Hari Keluarga Mak Mertua #Edisi2 || 1.09.2019 - MrsPip || The Reviewer
News Update
Loading...

Monday, 24 February 2020

Hari Keluarga Mak Mertua #Edisi2 || 1.09.2019

hi there, terlupa untuk publish lah pula entry ni, lama duduk dalam draft sampai berhabuk! phew, penting juga ni, entry kenangan HARI KELUARGA MAK MERTUA edisi 2019 (1/09/2019) ... entry ni kurang lengkap since banyak gambar ndak ada, so publish mana-mana gambar yang ada dalam simpanan mrs pip sajalah.

Mak mertua ni adik beradik ada 15 orang .. tapi kalau yang seibu sebapa tu hanya 3 orang sahaja, yang lebih tu half-siblings dan step-siblings la yah ...

willy julai
mak mertua dan adik-beradik kesayangan

ni gambar adik beradik mak mertua , half siblings dan step siblings. Tapi dorang ni pun dah macam adik beradik betul, semua saling sayang menyayangi antara satu sama lain ... PERKENALKAN mak mertua kesayangan aku yang duduk no. 3 dari kanan.

adik beradik seibu sebapa mak mertua aku ialah yang duduk no. 2 sebelah kanan dan juga yang duduk no. 2 sebelah kiri, si Inai Pina dan si Amai Reynard.

dan untuk FAMILY DAY ni, ada beberapa acara dijalankan seperti sukaneka, karaoke, pakaian tradisi kanak kanak perempuan, dan paling ditungu-tunggu of course la cabutan bertuah ...

hadiah cabutan bertuah
hadiah cabutan bertuah

ni sebahagian hadiah cabutan bertuah, lebih dari 100 barangan menanti pemenang bertuah ...

tiket bertuah dijual pada harga RM1 / tiket, dan hasil jualan tiket bertuah digunakan untuk menjayakan hari keluarga ni , dan ada juga sebahagian hadiah2 ni adalah sumbangan peribadi ahli keluarga ...


ini pula piala untuk pertandingan karaoke beserta wang tunai ... so untunglah yang menang karaoke tu ... hadiah sumbangan mak mertua, terima kasih mak , tapi anak2 mak ndak da yg menang karaoke .. ekeke ...

haha, hadiah karaoke ni dibolot oleh anak anak muda ya, dan ada wang tunai disediakan tapi lupa pula berapa nilai wang tunai yang diberikan kepada pemenang.

Amboi Nami, bukan main lagi kau enterframe dengan piala tu ... lagi 10 tahun panjang unur, nanti Nami boleh replace daddy menyanyi ...

Amin jadi model untuk iklan beras

ini pula hadiah kitorang menang cabutan bertuah .. sabun cuci kain, beras, baldi dan ada kicap dlm baldi tu ... aku suka kalau cabutan bertuah hadiah2 semua barangan dapur ... jimat duit beli beras dan sabun ni 👍...

yours truly and the kids
yours truly and the kids

kami team merah. masing-masing keluarga pilih team sendiri. Macam mak mertua dan adik beradik dia sepakat pakai baju merah, so kami ni MERAH MERAH lah gitu. Kali ini tak printing baju khas, pakai saja whatever baju warna merah yang ada, haha JIMAT kan ... 

Dan my mr.Husband sibuk memasak time family day , maka kami pun bergambar tanpa si husband , mau buat macam mana kan, mr.Husband jadi ketua memasak kali ini memandangkan dia antara ahli keluarga yang convert muslim, so hidangan makanan wajib halalan toyyiba gitu hendaknya.

makanan sedap
makanan sedap dimulakan dengan baca doa ikut kepercayaan masing-masing

masakan ndak sempat kena adjust kasi cantik cantik, lapar sudah yang lain, jadi marilah kita makan secara berjemaah ... biar tu meja ndak cantik, asalkan masakan tu sedap kasi kenyang perut ... terima kasih TEAM MEMASAK, kamu kamu semua yang penat memasak tapi kami kami duluan yang makan ... 


yang ni pula team gotong royong sehari selepas hari keluarga tu .. Ya lah, sudah pakai rumah orang, jadi pandai-pandailah kasi bersih ramai-ramai kan ... hehe, begitulah hidup perlu ada muafakat. Dan nah selepas gotong royong, sedap dorang melantak SAGU /AMBUYAT... 

Dan ini ialah gambar ahli keluarga adik-beradik mak mertua , dan of course lah gambar pertama ni gambar mak mertua dan anak menantu serta cucu cucu nya, tapi ni bukan full house, ada yang ndak dapat join family day kerana kekangan masa untuk bercuti dan jarak yang jauh.


Keluarga mak mertua aka keluarga kami lah bah .. Ndak lengkap ni, si Kiki dan si Bonnie ndak da ...


Keluarga ..... (nantilah aku update ya ni family siapa, hahaha kena tanya mak mertua dulu)


Keluarga inai ...... (ok yang ni inai tu dah passed away, so anak sulung dia yang in charge, Puan Christina, namun pada ketika entry ini ditulis, Christina telah pun meninggalkan kami semua pada bulan Januari lalu)

Mendiang Christina yang pakai sling beg baju merah seluar hijau.


Keluarga ........ (ok nanti lah aku update, pasal aku lupa ni family siapa, atukoi!)


Keluarga inai Kuimah


Keluarga inai Paulinah


Keluarga Amai Reynard


Keluarga inai Lasuim


Keluarga uncle Juslin


Keluarga auntie Justinah


Keluarga uncle Jistrin


Keluarga uncle Jistor


Keluarga auntie Flavia

Banyak gambar yang dishare di family group facebook, so nanti ada masa baru aku download dan update di sini , insya allah kalau aku rajin dan ndak kelupaan gitu ya.

Seronok bertemu mesra , ramai yang dari ndak kenal, jadi kenal ... dari ndak tau nama, jadi tau nama ... dari yang selalu jumpa rupanya ada pertalian kekeluargaan ...

Apapun, tahniah kepada ahli jawatankuasa keluarga Jinau Ondok yang berusaha menjadikan hari keluarga ini satu realiti, dan semoga bertemu di hari keluarga seterusnya #edisi3 ....

Harap-harap #edisi3 nanti akan lebih meriah berbanding yang pertama dulu, dan yang kedua last year ini.

cheers.

Share with your friends

5 comments

  1. best jugak buat besar-besaran macam ni. Macamana mau kasi on majlis gini sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keluarga mak mertua, dorang Ada jawatankuasa Hari keluarga. Memang ada pengerusi, setiausaha, bendahari, ajk .. lepas tu semua info kena update di group wasap family.
      Ambil masa juga ni utk pastikan semua ahli keluarga boleh attend.

      Delete
  2. wah best nya lah ramai2 macam ni buat program ^_^

    ReplyDelete
  3. wau ramainyaa, bagus betul semua still keeps in touch.

    ReplyDelete
  4. sesekali buat family day macam ni baru kenal sedara mara. kalau tak, tak tahu pun sebenarnya bersedara. ramai family mak mertua mrs pip. siap ada cabutan bertuah, hadiah..mmg meriah..

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.

Notification
Selamat datang ke blog MrsPipDotCom. Semoga perkongsian di dalam blog ini bermanfaat untuk semua. Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan dan kolaborasi, sila email ke mrspipdotcom@gmail.com.
Done