MrsPipDotCom: Birthday
News Update
Loading...
Showing posts with label Birthday. Show all posts
Showing posts with label Birthday. Show all posts

Tuesday, 31 March 2020

Kek Superman untuk harijadi Iman 7 tahun

Kek Superman untuk harijadi Iman 7 tahun

hi there, hampir terlupa untuk update kisah harijadi Iman. Mommy update di sini untuk kenangan Iman kelak. Mommy walaupun bukan seorang yang suka buat sambutan birthday, tapi untuk birthday anak anak, mommy akan try buat so that apabila anak anak besar kelak, at least dorang ada kenangan sambutan birthday time kecik-kecik dulu #creatingmemories.

Kitorang celebrate birthday Iman pada 7/Mac (harijadi Iman 4/Mac) , hari Sabtu. Memang akan celebrate any birthdays pada hujung minggu kerana weekdays daddy kan busy kerja. Moreover ahli keluarga lain biasanya free time pun memang hujung-hujung minggu, jadi no big deal pun celebrate lewat.

Kek Superman untuk harijadi Iman 7 tahun
Kek Superman untuk harijadi Iman 7 tahun

Celebrate pun ala kadar sahaja, just to create some good memories for Iman with us. Mommy order kek Superman untuk birthday Iman kali ini. Iman kan nowadays obses dengan superman, sikit-sikit superman, jadi Iman mesti extra happy kalau dapat kek Superman kan.

Tell you what, baju yang Iman pakai tu dah macam baju uniform rumah dia. Hari-hari mau pakai baju yang sama, hari-hari akan suruh mommy cuci baju tu, keringkan cepat dan esoknya dia nak pakai lagi baju yang sama as if tu sajalah satu-satunya baju dia!

haha, anak mommy sorang ni memang once dia obses dengan sesuatu, dia akan try hard untuk dapatkan apa yang dia nak. Dan adalah satu hari tu, Iman request nak cloak Superman. Dia punya membebel nak cloak tu memang susah nak bawa bincang. Boleh depress mommy dengan perangai Iman.

Iman dan Amin
Iman dan Amin

cloak tu mommy berjaya beli di shopee. sepasang dengan topeng muka tu, harga sekitar RM7.++ , so beli dua set. Satu lagi untuk Amin. Dan Amin pula , apa yang Iman suka, maka dia pun akan suka. Amin ni jenis follow Iman flow, cumanya Amin takkan paksa nak minta sesuatu. Kalau ada untuk dia, dia ok, kalau tiada untuk dia, dia pun no bid deal.

mommy dah siap siap pakaikan Iman baju kemeja sama macam Amin cuma berlainan warna. Half way tu Iman pergi tukar pakai baju kegemaran dia. Ok lah, kita raikan perbezaan, janji anak-anak mommy semua happy.

harijadi Iman 7 tahun
Kek Superman untuk
harijadi Iman 7 tahun


mommy pun dulu suka juga dengan Superman. eh, tapi mommy layan semua superheroes, tak da lah obses sangat dengan mana mana watak pun. Dulu-dulu time mommy, Superman yang paling femes mestilah Dean Cain dan heroin dia Teri Hatcher ... Tapi sebelum tu, time mommy kecik kecik macam Iman, watak Superman dibawakan oleh Christopher Reeve. Ok lah, dua actor ni mommy ingatlah. Lepas tu dah tak follow pun mana-mana cerita Superman. Dah besar kita layan Kdrama/KMovie la pula. ekekeke.

kek Superman Iman ni, mommy pilih red velvet. Sedap. Tak manis. Rasa kek ni just nice di tekak mommy. Untuk kek 1KG ni, harga RM70.00. Oklah, harga reasonable bagi mommy.

Untuk tempahan kek harijadi / kek pertunangan / kek perkahwinan bagi kawasan Membakut, bolehlah menempah kek dengan Puan Suimeh (wasap 017-803-4302). Harga kek affordable dan sedap.

harijadi Iman 7 tahun
harijadi Iman 7 tahun

mommy tak banyak pun ambil gambar time birthday Iman. Just snap a few saja. Lebih busy makan makan dengan family members. Kitorang macam ni lah, once makan-makan memang semua malas nak ambil gambar, semua pun busy nak penuhkan perut masing-masing sambil berborak.

bahan-bahan steamboat
bahan-bahan steamboat

Daddy dah siap siap bagitau, untuk makan makan sempena harijadi Iman, dia just sediakan bahan bahan steamboat. Ndak perlu susah susah mau masak , Kita ber-steamboat saja di rumah bersama ahli keluarga yang lain. Minuman pun daddy hanya sediakan minuman kotak.

gambar steamboat pun hanya ni jak yang ter-snap. Makan dengan mee. Ada udang segar juga. Budak-budak enjoy makan udang dan mee, yang bahan-bahan steamboat lain tu, dorang makan so-so jak lah. Yang banyak melantak kitorang ler yang dewasa-dewasa ni.

harijadi Iman 7 tahun
harijadi Iman 7 tahun


mommy hari tu tak sempat nak decorate apapun untuk birthday Iman, just sempat beli belon untuk lekat di dinding, dan juga birthday banner. NI sajalah yang mommy sempat fikir nak beli untuk decoration birthday. Sebenarnya , ni rancangan last minute.

