lain yang digunakan untuk denda anak apabila mereka tantrum berlebihan? Oh ya, sebab kenapa Nami diletakkan di Naughty Corner hari tu adalah kerana Nami cemburu keterlaluan ketika mrs pip mengajar Abang Iman membuat kerja rumah. 

Nami purposely marah mrs pip. Siap tak benarkan mrs pip tengok dan bercakap dengan Abang Iman, Nami nak mommy tengok dan cium Nami .. Alolo, manja sangat, tapi ini bukan sesuatu yang baik untuk Nami. 

Hah, tantrum tak tentu pasal walaupun mrs pip bagitau yang mommy perlu siapkan homework bersama Abang Iman, kemudian baru layan Nami bermain. 

Happy Parenting.

cheers.

Tuesday, 7 April 2020

Covid-19 : Mommy jadi HARIMAU SINGA minggu ke-3 PKP

Covid-19 : Mommy jadi HARIMAU SINGA minggu ke-3 PKP

hi semua, hari ini dah masuk hari ke 21 movement control order (MCO) / perintah kawalan pergerakan (PKP) kerana Covid-19. Anak anak sudah mula beryanya bila dorang boleh pergi sekolah.

Sudah mula rindu dengan kawan kawan dan Laoshi. Ada tanda malas untuk siapkan homework, lagi lagi untuk subjek maths, alasan dorang "susahlah mommy".


Tapi, mommy tetap pekakkan tellinga dengan pujuk rayu dorang untuk delay buat homework. NO kata mommy. Homework kena siapkan, tak kisahlah berapa lama masa yang korang nak ambil. Selagi homework ndak siap, NO TV NO PLAYING OUTDOOR .

Reading exercise juga kena buat. Kedua dua Iman dan Amin masih slow dengan reading. Iman quite good with his Chinese reading, tapi masih merangkak baca BM, dan since guna buku cerita berasaskan keyword, ada improvement dengan bacaan English dia.

Amin pula, kenal huruf ABC pun masih merangkak rangkak, bukan tak kenal tapi malas nak ingat ! Kena banyak bersabar betul kalau ajar Amin membaca ni. Memory dia hanya lasts for 5 seconds, lepas tu dia lupa apa yang dia baru baca tadi .... Bertabahlah Laoshi Laoshi sekalian mengajar murid seperti Amin.

Dua budak kaki gaduh

Dan, hari ini, masuk 3 minggu berkurumg stay at home, buat kali pertamanya AKU JADI MAK SINGA HARIMAU DINOSAUR !

Aku rasa macam aku nak masukkan Iman dan Amin semula dalam perut. Duduk diam diam jangan nakal dalam perut mommy.

Memang mencabar bila dua budak ni suka betul bergigit lidah bertengkar hal hal kecil. Nak ketuk kepala dorang berdua.

Aku rasa, bukan aku sorang saja mak mak surirumah yang pandai bertukar jadi singa sepanjang perintah kawalan pergerakan covid-19 ni. Bertabahlah mak mak semua.

Dan merasalah Iman Dan Amin rotan ranting tadi. Lepas tu dua dua behave sambung buat kerja rumah. Aduh. Bersalah pula bila rotan dorang di kaki , tapi ni my very last resort nak handle dorang berhenti gaduh.

Korang mak mak sekalian, Ada Cara lain tak handle anak anak yang setiap 5 saat akan bertekak dan bertengkar?

Tapi kan, rotan ranting tu yang lawaknya, sekali dua rotan, dah patah ... hahahah. Cukup sekadar sergah dorang. Cubit cubit pukul pukul guna tangan ni aku memang akan elak sebaiknya kerana risau kalau aku lost control.


Ya Allah, bagilah aku kekuatan jadi seorang mommy yang baik untuk anak anak aku ni. Kepada Mu aku meminta ya Allah, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. AlFatihah untuk diri sendiri dan anak anak.

Entry meluahkan perasaan la pula. Kagum aku dengan mak mak yang hebat yang mampu didik anak dengan baik, no gaduh gaduh, dengar cakap elok elok ...



Sehingga update terkini di the AsianParents apps pada 07.04.2020, sebanyak 3,793 kes dilaporkan Covid-19, dengan jumlah sembuh 1,241, jumlah kritikal 102 Dan kes kematian sebanyak 62 mangsa.

Dan semalam aku baca , di America Syarikat, kes kematian Covid-19 mencecah 8,000 mangsa, dan jumlah kes Covid-19 dah masuk 297k orang.

Done entry mak surirumah meluahkan perasaan. Korang semua take care tau.

3 minggu duduk diam dalam rumah, alhamdulillah banyak juga kerja rumah yang berjaya disiapkan. Lepas ni
i plan nak spring cleaning dapur pula. Nak check kot kot ada barangan dapur yang expire , ekeke.

cheers.

