February 2020 - MrsPip Dot Com

Tuesday, 25 February 2020

Cara guna dan cuci WATERPROOF BEDSHEET , elak tilam basah jika anak kencing malam

February 25, 2020 12
Cara guna dan cuci WATERPROOF BEDSHEET , elak tilam basah jika anak kencing malam
hi there, cara guna dan cuci WATERPROOF BEDSHEET , elak tilam basah jika anak kencing malam. Sebagai seorang mommy, memang haru biru apabila anak-anak yang berusia sekitar 5 tahun dan ke atas mempunyai masalah kencing malam di tilam!

Selain kena berdepan dengan situasi anak menangis lewat malam kerana mengalami kebasahan, mommy juga terpaksa berdepan dengan masalah tilam basah, berbau dan memang ambil masa yang lama untuk tilam yang tebal kering sepenuhnya.

WATERPROOF BEDSHEET , elak tilam basah jika anak kencing malam
WATERPROOF BEDSHEET , elak tilam basah jika anak kencing malam

jadi, selepas beberapa kali terpaksa melalui situasi Iman TERkencing di waktu malam di atas tilam, dan memandangkan tilam anak-anak jenis tebal dan berat (boleh sakit pinggang mau angkat sorang-sorang), mrs pip akhirnya akur untuk cari jalan alternatif lain untuk elak rasa STRESS.

gila mommy tak stress, huh memang stress bah anak kencing malam, lepas tu nangis nangis, kau pula dalam tidur sedar ndak sedar keletihan, terpaksa bangun dan tukar lapis tilam, lepas tu kena alas tilam dengan beberapa helai kain sarung lain untuk anak tidur tanpa ada rasa basah ... siapa yang alami situasi macam ni , I FEEL YOU MOMMY.

WATERPROOF BEDSHEET , elak tilam basah jika anak kencing malam
WATERPROOF BEDSHEET , elak tilam basah jika anak kencing malam

alternatif lain yang mrs pip ambil ialah, BELI WATERPROOF BEDSHEET (cadar kalis air). Waterproof bedsheet tu mrs pip beli di shopee , ramai seller yang jual. Ada pelbagai saiz, warna, terpulang kepada bajet yang kamu ada. 

haha, ada cerita lucu lepas guna dan cuci waterproof bedsheet ni. Kejap lagi mrs pip cerita ya. Mrs Pip beli waterproof bedsheet ni di shopee pada harga RM38.00 dan shipping cost RM8.75, jadi jumlah bayaran ialah RM46.75 (seller : sngcommunication).

WATERPROOF BEDSHEET , elak tilam basah jika anak kencing malam
WATERPROOF BEDSHEET , elak tilam basah jika anak kencing malam


  • produk waterpoof bedsheet ni menggunakan polyurethane membrane untuk lapis belakang, manakala lapisan atas pula 100% cotton fiber , dan 
  • waterproof bedsheet ini boleh menyerap air sehingga 700 molekul air pada satu-satu masa (seperti yang dinyatakan oleh seller). Kainnya boleh dicuci, lembut, ringan, tidak berkedut.

maka, bedsheet waterproof yang dibeli pun sampai, dipasang pada tilam dan saiz memang ngam dengan tilam.

Selang beberapa hari selepas dipasang, Iman kencing malam tu atas tilam, dan mommy no more stress kerana tilam berjaya selamat daripada kebasahan terkena kencing Iman malam tu. 

Dan keesokan harinya, terus cuci lapis tilam ni. Pasal sudah jadi habit kan, whatever kain kotor akan masuk terus ke washing machine, maka lapis tilam ni pun dua kali lima juga masuk washing machine.

Terlupa yang ni waterproof fabric, nah sekali tu habis cuci kan, lapisan belakang bedsheet tu rosak dan terpaksa di'koyakkan' untuk pastikan bedsheet tu tidak berkedut dan tidak crumple dengan lapisan waterproof tu, so end up waterproof bedsheet is no longer the waterproof bedsheet lah pasal lapisan memang rosak teruk!

Lucu pula rasanya apabila mrs pip boleh lupa yang waterproof bedsheet ni ndak boleh di cuci dalam washing machine!

Washing machine pun siap2 ada letak notis DO NOT WASH WATERPROOF FABRIC , adeh.

so, beli lagi waterproof bedsheet yang ke-dua since yang pertama tu sudahpun rosak :(( ... yang kedua ni, mrs pip beli fitted waterproof bedsheet, lagi senang untuk dipakaikan di tilam, lagi senang kerja mak kan.

WATERPROOF BEDSHEET , elak tilam basah jika anak kencing malam
WATERPROOF BEDSHEET , elak tilam basah jika anak kencing malam

Harga RM38.90 + postage RM5.75 tapi dapat postage free guna voucher yang disediakan oleh shopee (seller : battonshome) , dan pembelian kedua ni rasanya lebih awesome berbanding belian pertama.

WATERPROOF BEDSHEET , elak tilam basah jika anak kencing malam
WATERPROOF BEDSHEET , elak tilam basah jika anak kencing malam

bila dah pandai pasang, pandai guna, maka kenalah pandai cuci kan! hahaha.

