Hello. Yeay, Nami turns 8 , and Anim turns 4 this year. Nami 20/8 dan Anim lahir 27/8. Tahun ni celebrate birthday mereka combine celebration dekat rumah mak mentua pada 29/8/2026. Kita buat simple celebration saja, hanya small family gathering as usual.
Kek adalah gambar asal, mommy tukat background dengan bantuan AI agar kek lebih nampak menyerlah
Yang tinggal area Membakut - Lumat , boleh check kedai mereka di Membakut Jaya, kedai Emi Cakelicious atau FB mereka dengan nama yang sama.
Nami mahu kek tema Boboiboy warna hitam merah, Anim pula sekarang memang suka dengan Cocomelon, jadi dia request tema Cocomelon dan request warna kek ada biru pink hijau.
Masing-masing ada preference sendiri. Mommy beli kek fresh cream sponge cake 800gram, satu flavor keladi, satu flavor strawberi. Harga satu kek RM55. 00 + topper RM8.
Overall, mommy happy with the cakes, rasa pum sedap.
Mommy minta bantuan AI untuk tukar warna dinding agar lebih nampak kemas. Semua imej lain adalah kekal.
Mommy 3 boys + 1 girl.
Adik biras 5 boys + 1 girl (seorang tiada dalam gambar, dia moody ndak malam tu)
Anak kakak biras +1 (paling kanan, tu anak bongsu lelaki dia)
Yang girls pula anak bongsu. Yang girls ni pakej manja + asyik mau menang, yang abang-abang pula jenis mengalah. Semoga anak anak membesar dengan penuh kasih sayang & harmoni.
Anak-anak buah lain dah masuk fasa real remaja + dewasa. So bab-bab bergambar macam ni memang mereka malu-malu kucing gitu. Jadi, ini sajalah anak anak yang masih mahu bergambar sesama mereka.
Ni gambar berdua budak yang sambut birthday bulan Ogos. Ni kawan kejap gaduh, kejap sayang. Budak berdua ni dah siap tukar nama panggilan, sorang nama. Abang Baby, seorang lagi Adik Baby.
Ni gambar berdua budak yang sambut birthday bulan Ogos. Ni kawan kejap gaduh, kejap sayang. Budak berdua ni dah siap tukar nama panggilan, sorang nama. Abang Baby, seorang lagi Adik Baby.
Memandai dorang hari tu berbual berdua, lepas tu mommy dengar yang si adik ni cakap abang panggil nama dia Adik Baby.
So si abang ni pun jenis manja, dia bagitau adik dia suruh panggil nama Abang Baby, kita dua ja ada nama manja bilang si Nami.
Mommy terketawa dengar dorang dua bercerita nama panggilan. Ingatkan saja-saja dorang bergurau, sekali tu nah betul-betul pula dorang berdua sesama dorang ni guna tu nama sampai sekarang.
Mana kamu ja la anak, janji mommy tetap panggil kamurang dengan nama sebenar. Penat mommy carikan nama cantik untuk kamu, jadi memang nama sebenar kamulah yang mommy akan guna. Hehehe.
Abang Nami ni dulu, siap mommy dapat false alarm lagi ingatkan mau beranak, sekali tu doktor suruh pulang belum lagi mau beranak. Lepas tu dia start real contraction tu seawal jam 2 pagi. Jam 9 pagi serah diri masuk wad. Tapi 12 jam kemudian baru mommy bersalin. Nasib lah smooth ja bersalin.
Kalau Anim pula, contraction jam 4 petang, jam 6 petang mommy sempat masak siapkan makan malam untuk semua. Jam 7malam serah diri pergi hospital. Almost midnite, keluarlah seketul baby girl. Alhamdulillah, smooth juga time bersalin.
Mommy ada 4 anak, semua deliveries intact. Very alhamdulillah.
Doakan mak mentua saya sihat ya, umur dia tahun ni dah cecah 75tahun. Sayang mak mentua.
Ni hidangan birthday yang mr. Husband siapkan semua sendiri.
- Nasi perap (dari gravy ayam bakar)
- Ayam perap bakar
- Isi ikan masak sos lemon
- Sayur campur (kubis+labu+cendawan+tanghun+fucuk)
Mommy hanya sediakan
- Pasta makaroni
- Buttercake slice
Dan sebelum tu, tepat 20/8/2026 pada hari jadi Nami, kami ada buat sambutan ringkas birthday Nami.
Rancangan asal hanya masak ayam goreng + fries seperti yang diminta, dan tiada plan pun beli kek harijadi. Tapi pagi birthday abang Nami tu, dia ulang banyak kali mau kek warna pink, siap bagitau lagi kedai kek mana satu yang ada jual kek pink yang dia mau tu.
Jadi, pergilah mommy dan daddy cari kek warna pink, tapi tiada. End up beli ja apa yang ada. The best choice fresh cream vanilla cake untuk Nami.
Seperti biasa, kita ambil gambar sebagai tanda kenangan. Rumah kami tidaklah besar mana, dan memang ini sahaja ruang yang ada untuk kami melepak bercerita bersama semua.
Small spaces, many memories together forever.
Maka itu sahajalah cerita ringkas celebrate birthday Nami & Anim. Terima kasih kepada semua yang meraikan harijadi mereka dan terima kasih juga yang bagi angpow untuk anak-anak.
Semoga Nami dan Anim sentiasa dalam rahmat & lindungan Allah SWT. Amiinn.
____________________
"Life is not always beautiful and perfect, but as long as you are happy and grateful, life will always be perfect and beautiful"











0 Comments
Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.