Panik sekejap bila aku tak boleh access akaun Google Search Console seperti biasa. Hari tu rakan blogger pun dah terkena, dia tanya aku macam mana nak verify akaun Google Search Console, tapi aku tak berapa nak faham waktu tu apa yang diminta oleh Search Console, end up dia minta bantuan NetKL since domain dia beli kat NetKL. Alhamdulillah, selesai kes dia.
Ni aku pula yang terkena, mak oiiiii ! Macam mana nak verify akaun Google Search Console ni pula. Klik sana sini, cuba cari jalan keluar dari masalah ni.
Tada! Selepas baca dan baca lagi arahan mr.Google ni, akhirnya berjayalah juga untuk verify akaun Google Search Console.
Jadi, aku kongsikan di sini ya tutorial cara verify Akaun Google Search Console, manalah tahu ada rakan-rakan bloggers yang ada masalah macam aku juga. So do not panic ya.
Tengok gambar di bawah - bila kau masuk Search Concole, dan kena verify pula blog kau, so klik saja butang verify, nanti kau akan jumpa seperti gambar d bawah ni.
Step-By-Step : Tutorial Cara Verify Akaun Google Search Console
Lepas tu, ada dia 2 cara untuk verify
1. Verify guna HTML File - Yang ini aku tak faham, so aku pilih cara kedua
2. Verify guna HTML Tag - Yang ni senang, siapa yang selalu tukar-tuka theme blog / tukar template, mesti tahu cara nak buat.
3. Klik COPY - tengok gambar di atas
4. Step seterusnya - pergi ke blogger dashboard
5. Pilih THEME - lepas tu klik masuk template korang
6. Betul-betul di bawah <head> - PASTE apa yang korang dah COPY tadi
7. Lepas tu klik SAVE template korang
8. Klik butang DONE - bahagian penjuru bawah sebelah kanan
9. Dah berjaya apabila keluar gambar di atas - Ownership verified
10. Pergi ke GO TO PROPERTY
Alhamdulillah, dah boleh guna Search Console seperti biasa.
Jadi senang sahaja verify akaun Google Search Console rupa-rupanya. Tapi nak faham tu memang aku agak lambat sikit, ambil masa dalam 20 minit lah juga nak hadam apa yang Google Search Console nak, lepas tu kita cuba copy and paste coding tu masuk dalam <head>.
Once berjaya, memang happy sangat.
Satu lagi, setiap kali korang tukar template, pastikan korang COPY dulu semua yang ada di dalam <head> korang. Coding tu simpanlah elok-elok kat mana-mana.
Biasanya yang duduk di bawah <head> ni ialah coding Google Analytics dan Adsense kan, now bertambah lagi dengan Google Search Console verification pula. Biasanya lepas tukar template baru, coding bawah <head> tu korang paste semula dalam new template.
Selain itu, kalau yang baru dengan Search Console ni, sila add SITEMAP ke Search Console korang untuk memudahkan blog korang di-crawl.
Boleh baca tau entry yang aku pernah kongsi sebelum ini >>> Cara Submit Sitemap Ke Google Search Console <<< semoga entri ni juga membantu korang untuk memahami apa itu SITEMAP.XML
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Dan selamat mencuba semua.
Sebarang pertanyaan, korang bolehlah komen di bawah.
_______________________
Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat
Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer

6 Comments
Terima kasih Mrs Pip untuk sharing. nanti boleh apply :)
ReplyDeleteTq atas sharing yang sangat bagus ni.... blh digunakan bila ada mslh yg sama
ReplyDeleteSaya pun pernah kena tapi lagi pening sebab ada dua nama akaun gmail atas nama sendiri. Tak ingat pulak macam mana selesaikan.. cuma memang ambil masa berbulan jugalah.
ReplyDeleteoo dekat head je. hehe jenuh cari yang verify jenis html file n tag ni, x jumpa2. Baru tau caranya. sebelum ni verify cara lain. TQ kak pip.
ReplyDeleteheheh paham kepanikan itu. mcm wp kena masuk cpanel and upload file
ReplyDeleteThanks for sharing kak.. kalau blogspot lain lagi, kalau yg berdomain pula lain lagi cara nak verity..
ReplyDeleteTerima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.