Tuesday, 31 March 2020

Kek Superman untuk harijadi Iman 7 tahun

Kek Superman untuk harijadi Iman 7 tahun

hi there, hampir terlupa untuk update kisah harijadi Iman. Mommy update di sini untuk kenangan Iman kelak. Mommy walaupun bukan seorang yang suka buat sambutan birthday, tapi untuk birthday anak anak, mommy akan try buat so that apabila anak anak besar kelak, at least dorang ada kenangan sambutan birthday time kecik-kecik dulu #creatingmemories.

Kitorang celebrate birthday Iman pada 7/Mac (harijadi Iman 4/Mac) , hari Sabtu. Memang akan celebrate any birthdays pada hujung minggu kerana weekdays daddy kan busy kerja. Moreover ahli keluarga lain biasanya free time pun memang hujung-hujung minggu, jadi no big deal pun celebrate lewat.

Kek Superman untuk harijadi Iman 7 tahun
Kek Superman untuk harijadi Iman 7 tahun

Celebrate pun ala kadar sahaja, just to create some good memories for Iman with us. Mommy order kek Superman untuk birthday Iman kali ini. Iman kan nowadays obses dengan superman, sikit-sikit superman, jadi Iman mesti extra happy kalau dapat kek Superman kan.

Tell you what, baju yang Iman pakai tu dah macam baju uniform rumah dia. Hari-hari mau pakai baju yang sama, hari-hari akan suruh mommy cuci baju tu, keringkan cepat dan esoknya dia nak pakai lagi baju yang sama as if tu sajalah satu-satunya baju dia!

haha, anak mommy sorang ni memang once dia obses dengan sesuatu, dia akan try hard untuk dapatkan apa yang dia nak. Dan adalah satu hari tu, Iman request nak cloak Superman. Dia punya membebel nak cloak tu memang susah nak bawa bincang. Boleh depress mommy dengan perangai Iman.

Iman dan Amin
Iman dan Amin

cloak tu mommy berjaya beli di shopee. sepasang dengan topeng muka tu, harga sekitar RM7.++ , so beli dua set. Satu lagi untuk Amin. Dan Amin pula , apa yang Iman suka, maka dia pun akan suka. Amin ni jenis follow Iman flow, cumanya Amin takkan paksa nak minta sesuatu. Kalau ada untuk dia, dia ok, kalau tiada untuk dia, dia pun no bid deal.

mommy dah siap siap pakaikan Iman baju kemeja sama macam Amin cuma berlainan warna. Half way tu Iman pergi tukar pakai baju kegemaran dia. Ok lah, kita raikan perbezaan, janji anak-anak mommy semua happy.

harijadi Iman 7 tahun
Kek Superman untuk
harijadi Iman 7 tahun


mommy pun dulu suka juga dengan Superman. eh, tapi mommy layan semua superheroes, tak da lah obses sangat dengan mana mana watak pun. Dulu-dulu time mommy, Superman yang paling femes mestilah Dean Cain dan heroin dia Teri Hatcher ... Tapi sebelum tu, time mommy kecik kecik macam Iman, watak Superman dibawakan oleh Christopher Reeve. Ok lah, dua actor ni mommy ingatlah. Lepas tu dah tak follow pun mana-mana cerita Superman. Dah besar kita layan Kdrama/KMovie la pula. ekekeke.

kek Superman Iman ni, mommy pilih red velvet. Sedap. Tak manis. Rasa kek ni just nice di tekak mommy. Untuk kek 1KG ni, harga RM70.00. Oklah, harga reasonable bagi mommy.

Untuk tempahan kek harijadi / kek pertunangan / kek perkahwinan bagi kawasan Membakut, bolehlah menempah kek dengan Puan Suimeh (wasap 017-803-4302). Harga kek affordable dan sedap.

harijadi Iman 7 tahun
harijadi Iman 7 tahun

mommy tak banyak pun ambil gambar time birthday Iman. Just snap a few saja. Lebih busy makan makan dengan family members. Kitorang macam ni lah, once makan-makan memang semua malas nak ambil gambar, semua pun busy nak penuhkan perut masing-masing sambil berborak.

bahan-bahan steamboat
bahan-bahan steamboat

Daddy dah siap siap bagitau, untuk makan makan sempena harijadi Iman, dia just sediakan bahan bahan steamboat. Ndak perlu susah susah mau masak , Kita ber-steamboat saja di rumah bersama ahli keluarga yang lain. Minuman pun daddy hanya sediakan minuman kotak.

gambar steamboat pun hanya ni jak yang ter-snap. Makan dengan mee. Ada udang segar juga. Budak-budak enjoy makan udang dan mee, yang bahan-bahan steamboat lain tu, dorang makan so-so jak lah. Yang banyak melantak kitorang ler yang dewasa-dewasa ni.

harijadi Iman 7 tahun
harijadi Iman 7 tahun


mommy hari tu tak sempat nak decorate apapun untuk birthday Iman, just sempat beli belon untuk lekat di dinding, dan juga birthday banner. NI sajalah yang mommy sempat fikir nak beli untuk decoration birthday. Sebenarnya , ni rancangan last minute.