Cara cuci waterproof bedsheet agar tidak rosak :-

πŸ’™ Rendam dalam baldi bersama larutan sabun cuci kain
πŸ’™ Guna cucian tangan
πŸ’™Bilas dengan air sehingga semua larutan sabun hilang sepenuhnya
πŸ’™ Jangan perah terlalu kuat
πŸ’™ Jemurlah seperti biasa

Tips elak anak kencing malam atas tilam :-

πŸ’– Kencing di tandas sebelum tidur
πŸ’–Jangan banyak minum air sebelum masuk tidur.
πŸ’–Kejutkan anak di waktu tengah malam untuk ke tandas
πŸ’– Ingatkan anak untuk jangan kencing di tilam , dan bagi reward jika perlu sekiranya mereka berjaya bangun sendiri untuk ke tandas
πŸ’– Jangan marah anak kerana terkencing di tilam, itu mungkin akan membuatkan mereka rasa malu Dan sedih, emosi anak kena lah juga jaga walaupun mereka buat silap terkencing di tilam

cheers.

Happy 5th Blogversary

February 25, 2020 20
Happy 5th Blogversary
hi semua. Alhamdulillah, selamat ulangtahun kepada blog mrspipdotcom , 5 tahun menyulam cinta menulis cerita di blog.

blog hanyalah biasa biasa saja, tetapi banyak kenangan tercoret di dalam blog menjadikannya sesuatu yang berharga buat diri Mrs Pip.

blogversary
blogversary

Semoga mampu berkongsi lebih banyak cerita yang bermanfaat untuk semua, Dan thanks semua yang selalu bertandang ke blog Mrs Pip ... 

Mrs Pip slow down sikit menulis blog , perkara lain yang lebih diutamakan, tetapi insya Allah blog akan diupdate setiap bulan (target dua entry per week , at least lah) ...

Reason to blog
Reason to blog

Entry pertama satu ketika dulu. So let's stay stick with the earlier reason why I want to do blogging πŸ’–

Happy Blogging.

cheers.

Monday, 24 February 2020

Hari Keluarga Mak Mertua #Edisi2 || 1.09.2019

February 24, 2020 5
Hari Keluarga Mak Mertua #Edisi2 || 1.09.2019
hi there, terlupa untuk publish lah pula entry ni, lama duduk dalam draft sampai berhabuk! phew, penting juga ni, entry kenangan HARI KELUARGA MAK MERTUA edisi 2019 (1/09/2019) ... entry ni kurang lengkap since banyak gambar ndak ada, so publish mana-mana gambar yang ada dalam simpanan mrs pip sajalah.

Mak mertua ni adik beradik ada 15 orang .. tapi kalau yang seibu sebapa tu hanya 3 orang sahaja, yang lebih tu half-siblings dan step-siblings la yah ...

willy julai
mak mertua dan adik-beradik kesayangan

ni gambar adik beradik mak mertua , half siblings dan step siblings. Tapi dorang ni pun dah macam adik beradik betul, semua saling sayang menyayangi antara satu sama lain ... PERKENALKAN mak mertua kesayangan aku yang duduk no. 3 dari kanan.

adik beradik seibu sebapa mak mertua aku ialah yang duduk no. 2 sebelah kanan dan juga yang duduk no. 2 sebelah kiri, si Inai Pina dan si Amai Reynard.

dan untuk FAMILY DAY ni, ada beberapa acara dijalankan seperti sukaneka, karaoke, pakaian tradisi kanak kanak perempuan, dan paling ditungu-tunggu of course la cabutan bertuah ...

hadiah cabutan bertuah
hadiah cabutan bertuah

ni sebahagian hadiah cabutan bertuah, lebih dari 100 barangan menanti pemenang bertuah ...

tiket bertuah dijual pada harga RM1 / tiket, dan hasil jualan tiket bertuah digunakan untuk menjayakan hari keluarga ni , dan ada juga sebahagian hadiah2 ni adalah sumbangan peribadi ahli keluarga ...


ini pula piala untuk pertandingan karaoke beserta wang tunai ... so untunglah yang menang karaoke tu ... hadiah sumbangan mak mertua, terima kasih mak , tapi anak2 mak ndak da yg menang karaoke .. ekeke ...

haha, hadiah karaoke ni dibolot oleh anak anak muda ya, dan ada wang tunai disediakan tapi lupa pula berapa nilai wang tunai yang diberikan kepada pemenang.

Amboi Nami, bukan main lagi kau enterframe dengan piala tu ... lagi 10 tahun panjang unur, nanti Nami boleh replace daddy menyanyi ...

Amin jadi model untuk iklan beras

ini pula hadiah kitorang menang cabutan bertuah .. sabun cuci kain, beras, baldi dan ada kicap dlm baldi tu ... aku suka kalau cabutan bertuah hadiah2 semua barangan dapur ... jimat duit beli beras dan sabun ni πŸ‘...

yours truly and the kids
yours truly and the kids

kami team merah. masing-masing keluarga pilih team sendiri. Macam mak mertua dan adik beradik dia sepakat pakai baju merah, so kami ni MERAH MERAH lah gitu. Kali ini tak printing baju khas, pakai saja whatever baju warna merah yang ada, haha JIMAT kan ... 

