Cerita Di Sebalik Pageviews Blog Meningkat 50K

Cerita Di Sebalik Pageviews Blog Meningkat 50K . Hi there. Sebenarnya banyak benda aku nak membebel kat blog, nak cerita life aku. Tapi tu lah, aku rasa macam busy betul sejak-sejak anak-anak tak pergi sekolah. Cuti panjang gila kerana Covid. Dan setiap hari menghadap PdPR mereka.

Bila Iman dan Amin PdPR, setiap hari mesti ada Google Meet tau. Tapi tu lah, device kitorang satu sahaja, so aku set hanya subjek Mandarin, Sains dan Matematik sahaja yang mereka boleh join. Kena take turns. Google Meet pula start jam 10 pagi setiap hari.

Selesai Google Meet, aku terkejar pula nak masak. Time Iman atau Amin Google Meet, aku kena melayan si cinonet Nami , kalau tak busy betul dia nak kacau abang-abang dia study.

Macam ni lah rutin aku. Siang busy dengan hal-hal surirmah dan pastikan anak-anak buat homework. Lepas tu habis lunch, ada masa aku dapat rehat. Ada masa busy sambung pula spent time tengok kerja rumah anak.

Malam pun macam tu, sambung lagi buat kerja rumah anak-anak, ajar Iqra, ajar extra Maths, ajar membaca BM, BI dan Mandarin. Kalau tak pulun ajar anak, siapa lagi nak ajar? AKu cuba buat yang terbaik untuk anak-anak.
 
Nami pula, kalau malam kena berkepit dengan daddy. Mommy busy ajar abang abang dia. Alhamdulillah, kitorang suami siteri saling bantu membantu untuk pastikan anak-anak stay on track untuk belajar.

Kadang-kadang sampai jam 11 malam juga siap sesi belajar bersama anak-anak. Ada masa Iman sampai menangis rasa tertekan kena siapakan homework. Sorry ya anak-anak, mommy strict untuk kebaikan bersama.

Pageviews Blog Meningkat

Move ke tajuk entry hari ini Cerita Di Sebalik Pageviews Blog Meningkat 50K . Sebenarnya aku dah quite sometime hilang rasa untuk menulis. Aku rasa macam lost touch and joy for blogging.

Begitulah aku rasa selalu. Tapi ada masa aku rindu nak update blog, cuma aku tak tahu nak cerita apa. So aku tepeklah info & tips untuk diet and health since aku sedikit obses dengan hal-hal yang berkaitan dengan kesihatan ni.

Dan lately aku rasa aku depress (murung), cumanya aku tak sure depress ni level dia macam mana. Ada masa aku rasa tak nak bercakap dengan sesiapa. Ada masa aku tak respon bila anak-anak bawa aku bercakap. Ada masa aku nangis secara tiba-tiba. Ada masa aku rasa nak tidur sepanjang hari. Entahlah.

Kadang-kadang aku fikir, maybe pasal aku terlalu berkurung dalam rumah sampai boleh depress. Aku pun tak sure. Benda-benda yang aku suka buat sebelum ni, semuanya aku rasa aku macam tak enjoy nak buat *sigh*

Bulan Jun ni , PV blog berjaya cecah lebih 50K. Dah lama tak rasa PV tinggi macam ni. Bagi aku blog aku ni biasa-biasa saja, dan aku pun bukannya bagus sangat dalam penulisan. 

Purata PV sebulan sekitar 35K macam tu lah. Dan aku jenis bukan kejar PV sangat. Cuma untuk kerja berbayar, aku try my best untuk artikel tersebut naik ke Google Search page depan.

Bila PV dah cecah 50K sebulan, aku rasa sedikit excited. Dan aku harap aku boleh terus menulis tanpa jemu dan sebarkan info yang bermanfaat untuk pembaca blog.

Lepas ni aku nak aim pula untuk PV cecah 75K sebulan, tapi aku kena perbaiki lagi SEO dan Keywords blog aku.

Tapi aku still fight dengan rasa murung tak bertempat aku ni. Doakan aku kuat berdepan dengan hari-hari yang aku lalui ya. 

Semoga blog mrspip.com terus wujud  , tak terbiar dan tak terabai.

Korang semua stay healthy mentally and emotionally ya. 


Lots of love,

Mrs Pip

Berjuang Dengan Diri Sendiri. 

Post a Comment

7 Comments

  1. Mcm ni lah.. jangan terlalu paksa diri utk hadap pdpr tu.. as long as dpt siapkan hw anak2.. love yourself more.. nnt dh depress kesian pulak anak2 terabai terus.. do take care ya

    ReplyDelete
  2. Tahniahh kak PV blog kak naikk tu
    Rabia pun murung sekejap duduk rumah.lama2 tu ok dahh

    ReplyDelete
  3. Semoga dipermudahkan segala urusan, Kak Pip.

    ReplyDelete
  4. Jangan paksa diri kak.. Semua org pun skrg penat and I feel you.. huhu.. Tak tahu mcm mana nak hadapi masa2 akan dtg.. Semoga semuanya d'permudahkan buat kita..

    Tahniah atas pencapaian kak.. Teruskan berkongsi ❤️ Take care, stay safe. Jgan murung2 kak.. Lau ada nak share luahkan ja dgn sesiapa yg akak percaya.

    Semoga beban yg d'pikul semakin b'kurg.. Aamiin

    ReplyDelete
  5. berkurung kat rumah mmg boleh buat murung mrspip. kalau ada kesempatan keluar kejap dari rumah bg kulit kena matahari ye. sedut udara segar. tahniah pv50k byk juga tu

    ReplyDelete
  6. kadang2 saya pun rasa yang sama mrs pip. bila jadi camni, saya amik masa & bukak blog. baca entry lama-lama, baru feel nak menulis & membebel kat blog tu datang balik. mungkin jadi camni sebab kita dah lama berkurung tak boleh nak gi mana-mana. jadi cam idea tu di block sebab kita pun terkurung dalam rumah, x leh nak ke mana.

    ReplyDelete
  7. all the best kak pip. Take care tau

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.