Beli di kedai Ninso. Birthday banner tu harga RM2.30, belon pula 10 pcs per pack RM2.30, so beli 2 pek  .. harga affordable kan barang di Ninso. Maybe lepas ni kalau ada rezeki nak celebrate birthday Nami pula untuk 2 years old bulan Ogos ni, Insya allah mommy plan awal, so ndak da kelam kabut. Boleh deko-deko nanti.

Sekian untuk cerita birthday Iman yang ke-7 tahun. Hadiah Iman tahun ni, as usual mommy belikan set buku ...

Thanks daddy belanja kitorang makan-makan steamboat sampai kenyang perut. Semoga murah rezeki daddy selalu belanja kitorang, muah.

Untuk Iman, semoga membesar jadi anak yang baik dan elok budi pekerti ... Saranghae!

Sekejapnya Iman dah besar, rasanya macam baru juga mommy preggykan Iman. 

we all love Iman ❤️

cheers.

Thursday, 21 November 2019

Beli Jiwa Anak : kek untuk Amin , beyblade untuk Iman

Beli Jiwa Anak : kek untuk Amin , beyblade untuk Iman

hi there, minggu ni minggu yang busy untuk mrs pip. minggu terakhir persekolahan, dan Iman konvo tahun akhir berada di tadika esok 22.11.2019. Beli jiwa anak, ya begitulah bunyi tajuk entry hari ni setelah sekian lama menyepi. Banyak nak cerita, tapi tak larat nak menaip kerana kekangan masa. Kek untuk Amin dan beyblade untuk Iman.

beli jiwa anak
beli jiwa anak

Amin birthday 5 tahun hari tu 11.11.19 . Tiada sebarang celebration. Birthday dia jatuh pada hari Isnin, hari mr.Husband tiada di rumah kerana bekerja. Nak celebrate di sekolah, tapi Nami not feeling so well, asyik nak mengempeng, maka tiada siapa yang dapat membantu siapkan makanan dan kek untuk Amin.

Dan Amin pula dia tahu hari tu birthday dia, so dia keep on saying "nanti Amin mau makan kek tiup lilin", bukan sekali dua dia cakap statement yang sama, tapi berkali kali tau, sayulah hati mrs pip tengok Amin berharap sangat nak tiup lilin tu.

last weekend , hari Sabtu 16.11.2019 kitorang keluar bawa anak anak jalan kejap buat groceries shopping, lepas tu terus lah sekali belikan kek untuk Amin.

black forest cake
black forest cake

mrs pip beli ready made kek. pilihan yang ada hanya black forest cake, cheese cake, dan fruit cake ... mrs pip pilih black forest coz Amin ni kalau makan kek, dia suka yang banyak krim dan ada cherry.

beli kek setengah kilo, harga RM35.00. mrs pip memang tak sempat nak buat kek, lepas tu kalau buat kek, tak suka letak krim krim ni semua, so mesti Amin reject kek kalau mrs pip yang baking, haha. 

Birthday Amin 5 Tahun
Birthday Amin 5 Tahun

rezeki Amin lah kan, dapat ready made cake yang dia suka. Amin happy. kami pun happy. suka sangat Amin bila kami nyanyi lagu happy birthday , dia tiup lilin dan potong kek. 

beli jiwa anak
beli jiwa anak

Iman pula masih dengan season nak berbeyblade. hari tu daddy lah ambil beyblade Iman gara gara Iman langgar peraturan bawa beyblade pergi sekolah lepas tu malas buat homework, asyik mau main beyblade saja.

daddy letak beyblade dalam stor. haha, time groceries shopping tu, Iman buat muka kesian nak beyblade baru. 

rezeki sangatlah bila daddy lembut hati dengar pujuk rayu Iman nak beyblade baru. bukan Iman saja dapat beyblade baru, Amin pun daddy belikan sekali.

beyblade lama tu daddy keluarkan dari stor dan bagi Iman semula. cuti sekolah pun sudah bermula kan, so biarlah budak budak ni main beyblade di rumah, tapi dengan syarat setiap malam kena belajar dengan mommy sepanjang waktu cuti sekolah ni.

main tu mainlah juga, tapi study tak boleh tinggal kata daddy. happy anak anak dapat toys kegemaran dorang. 

macam inilah kami beli jiwa anak. nak buat dorang happy, tapi tetap kena bersyarat. 

cuti dah start kan. mak mak semua dah planning cuti ni nak buat apa dengan anak anak?

macam mrs pip, planning memang banyak, tapi mr.Husband kerja, so kena adjust ikut masa free dia lah.

kalau mak mak semua mencari buku buku pendidikan menarik , dan fun semasa mengajar, bolehlah wasap mrs pip.

kombo buku cerita sayangku mommy happy
kombo buku cerita sayangku mommy happy

mrs pip agen mommy happy, pengeluar buku buku pendidikan . Buku pun best best, banyak pilihan.

siri buku bestari pantas membaca
siri buku bestari pantas membaca 

ni antara buku buku pendidikan keluaran Mommy Happy . ada banyak lagi, tapi mrs pip share yang ni dulu. nak lagi buku buku lain, wasap mrs pip tau.