Dan my mr.Husband sibuk memasak time family day , maka kami pun bergambar tanpa si husband , mau buat macam mana kan, mr.Husband jadi ketua memasak kali ini memandangkan dia antara ahli keluarga yang convert muslim, so hidangan makanan wajib halalan toyyiba gitu hendaknya.

makanan sedap
makanan sedap dimulakan dengan baca doa ikut kepercayaan masing-masing

masakan ndak sempat kena adjust kasi cantik cantik, lapar sudah yang lain, jadi marilah kita makan secara berjemaah ... biar tu meja ndak cantik, asalkan masakan tu sedap kasi kenyang perut ... terima kasih TEAM MEMASAK, kamu kamu semua yang penat memasak tapi kami kami duluan yang makan ... 


yang ni pula team gotong royong sehari selepas hari keluarga tu .. Ya lah, sudah pakai rumah orang, jadi pandai-pandailah kasi bersih ramai-ramai kan ... hehe, begitulah hidup perlu ada muafakat. Dan nah selepas gotong royong, sedap dorang melantak SAGU /AMBUYAT... 

Dan ini ialah gambar ahli keluarga adik-beradik mak mertua , dan of course lah gambar pertama ni gambar mak mertua dan anak menantu serta cucu cucu nya, tapi ni bukan full house, ada yang ndak dapat join family day kerana kekangan masa untuk bercuti dan jarak yang jauh.


Keluarga mak mertua aka keluarga kami lah bah .. Ndak lengkap ni, si Kiki dan si Bonnie ndak da ...


Keluarga ..... (nantilah aku update ya ni family siapa, hahaha kena tanya mak mertua dulu)


Keluarga inai ...... (ok yang ni inai tu dah passed away, so anak sulung dia yang in charge, Puan Christina, namun pada ketika entry ini ditulis, Christina telah pun meninggalkan kami semua pada bulan Januari lalu)

Mendiang Christina yang pakai sling beg baju merah seluar hijau.


Keluarga ........ (ok nanti lah aku update, pasal aku lupa ni family siapa, atukoi!)


Keluarga inai Kuimah


Keluarga inai Paulinah


Keluarga Amai Reynard


Keluarga inai Lasuim


Keluarga uncle Juslin


Keluarga auntie Justinah


Keluarga uncle Jistrin


Keluarga uncle Jistor


Keluarga auntie Flavia

Banyak gambar yang dishare di family group facebook, so nanti ada masa baru aku download dan update di sini , insya allah kalau aku rajin dan ndak kelupaan gitu ya.

Seronok bertemu mesra , ramai yang dari ndak kenal, jadi kenal ... dari ndak tau nama, jadi tau nama ... dari yang selalu jumpa rupanya ada pertalian kekeluargaan ...

Apapun, tahniah kepada ahli jawatankuasa keluarga Jinau Ondok yang berusaha menjadikan hari keluarga ini satu realiti, dan semoga bertemu di hari keluarga seterusnya #edisi3 ....

Harap-harap #edisi3 nanti akan lebih meriah berbanding yang pertama dulu, dan yang kedua last year ini.

cheers.

Best Korean Movie Midnight Runners , polis pelatih yang berjaya selamatkan sindiket penculikan !

February 24, 2020 8
Best Korean Movie Midnight Runners , polis pelatih yang berjaya selamatkan sindiket penculikan !
hi there. Layan Korean Movie lagi, kali ini cerita Midnight Runners, dua orang polis pelatih yang secara tidak tersengaja melihat seorang gadis diculik , dan mereka berdua berusaha menjejaki penculik tersebut menggunakan ilmu dan semangat kepolisian walaupun mengundang bahaya kepada nyawa mereka. Jalan cerita menarik dan kombinasi pelakon Park Seo Joon dan Kang Ha Neul memang hebat. Park Seo Joon memegang watak Park Ki-Joon , manakala Kang Ha Neul memegang watak sebagai Kang Hee Yeol. 

Best Korean Movie Midnight Runners , polis pelatih yang berjaya selamatkan sindiket penculikan !
Best Korean Movie Midnight Runners , polis pelatih yang berjaya selamatkan sindiket penculikan !

Cerita bermula apabila Ki Joon dan Hee Yeol dalam perjalanan balik ke kampus polis daripada kelab malam, kebetulan terlihat seorang gadis berjalan kaki dan asalnya mereka berdua ingin mengurat gadis tersebut, dan ketika gadis tersebut semakin menjauh, mereka terlihat gadis tersebut ditarik masuk ke dalam sebuah van. Gadis tersebut diculik.

Mereka berusaha mengejar van penculik namun tidak berjaya. kemudian mereka kembali ke tempat kejadian dan terjumpa bungkusan makanan yang tertinggal oleh si gadis dan mereka berjaya mencari gerai yang menjual makanan tersebut, dan dari sana mereka mendapat clue di mana gadis itu bekerja, dan clue seterusnya membawa Ki Joon dan Hee Yeol menjejaki tempat persembunyian penculik.

Anak-anak gadis diculik dan dijadikan "kilang telur" untuk proses IVF bagi pasangan yang mempunyai masalah kesuburan, malangnya mereka dipaksa dan sekiranya mereka tidak mampu menghasilkan telur , mereka akan menjadi mangsa penjualan organ pula! 

tajam tu mata tengok penyarah !

Ki Joon dan Hee Yeol tidak berjaya menyelamatkan gadis tersebut kerana mereka berjaya ditangkap oleh ketua gengster berkenaan , namun mereka berjaya melarikan diri dan meminta bantuan daripada balai polis berhampiran tetapi tidak dilayan kerana mereka kehilangan ID ketika diculik penjahat berkenaan , malam mereka terpaksa berdepan dengan hand-cuff di balai sehinggalah pensyarah mereka datang untuk membebaskan mereka.