Beli di kedai Ninso. Birthday banner tu harga RM2.30, belon pula 10 pcs per pack RM2.30, so beli 2 pek  .. harga affordable kan barang di Ninso. Maybe lepas ni kalau ada rezeki nak celebrate birthday Nami pula untuk 2 years old bulan Ogos ni, Insya allah mommy plan awal, so ndak da kelam kabut. Boleh deko-deko nanti.

Sekian untuk cerita birthday Iman yang ke-7 tahun. Hadiah Iman tahun ni, as usual mommy belikan set buku ...

Thanks daddy belanja kitorang makan-makan steamboat sampai kenyang perut. Semoga murah rezeki daddy selalu belanja kitorang, muah.

Untuk Iman, semoga membesar jadi anak yang baik dan elok budi pekerti ... Saranghae!

Sekejapnya Iman dah besar, rasanya macam baru juga mommy preggykan Iman. 

we all love Iman ❤️

cheers.

Tuesday, 10 March 2020

Nami Heavenlee || Jurnal anak setahun enam bulan

Nami Heavenlee || Jurnal anak setahun enam bulan

hi there, lama tak update perkembangan anak setahun enam bulan, Nami Heavenlee. Update sikit cerita Nami,bolehlah simpan sebagai kenangan nanti, dan manalah tahu ada yang rindu dekat budak Nami yang manja dan senang merajuk T_T

 Jurnal anak setahun enam bulan
 Jurnal anak setahun enam bulan

Alhamdulillah, Nami dah boleh berjalan dengan baik pada usia setahun lima bulan. Sejak Nami pandai berdiri dan mula melangkah buat kali pertama sekitar bulan September tahun lepas, Nami agak lambat untuk berjalan dengan baik.

Jadi, kebanyakkan masanya, Nami lebih suka di dukung atau crawling. Setiap kali dia melangkah dan dia terduduk, dia give up serta merta untuk berdiri. Mrs Pip is Nami's greatest cheerlady "Ya Nami, you can do it baby. Walk baby walk" ... Tapi karakter Nami ini dia sedikit teragak-agak, dan dia ambil masa yang agak lama untuk yakinkan diri dia untuk bangun dan melangkah semula.

 Jurnal anak setahun enam bulan
 Jurnal anak setahun enam bulan

Well, mengikut doktor kesihatan yang memeriksa Nami, tiada apa yang perlu dibimbangkan hanya Nami sedikit lambat berjalan jika dibandingkan dengan Iman dan Amin. Itu normal kata doktor. Setiap anak mempunyai growth development yang berbeza-beza, asalkan Nami masih berada di dalam range yang normal.

 Jurnal anak setahun enam bulan
 Jurnal anak setahun enam bulan

Tahap kesihatan Nami juga agak baik berbanding ketika Nami berusia setahun ke bawah kerana dia sering demam dan sembelit. Cuma mungkin cuaca yang agak panas dan sedikit berjerebu membuatkan Nami demam sejak minggu lepas, on dan off.

Dan setiap kali Nami demam, tonsil dia akan membengkak dan bernanah, jadi selera makan dia tu berkurangan (haha, just like his mom yang memang ada masalah tonsil sejak kids).

Gambar di atas tu di ambil selepas kami pergi klinik last week. Guess what, Nami muntah air dalam kereta time tengah parking mau pigi klinik, dan habis baju mommy basah. Tapi mommy redha ja lah kita masuk klinik dengan baju seluar yang basah (yeay, mom's sacrification kan).

Lepas tu, boleh pula Nami meragam cakap mau makan, so kita singgah supermarket belikan dia kudap kudap , then singgah kedai makan sebelah klinik tu, lepak kejap makan isi perut :))

 Jurnal anak setahun enam bulan
 Jurnal anak setahun enam bulan

Morning Walk.

Sekarang ni, dua tiga kali seminggu Mrs Pip bawa Nami keliling rumah buat morning walk. Suka Nami jalan jalan sekitar rumah dapat kutip batu dan lontar, lepas tu kutip lagi dan lontar dan bila dia penat, suka hati dia duduk atas tanah atau atas rumput. It's ok, let's feel the nature T_T

 Jurnal anak setahun enam bulan
 Jurnal anak setahun enam bulan

Dan Mrs Pip suka ambil gambar Nami, dan budak cinonet ni pun melayan dengan baik mommy dia ambil gambar, senang bagi kerjasama , hehe.

 Jurnal anak setahun enam bulan
 Jurnal anak setahun enam bulan

Ni rak bunga yang daddy baru siapkan. Ni semua gara-gara Iman yang obses bunga. Tapikan , hampir semua bunga yang ada kat rak bunga tu milik mak mertua yang si Iman pigi songlap sebahagiannya, dan sebahagian lagi Iman minta elok-elok kat mak mertua.

Mrs Pip siap bagitau mak kot kot kalau ada bunga dia hilang, silalah cari di rak bunga si Iman ni ... Rak bunga ni Mrs Pip namakan Iman's Flower House ... Rajin Iman siram bunga-bunga ni setiap petang ...

