Tips Naikkan Pageviews Blog Cara Neil Patel

Tips Naikkan Pageviews Blog Cara Neil Patel. Hi there. Hari ni aku nak share kat korang semua salah satu tips yang aku baca kat website Neil Patel cara nak naikkan pageviews blog. In fact, website Neil Patel adalah salah satu website yang aku selalu lawat untuk dapatkan tips-tips berguna cara untuk membangunkan blog aku.

Jadi, bila Neil Patel kongsi salah satu tricks yang dia pakai untuk tarik pageviews, aku try lah guna. Tips naikkan pageviews blog cara Neil Patel ni memang senang, so apa salahnya kita try an error kan.

Kalau pageviews blog meningkat, alhamdulillah. Kalau pageviews terus sendu, kita cuba pula cara lain kan. Yang pasti, jangan pernah patah semangat. 

Ceh! aku ni pandai saja bagi nasihat, padahal aku sendiri pun tengah struggle nak dapatkan momentum menulis blog. Part of me rasa macam nak stop menulis, tapi one side of myself keep saying don't stop, don't stop, keep going.

Tips Naikkan Pageviews Blog  Cara Neil Patel

Memandangkan aku memang subscribe newsletter dari website Neil Patel, so setiap kali ada update dari website dia , aku akan dapat. Aku suka subscribe mana-mana newsletter dari mana-mana blog yang memberi manfaat untuk aku belajar ilmu blogging ni.

Selepas aku apply tips naikkan pageviews blog  cara Neil Patel ni, aku slowly dapat nampak PV blog aku ada peningkatan. 

Walaubagaimanapun aku tak boleh bergantung sangat dengan tips ni pasal sebuah blog yang baik ialah bilamana blog tu memang mempunyai seo yang hebat dan menulis menggunakan keywords yang sesuai untuk satu-satu topik.

Aku tak nak membebel panjang-panjang, so jom kita teruskan cara nak naikkan pageviews blog. Sebelum tu, aku pernah juga kongsi 5 Tips Naikkan Pageviews Blog . Nanti kolau korang ada masa, sudi-sudilah baca entry lama aku tu.

Tips Naikkan Pageviews Blog  Cara Neil Patel


Korang buka Google SEARCH CONSOLE korang, dan korang pergi ke bahagian PERFORMANCE.

Lepas tu, korang tengok pada bahagian PAGES dan tengok artikel korang yang paling banyak orang lawat.

Korang boleh ambil 10 artikel pertama dengan jumlah pelawat yang paling banyak (aku ambil 12 artikel, ikut suka korang nak letak berapa artikel, tapi sebaik-baiknya sekitar 10-15 artikel sudah memadai).

Tips Naikkan Pageviews Blog  Cara Neil Patel


Dengan menggunakan Tips Naikkan Pageviews Blog  Cara Neil Patel, korang pergi ke DASHBOARD blog korang, pergi LAYOUT, pergi ADD A GADGET, dan pilih LINK LIST.

Lepas tu korang masukkan semua link artikel korang dari SEARCH CONSOLE yang terima trafik paling banyak tadi, dan buat list macam contoh gambar kat atas yang aku kongsikan.

Sebaik-baiknya, letak list ni dekat SIDEBAR blog korang.

Setiap bulan korang rajin-rajin tengok artikel mana yang berubah kedudukan, so korang updatelah list korang tu.

Begitulah Tips Naikkan Pageviews Blog  Cara Neil Patel. Apa yang aku kongsi ni aku memang dapat dari blog dia, senang dan sangat mudah kan tips naikkan pageviews blog ni.

Aku harap tips ni sedikit sebanyak membantu korang semua untuk gandakan pageviews blog korang.




Aku tak jumpa email untuk ke link artikel yang Neil Patel share melalui newsletter yang dihantar ke email, tapi once aku jumpa link tu, nanti aku share kat sini untuk bacaan korang semua.

Tu saja nak share kat korang semua dan aku harap perkongsian ni bermanfaat untuk semua.

Happy blogging, xoxo.

cheers.

victoria secret perfume murah dan ori


Nak Victoria Secret Harga Mampu Milik? 
Jom cuci mata dekat IG atau wasap terus ke 013-8605172 untuk senarai perfume kesukaan korang

6 Comments

  1. Sama lah, suka jenguk website & baca tip-tip yang Neil kongsikan, memang menjadik

    ReplyDelete
  2. nice sharing. lepasni boleh try and error nanti hihi

    ReplyDelete
  3. good sharing. nak try buat lah.

    ReplyDelete
  4. thanks share pasal ni kak pip :)

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.