Mereka diminta untuk kembali ke kampus dan biarlah pihak yang berkenaan menyelesaikan maslaah penculikan tersebut, namun Ki Joon dan Hee Yeol berasa tidak tenteram selagi tidak berjaya menyelamatkan gadis yang diculik, malah ketika mereka berjaya mendapatkan lokasi penculikan, ada ramai lagi anak-anak gadis yang menjadi mangsa penculikan berkenaan.

Memandangkan usaha mereka dengan meminta polis untuk menyelamatkan gadis-gadis tersebut gagal , maka mereka merancang untuk membebaskan gadis-gadis tersebut. Di kampus dalam diam mereka berlatih bersungguh sungguh.

Atas bantuan pencarian CCTV, mereka berjaya mendapatkan maklumat gadis-gadis yang diculik dibawa ke hospital untuk mendapatkan telur mereka. 

Ki Joon dan Hee Yeol bersiap sedia untuk menyerang gengster di tempat letak kereta hospital dan walaupun cedera , mereka berusaha untuk menghentikan doktor melakukan pembedahan untuk mengeluarkan telur gadis-gadis yang menjadi mangsa penculikan tersebut.

Akhirnya , polis berjaya memberkas penjahat, dan anak anak gadis yang diculik juga berjaya selamatkan . 

Ki Joon dan Hee Yeol berdepan dengan tindakan disiplin, tetapi selepas ketua jabatan melakukan perbincangan, mereka berdua masih dibenarkan belajar di kampus dan terpaksa berdepan dengan 500 detention hours.

Part yang aku paling suka ialah bila dorang berdua ni bersiap sedia training memantapkan fizikal dan stamina mereka, memang pulunlah dorang training, nampak real dorang buat training tu. Dan aku suka lah watak persahabatan dorang dalam cerita Midnight Runners ni.

Tak rugi layan movie ni, selamat menonton.

cheers.

Sunday, 23 February 2020

Review Toys Off Road Rock Crawler Car (with remote control) ; sesuai untuk anak lelaki

February 23, 2020 10
Review Toys Off Road Rock Crawler Car (with remote control) ; sesuai untuk anak lelaki
hi there, sesekali daddy belanja mainan ... kereta mainan off road rock crawler with remote control sesuailah beli untuk anak-anak lelaki, tapi kalau gegirl korang jenis yang suka kereta , better belikan ni untuk dia, mesti gegirl korang pun happy!

beli toys kereta off road rock crawler with remote control murah di shopee tau! nowadays Mr.Husband pun sudah pandai pilih barang di shopee, nampak sangat terpengaruh dengan Mrs Pip yang suka beli barang secara online berbanding beli di mall ...

kenapa Mrs Pip bagitau kereta off road rock crawler ni murah? Harga di shopee sekitar RM50.00 satu , tapi ada hari tu Mr.Husband nampak kereta yang sama in dijual di kedai hampir mencecah RM150.00 satu ! 

Nasib baik Mr.Husband ndak jadi beli, padahal waktu tu dia niat sudah mau beli untuk Iman dan Amin tapi kebetulan pula dia ndak cukup cash mau beli, lepas tu kengkonon mau singgah bank tapi parking lah pula tiada, jadi end up dia postpone beli.

Review Toys Off Road Rock Crawler Car beli di shopee
Review Toys Off Road Rock Crawler Car beli di shopee



Lepas tu, few days later dia klik shopee saja browsing kan, lepas tu ternampak kereta off road rock crawler ni, lepas nampak harga tertera, terus WhatsApp Mrs Pip share link ni gambar kereta siap suruh beli 3 buah ... Ooo yang satu tu untuk Nami la bah mungkin, sekali tanya Mr.Husband dia bilang bukan untuk Nami, tapi untuk si daddy kunun πŸ˜‚

Review Toys Off Road Rock Crawler Car beli di shopee
Review Toys Off Road Rock Crawler Car (with remote control)

harga satu kereta ni yang seller tu jual ialah RM47.00, dan shipping pigi Sabah ialah RM15.11. 

Dan Mrs Pip ada 3 Shopee free shipping voucher RM8.75 , jadi jumlah yang perlu dibayar lepas tolak free shipping voucher tu ialah RM53.36 satu

Untuk free shipping, kena buat 3 kali pembelian asing asing, baru dapat diskaun shipping murah. 

Kalau kau beli 3 kereta tu sekaligus, shipping voucher tu tolak satu kali jak, jadi rugi kena bayar shipping mahal kan , so Mrs Pip buat 3 kali transactions beli kereta ni asing asing.

Review Toys Off Road Rock Crawler Car beli di shopee
Review Toys Off Road Rock Crawler Car beli di shopee

Yang ni specification untuk kereta off road rock crawler yang seller tu bagi  details product di Shopee


Description:
-Item type: Remote Control Rock Crawler
-Rubber bighorn tire, aggressive tread design, impressive ground clearance, better grip in rock and off-road.
-Four suspension links and springs, shockproof system and better protect the electronic components in the toy.
-Wireless remote radio control, the control distance is up to about 60 meters.
-2.4 GHz frequency, low power consumption, two way transmission, strong anti-interference.
-Persistent super power: Can playing more than 30 minutes.
-High strength ABS material, super anti-throw ability.
-A stunning off-road vehicle for indoor and outdoor use, such as in sand, small rocks, and other rugged land.
-Battery: 3 x 1.5V AA batteries for transmitter (not included), 4 x 4.8V 0.25A 5.76W 700mAh AA ni-ca batteries for the car (included).

