Cara Menghantar Sitemap Ke Google Search Console Dan Bing Webmaster Tools dan Kepentingannya Yang Setiap Blogger Perlu Ambil Tahu.
Selalu jadi persoalan kan Kenapa Setiap Blog Perlu Hantar Sitemap ke Google Search Console / Bing Webmaster Tools atau mana-mana mesin pengindeks ?.
Kalau kita tak faham tentang kepentingannya, mungkin kita tak ambil pusing pun benda-benda macam ni, padahal ianya sangat membantu blog kita untuk mendapatkan pageviews.
Kepentingan Hantar Sitemap Ke Google Search Console dan Bing Webmaster Tools.
Jawapannya mudah sahaja, kerana kita mahu setiap entry blog kita diindeks oleh mesin pencari ini dan membawa kunjungan organik ke blog masing-masing.
Kalau kita tidak mengindeks entry kita di mesin pengindeks misalnya Google Search Console dan Bing Webmaster Tools (yang kini sudahpun bergabung dengan Yahoo Search), maka kemungkinan besar entry kita sukar untuk ditemui di search engine, atau kedudukannya berada jauh daripada search engine first page.
Kenapa guna SITEMAP.XML?
kenapa pula perlu hantar sitemap tetapi tidak setiap entry blog dihantar satu persatu ke Google Search Console / Bing Webmaster?
Menurut apa yang saya faham dan saya baca melalui perkongsian ramai, kita hantar sitemap ke google search console agar semua entry blog kita tidak terlepas pandang untuk diindeks dan dicrawl oleh search engine.
Bayangkan saja kalau entry blog kita cecah lebih seribu artikel, mana mungkin kita boleh ingat semua entry sudah dihantar ke search console kan?
Jadi, untuk memudahkan kerja kita, hanya perlu hantar dalam bentuk sitemap sahaja. Senang dan tidak perlu buat banyak kerja.
Untuk hantar sitemap ke Google Search Console mahupun Bing Webmaster Tools, caranya hampir kurang sama sahaja.
Cara Untuk Submit Sitemap ke Google Webmaster Tools atau lebih dikenali sebagai Google Search Console
sitemap.xml
feeds/posts/default?orderby=updated
atom.xml?redirect=false&start-index=1&max-results=500
Cara Untuk Submit Sitemap ke Bing Webmaster Tools
Dan berikut merupakan cara untuk kamu submit sitemap ke Bing Webmaster Tools:-
1. Daftar masuk Bing Webmaster Tools. Sangat Mudah, hanya perlu gunakan akaun Google kamu, dan perlu verify blog kamu.2. Untuk verifikasi, Bing Webmaster Tools akan berikan pilihan coding untuk link-kan blog kamu ke Bing Webmaster Tools, dan macam mrs pip pilih coding yang akan perlu dimasukkan ke dalam template HTML blog di bawah <head>
3. Jangan lupa untuk PARSE kan dulu code tersebut , dan kemudian klik butang verify pada Bing webmaster ya.
4. Dan selepas itu, sila lihat seperti gambar di atas untuk memasukkan sitemap ke Bing Webmaster Tools.
www.yourblogname.com/sitemap.xml
www.yourblogname.com/feeds/posts/default?orderby=updated
www.yourblogname.com/atom.xml?redirect=false&start-index=1&max-results=500
3 Comments
Thanks share Mrs. Pip. Dari awal dapat notification dok godek sana sini tapi tak jumpa cara.
ReplyDeleteHope Sal berjaya submit sitemap ok.
DeleteTq share kak. Nanti nak kena hadam ni.
ReplyDeleteTerima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.