500 vocabulary words kids to know in malaysia context
500 vocabulary words kids to know in malaysia context

harga yang tertera tu harga buku sahaja, tidak termasuk postage ya. Pengeposan dibuat seluruh Malaysia. 

sesuai juga kalau nak tambah bahan bacaan anak anak di rumah, atau nak buat bagi anak anak hadiah ... 


cheers.

Monday, 11 November 2019

Happy Birthday Amin Johansen 5 Tahun || 11.11.2019

Happy Birthday Amin Johansen 5 Tahun || 11.11.2019

hi there, setiap tahun pada 11.11 tatkala satu Malaysia busy buat online sale besar-besaran dengan tawaran harga rambang mata dan ada sesetengah seller yang sanggup ambil kesempatan menipu dengan gimik marketing , seorang mrs pip busy layan birthday anak >>> Amin Johansen. 

Yeah, setiap tahun pada 11.11 adalah harijadi anak kedua mrs pip, our little chipumpum atau lebih suka dipanggil dengan nama penuh dia;  Amin Johansen.

Happy Birthday Amin Johansen 5 Tahun 

Tahun ni Amin dah berusia 5 tahun. Imbas balik zaman pregnantkan Amin, very alhamdulillah mrs pip tiada sebarang masalah kesihatan , senang sangat dengan Amin ni. Loya pun sebelah malam sahaja, tu pun sekejap saja ... Mengidam pun hanyalah setakat soto daging. 

Cuma , Amin ni baby songsang. Dan yes mrs pip menjalani prosedur memusingkan Amin di Hospital Likas agar kedudukan Amin di dalam perut membolehkan mrs pip bersalin normal. 

Dan pengalaman pusing baby ni masya allah, sakit tu hanya Allah sahaja yang tahu. Rasa sakit tu lebih parah (bagi mrs pip lah) berbanding kau nak meneran lahirkan baby.

Menangis tau mrs pip tahan sakit waktu doktor pusingkan baby, tapi alhamdulillah dapat doktor yang sangat memahami, dua doktor yang buat prosedur tu, dua kali kena buat coz yang 1st pusing tak berjaya ... 

Tapi, Allah tu Maha Penyayang kan ... Dah sakit time kena pusing, Allah mudahkan sewaktu lahirkan Amin ni, sangat2 mudah. Perut tak sakit sangat, teran pun sekali harung baby terus keluar. 

Amin sewaktu kecil sampai sekarang ni, mudah nak urus. Semoga anak mommy ni membesar dengan molek. Secantik nama yang mommy bagi, begitulah seindahnya kamu membesar ya Amin. 

Semoga Amin sentiasa menjadi orang yang AMANAH seperti nama yang kamu bawa.

Happy Birthday Amin Johansen 5 Tahun 

Kompilasi gambar gambar Amin ❤ tiada sebarang perancangan untuk celebrate birthday Amin di sekolah (mommy masih sedih dengan pemergian Laoshi Ng, guru kelas Iman yang passed away di awal pagi hari ini 11.11.2019).

Dan kebetulan daddy tiada sepanjang minggu kerana urusan kerja, jadi once again postpone untuk celebrate birthday Amin (most probably kita akan celebrate birthday anak-anak sekali harung once mr.Husband tak busy kerja >>> birthday Iman dan Nami pun tak celebrate lagi, ekeke) ...

Tapi as usual, mommy tetap ingat birthday anak anak, dan sediakan kek untuk anak anak ... Iman hari tu request kek coklat, Amin pula tak request apapun, so mommy just sediakan cupcakes untuk kudap kudap.

Tunggu daddy tak busy, nanti kita plan celebrate birthday Amin ya. Nasib baiklah anak anak jenis tak cerewet bab celebrate birthday ni, alhamdulillah ...

Mommy dah plan nak bawa piknik ... Semoga rancangan berjaya pigi piknik. Rindulah dengan laut dan pantai ... Kalau tak jadi piknik di pantai, maybe bawa pergi indoor atau outdoor playground, tengoklah nanti macam mana kan ...

Apapun, HAPPY BIRTHDAY AMIN, we all love Amin to the moon and back . 

Saranghae.

Tuesday, 12 March 2019

Iman Rafael turns 6 yrs old || 4.03.2019

Iman Rafael turns 6 yrs old || 4.03.2019

hi there, baru ada kesempatan update birthday Iman yang ke-6 tahun minggu lepas pada 4.03.2019 ... lain yang mrs pip plan, lain pula kejadian sebenar pada tarikh tersebut ...


birthday Iman jatuh pada hari Isnin ... so hari budak pergi sekolah ... nak celebrate atau tak ni? kalau nak celebrate, nak celebrate di sekolah, tuition centre, pohpoh house atau kita sendiri2 saja? eh, banyak betul pilihan ...

gambar atas, muka birthday boy on the way pergi sekolah ... luckylah dpt tangkap gambar elok ... kalau tak, ntah brapa kali snap baru dpt yg elok ...


gambar atas ni, dah siap siap pakai baju sekolah, so ingat nak wefie elok elok dgn anak anak nak wasap mr.Husband, tapi satu pun tak dpt gambar yg elok ... semua Iman conquer asyik2 nak muka dia penuh depan kamera, hiks!

so end up gambar Iman n Amin sajalah penuh dalam handphone pagi tu ... 