-Features: Radio Control
-Functions: Forward/backward, move left/right & climb
-Material: ABS, Electronic Components, Rubber, Plastic
-Age: Above 8 years old
-Remote Control: Radio Control
-Control Distance: 60m
-Charging time: 5 - 6 hours
-Racing Time: More than 30 mins


Package Include:
1 x Remote Control Rock Crawler
1 x Transmitter
1 x Charger
1 x Battery Pack
1 x Bilingual Manual in Chinese and English


Note:
The colors deviation might differ due to different monitor settings.
-Size: 26x17x15cm; Speed: 9Km/h;
-Remote Distance: 15M;
-Battery Charging Time: 2Hours; Escort Time: 30Minutes
-Four-Wheel drive: 1:16 scale realistic car design, four-wheel driving system and semi-pneumatic off road tires
-Four wheels independent suspension spring makes the off road crawler more flexible and can prevent damages caused by the vibration effectively.
-Rubber tires are made of high quality PVC material which is soft and elastic can be adjusted based on the road and driving fast earthquake-resistant on uneven terrain.
-2.4Ghz Radio system, remote control distance of 40m, designed with durable, strong and powerful components.
-With its super durable design, It can run in the wild desert and mountain. It can climb 45 degrees slope easily and easy to across the small obstacles
-Very cool to play in door and outdoors, best gift for you and your friends.

-Note: Batteries for VC car is included, batteries for remote is not included.
-Some RC Car cannot be played 80 meter around each other
-A controller can control all RC Car around 80 meter
Review Toys Off Road Rock Crawler Car beli di shopee
Review Toys Off Road Rock Crawler Car beli di shopee

Happy betul dorang Iman dan Amin dapat hadiah mengejut daripada si daddy. Tapi daddy ni bijak tau, dia beli toys ni, dia siap-siap buat perjanjian dengan Iman dan Amin yang toys ni hanya boleh main hujung minggu, tunggu daddy off kerja ... 

Selain tu, syarat yang WAJIB Iman dan Amin patuh ialah, sepanjang minggu Isnin hingga Jumaat Iman dan Amin mesti dengar cakap mommy. Kalau ada yang melawan, marah mommy dan ignore nasihat mommy, maka daddy HUKUM minggu tu TIADA KERETA CONTROL (toys ni la dorang panggil kereta control) ...

hahaha, mommy senyum jak dengar syarat si daddy ni ... dan kereta control ni, setiap malam Ahad, daddy akan ambil dengan alasan daddy bawa ni kereta control pergi kerja, simpan di office, so Iman dan Amin jangan minta mommy ni kereta (padahal kereta ni mommy simpan dalam kabinet berkunci LOL)

Review Toys Off Road Rock Crawler Car beli di shopee
Review Toys Off Road Rock Crawler Car beli di shopee

sebenarnya, ni salah satu cara daddy nak bagi REWARD untuk Iman dan Amin. Kena bangun awal pergi sekolah , kena buat homework jangan malas-malas lagi-lagi homework bahasa Cina, kena dengar cakap mommy bila daddy tiada di rumah (since daddy is away for 5 days untuk kerja, weekend jak baru balik rumah). 

Iman dan Amin, apabila anak-anak mommy ni dah besar sikit dan tahu mommy tulis blog entry ini, jangan kecam mommy dan daddy tipu part bawa mainan tu pergi office (LOL!), korang dua kan kalau tahu mommy simpan mainan ni dalam kabinet, mesti korang pujuk rayu mommy hari-hari mau main kan ... so terpaksalah mommy bohong sunat, ekekek.

untuk yang mau beli toys ni, kamu cari di Shopee, ramai seller yang jual toys ni, carilah seller yang ramai bagi review dan rating yang baik. 

untuk toys ni, semua DESCRIPTION yang tertera oleh seller, memang tepat. Jadi kalau beli lebih dari satu, dan mau main bersama, make sure jarak antara satu kereta dengan satu kereta tu kena cukup jauh pasal pengendalian guna remote control boleh menganggu kereta yang satu lagi 

Tengok note yang seller tu bagi >>> Some RC Car cannot be played 80 meter around each other

Macam Iman dan Amin, dorang akan take turn lah untuk main, sorang main sorang akan rest, jadi tak ganggu permainan kan. Kalau dua - dua main, remote control tu akan kawal dua kereta serentak, jadi memang tak seronok kan .... Kawasan tempat main kitorang luas juga, tapi masalahnya Iman dan Amin ndak mau main asing-asing la pula. So end up terpaksa buat RULES, sorang main sorang rest , tapi kena daddylah yang jaga dorang time main ... mommy malas nak join , not my taste , hehe. 

dan satu lagi, korang kalau shopping di Shopee tu, silalah guna SHOPBACK, dapatlah sedikit CASHBACK , so kumpul lama-lama boleh jadi banyak , lepas tu nanti bolehlah withdraw duit tu untuk korang continue shopping lagi, hehe.

kalau nak tahu apa benda SHOPBACK ni, korang boleh baca entry-entry di bawah ni ... dan serius tau ada seorang yang berjaya kumpul cashback melalui SHOPBACK mencecah 90K! haiks, shopping apalah dia tu kan sampai cecah 90K kumpul cashback, memang rezeki sangat orang tu kan , atau memang die hard core kaki online shopping kot ... ni pun mrs pip tau melalui perkongsian seseorang di Twitter ...

