Dalam Sejarah Pageviews Blog Cecah 6K Dalam Sehari, Apa Rahsianya?

Dalam Sejarah Pageviews Blog Cecah 6K Dalam Sehari, Apa Rahsianya?. Hi there. Aku nak juga share dalam blog aku ni, hari ini dalam sejarah meletops pageviews blog cecah 6K dalam sehari.

Maybe lah kalau orang lain boleh gembira lompat ke bintang tengok PV tinggi macam ni. Tapi berlainan dengan aku. AKU TAK HAPPY.

Semalam aku ada share Tips Naikkan Pageviews Blog Cara Neil Patel , dan bila aku buka blog tengok PV tinggi macam ni, mulanya aku ingat artikel yang aku share tu jadi artikel yang hits, tapi bila aku tengok PV artikel tu biasa-biasa sahaja, dan bila aku check artikel lain pun biasa-biasa sahaja dia punya pageviews, jadi aku agak ni semua kerja BOT.

Terperanjat Tengok Pageviews Blog Cecah 6K Dalam Sehari 


Bagi akulah, apa guna PV tinggi macam ni bila ianya tak reflect pageviews sebenar dekat Google Analytics. Pageviews sebegini, aku lebih rela ianya tak wujud, fake PV saja bagi aku #jangankecam .


pageviews blog naik mendadak

Senang sahaja bagi aku nak tengok pageviews yang aku rasa lebih yakin angkanya, iaitu tengok dekat Google Analytics.

Kalau kat Google Analytics tu pageviews naik mendadak, so aku boleh terima pageviews kat atas tu. Tapi ni, pageviews kat Google Analytics pun naik sikit sahaja, maka pageviews kat dashboard blogger ni aku tak boleh nak pakai.

Hiks, rajin betul BOTS ni datang berjemaah menyerang blog aku. Apalah sangat yang korang nak cari crawling kat blog aku ni. BOTS ni nak cari data apa sebenarnya.

Eh BOTS, kau pergilah website lain, jangan gatal nak jalan-jalan masuk blog aku. Buat geram jer lah kau bagi fake pageviews !

Mungkin ada yang tertanya-tanya, apa masalahnya dengan BOTS datang ke blog? 

Ok, ni apa yang aku pernah baca lah ya. So aku share lah kat sini untuk korang semua. 

BOTS ni ada yang baik dan ada yang jahat. BOTS yang baik mestilah kita alu-alukan. Tapi kalau BOTS yang jahat, tiada siapa pun nak dia datang melawat ke blog.

Ketahui 5 Sebab Kenapa BOTS Jahat Tidak Elok Untuk Blog


1. Bots mengganggu kecepatan loading time blog


Bots boleh mengganggu kecepatan masa loading untuk blog. Bila loading time lambat, mestilah pelawat blog akan rasa malas nak tunggu lama-lama, so dorang berlalu pergi dari blog korang.

Dan ada Bots yang boleh membuat pelawat blog korang terganggu dengan link yang tidak diingini, seperti kes blog aku dulu. 

Satu ketika dulu, setiap kali orang datang lawat blog aku, mesti kena redirects ke laman web perjudian! 

Weh, sakit hati betul tau. 


Artikel Berkaitan: 

Blog kena re-direct ke laman perjudian!

Ketahui 14 Sebab Atau Punca Kenapa Trafik Blog Menurun


Ini akan menyebabkan user experience pelawat blog ni tak suka dengan blog aku.

Dan bila hal ini berlaku, maka Search Engines seperti Google boleh blacklisted kan blog korang supaya tak keluar kat serach engine.

So aku dah pernah kena, memang lama juga aku cari jalan keluar. Tanya beberapa blogger termasuklah yang otai-otai, dan akhirnya aku ikut nasihat sorang blogger otai ni untuk tukar password blog aku. Dan alhamdulillah barulah benda tu settle.

2. Bots merosakkan SEO blog


Hah, siapa yang nak SEO blog mereka terganggu? Tiada siapa yang nak. Dah lah nak belajar SEO ambil masa, nak buat SEO artikel pun bukan senang. 

Hiks, jahatlah bots ni.

3. Bots mencuri artikel sesuka hati


Bots ni bila dia datang pergi blog, dia bukan datang sesuka hati. Dia mesti ada misi tertentu. Dan salah satu misi bots ialah mencuri artikel korang sesuka hati dan kemudian dia paste kat mana-mana yang dia suka.

Korang happy ke kalau bots curi artikel korang? Lepas tu dia claim artikel tu adalah artikel dia. Ya*udi sangat kan! 

4. Bots boleh fraud click dekat blog


Jeng jeng jeng. Ni yang paling ditakuti bila ada FRAUD CLICK kat Adsense korang. Dan aku dah merasa Adsense aku kena disabled gara-gara Invalid Traffic

Oh ya, aku tak cerita lagi pasal adsense aku ni. Mood malas nak cerita. Hati masih terluka! Esok-esok lah aku cerita ok.

5. Bots merosakkan analytics data 


Yes, ni yang aku tak suka. 

Bots bagi fake data kat pageviews blog korang. Hiks, gedik betul bots ni kan.


Artikel Berkaitan : 

5 Ways Bad Bots Can Devastate Your Online Presence

Bad Bots: What They Are and How to Fight Them


Dalam Sejarah Pageviews Blog Cecah 6K Dalam Sehari, Apa Rahsianya?

Jadi, inilah rahsianya kenapa blog aku boleh cecah pageviews tinggi dalam sehari padahal purata pageviews blog aku adalah sekitar 1.5K - 2K sehari.

Tu sajalah nak bebel pasal Pageviews Blog Cecah 6K Dalam Sehari, tiada rahsia apapun. Nak pageviews meningkat secara organik dan tak menipu, kena tulis artikel yang berguna , disukai ramai, evergreen, seo, guna keywords yang tepat dengan artikel yang ditulis.

Thanks for reading artikel hari ini. 

cheers.

victoria secret perfume murah dan ori


Dan yang mencari perfume harga mampu milik, boleh cuci mata IG bisnes mrs pip seperti di bawah ni. Nak tanya apa saja pasal perfume Victoria Secret, jangan segan nak DM , nak PM, nak Wasap. Insya Allah mrs pip akan reply secepatnya.

Post a Comment

8 Comments

  1. jahatlah Bots ni..kalau Pernah kena pageview datang banyak giler dari Is*rael

    ReplyDelete
  2. okey, kena alert part ni. average pv blog kita lebih kurang jugak mrs pip. kalau tetiba naik mendadak kena check dulu sebelum nak hepi..

    ReplyDelete
  3. betul tu
    kadang-kadang check juga bila tinggi semacam jer
    bila tinggi memang sebab views yang betul, rasa happy tu memang seronok betul

    ReplyDelete
  4. dulu selalu kena macam ni. sekarang ni nasib baik memang organic traffic

    ReplyDelete
  5. Nasib kita serupa kak.... adsense saya pun kena disable gara-gara invalid traffic jugak... hati pedih terluka tapi nak buat camne, sabar ajelah...

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.