Penuhi keinginan Iman


sebulan lalu, Iman beria ia bgtau mrs pip nnt birthday, Iman mau celebrate potong kek di sekolah dgn kawan kawan ...

so, mrs pip pun ok sajalah kan sambil kira2 bajet yg diperlukan >>> kek , simple food and doorgift utk 50pax 

kemudian, seminggu sblm bday Iman, mrs pip tanya lagi Iman ni, birthday nanti dia mau potong kek di sekolah atau mcm mana? 

Iman ni jenis yg sukar dijangka ... so mmg kena tanya byk kali berkali kali dan ulang kali soalan yg serius utk dptkan jawapan yang muktamad.


Cer teka apa keinginan Iman utk bday dia?

Dua malam sblm bday, Iman bgtau

"mommy, Iman tidak mau potong kek di sekolah, Iman mau tiup lilin di rumah jak"

"mommy, Iman mau mommy dan Amin kasi sing sing Iman happy bday to Iman. Iman tidak mau orang lain sing sing"

"mommy, Iman mau tiup lilin dgn mommy dan Amin saja , lepas tu Iman mau potong kek dan makan kek di rumah"

wah, biar betul Iman ni ... hanya kita bertiga saja yg celebrate bday Iman?

Iman bgtau Nami masih baby, so Nami tak boleh sing sing n makan kek, so Nami tak boleh celebrate bday dia ... Huhu.

Dan daddy pula kerja, jadi nnt kek kasi tinggal daddy saja bilang si Iman ...

and serius, impian Iman dipenuhi .. hanya kami bertiga saja yg celebrate bday Iman lepas balik dari lelas tuisyen.

kek pula mrs pip buat vanilla sponge cake, kemudian covered with ganache ❤❤❤ dan hanya ada 3 lilin saja di rumah, so pakai sajalah lilin yg ada.

dan serius, si Iman balik ja dari kelas tuisyen, mrs pip mmg sudah siap2 kemas meja , punya happy Iman nampak kek atas meja , lepas tu cepat2 suruh mommy pasang lilin, nyanyi lagu happy birthday dgn Amin, lepas tu tiup lilin n potong kek..

kek pun main belasah ja Iman potong suka hati dia .. Siap cakap lagi "ni kek Iman, biar Iman yg potong sendiri kasi mommy n Amin" ... "sedapnya kek" ...


ni pula gambar Iman n Amin balik dari kelas tuisyen ... masuk ja kereta, terus bgtau laoshi kelas tuisyen bagi Iman hadiah ... dapat botol air cantik dan set alat tulis dgn sticker tu sekali ...

habis mommy dorg kerjakan lekat sticker di tangan dan lengan .. Adeh.


dan time tuisyen tu, mrs pip dah order siap2 set donut+tart+drinks untuk kawan2 Iman di kelas tuisyen ... utk kelas tuisyen, Iman+kawan2+laoshi ada 34 orang semuanya ... tiada kek pasal Iman pun tak mau kek utk kelas tuisyen dia ...

now, mrs pip still fikir nak celebrate atau tidak bday dia di sekolah ... next year sudah masuk sekolah rendah, at least nak juga ada kenangan bday dgn kawan2 di tadika kan ...

nanti mommy celebrate tetiba di sekolah, Iman badmood pula pasal dia mmg tak nak celebrate di sekolah ... Iman ni perangai sukar dijangka ... 

apapun , bab nak tiup lilin bertiga saja dgn mommy n Amin sudah pun dipenuhi ... 

dan thanks laoshi dan kawan2 di kelas tuisyen buat Iman happy , dan siap ada kawan yg bagi Iman hadiah keesokannya ... mommy pun tak beli lagi hadiah Iman .. dah dia request nak shark, mommy mau tangkap shark di mana? adeh. request yg ntah apa apa la Iman ni ...

Iman, 
kamu yg pertama di hati mommy
kamu pari pari kecil mommy 
yang menghapuskan duka mommy
kamu yang mommy kasihi

tumbuhlah membesar 
semoga kamu menjadi insan berakhlak baik
hidup ini, harus banyak empati dan ehsan 
jangan pernah sombong 
jangan pernah bongkak

sayangi mommy, daddy, Amin dan Nami
semoga anak mommy ni 
sentiasa sukses dan menjadi hamba yang diredhai Allah.

Happy birthday Iman.
6 years and counting.

cheers.