Kelebihan shopping secara online melalui SHOPBACK

Penjimatan shopping online guna SHOPBACK

Berjaya CASHOUT duit di SHOPBACK , lajunya 3 hari duit dah masuk bank!


Jumlah cashback terkumpul sehingga 24.2.20

Daftar SHOPBACK di sini dan bershopping online dengan lebih bijak


cheers.

Wednesday, 19 February 2020

Alhamdulillah #Edisi41

February 19, 2020 15
Alhamdulillah #Edisi41
hi there, very alhamdulillah, once again on this date 18/February , another age added to #edisi41 with love. Just like any other birthdays, I asked nothing much except reciting Alhamdulillah over and over again, thank you Allah for all these life journey, I am blessed.

#Edisi41
yours truly in the morning of 18/2 ready to go to Beaufort with Nami

I asked my sister-in-law to drive me to Beaufort to pick up my new IC that I renew two weeks ago, and later renew my driving license for two years, and went to Ninso to buy the kids another story books and planting tray for myself.  

how you make your shopping easy
how you make your shopping easy

This year, one of my resolution that I wrote previously was to get into new skills such as learning a new language and gardening.

Since I am not a gardening person, and never ever plant anything in my whole life, so I'll make sure this year I plant something, at least I contribute to make our Earth more green-ier and load with Oxygen supply, hehehe.


Do you know how affordable things in Ninso? RM2.30 for each item, so shop till you drop la weh! and the quality is not bad, not the laoyah-laoyah or cikai quality bah ... I bought another 6 story books for the kids, previously I bought 8 books for them T_T . Alahai, perangai mak-mak sangat beli macam-macam untuk anak.

ninso
things that I bought in Ninso. I should make separate entry for this, hehe.

Today is a good day. Just like any my normal day. Still breathing. Still can sent the kids off to school, still can hug and kiss them, and say mommy love you before they depart to school. Today is a lovely day where I managed to have lunch with my SIL and MIL after picked up the kids from school.

we are cousins
Nami fed by his cousin, Jericho. Eh, manja la pula.

But, today seems a bit cloudy too. I saw the heartbreaking news of Ashraf Sinclair passed away early in the morning due to heart attack. He's at the same age with me, just celebrating his 40th birthday last year somewhere in Sept (saw his IG) if I am not mistaken.

Ashraf Sinclair passed away
Ashraf Sinclair passed away

I grew up watching him in Ads and movie.  I once saw his drama (Indonesia) long long time ago, and once in a while follow them on Youtube. So, the passed away news made me sad. Condolences for Ashraf's families and friends, and hope his wife Bunga Citra Lestari and his son Noah Sinclair will stay strong. 

Life is sweet and bitter. We'll never knew when is our time to come, but let's make doa each and every day, let us always be in Husnul Khatimah when the time Allah invited us to leave this world.

cake for my birthday?
cake for my birthday?

I swap cake to get ABC for my birthday, but the ABC is too sweet that I feel like I could get diabetes if I finished the whole glass, so few spoon is enough la. These days I'll try my best to cut my sugar intake.

actually since mr.Husband is not around , I prefer not to buy cake, need to wait him coming back from work this weekend (we'll see this weekend if he belanja me makan kek, hehe) , so that is the reason why I want the ABC. Or maybe I should get ice-cream instead of ABC?

lovely sil and mil
lovely sil and mil

and my lovely fam SIL & MIL. Thank you SIL jadi driver ke hulu ke hilir, and thank you mak mertua yang sentiasa ada dengan kitorang, sporting and easy go lucky with all her menantu T_T

to my dear self,
ask nothing but a good life.
and let's live healthy and take care of your very own self. 

cheers.

Saturday, 15 February 2020

Review Movie My Annoying Brother (Korean Movie starring Do Kyung Soo dan Jo Jung Suk)

February 15, 2020 9
Review Movie My Annoying Brother (Korean Movie starring Do Kyung Soo dan Jo Jung Suk)
hi there, mrs pip layan ni cerita My Annoying Brother gara-gara ada Park Shin Hye ( mrs pip peminat Park Shin Hye okey) , dan kebetulan dilakonkan oleh Jo Jung Suk (suka juga dengan dongseng sorang ni) dan watak utama dipegang oleh Do Kyung Soo. Dan cerita My Annoying Brother ni permulaannya agak menggeramkan, tetapi yakinlah kamu yang berhati tisu, sila sediakan tisu di penghujung cerita. SAD ENDING tapi worth to watch.

cerita dia cenggini, so abang bernama Doo Shik ni dipenjara dan dia minta dibebaskan secara parole kerana adik tunggal dia si Doo Young seorang atlet judo mengalami kecederaan semasa bertanding menyebabkan adik dia buta kekal. Memandangkan dorang ni dah tiada mak bapa, jadi kengkonon lah dia nak jaga adik dia. Dan akhirnya permohonan parole dia diluluskan.

My Annoying Brother
My Annoying Brother 

Sebenarnya , si abang ni bukan nak jaga pun adik dia tu, tapi itu saja alasan yang dia boleh guna untuk membebaskan diri sendiri. Dah adik dia buta, boleh pula dia buat perangai saja bagi adik dia irritating kat dia ... aku rasa nak cepuk saja abang dia ni!