Malangnya , Mrs Pip kalau bab-bab bunga kurang minat, so just tolong tengok sajalah ya ... Janganlah expect taman bunga ni akan menjadi cantik menawan ala-ala nurseri , memang tidaklah ni. Ni memang mengharapkan si mr.Husband lah yang trim dan groom bunga-bunga ni semua :)

 Jurnal anak setahun enam bulan
 Jurnal anak setahun enam bulan

Lorry Boy.

Nami suka betul naik lori ni , so bagi dia gelaran lorry boy. Sikit-sikit mau duduk atas lori , lepas tu habislah abang Amin jadi mangsa tukang tolak si Nami ... kalau mommy memang buat-buat ndak dengar jak kalau Nami suruh tolak. Mau main kan, so tolaklah sendiri ya Nami.

 Jurnal anak setahun enam bulan
 Jurnal anak setahun enam bulan

Perkembangan Sosial.

Sekarang ni, apa saja Mrs Pip buat, si Nami cinonet ni lah jadi pembantu setia, Nami my little helper. Pada usia setahun enam bulan, anak-anak sangat cenderung untuk meniru aksi ibu ayah mereka, jadi pada usia anak sebegini, kita perlu menunjukkan sikap yang baik buat anak-anak kita.

Jadi, tidak hairan Nami pada usia setahun enam bulan suka sangat menjadi little helper mrs pip. kalau kita sapu rumah, dia pun mau minta penyapu kita dan tolong kita sapu rumah.

Kalau kita kemas mainan abang-abang dia, Nami pun akan tolong kutip masukkan semua mainan dalam basket khas, tetapi jeng jeng jeng, lepas dia kemas dia akan sepahkan semula , hahaha.

Kalau kita cuci piring, Nami pun akan tolak kerusi sinki dan panjat kerusi tu kemudian dia pun akan cantas mommy untuk cuci piring, so end up Mrs Pip kecilkan sedikit aliran pili air dan biarkan Nami bereksperimentasi mencuci piring di sinki (dia main air splish and splosh jak pun, habis basah baju).

 Jurnal anak setahun enam bulan
 Jurnal anak setahun enam bulan

Perkembangan Kognitif.

Pada usia setahun enam bulan, Nami ada masanya membuat keputusan sendiri. Sebagai mommy, kita tengok mana yang elok untuk dia, just follow the flow ya. Yang tak elok, kenalah explain dan biar kita lead dia.

Ada masanya, Nami insists untuk pakai baju yang dia mahu pakai. Kalau kau bagi dia baju lain, dia nangis kerana kemahuan dia tidak dituruti. Selain itu, normal pada usia setahun enam bulan, anak-anak suka betul buka pakaian mereka termasuk stokin dan kasut. Ini adalah perkembangan kognitif mereka , menunjukkan mereka mempunyai kemahiran untuk melakukan perkara-perkara yang mudah.
 Jurnal anak setahun enam bulan
 Jurnal anak setahun enam bulan

Dan setiap kali mahu mandi, Mrs Pip akan buka pakaian Nami dan berikan kepada Nami untuk dia simpan sendiri di laundry basket.

Perkembangan Emosi.

Nami akan memilih mainan mana yang dia mahu main, dan jangan sesekali sentuh mainan tersebut. Langsung tidak boleh dikongsi bersama Iman dan Amin (amboi, kedekutnya kau ni Nami padahal mainan tu si abang yang punya).

 Jurnal anak setahun enam bulan
 Jurnal anak setahun enam bulan

Well, untuk mainan milik Nami pula, dia lebih cenderung untuk tidak berkongsi mainan milik dia, dan memang ambil masa yang agak lama untuk Nami mahu berkongsi mainan dengan Iman dan Amin.

Ada masa pula, Nami mudah tantrum walaupun dengan hal hal kecil seperti kita secara tidak sengaja terpegang patung atau bantal dia. Dia punya marah tu , fuh sabar sajalah.

Selain tu, Nami kalau dia bercakap dengan mommy, dia akan PAKSA mommy untuk tengok muka dia, dan kadang-kadang dia akan paksa mommy untuk sweet kiss pipi dia. Kalau kau tak cium, adalah kena gigit oleh budak cinonet ni.

Selain itu, pada usia anak-anak setahun enam bulan , antara kemahiran yang mereka boleh lakukan ialah 

  • suka "membaca" buku kertas tebal dan suka menyelak-nyelak buku tersebut
  • boleh mengayuh basikal yang mempunya tiga roda
  • boleh memegang pen/pensel/warna dan menconteng dengan baik
  • boleh bercakap dua tiga frasa (tapi Nami so far hanya boleh bercakap satu frasa dalam satu satu masa, masih belum mampu mencantumkan dua tiga frasa)
  • boleh memberus gigi dengan bantuan (tetapi si Nami ni kena bergaduh dulu baru dia mau buka mulut berus gigi)
  • boleh bermain kiub blok dan membina menara 
  • membaling bola (Nami kalau baling bola, dia baling ke luar tingkap, adeh)
  • mencabut bahagian mainan dan memasangnya semula (dia cabut mainan memang dia suka, tapi kalau pasang dia suruh si mommy jadi tukang pasang)
  • mempunyai tanda-tanda untuk sedia ke tandas untuk potty training (Nami will be trained soon)


Nami kalau bab-bab makan, dia makan apa saja asalkan tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras. Selain itu, rasanya Nami suka sangat makan buah-buahan seperti epal, tembikai dan betik.