Monday, 4 March 2019

Edisi #40

Edisi #40

hi there, very alhamdulillah .... 2 minggu lalu, pada tanggal 18 Feb hari tu, mrs pip genap berusia 40 tahun , dah masuk 4 series dah ... bukan semakin tua, bukan juga jiwa maintain muda tetapi hati dan jiwa semakin berusia dan semakin hampir dijemput sang pencipta ... ini pasti.

banyak lagi perkara yang mrs pip belum berjaya selesaikan .. wishlist panjang berjela tetapi keinginan untuk mahu memiliki pelbagai benda semakin berkurangan ... nowadays, just feeling grateful with everything I have. 

banyak yang dilalui, pelbagai ujian dihadapi, dan sampai satu saat tu hampir hampir depresi dan berputus asa dengan hidup sendiri, namun Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ... pada waktu rasa putus asa sebenar itu datang, Allah berikan pertolongan yang diperlukan.

ada perkara yang sukar untuk dikongsi , semua simpan sendiri dan nampak life mcm normal, padahal tengah strunggle untuk hidup tanpa depresi


semoga Allah panjangkan usia kita semua, dan sebelum kita menemui sang Pencipta Agung, semoga hidup ini digunakan sebaik-baiknya T_T

Allah, jadikan aku hambamu yag sentiasa mensyukuri nikmatmu, dan jadikan aku hambamu yang sentiasa bersabar da bersangka baik denganmu pada setiap nafas yang dihembuskan.

doa yang baik baik saja. semoga hidup ini sentiasa indah.

cheers.

Thursday, 14 February 2019

Unboxing Althea Birthday Reward Point || #FebruaryBaby

Unboxing Althea Birthday Reward Point || #FebruaryBaby

hi there, yeah! happy tidak terkata bila ada yang belanja kita hadia birthday T_T mrs pip #FebruaryBaby #Aquarius ... ada sesiapa yang sama dengan mrs pip bulan birthday dan zodiak? hehe. sep sikit, kita geng. thanks AltheaKorea ... 

dapat jak parcel, amboiiii mrs pip dah ada helper tau, si baby Nami yang terlebih excited mau buka parcel dari Althea ... so, mommy kasi chance unboxing kali ni, kasi featuring si Baby Nami x Althea Birthday Haul T_T

Unboxing Althea Birthday Reward Point || #FebruaryBaby
Unboxing Althea Birthday Reward Point || #FebruaryBaby

bila buka bungkusan tu kan, terus nampak Lunar Year Box, so so happy! eh, dapat tiga box terus. suka sangat ... selalu dapat box yang kaler pink biasa macam seketul kotak kecil dlm gambar atas ... ni dapat Lunar Year Box, memang feeling dia lain sikit tau #althealover

walaupun di rumah sudah byk kotak Althea, tapi still suka collect kotak Althea ni ... ekceli, kotak Althea ni jenis yang sturdy, so boleh recycle ikut kreativiti korang ... tapi mcm mrs pip, kotak Althea ni mrs pip guna sbg kotak untuk letak hadiah ... :))


Althea Lunar Box
Althea Lunar Box

Althea bagi birthday reward kira banyak la juga ... memang memborong la namanya kan bila dapat reward point yang banyak ... tapi since mrs pip still ada skincare yang tak buka lagi, so kali ni tak nak beli skincare ... beli mekap? tak beli mekap pon pasal mrs pip mmg tak mekap mekap pon ... 

lepas tu, time redeemed birthday reward ni, Althea kebetulan ada diskaun sempena CNY tau, transaksi melebihi RM100, akan dapat rebate RM18.00 per user account , so yeah! dapatlah extra RM18 lagi ...

so, ni lah hasil me-redeemed reward point sempea birthday mrs pip yang akan datang , insya allah.

v
v
v

Everyday Mask Set
Everyday Mask Set

mrs pip beli facial sheet mask keluaran Boom De Ah Dah ... beli dua jenis facial sheet mask, iaitu Honey dan juga Berry , dan setiap set ada 10 keping ... satu set ni harganya RM15.00 , kalau beli sekeping keping, agak mahal, so better beli per set terus ... 


  • Everyday Mask Set 10 Sheets (25g*10) Berry RM15.00
  • Everyday Mask Set 10 Sheets (25g*10) Honey RM15.00


Perfect Clean Cleansing Tissues (30ea)
Perfect Clean Cleansing Tissues (30ea)

mrs pip beli Perfect Clean Cleansing Tissues keluaran Prreti: ... beli 4 pack , dan satu pack ni mengandungi 30 helai , dan harganya setiap satu ialah RM5.00


  • Perfect Clean Cleansing Tissues (30ea) 4 packs RM20.00


atercolor Cream Tint (4.5ml)
atercolor Cream Tint (4.5ml)

peminat Althea mesti dah tau Althea dah keluarkan rangkaian mekap jenama sendiri kan ... dan pasal happy dengan Althea punya watercolor cream tint, dan kebetulan ada promo beli 2 percuma 1, so mrs pip pun tak lepaskan peluang untuk beli extra watercolor cream tint ni ...

TAPI.

ni bukan untuk mrs pip hokey coz mrs pip dah ada satu set lengkap watercolor cream tint ni ... yang ni untuk #rezekidikongsibersama T_T harga satu watercolor cream tint ialah RM20.00


  • Watercolor Cream Tint (4.5ml) #01 Plum Cream 2+1 RM40.00


Unboxing Althea Birthday Reward Point || #FebruaryBaby
Unboxing Althea Birthday Reward Point || #FebruaryBaby

dan , haircare merupakan hasil memborong paling banyak kali ini ... ni mr.Husband punya cadanganlah ni suruh mrs pip beli shampoo , conditioner dan hair pack ... nah! betul betul mrs pip memborong sakan ... 