Dorang ni adik beradik tiri. Abang ni waktu remaja memang dah larikan diri dari rumah dan buat bermacam kerja untuk survived hidup di luar, dan sebab kenapa abang dia larikan diri tu pasal termakan hasutan jiran kengkononnya waktu mak si Doo Shik ni sakit, bapa dia ni dan mak si Doo Young memang ada affair, padahal tu rekaan jiran semata-mata. Dan mak si Doo Young ni jaga Doo Shik macam anak sendiri. Dorang ni satu bapa lain mak ok.

My Annoying Brother
My Annoying Brother 

Satu hari tu si adik ni cerita kat abang dia betapa mak dorang selalu tunggu abang dia balik dan berharap sangat abang dia akan balik rumah, tapi hampa sangat abang dia tak balik rumah. Dan bapa dorang pun kalau dulu selalu bawa dorang pergi sauna, tapi since abang dia dah tak balik rumah, bapa dia dah tak happy sangat dan dah macam tak selalu nak keluar pergi sauna.
Adik dia ni sayang kat abang dia, cuma abang dia ni macam susah nak terima ada mak tiri. Tapi kan, abang dia ni dia pun sayang kat adik dia tapi tu lah susah nak express kan rasa sayang tu. Abang dia bawa adik dia pergi mandi kat sauna , siap cuci badan adik dia lagi sambil dia cerita kat adik dia banyak kerja dia buat untuk survived selepas lari dari rumah.

dan Park Shin Hye dalam cerita ni ialah jurulatih Judo kepada Doo Young, dan bila Doo Young dah buta, dia pujuk Doo Young untuk join pertandingan judo sebagai atlet paralimpik, tapi Doo Young tolak kerana dia rasa dia dah cacat dah buta, memang tak mampu nak join. Lagipun dia rasa low self esteem sangat.


My Annoying Brother
My Annoying Brother 


Doo Shik pada mulanya macam malas nak ambil kisah tapi dia terkesan juga dengan kata kata jurulatih judo ni apalah punya abang kan, ada adik bukan nak jaga pun ... dan slowly hubungan adik-abang ni jadi baik dan time si abang ni dah sayang kat adik dia dan rasa nak jaga adik dia, guess what?

Doo Shik disahkan menghidap kanser dan hanya mampu bertahan dalam masa yang pendek.

360 degree abang dia berubah. Dia nak pastikan sebelum dia meninggal, dia nak adik dia join judo sebagai atlet paralimpik, dia nak masa depan adik dia terjamin.

So apa dia buat ialah dia bagi motivasi kat adik dia, dia happykan adik dia, dia belikan adik dia tongkat khas untuk orang buta dan bagitau adik dia "awak adalah orang buta paling hensem di dalam dunia" .... dia juga bagitau si judo coach masalah sebenar dia dan dia nak pastikan yang judo coach ni bantu adik dia masuk pertandingan judo semula.

part ni sedih tau. Adik dia ni tak tahu pun abang dia ada kanser. Dia ingat apa yang abang dia buat tu semata-mata nak dia bertanding balik. So waktu adik dia pergi berlatih kat training centre, abang dia sibuk pastikan rumah dorang tu house-friendly for blind person. Semua bucu-bucu meja yang tajam dia trim so that bila adik dia terlanggar bucu meja tu adik dia tak da la rasa sakit kan ... ada banyak benda lagilah abang dia buat untuk adik kesayangan dia tu.

then, tiba masa untuk pergi bertanding sukan paralimpik di Rio Brazil. so abang dia tak boleh ikut dan abang dia bagi alasan yang kawan dia kat Busan (kalau tak silap) panggil dia kerja (tapi tu alasan saja lah padahal abang dia tengah menahan sakit).

Abang dia dah tahap kritikal waktu adik dia fly ke Rio. Kat Rio tu baru adik dia tahu abang dia tengah sakit tenat. Part ni sedih la wei ... kalau dengar dialog dorang (cerita korea kan dialog best best, memang beri kesan kat emosi penonton) memang nangis la bah ...

Bila adik dia balik dari Rio (adik dia menang pertandingan) , abang dia dah meninggal dan abang dia sempatlah tinggalkan pesanan suara  buat adik dia ... scene ni terasa sedih sangat ...

Bayangkan baru saja berbaik , dah saling happy with each other, dan sangat brotherly-relationship, tetiba abang tu passed away ...

kalau korang seorang yang suka tengok jalan cerita berunsurkan keberanian, kekeluargaan dan perlu menerima kehilangan, korang patut layan cerita My Annoying Brother ni ... serius no love story lovey-dovey kat dalam movie ni.

Park Shin Hye pun memang watak dia semata-mata jadi judo coach yang strict tapi baik hati.

dan sila sediakan tisu sebelum menonton :))

cheers.

Beli Ahmad Tea murah di Shopee

February 15, 2020 5
Beli Ahmad Tea murah di Shopee
Beli Ahmad Tea murah di Shopee ... hi semua surirumah , dah siap rutin harian ke tu? macam ni lah mak mak surirumah kan, rutin hampir sama setiap hari, sekejap lagi nak mendobi, nak masak, on and on housewife work list ni tak pernah nak stop kecuali nak masuk tidur, itupun kekadang otak masih berfikir lagi kerja rumah n banyak lagi nak kena settle padahal kerja memang mana pernah habis.

