Intellifluence : Platform Jana Income Untuk Blogger, Bayaran Dalam USD

Intellifluence : Platform Jana Income Untuk Blogger, Bayaran Dalam USD || hi semua. Alhamdulillah, rezeki bulan puasa, job yang aku dapat melalui platform INTELLIFLUENCE bernilai USD100 , dah masuk pun dalam akaun PAYPAL.

kalau korang seorang blogger, dan nak cuba dapatkan job blogging secara online, dengan bayaran dalam bentuk USD, korang kena baca entry ini hingga habis. Serius tak tipu, platfrom Intellifluence LEGIT (SAH).


Intellifluence Jana Income Untuk Blogger Bayaran USD

Hari tu, dalam team #BITERS, ada yang share tentang platform Intellifluence ni. Jadi aku pun mencuba nasib untuk register kat platform ni tau, kot kot lah dapat job kan. Bayaran pula dalam USD. Memanglah masyuk kalau convert ke duit kita dalam bentuk Ringgit Malaysia.


Apa Itu Platform Intellifluence?

Ok kalau ada yang tak tahu platform ni apa sebenarnya, aku terangkan secara simple ok supaya semua boleh faham dengan mudah.

Ini adalah platform Influencer Marketing. Sama seperti Sushivid juga. Cuma platform Intellifluence ni dari luar negara.

Kat sini, bila korang dah register, korang boleh tengok job blogging pada bahagian MARKETPLACE. Kalau ada job, silalah cuba APPLY job tersebut.


Lengkapkan PROFILE Sebaik Yang Mungkin

Bila korang dah register kat Intellifluence, sila buka bahagian profile.

Bahagian ni paling penting tau.

Leceh sikit nak update details korang, tapi kerana profile koranglah yang akan buat korang dapat JOB.

Kiranya Profile ni macam resume korang tau.

Jadi, buat sehabis baik ok.


Macam Mana Nak Dapat Job?

Job ni korang boleh check dekat dashboard Intellifluence korang, pilih Marketplace.

Dekat sini ada disenaraikan job yang disesuaikan dengan profile korang.

Dan tak semestinya korang akan terus dapat job tau!

Korang kena rajin check email untuk tengok job notification.

Tapi apa yang aku boleh advice, pastikan Profile korang diisi dengan complete.


Kenapa Profile Strength Tak Reach 100%?

Untuk yang baru register, memang profile takkan reach 100% tau.

Ini kerana, korang kena buat satu job dulu, kemudian job tu accepted dan dapat payment, barulah profile korang boleh reach 100%.

Jadi yang baru apply tu, jangan risau sangat bila profile strength tak reach 100% ok!


Berapa Lama Baru Dapat Payment Selepas Job Siap?

Kalau tak silap, payment akan masuk terus ke akaun PAYPAL dalam masa 15hari selepas job berjaya disiapkan sepenuhnya.


Intellifluence Jana Income Untuk Blogger Bayaran USD

Hari tu job pertama yang aku dapat, aku siapkan dan publish pada 7 April, dan payment aku dapat pada 24 April, direct terus masuk PayPal aku.

Ni job blogging Intellifluence yang aku dapat, berkaitan dengan mortgage for property 


Jemput Baca : Things You Should Know When Buying First House


Intellifluence Jana Income Untuk Blogger Bayaran USD


Dah masuk PayPal tu, teruslah transfer ke akaun bank.

Gambar atas ni , cara nak transfer PayPal ke Maybank.

Aku transfer masuk Maybank.

Kena tunggu 2 - 3 hari baru clear dan masuk Maybank.

Tiada fee dikenakan.

Yeay!


Platform Luar Negara, WAJIB Tulis Artikel Dalam English ?

Nak guna BM atau BI?

Senang sahaja. Korang bila ada job dekat MarketPlace tu, korang tanya client tu :-

"Do I need to write in English?"

"Possible for me to write in my own language if I am selected for this campaign?"

Cuba tanya tau. Tengok client to jawab apa.

Alhamdulillah, aku dah dapat 2nd job sekarang. Dan client pertama hari tu, dan client yang kedua ni pun, mereka siap bagitau tulis ikut cara penulisan sendiri, tapi kena bagi BACKLINKS yang mereka nak, dan backlinks mestilah DO-FOLLOW.


Tips Nak Dapat Job Lagi?

Bagi aku, nak dapatkan job kat Intellifluence ni , korang kenalah perbaiki PROFILE korang, dan juga jaga score blog korang ok.

Kalau blog korang memang organic traffic , domain authority , alexa ranking  mantap, Insya Allah senang korang dapat job.

Dan paling penting, client tak cerewet tau. Deadline diberi selama sebulan untuk siapkan task. 

Dan platform ni memang LEGIT (SAH) tau.

Hah, jomlah kita ramai-ramai secara berjemaah register Intellifluence ni. 


>>> Daftar Intellifluence : Klik Di Sini


Kalau korang ada sebarang pertanyaan, just drop kat ruangan komen ok.

Insya Allah akan dibalas pertanyaan korang tu secepatnya.

Dan kalau segan nak drop kat ruang komen, boleh email juga kat mrspipdotcom@gmail.com


Thanks for reading!

cheers.


3 Comments

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.