Semoga anak mommy tumbuh membesar menjadi anak yang soleh. Amiiin.

Happy Parenting.


cheers.

Tuesday, 11 February 2020

BFF Amin || diam diam ubi berisi

BFF Amin || diam diam ubi berisi

hi there, dah besar anak kedua mommy ni, Amin Johansen. Kalau dulu kurang cerewet, sekarang ni dah pandai cerewet sikit, kalau dulu kuat merajuk, sekarang ni merajuk berganda ganda dan susah dipujuk. LOL. Kalau dulu time dia baby sampailah umur 4 tahun sangatlah tidak friendly, muka masam mencuka sentiasa, sekarang ni AMIN DIAM-DIAM UBI BERISI, dia punya level of friendship dengan kawan-kawan (terpilih) dia, amboi GENG KERAS LA BAH SUNGGUH!

BFF Amin 

so last week kan ada sambutan chap goh meidi sekolah rendah cina, jadi murid tadika cina dijemput la bah juga datang memeriahkan sambutan. ada lion dance ya, tapi mommy malas mau ambil gambar pasal baby Nami agak grumpy time tu. Mungkin pasal cuaca panas terik, baby Nami letih atau mungkin juga kerana ramai orang jadi baby Nami ndak begitu selesa.

BFF Amin 

Amin dan kawan-kawan ada buat persembahan, tapi time dia buat persembahan pun mommy duduk nun jauh dibelakang, makanya tiadalah gambar persembahan mommy sempat snap. Mengharap ada ibubapa yang share gambar atas pentas, tetapi gambar Amin tidak kelihatan. It is okay, as long as mommy was there cheering and giving some supports ya. Hehe.

Selesai semua murid-murid buat persembahan, kita pun dah makan-makan kenyangkan perut, lion dance pun dah tengah busy buat persembahan, dan mommy layan karenah si Nami yang grumpy, sambil mata tak lepas pandang tengok Amin dan dua kawan baik dia ni berlari ke hulu ke hilir, lepas tu ditambah dengan Iman dan kazen dorang Yuya join the club (Iman dan Yuya tetiba hilang dari radar ketika mommy busy ambil gambar Amin and the Geng).

Penat suruh budak-budak ni duduk diam, tapi energy level dorang punyalah tinggi. Panas-panas terik tu jugalah dorang happy berlari ke sana sini, jadi mommy biarkkan sajalah as long as dorang gembira.

BFF Amin 

Amin sesekali kalau dia sebut nama kawan-kawan dia, JENG JENG JENG yang akan keluar semua nama kawan GEGIRL dia ya ... amboi Amin, kasanova ka apa anak aku sorang ni? salah sorang kawan yang dia selalu sebut-sebut ialah Aqeela ... siapalah Aqeela ni? Mesti serasi dengan Amin pasal Amin ni agak choosy sikit bila berkawan. Kalau chemistry ndak click, memang susah sikit dia mau rapat. 

Waktu dia main lari-lari kejar-kejar dengan Zuriel (budak lelaki dalam gambar atas sebelah Amin tu), tetiba datang girl ni pegang lengan Amin lepas tu ntah apa dorang bercerita, split seconds dorang main kejar-kejar bersama. 

Lepas dah main agak lama, dorang berhenti kejap, dan kebetulan Nami pun dah stop grumpy, mommy pun apalagi, terus terjah jadi mamarazzi , ekekekeke ... dan I is suka tanya nama kawan anak-anak. Ooooo ni lah Aqeela yang Amin suka sebut nama dia di rumah. Manis budaknya. 

Bila mommy suruh bergambar, pandai dia posing. Si Zuriel tu jugalah yang shy shy cat ndak mau tengok kamera mommy. 

Since daddy kerja, so tak dapat join acara sekolah Iman dan Amin. Mommy send gambar Amin yang atas tu bagi daddy tengok. Hahahah #bakalmenantubaru , bukan main gelak si daddy. Kita gurau-gurau saja ya. budak budak kan, dorang pure heart, mana ada diskriminasi sesama dorang. Ni kira memang kamceng la ya boleh gambar main kambai-kambai (orang Sabah bilang) macam tu. 

Semoga anak mommy, Amin Johansen senang berkawan dengan semua rakan sebaya dia since dia ni mommy selalu risau dulu jenis ndak suka berkawan dan selalu menyendiri.

BFF Amin & his classmates

ni pula gambar Amin dan classmates (kelas biru Laoshi Alinah) bersedia untuk buat persembahan. Can you all cari mana Amin dan Aqeela? BFF mestilah berdiri sebelah menyebelah kan.

Iman & Casey

Ini pula gambar Amin , Iman dan Casey. Yang ni kebetulan time mau balik, mommy ternampak Casey. Mommy panggil nama Casey dan ajak dia bergambar dengan Iman, dia ok dan terus snap few photos. 