Siapa mak mak surirumah penggemar teh seperti mrs pip? mrs pip kan, setiap hari mesti kena minum sekurang-kurangnya secawan teh. mrs pip guna teh lipton untuk bancuh teh biasa, dan since mrs pip sukakan green tea, jadi mrs pip memang akan sentiasa ada stok green tea sama ada Lipton atau Boh. 

tapi kalau korang tanya mana lagi taste better antara dua tu, mrs pip pilih green tea Lipton .. Sorry Boh , bukan tak suka kat awak, tapi rasa awak kurang padu sikit (Padahal macam sama jak rasa green tea dua dua brand ni).


Beli Ahmad Tea murah di Shopee
Beli Ahmad Tea murah di Shopee

Selain green tea, mrs pip juga minum Lipton Earl Grey Tea. Memang suka kat Earl Grey Tea ni tau, sedap dan buat mrs pip addicted minum berkali kali TAPI .... weh kenapa harga Earl Grey Tea ni macam mahal? harga Lipton untuk 25 teabags ialah RM12.50 ... alaaa, tiada yang lagi murah / affordable ke ni?

Beli Ahmad Tea murah di Shopee
Beli Ahmad Tea murah di Shopee

Tengah browsing Shopee untuk beli FlaxSeed, tiba-tiba nampak Ahmad Tea, so tertekan la pula , hiks .... bila ternampak yang Earl Grey Tea untuk 100 teabags tu murah tau hanya RM15.40 , terus beli satu box tu. 

Happy lah bila dapat beli sekotak Earl Grey Tea ni ... yang addicted tea mesti tau perasaan dapat minum teh kegemaran setiap hati tu macam mana kan ... kalau tak minum, moody semacam tau!

Beli Ahmad Tea murah di Shopee
Beli Ahmad Tea murah di Shopee

lepas tu, bila browse kat kedai seller tu, ada few choices lagi untuk Ahmad Tea ni dia jual. Pilih Black Tea Lemon & Lime Twist Ahmad Tea pula. Yang ni expensive bagi mrs pip ... RM9.50 untuk 20 uncang sahaja. woha! sesekali melayan Black Tea dengan perisa Lemon & Lime Twist. 

Beli Ahmad Tea murah di Shopee
Beli Ahmad Tea murah di Shopee

Tutup mata sajalah beli satu box. Isinya cuma 20 teabags sahaja, tetapi biarlah belanja diri sendiri. Ni kalau minum di luar ni, silap silap kena juga RM5.00 segelas ni (minum di kedai biasa teda jual, kena juga minum di kafe2 hisptur kan) ... boleh bankrup ni kalau asyik layan teh kegemaran.

tapi, surirumah perlulah gembirakan hati sendiri. Betul tak? dah penat penat siapkan kerja hakiki tugasan rumah, belanjalah diri segelas black tea lemon and twist Amad Tea. Sedaplah pula Black Tea dengan perisa Lemon & Lime Twist ni. 

Tak rugi beli. Selalunya mrs pip kalau nak minum lime tea, hanya perlu petik lime depan rumah jak, kebetulan mr.Husband ada tanam pokok limau nipis ni, sesekali melayan minum teh letak lime, minum sejuk-sejuk pada cuaca panas, memang nyaman sangat rasanya.

Beli Ahmad Tea murah di Shopee
Beli Ahmad Tea murah di Shopee

lepas tu, mrs pip beli sekotak teh Detox Ahmad Tea ni. Satu box ni ada 20 teabags, dan harga RM8.50. Yang teh Detox Ahmad Tea ni ada herbal blend. Hari tu kawan mrs pip bagitau, dia hilang berat badan sekitar 6 kg hanya dengan mengamalkan teh detox!

jelesnya bila dapat tahu dia hilang 6kg. Jadi apa salahnya kita mencuba teh detox ni pula. First time minum detox tea ni. Dalam teh ni ada campuran fennel, rosemary, ginger, dendelion. Dan detox tea ni caffeine-free .

Untuk shipping rate Ahmad Tea (Early Grey + Black Tea + Detox Tea) , mrs pip dikenakan bayaran sebanyak RM8.00 tapi kan mrs pip ada shipping voucher , jimat RM4.00, so cuma perlu bayar another RM4.00 sahaja.

Macam ni lah simply surirumah seorang mrs pip bershopping ya ... semua pun beli online saja. senang tak perlu meredah jalanraya dan sekarang ni kena kurangkan aktiviti di luar yang ramai orang untuk kurangkan risiko terkena jangkitan virus kan (CoronaVirus melanda dan semoga kita dilindungi Allah) ...

Korang pula macam mana? Tea or Coffee person? Oh ya, mrs pip kalau minum apa juga jenis teh , memang NO SUGAR at all. Kalau ada gula tu, rasa tak sedap di tekak.

dan kalau yang rajin shopping online ni kan, jangan lupa guna SHOPBACK untuk sedikit penjimatan . Dan kalau tak faham atau tak tahu apa tu SHOPBACK, baca link entry yang mrs pip pernah share  dulu di blog ...

Kelebihan shopping secara online melalui SHOPBACK



Penjimatan shopping online guna SHOPBACK



Berjaya CASHOUT duit di SHOPBACK , lajunya 3 hari duit dah masuk bank!



Daftar SHOPBACK di sini dan bershopping online dengan lebih bijak


cheers.