Tonton Korean Movie The Swindlers (Starring Hyun Bin)

Tonton Korean Movie The Swindlers (Starring Hyun Bin)


hi there, lama aku tak follow cerita lakonan Hyun Bin. Paling last tengok drama dia dalam Secret Garden , lepas tu dia pergi military services. Keluar dari military services, aku pun dah beralih arah kepada Lee Min Ho , Lee Seung Gi dan Jang Keun Suk. Lepas tu terlayan separuh jalan cerita drama Memory of Alhambra lakonan Hyun Bin dan Park Shin Hye. Maka, layan balik lakonan Hyun Bin. Movie first aku layan ialah The Negotiation tapi aku sedikit kecewa dengan movie ni, so next aku layan The Swindlers dan woha! memang daebak Hyun Bin dalam movie 

Tonton Korean Movie The Swindlers (Starring Hyun Bin)
Review Movie The Swindlers 

Senarai Pelakon Korean Movie The Swindlers


Hyun Bin as Hwang Ji Sung
Yoo Ji-tae as Prosecutor Park Hee Soo
Bae Seong-woo as Go Seok Dong
Park Sung-woong as Kwak Seung Gun
Nana as Choon Ja
Ahn Se-ha as Chief Kim
Choi Deok-moon as Lee Kang Suk
Choi Il-hwa as Lawmaker Sung
Heo Sung-tae as Jang Doo Chil
Kim Tae-hoon as Attorney general
Jung Jin-young as Hwang Yoo-suk (special appearance)
Oh Tae-kyung as Tae-dong (special appearance)
Cha Soon-bae as CEO Kang (special appearance)
Jin Seon-kyu as Older cousin (special appearance)


Review Korean Movie The Swindlers


Dalam cerita The Swindlers ni, Park Hee Soo seorang peguam ingin menangkap scammer terkenal Jang Doo Chil yang bertanggungjawab terhadap skim Ponzi, yang telah menipu ramai orang dan Jang Doo Chil dipercayai telah melarikan diri ke China dan kononnya telah meninggal dunia tetapi ada sumber mengatakan dia memalsukan kematiannya agar tidak dikesan oleh pihak berkuasa.

Jang Doo Chil ketika dia nak melarikan diri, dia minta bantuan seorang lelaki yang dikenali sebagai Night Fog dan lelaki tersebut merupakan bapa kepada Ji Sung (Hyun Bin) dan malangnya Night Fog mati dibunuh membuatkan Ji Sung ingin membalas dendam kepada orang yang membunuh bapa dia.

Dipendekkan cerita, Ji Sung ni dia akhirnya berjaya menjejaki Jang Doo Chil tu di Thailand, dan Jang Doo Chil tu bagitau dia bukan pembunuh kepada Night Fog, tetapi ada orang lain yang bertanggungjawab terhadap kematian Night Fog.

Tonton Korean Movie The Swindlers (Starring Hyun Bin)
Review Movie The Swindlers

Jadi Ji Sung kembali ke Korea dan mula merancang untuk memerangkap si pembunuh Night Fog, dan dia perlukan satu team untuk jadikan usaha dia berjaya. Dah tajuk pun The Swindlers kan, so boleh agaklah jalan cerita ni. Boleh agak mana satu penjahat mana satu betul mana satu salah.

Ji Sung perlu bekerjasama dengan team Park Hee Soo, peguam (pendakwaraya) yang juga dalam usaha untuk menjejaki Jang Doo Chil. 

Mereka beraya mengesan Jang Doo Chil melalui orang kanan Jang Doo Chil iaitu Kwak Seung Gun yang berurusan dengan Ji Sung dalam bisnes casino yang kononnya boleh memberikan pulangan yang tinggi dalam masa yang singkat.

Review Movie The Swindlers
Review Movie The Swindlers

ni pendapat peribadi aku tentang movie ni lah. Jalan cerita ada plot twist, tapi agak mudah untuk kita buat guessing tentang jalan cerita ni berdasarkan tajuk cerita ni sendiri. Tapi kan, walaupun mudah untuk kita teka jalan cerita ni, korang layan sajalah jalan cerita tu coz bagi aku ianya tak begitu membosankan.

Hyun Bin pegang watak sebagai Ji Sung dengan baik. dan aku rasa dalam movie ni, bila Hyun Bin pakai suit lengkap, dah macam dia tengah buat iklan pakaian la pula! Dah nak buat macam mana bila pelakon persis model kan, eh silap Hyun Bin kan memang model pun, so rasa macam hurmmm aku ni tengok movie atau tengok model buat iklan? Haha.

Berbalik kepada cerita The Swindlers ni, meh la sini aku nak bagitau. Ekceli yang bunuh bapa Ji Sung ni ialah peguam Park Hee Soo dan peguam ni lah yang Ji Sung nak tangkap sebenarnya.

Dan semua yang team-up dengan Park Hee Soo sebenarnya ialah orang suruhan Ji Sung. Apa yang berlaku di dalam team tu, semuanya lakonan semata-mata. Dan kesemua 4 orang suruhan Park Hee Soo sebenarnya adalah orang Ji Sung.

Nak tahu dan nak lebih faham mengenai korean movie The Swindlers ni? Korang kenalah layan cerita ni dari mula sampai habis tau. 

Aku paling suka part penghabisan apabila peguam tu kena tangkap bersama ke semua konco konco dia. Padan muka lah sangat.

Apapun, aku rasa movie ni lebih baik berbanding movie The Negotiator lakonan Hyun Bin dan Son Ye Jin tu.

thanks for reading.

cheers.

Post a Comment

3 Comments

  1. mmg peminta hyun bin. nanti nak tengokla

    ReplyDelete
  2. Macam menarik ja nie.. boleh lah layan nanti nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best layan since hero dia Hyun Bin, ekeke.

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.