yang berjaya diborong ialah :-

  • Argan Essential Deep Care Shampoo (300ml) RM38.00
  • Argan Essential Deep Care Hair Pack (200ml) RM27.00
  • CP-1 Raspberry Treatment Vinegar (500ml x 2 botol) RM48.00
  • Green Tea Mint Fresh Shampoo (300ml) RM25.00 - sudah beli hari tu sebotol, ni tambah stok la ni
  • Argan Brilliant Hair Conditioner (40ml) - 2 tube RM16.00

Complex Lifting Cream (70g)
Complex Lifting Cream (70g)

lepas tu, mrs pip ternampak produk Guerisson ni tau, dan baca dia punya reviews, terus tergoda nak juga seketul! percaya atau tidak, utk produk ni saja, ada 714 reviews dibuat dilaman web Althea ... lepas tu rasa mau beli semua produk Guerisson ni, tapi semua pun sold out!

  • 9Complex Lifting Cream (70g) RM46.00 

Complex Lifting Cream (70g)
Complex Lifting Cream (70g)

about this product :-

One of Korea's most raved and loved beauty products, Guerisson 9 Complex Lifting Cream gives your skin some serious love with German horse oil that deeply moisturises just about any part of your body. 

Formulated with a complex of peppermint, apple mint leaf, sage, rosemary, lavender flower, Melissa Officinalis leaf, chamomile and Monarda Didyma Leaf extracts, this product also soothes irritations while improving cell metabolism, giving your skin horse-like strength for resilience. With Niacinamide and adenosine, this cream also has brightening properties which reduce scars and pigmentation, making you look glowy and radiant. 

Don't let its thick consistency fool you though! It absorbs into the skin easily and doesn't leave behind an oily residue, making it great for both night and daytime wear.


Silky Soft Foot Cream (100g)
Silky Soft Foot Cream (100g)

selain penjagaan kulit wajah dan badan agar kekal terhidrasi, penjagaan kulit kaki juga penting ... so perlukan kulit kaki selembut sutera , apa kata try pula foot cream lotion keluaran Calmia ni ... beli dua tube terus :)) nampak tak ke-obses-an di situ.


  • Silky Soft Foot Cream (100g) - 2 tube RM34.00


Snow Shining Bubble Cleansing Mousse
Snow Shining Bubble Cleansing Mousse 

ok, yang ni Althea bagi SILAP. adeh.

mrs pip order Snow Shining Milky Skin, yang Althea bagi Snow Shining Bubble Cleansing Mousse la pula ... nnt nak try tanya Althea kalau boleh swap atau macam mana ni ????

harga Snow Shining Milky Skin (200g) RM40.00, yang ni harga Snow Shining Bubble Cleansing Mousse ialah RM24.00 .. pasal mrs pip dah ada bubble cleansing, so hope boleh tukar yang milky skin tu ...


Aloe Vera 92% Soothing Gel (300ml)
Aloe Vera 92% Soothing Gel (300ml)

haha, ni dah beli hari tu Aloe Vera 92% Soothing Gel (300ml) keluaran Nature Republic ... ni beli lagi seketul ... yang beli hari tu, memang selalu pakai time tengahari nak keluar ambil anak sekolah ... soothing dan calming gitew, sejuk sejuk kulit muka pakai time tengahari panas lit lit, memang awesome.


  • Aloe Vera 92% Soothing Gel (300ml) RM13.00


Althea beauty product
Althea beauty product

dan ini pula beauty product ... sekadar guna maskara jer, mekap2 lain tak guna sangat ... mmg mencari maskara yang best, dan bila terbaca review blogger Fiza si hati merah jambu tu , terus tergoda beli satu mascara keluaran Missha ni ...

lepas tu beli juga foundation brush dan puff ... 

  • 4D Mascara (7g) RM16.00
  • Marshmallow Puff RM20.00
  • Pro Skin-adhering Foundation Brush RM20.00


sticker Althea
sticker Althea

dan dapat sticker Althea lagi ... well, tengah promosi kalau beli barangan keluaran Althea, akan dpt sticker ... so ni hasil pembelian Althea watercolor cream tint tu ... T_T

Althea Birthday Haul
Althea Birthday Haul

dan, tada! ni adalah hasil pemborongan sempena birthday mrs pip di Althea website.

after all, these are all items full list:-

  • Everyday Mask Set 10 Sheets (25g*10) Berry RM15.00
  • Everyday Mask Set 10 Sheets (25g*10) Honey RM15.00
  • Perfect Clean Cleansing Tissues (30ea) 4 packs RM20.00
  • Watercolor Cream Tint (4.5ml) #01 Plum Cream 2+1 RM40.00
  • Argan Essential Deep Care Shampoo (300ml) RM38.00
  • Argan Essential Deep Care Hair Pack (200ml) RM27.00
  • CP-1 Raspberry Treatment Vinegar (500ml x 2 botol) RM48.00
  • Green Tea Mint Fresh Shampoo (300ml) RM25.00 - sudah beli hari tu sebotol, ni tambah stok la ni
  • Argan Brilliant Hair Conditioner (40ml) - 2 tube RM16.00
  • 9Complex Lifting Cream (70g) RM46.00 
  • Silky Soft Foot Cream (100g) - 2 tube RM34.00 
  • Snow Shining Bubble Cleansing Mousse ialah RM24.00 (wrong product)
  • Aloe Vera 92% Soothing Gel (300ml) RM13.00
  • 4D Mascara (7g) RM16.00
  • Marshmallow Puff RM20.00
  • Pro Skin-adhering Foundation Brush RM20.00

layari laman web Althea dan akaun media sosial mereka untuk mengetahui lebih lanjut mengenai semua produk yang dinyatakan di atas T_T

That's all from now, xoxo.

p/s; Happy Valentine's Day

cheers.