Casey ni kawan Iman waktu di Permata dulu. Lepas grad dari Permata, hanya Casey, Denzel dan Iman yang masuk tadika Cina, lepas tu bila naik darjah 1, Iman dan Casey ni berlainan kelas tapi masih kenal dan ok jak dorang bergambar bersama.

Cantiknya Casey hari tu pakai dress merah. Oh ya, semua murid dan ibubapa yang datang digalakkan pakai warna merah since celebrate CNY / chap goh mei ...

Iman & his batch

ada yang share gambar atas ni dalam group wasap sekolah. Yang ni murid-murid batch Iman. Semua gegirl nampak so cute gitu pakai warna merah dan ada yang mix in pink #teringinnakbabygirl #tetibapulakbah

the pipkiddos and friends

yang ni pula kebetulan sangat selepas Amin main kejar-kejar dengan kawan-kawan dia, Guru Besar panggil sesiapa untuk bergambar di atas pentas. Aqeela laju jak pegang si Amin bawa naik pentas ambil gambar, kebetulan ada kawan lain, so jomlah kita bergambar. Dan Iman pun tetiba join the small kiddos. 

Iman, sebelah Iman tu mommy ndak tau nama, lepas tu Amin, Aqeela, Ayeisha (ex-Permata , junior si Iman, now classmates si Amin), dan sebelah Ayeisha tu pun mommy lupa nama dia ... adeh!

sister-in-law & yours truly 

dan last but not least, kitorang yang memeriahkan acara pada hari itu. My sister-in-law, Yuya (pipkiddos 1st cousin - dia ni pun dah masuk tadika cina untuk umur 4 tahun , super junior si Amin) , baby Nami yang mood swing hari tu, dan yours truly.

gambar kitorang ndak banyak, masing-masing malas mau ambil extra gambar. Cukuplah sekadar entry mau bagitau si Amin ada BFF, dan kebanyakkan kawan-kawan yang dia rapat ni sumandak-sumandak ya , oppsie!

ada satu part tu, time kami mau pigi kantin makan, tiba-tiba datang gegirl pegang tangan si Amin bawa Amin pigi ambil makanan tempat laoshi dorang sambil cakap dengan "Amin, mari kita tinguk tarian singa sama-sama" ... dan si Amin lupa diri kejap, dia tinggalkan kami dan join kawan gegirl dia tu ... Amboi si Amin, bukan main kau bila jumpa GENG, habis mommy kau tinggal-tinggalkan ...

berbeza dengan si Iman yang concern takut mommy dia sesat jalan di kawasan sekolah, siap pegang mommy lagi jadi penunjuk jalan, hahaha.

ragam anak-anak kan ... mommy korang sporting, jadi kita layan sajalah.

cheers.

Tuesday, 14 January 2020

Happy schooling Iman!

Happy schooling Iman!

hi there, baru nak update cerita Iman masuk primary school. Kalau yang follow blog Mrs Pip, mesti dah tahu Iman n Amin sekolah tadika di Chinese school . Jadi, sekolah rendah pun masukkan juga ke Chinese school .

Welcome back to school

Antara sebab kenapa Mrs Pip dan suami sepakat hantar anak anak ke Chinese school ni, salah satunya ialah mahukan anak anak boleh memahami bahasa asing  tambahan selain English. 

Selain tu, berharap anak anak boleh membina keyakinan diri sekiranya mampu menguasai bahasa asing, dan ada lagi sebab lain tapi biarlah rahsia, eh .... Nak share , nanti ada pula yang sukar nak terima pendapat, so biarlah rahsia ...

Masuk kelas sebelum dipindahkan ke kelas sebenar

yuran + buku latihan dah bayar siap2 November hari tu, sekitar RM108.20 kalau tak silap. 

jadual waktu pun dah ada, Isnin Selasa balik jam 1 pm, Rabu jam 12.30 pm, Khamis ada tuition (inisiatif guru) balik jam 3pm, Jumaat balik jam 11 am.

Iman bersama Ozil

Iman tak masuk sekolah KAFA mahupun sekolah rendah agama ... cukuplah sekolah rendah Cina sahaja bust masa in. 

KAFA insya Allah Mrs Pip homeschool kan saja, Iman masih dalam proses untuk sesuaikan waktu pembelajaran.

Dan Iman n Amin naik van sekolah, biasanya sampai rumah agak lewat sekitar jam 2 PM , so mmg kalau masuk KAFA agak rushing anak anak nak siap.

Bersedia untuk perhimpunan

It is ok, anak anak tak masuk KAFA atau Sekolah Agama bukannya sesuatu yang salah, ianya hanya pilihan ... Nak bagi anak sekolah Agama, ianya sesuatu yang baik, tapi tak nak hantar anak sekolah Agama pun tak mengapa asalkan kita usaha didik anak anak kat rumah ok.

1st day sekolah, Iman happy since classmates dia semua pun merupakan kawan2 sekolah tadika dia, so cepat saja budak2 ni semua sesuaikan diri.

