Badan Bertoksin? Ini 10 Cara Rawatan Mudah Ber-Detox

Badan Bertoksin? Ini 10 Cara Rawatan Mudah || Toksin adalah bahan buangan dari makanan yang tidak diperlukan oleh tubuh manusia disebabkan ianya tercemar dan beracun. 

Tanpa kita sedari, banyak makanan harian yang kita makan mengandungi bahan yang tidak sesuai untuk tubuh badan dan ianya berlaku sepanjang hayat kita.

Apakah bahan yang menyebabkan toksin dalam badan?


● Pengawet makanan
● Perasa dan pewarna tiruan pada makanan
● Baja kimia yang digunakan untuk tanaman sayuran 
● Racun perosak yang melekat pada buah buahan dan sayuran
● Bahan kimia yang digunakan untuk perap / peram buah-buahan
● Pemanis tiruan
● Makanan basi
● Makanan yang dimakan terlalu banyak
● Rokok dan alkohol
● Zat makanan aditif
● Pencemaran udara
● Logam berat dalam air minum
● Kesan ubat-ubatan
● Zat makanan yang tidak diperlukan tubuh
● Makanan segera
● Penggunaan tetap ketuhar gelombang mikro
● Makanan tidak seimbang

10 Cara Rawatan Mudah Ber-Detox

Apakah masalah kesihatan yang disebabkan oleh toksin?


Toksin yang tersimpan dalam badan akan menghalang kemasukan oksigen dan membunuh bakteria baik pada tubuh serta menghalang sistem badan menyerap nutrien dan vitamin ke dalam badan.

Sisa buangan makanan ataupun racun merupakan toksin dalam badan yang sering mengancam kesihatan manusia seperti berikut:-

● Sembelit
● Sakit kepala
● Penyakit kulit 
● Kanser
● Perut berlemak (buncit)
● Demam 
● Lemah dan mudah keletihan
● Penyakit jantung dan tekanan darah tinggi 
● Sakit otot
● Nafas berbau

Berikut adalah 10 cara mudah merawat ataupun mengeluarkan toksin (detox) dari dalam tubuh:-


1/ Minum air secukupnya

Meminum air bersih sekitar 2.5 hingga 3 liter setiap hari mampu membantu pegerakan sistem badan sekaligus membantu organ seperti usus dan hati untuk memproses pembuangan toksin secara semulajadi dari dalam badan.

2/ Rendam badan menggunakan garam epsom

Garam ini boleh didapati di pasaraya ataupun mini market dengan nama epsom salt. Ia merupakan garam semulajadi yang digunakan untuk mengeluarkan toksin dari dalam badan dengan cara larutkan garam ke dalam tab mandi ataupun besin, rendam badan pada tab ataupun mandi untuk membersihkan kotoran pada kulit. 

Fungsi garam epsom lebih berkesan sekiranya rendaman badan pada larutan garam dibuat lebih lama.

3/ Meminum teh setiap hari

Amalan ini adalah kaedah mudah dilakukan untuk membuang ataupun menghalang toksin dari dalam badan.

Sebaiknya teh kurang manis (ataupun tanpa gula) diminum setiap hari kerana kandungan anti oksidan dalam teh mampu mencegah pengumpulan bahan kotor di dalam badan.

4/ Memakan buah betik

Kebaikan buah betik sebagai pelindung tubuh daripada bahan tercemar seperti racun dan udara kotor yang disedut adalah sangat efektif.

Kandungan buah betik yang mempunyai banyak serat mendorong usus berfungsi lebih baik untuk pencernaan yang lancar sekaligun mengeluarkan toksin dari dalam badan.

5/ Meminum air perapan epal hijau dan kayu manis

Caranya ialah, sebiji epal hijau dibuang kulit lalu dicincang dan ditambah dengan satu batang kayu manis dalam satu jag air diperap satu malam didalam peti sejuk (ataupun pada suhu bilik). Kemudian diminum besok pagi sebelum sarapan. 

6/ Amalan diet makanan berserat

Amalan harian memakan makanan berserat seperti sayuran daun hijau, buah-buahan dan bijirin sangat membantu membersihkan bahan buangan ataupun makanan yang tidak diperlukan dari dalam badan.

7/ Meminum jus lobak merah

Lobak merah berperanan sebagai media pembersih tumpukan racun yang terkumpul dalam usus dan hati.

Selain itu, kebaikan lobak merah juga mengandungi banyak khasiat yang diperlukan oleh tubuh untuk membantu organ berfungsi dengan baik.

8/ Bersenam atau bersukan

Banyak manfaat yang diperolehi melalui aktiviti bersenam termasuklah mengeluarkan toksin yang terkumpul pada kulit ataupun dalam badan.

Bersenam atau bersukan menyebabkan tubuh berpeluh dan sekaligus mengeluarkan kotoran melalui peluh.

9/ Aktiviti bersauna

Bersauna adalah aktiviti kesihatan yang menenangkan fikiran serta membuatkan diri seseorang relax.

Dalam bilik lebih kurang kepanasan 180 darjah fehranheit tubuh akan terasa panas dan mengeluarkan peluh secara berterusan dan mendetokfikasi toksik pada lapisan kulit melalui peluh.

10/ Air lemon madu

Kaedah ini juga antara cara mudah mengeluarkan toksin dari dalam badan.

Caranya ialah dengan mengambil 2 potong lemon pada secawan air suam lalu digaul bersama satu sudu kecil madu asli dan diminum setiap pagi sebelum sarapan.

Semoga kita sentiasa berusaha menjalani gaya hidup yang sihat.

Stay healthy and take care.

cheers.


5 Comments

  1. saya baru tahu minum teh setiap hari membantu mengeluarkan toksin dalam badan. baguslah tu, sebab saya pun minum teh juga :) terima kasih atas perkongsiannya

    ReplyDelete
  2. Menarik...SA nak buat la macam no 10 tu...itu yang mudah pada SA...badan banyak toksik ni...acid reflux banyak...

    ReplyDelete
  3. Thank for sharing. Sy jogging di waktu petang .

    ReplyDelete
  4. air lemon tu mmg saya amalkan setiap hari. cuma tak campur madu sebab stok dh abis. so minum air lemon sahaja. setakat ni perasan, mmg lawas pembuangan air besar. hehe..

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.