Saturday, 17 November 2018

Sambutan birthday Amin Johansen 11.11  || 4 years old and counting

Sambutan birthday Amin Johansen 11.11 || 4 years old and counting

||entry panjang berjela jela|| hi there, tarikh 11.11 merupakan antara tarikh yang sentiasa diingati oleh mrs pip, kerana empat tahun yang lepas, pada 11.11, mrs pip selamat melahirkan our 2nd baby iaitu Amin Johansen... woha! cepatnya masa berlalu, now baby yang 4 tahun dulu tu, dah pun masuk tadika ... dan recently kitorang celebrate birthday dia ...

Sambutan birthday Amin Johansen 11.11  || 4 years old and counting

sebenarnya, ada cerita disebalik sambutan harijadi yang tidak dirancang ni ... memang mrs pip tidak merancang pun untuk celebrate birthday Amin di sekolah kerana rancangan awal ialah hanya sedikit jamuan makan ringkas bersama keluarga terdekat pada waktu malam 11.11 tu ... 

Sambutan birthday Amin Johansen 11.11  || 4 years old and counting

tapi kan, sebaik sahaja habis makan makan, dan Amin pun penat bermain, so mrs pip ajak Amin tidur malam, dan Nami pun kebetulan dah grumpy nak tidur , so jomlah kita tidur yer anak anak ... kecuali Iman yang still bermain dengan kazen yang lain ...

Sambutan birthday Amin Johansen 11.11  || 4 years old and counting

time baring baring tu, mrs pip pillow talk dengan Amin , mrs pip tanya dia kalau dia happy dengan birthday makan makan dia coz mrs pip ekceli perasan Amin macam badmood bila mr.Husband bawa dia ambil gambar ... *instinct mak mak kan*

then Amin cakaplah kat mrs pip 

"tapi birthday Amin tiada nyanyi happy birthday to Amin"
"Amin mau nyanyi happy birthday to Amin"

lepas tu Amin nyanyi tau lagu penuh Happy Birthday to Amin, lepas tu dia acah acah tiup lilin ...

wah.... sebaknya mrs pip rasa pasal Amin ni jarangggg nak itu ini ... dia ni baby yang tak banyak songeh, dan tak selalu minta nak itu ini ... so bila dia minta nak tiup lilin kek tu kan, tersentuh la hati mrs pip ...

lepas tu mrs pip tanya Amin mau nyanyi happy birthday dengan siapa? dengan mommy? dengan daddy? dengan Iman?

Amin jawab "Amin mau nyanyi dengan kawan-kawan. Ada mommy ada daddy ada Iman"

so faham lah mrs pip, dia nak celebrate birthday di sekolah dgn kawan-kawan, dan terus esok juga mrs pip plan dgn mr.Husband untuk celebrate birthday Amin di sekolah ... kena tempah kek dulu dan sediakan goodie bag ... so Isnin tu mmg tak sempat nak celebrate, so Selasa kek siap jam 9am, then terus ke sekolah Amin buat time dorang rehat jam 9.30am ...

Sambutan birthday Amin Johansen 11.11  || 4 years old and counting

dan mrs pip n mr.Husband mmg tak bagitau Amin yang kitorang nak datang celebrate birthday dia kat sekolah tau, saja nak tengok reaksi wajah Amin bila nampak daddy mommy dtg bawa kek ... nasiblah kek tu sister and bro in law yang buat, last minute request ...

bila Amin nampak kitorang datang dan masuk kelas, muka dia blur ... time tu nak minta permission guru kelas nak celebrate birthday, nasib baik cikgu dia sporting dan bagi green light kat kitorang ... bila kek dan goodie bag dibawa masuk, kecoh sekejap kelas Amin ni ... happy budak budak lain nampak goodie bag tu ...

Sambutan birthday Amin Johansen 11.11  || 4 years old and counting

lepas cikgu settle susun kek dan goodie bag, dan bariskan rakan sekelas Amin, tetiba cikgu keluar ... rupa-rupanya cikgu pergi kelas sebelah ambil Iman ... terima kasih cikgu, macam tau tau ja mrs pip memang nak ambil Iman di kelas sebelah utk join birthday celebration Amin ...

Sambutan birthday Amin Johansen 11.11  || 4 years old and counting

sambutan birthday ni ringkas saja .. lepas dorang nyanyi lagu happy birthday tu, dan Amin tiup kek (padahal Iman yang yang tiup penuh semangat), lepas tu Amin potong kek ... dan kitorang bergambar satu family then kitorang pun tak nak ganggu pembelajaran Amin dan Iman, so kitorang pun minta diri ... tak join budak2 ni makan kek, lagipun biarlah Amin happy hour dgn kawan kawan n cikgu dia ... kang nanti ada mommy daddy , dia segan pula tak pun keluar perangai manja dorang kan ...