Hantar Iman 1st dah school, the next day Iman start naik school bus. Bangun pagi jam 5 am , so far tiada masalah since jam 8 pm dah make sure anak anak masuk tidur.

Awal pagi sebelum pergi sekolah - 1st day 

Cuma a bit sedih lah between Iman dan Amin terpaksa berpisah sekolah. Iman siap pujuk Amin bgtau nanti tahun depan Amin masuk sekolah sama macam Iman ... 

Haha, dorang ni kalau jumpa suka gaduh, kalau berpisah pandai pula rasa sedih ...

Hope Iman boleh bertahan struggle untuk belajar Mandarin untuk 6 tahun ni ok, mommy akan selalu bagi support tau.

Ada homework atau school activities , macam biasa we try our best sentiasa ada bersama anak anak ....

Happy schooling Iman.

Cheers.

Friday, 29 November 2019

Ajar ALIF BA TA cara mudah || Poster Dam Alif Ba Ta

Ajar ALIF BA TA cara mudah || Poster Dam Alif Ba Ta

hi there, poster dam  ALIF BA TA , cara mudah dan seronok ajar anak anak kenal ALIF BA TA. Iman dan Amin sejak ada poster ALIF BA TA ni, rajinlah dorang main bersama, paling happy kalau memamg hingga kota penamat. 

Sambil main sambil mrs pip tanya dorang, ni huruf apa? rupa huruf ni macam mana? nak stimulate memory dorang kan, kena tanya macam macam supaya senang dorang nak ingat huruf.

Ajar ALIF BA TA cara mudah || Poster Dam Alif Ba Ta
Ajar ALIF BA TA cara mudah || Poster Dam Alif Ba Ta

nak ajar anak anak kenal huruf ALIF BA TA tanpa perasaan stress tapi seronok dan bermain bersama ? beli saja poster dam.ALIF BA TA ni tau, harga pun affordable.

Ajar ALIF BA TA cara mudah || Poster Dam Alif Ba Ta
Ajar ALIF BA TA cara mudah || Poster Dam Alif Ba Ta

Ciri ciri poster dam ALIF BA TA atau pun poster ala ala snake and ladder versi tulisan ALIF BA TA ⤵⤵⤵

✅ Berwarna warni dan sangat menarik.
✅ Penuh dengan unsur pembelajaran.
✅ Menyeronokkan dan boleh dimain bersama dadu.
✅ Boleh belajar mengenal perkataan dalam Bahasa Inggeris.
✅ Bersaiz sangat besar iaitu 609 mm x 609 mm. (saiz 2 kaki x 2 kaki)
✅ KALIS AIR kerana diperbuat daripada material Tarpaulin. (material biasa digunakan pada bunting)
✅ Tahan lasak, tidak mudah koyak, tahan lama dan boleh dilipat banyak kali.
✅ Sesuai digunakan untuk 2-6 orang pemain.
✅ Boleh melakukan aktiviti kuiz dan teka objek.
✅ Percuma 2 buah DADU bersaiz 1.4cm X 1.4cm
✅ Percuma 6 buah Dam

PROMOSI! PERCUMA KAMUS RAFIEQI.

Harga RM25.00 , tidak termasuk postage. 

Ajar ALIF BA TA cara mudah || Poster Dam Alif Ba Ta
Ajar ALIF BA TA cara mudah || Poster Dam Alif Ba Ta

Poster ni jenis tahan lasak, kalis air. Boleh bawa travel juga , so sampai kat tempat travel, tak da apa nak buat dlm bilik hotel or homestay, boleh lepak2 ajak anak main sambil2 belajar kan.

boleh main dengan sepupu2 bila datang rumah. mesti happy main sama sama ramai ramai.

kalau ada yang suka, korang wasap laju laju mrs pip ok.

Tekan link wasap di bawah ni ⤵⤵⤵


📣 mrs pip agen mommy happy , menjual barangan pendidikan - buku, toys, etc 😊

cheers.

Monday, 25 November 2019

Selesai Majlis Konvokesyen Iman di Tadika Pei You 2019 || 22.11.2019

Selesai Majlis Konvokesyen Iman di Tadika Pei You 2019 || 22.11.2019

hi there, penutup hari terakhir sekolah 22.11.2019, Iman tamat persekolahan di tadika pei you, dan alhamdulillah selesai juga majlis konvokesyen Iman di tadika pei you, dan semuanya berjalan dengan lancar.


mr.Husband tak dapat attend. It is ok. Ada MIL temankan mrs pip. bawa baby Nami juga. alhamdulillah juga, sepanjang majlis berlangasung, baby Nami well-behaved, terima kasih Allah kerana permudahkan semuanya.


mrs pip datang awal, saja supaya dapat parking dalam compound sekolah, tak berebut nak parking, tak perlu jalan jauh jauh. hehe. Well bila.mr.Husband not around dan kena angkut budak bertiga ni, jadi kenalah bijak sikit merancang urusan kan. 

