Ini adalah tahun ke-10 guna domain blog mrspip.com
Domain-versary (sejak Ogos 2016)
Setiap tahun pada bulan Ogos adalah bulan domain-versary untuk perbaharui domain blog. Pada mulanya Mrs Pip hanya berblog secara suka-suka, tapi bila berada di dalam circle rakan-rakan blogger satu masa dulu, ramai juga yang bagi nasihat kalau serius berblog, bagus ada domain sendiri.
Selepas ditimbang-tara, akhirnya Mrs Pip mengambil keputusan untuk bayar domain blog. Dan domain ni kena bayar setiap tahun dengan syarikat yang memberikan perkhidmatan menyediakan domain.
Macam kes Mrs Pip, sejak dari hari pertama sehinggalah domain blog mencecah 10 tahun, Mrs Pip setia guna khidmat NetKL. Kalau dulu hanya bayar RM45.00 setahun, tapi 3 tahun lepas kalau tidak silap, NetKL naikkan harga domain ke RM60.00 setahun.
Mrs Pip rasa harga masih reasonable. Lagipula Mrs Pip rasa agak leceh juga kalau cari syarikat lain, lepas tu kena bayar transfer domain. Jadi, stick sajalah dengan NetKL, harap buat beberapa tahun ni mereka tidak naikkan harga domain lagi.
Nak beli domain dekat NetKL?
Korang boleh terus ke laman web mereka, masukkan nama domain yang kamu suka, kena periksa dulu domain ni sudah berpunya atau tidak. Kalau domain tersebut available untuk dibeli, baru kamu proceed bayar.
Lepas tu, kalau tidak reti pasang domain di blog, NetKL boleh tolong pasangkan tapi kena bayar caj pemasangan (ini kena tanya mereka berapa harga caj pemasangan domain). Jangan malu-malu email mereka, feedback mereka ni biasanya memang laju.
Blog-versary (sejak Feb 2015)
Selain domain-versary yang bermula Ogos 2016, blog Mrs Pip juga celebrate blog-versary setiap bulan Feb. Tahun pertama tulis blog ialah pada 25-Feb-2015.
Baca Juga: Kenangan Happy Blogversary ke-5 Tahun.
Memang tiada impian untuk jadi penulis blog sepenuh masa, jadi perjalanan mengaktifkan blog ni memang macam roller-coster naik turun. Belum sampai masa lagi untuk fokus sepenuh masa menjadi penulis blog tetap, niche blog pun masih belum jelas.
Mrs Pip suka tulis hal yang berkaitan dengan kesihatan, parenting, review produk, skincare, resipi ringkas, dan yang berkaitan dengan wanita.
Tidak sangka sudah sejauh ini perjalanan menjadi blogger picisan. Very alhamdulillah sekali sekala Mrs Pip merasa juga income berblogging, dapat belanja makan-makan untuk famili kecil Mrs Pip.
Mungkin satu hari nanti, blog akan berubah arah untuk fokus menulis secara tetap dan berinformasi. Semoga satu masa nanti, Mrs Pip boleh menjana pendapatan tetap melalui berblogging .
cheers.
____________________
"Life is not always beautiful and perfect, but as long as you are happy and grateful, life will always be perfect and beautiful"


0 Comments
Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.