Sambutan birthday Amin Johansen 11.11  || 4 years old and counting

untuk Amin, mommy harap Amin membesar menjadi anak yang baik, dan cemerlang dunia akhirat tau ... sama juga untuk Iman dan Nami ... mommy n daddy selalu doakan yang baik baik untuk korang. 

Sambutan birthday Amin Johansen 11.11  || 4 years old and counting

mommy daddy sayang korang hingga ke syurga tau ...


lepas dah siap tu, mrs pip n mr.Husband dating kejap di pekan... cuaca panas mcm ni sedap minum coconut shake with vanilla ice cream ... secawan RM5.00 ... sekali sekala bolehlah, kalau selalu memang hancur la diet mrs pip ni #roadto64kg ...

Sambutan birthday Amin Johansen 11.11  || 4 years old and counting

ni muka budak birthday 4 tahun , Amin Johansen ... ingat lagi time preggykan Amin, dia ni baby songsang tau ... masuk minggu ke-37 tu, doktor nasihatkan mrs pip untuk pusingkan baby ... kalau tak nak, kena ceaser ... alamak!

tapi doktor siap cakap, kalau pusing tu pun tak semestinya akan lahir normal, kemungkinan baby tu boleh songsang semula , tapi why no try pusing kata doktor ... bersalin normal ni lebih cepat sihat ... fikir punya fikir, mrs pip pun terima nasihat doktor, so merasalah juga SAKIT kena pusing baby tu ... bukan sekali, tetapi dua kali percubaan untuk pusingkan baby baru berjaya!

SAKIT tak? .... wei, kalau suruh mrs pip sekali lagi urut baby songsang , better la NO .. sakit wei, lebih sakit dari bersalin normal rasanya ... I is tak sanggup bila teringat time baby kena pusing ... siap menangis dan meraung dalam bilik rawatan tu, tapi doktor tu relax ja tak marah apapun bila mrs pip menangis dan meraung kesakitan ... haha, what a memory kan.

Sambutan birthday Amin Johansen 11.11  || 4 years old and counting

yang gambar kat atas ni pula ialah gambar pohpoh dan kungkung bergambar bersama sama cucu cucu bongsu ... semua boys la ya ... ada sorang gegirl tu, tapi dorang tak datang malam tu ... hampir terlupa pula cucu paling bongsu ialah gegirl , nama dia Lea ...

ni malam 11.11, kitorang buat makan malam di rumah mak mentua ... just makan makan la, mr.Husband yang masak, mrs pip just buat puding coklat saja ... memang teda plan mau tiup lilin malam tu ... kek memang tak tempah ...

asalnya cenggini, mrs pip nak buat kek sendiri, tapi mr.Husband boleh pula beli salah jenis tepung, so end up mmg tak buat kek la namanya ... 

meh la perkenalkan kazen kazen si Amin ni ... 

yang duduk kat lantai tu dari kiri ke kanan : Jericho Juan, Poseidon, Iman Rafael (abang si Amin), Edvarde

yang duduk dengan pohpoh tu nama dia Ebstarr, lepas tu Amin Johansen dan yang duduk dengan kungkung tu si Nami Heavenlee.

Sambutan birthday Amin Johansen 11.11  || 4 years old and counting

makanan ringkas ja malam tu ... nasi ala-ala hainanese , ayam dan ikan bakar di oven dengan campuran kentang dan labu kuning, dan puding coklat mrs pip yang tak cantik tapi habis dimakan malam tu kerana sedap! weh puji diri sendiri weh ... hehe.

Sambutan birthday Amin Johansen 11.11  || 4 years old and counting

siang birthday Amin tu, tengah si daddy busy masak masak di dapur, si Amin request mau mandi laut ... padahal baru juga few weeks ago mandi laut ... so nak penuhi hajat anak bujang sorang ni, ko tengok apa mr.Husband buat ...

dia pi ambil cold storage box yang besar tu, penuhkan dgn air, lepas tu suruh budak dua orang ni mandi manda dalam tandas ... happylah dorang ni dapat berendam dalam air ...

Sambutan birthday Amin Johansen 11.11  || 4 years old and counting

Amin dapat hadiah, yeah! family members bagi hadiah and angpow ... thanks korang belanja Amin hadiah and angpow ... happy Amin dapat hadiah ni ... malam tu juga sebelum tidur dia buka hadiah ni ... 

Sambutan birthday Amin Johansen 11.11  || 4 years old and counting

dan yang ni gambar pada 13.11 , pagi hari sebelum dorang pergi sekolah ... sempat snap gambar dorang  ni ... dan muka Amin yang selalu masam, haha ... dia tak tahu pagi tu mommy daddy nak hantar kek celebrate birthday dia kat sekolah ...

pagi tu mommy sakat Amin , tu yang muka bertambah masam mencuka ... cia cia cia ...

well Amin, we all love you so much ...

semoga anak anak mommy membesar menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat.


cheers.
Notification
Selamat datang ke blog MrsPipDotCom. Semoga perkongsian di dalam blog ini bermanfaat untuk semua. Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan dan kolaborasi, sila email ke mrspipdotcom@gmail.com.
Done