selalu bila ada mr.Husband, ada aku kesah nak parking kat mana? Tak. lepas tu mr.Husband jugalah yang tolong dukung Nami, manakala Iman dan Amin akan pegang tangan mrs pip, tak pun sebaliknya. 

bila mr.Husband ada, memang tak perlu mrs pip nak risau bab jaga anak bila kami keluar coz mr.Husband lebih prihatin bab bab jaga anak ni, ekeke.


anak anak dipisahkan tempat duduk daripada ibubapa. behave jak semua anak anak duduk kat belakang. bila turn dorang buat persembahan, laoshi akan panggil dan dorang bergerak dalam barisan.


mak oiii, Iman dan BFF dia si Denzel. pantang betul jumpa, bukan main lagi baring baring , ntah apa lah budak berdua ni buat, happy betul. 

mula mula duduk jauh jauh, lepas tu sekali mrs pip pusing, Iman dah gerak pi sebelah si Denzel ... Denzel ni classmate Iman time di Permata, then last year pun dorang classmate juga, tapi this year dorang pisah kelas pula, tapi kalau jumpa macam magnet la pula ....


ni pula Amin, my little romantika sweet pinky boy. Adoi, nama dia panjang berjela. Amin ni jenis romantik lah, jenis sweet little boy, jenis sentimental. suka kaler pink.

Amin ni suka kawan dengam gegirl mungkin. Pink boy kan. Bukan main happy dia bercerita dengan kawan dia tu, sampaikan mommy ambil gambar pun dia buat tak nampak. Hurm.


ni Iman dan kawan kawan standby buat persembahan. gegirl depan Iman tu nama dia Casey. ex-classmate juga dari Permata. this year dorang sekelas, last year lain lain kelas ...


ni Iman buat persembahan. Iman macam ndak happy atas pentas, a bit badmood. tengok dari muka dia pun mrs pip tahu something went wrong ni.

kawan kawan bagi signal kat dia, tapi dia ignore saja. 

Habis persembahan, mrs pip ndak jumpa Iman, dorang get ready pakai baju konvo. 

Lepas habis ambil sijil , mrs pip tanyalah Iman kenapa dia unhappy atas pentas, dia bagitaulah laoshi Ng tiada, jadi laoshi lain ndak pandai ajar dorang menari. Ekeke. Ooooo, rindu laoshi Ng la ni.

Laoshi Ng dalam kenangan, pemergian yang sangat tak disangka pada 11.11.2019 . Ketika pembukaan majlis konvo tu, semua hadirin diminta berdiri dan bertafakur selama seminit untuk memperingati Laoshi Ng, dan ada video tribute to Laoshi Ng. Sedih bah.


Amin pun buat persembahan juga dengan kawan kawan dia, sukalah Amin dapat main pompom ...


tengok budak budak ni buat persembahan, semua cute cute ... so snap banyak gambar, nanti dah masuk sekolah rendah , entah mau ka ndak ni aktif join kokum macam ni ...


habis Amin buat persembahan, pi cari Iman pula. sempatlah ambil gambar dia berbaris pakai baju konvo, budak lain happy, Iman hurmmmm asyik asyik pursed his lips .. Eh mahal pula senyuman si Iman ni ...


momny doakan Iman n Amin dan semua anak anak mommy ni bukan setakat konvo tadika jak , tapi hingga ke menara gading, amiiin.


Iman bersama guru besar tadika, laoshi Alina Ajor. susahnya Iman nak tengok kamera mommy. muka serius ndak bah dia mau senyum.


Iman dan rakan rakan berbaris selepas menerima sijil tamat tadika.


acara selesai jam sekitar jam 10.30 pagi. lepas tu bolehlah sesi bergambar dengan atas pentas bersama laoshi, tapi hurmmmm Iman refused la pula.


Iman bagitau dia penat dan haus, memang hilang mood mau jalan jalan ambil gambar sekitar sekolah. Ok lah, never mind. Kita gambar berdua di dalam dewan pun ok, at least ada kenangan.

Belon n bouquet tu beli kat luar dewan , all in RM18. Beli dua ler, bagi Amin juga 1 set.


Amin punya belikan kaler pink, kaler fav dia. Belon Amin meletup di dewan la pula, nasib baik dia x nangis n request yang baru. Coklat tu Amin n Iman makan la seketul jak, yang lagi satu bungkus tu duduk elok2 dalam bouquet dorang tak makan pun ...

Next year mrs pip plan nak buat bouquet sendirilah untuk Amin konvo pula, insya allah. daripada letak coklat, better mrs pip letak buku dan alat tulis kan ... ekeke.


Wajib juga ada gambar anak anak dan mak mertua yang temankan kitorang.


Gambar last sebelum pulang rumah. Jomlah balik, anak anak lapar dan penat.

terima kasih pei you for the two wonderful years for Iman 2018 - 2019 .

cheers.

Notification
Selamat datang ke blog MrsPipDotCom. Semoga perkongsian di dalam blog ini bermanfaat untuk semua. Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan dan kolaborasi, sila email ke mrspipdotcom@gmail.com.
Done