Review Movie Unstoppable (Korean Movie starring Do Mang Seok) - MrsPip || The Reviewer
News Update
Loading...

Wednesday, 12 February 2020

Review Movie Unstoppable (Korean Movie starring Do Mang Seok)

hi there, selepas melayan cerita The Gangster The Cop The Devil lakonan Ma Dong Seok, aku layan pula cerita Unstoppable ni, lakonan Ma Dong Seok yang digandingkan bersama Song Ji Hyo dan KimSung Oh. Reason utama aku tengok cerita ni pasal Song Ji Hyo, ekekeke. Dan aku pada mualnya tak tahu pun jalan cerita sebenar cerita ni, memang main layan sajalah.

cerita Unstoppable ni berkisar mengenai kehidupan Kang Dong Cheol (Ma Dong Seok) bersama isteri dia Ji Soo (Song Ji Hyo). Si Dong Cheol ni dulu gengster, tapi bila dia kawin dengan Ji Soo, dia pilih jalan untuk jadi orang yang baik. 

Satu malam tu, kereta yang dipandu Dong Cheol ni dilanggar oleh "Kidnapper" dan lebih tepat "Human Trafficker" dan yang melanggar ni enggan turun dari kereta untuk minta maaf. Lepas tu si Ji Soo ni turun dan marah driver kereta tu end up big boss "kidnapper" tu turun dan minta maaf lah kat Dong Cheol dan Ji Soo.

Review Movie Unstoppable (Korean Movie starring Do Mang Seok)
Review Movie Unstoppable (Korean Movie starring Do Mang Seok)

Tapi dia minta maaf ada maksud tersembunyi. Penjahat ni jenis bila dia suka seseorang, dia akan culik tau orang tu untuk dia perdagangkan jadi pelacur ataupun jual organ! woha, gila dia punya bisnes ni kan.

satu malam tu, tepat pada harijadi si Ji Soo, Dong Cheol nak celebrate birthday Ji Soo di restoran, dan berlaku pertengkaran bila Ji Soo dapat tahu si Dong Cheol tak bayar duit sewa rumah, dan duit tu dia laburkan dalam bisnes king crap yang kononnya mendatangkan pendapatan yang lumayan.

Ji Soo stress la kan, dan dia tinggalkan Dong Cheol dan balik rumah. Dan penjahat ni memang berniat nak culik si Ji Soo ni. Ji Soo dah sampai rumah, dan tetiba bunyi loceng rumah ditekan. Dia pelik kenapa Dong Cheol tak buka saja pintu tu kan, tapi bila dia tengok kat lubang pintu yang boleh intai orang di luar, dia ternampak orang asing berdiri kat luar pintu siap pakai hood, memang scary lah kan. Dan tak lama kemudian, pintu rumah dia berjaya dibuka oleh penjahat tu.

Dipendekkan cerita, Ji Soo berjaya diculik. Dan waktu Dong Cheol balik rumah, dia tengok rumah dah tunggang langgang, Ji Soo hilang. So dia buat laporan polis, dan polis ambil masa nak siasat. Si Dong Cheol terima panggilan daripada penjahat yang culik Ji Soo, dan penjahat ni dia exchange JI Soo dengan duit.

Amboi, banyak kau punya suka nak beli-beli orang sesuka hati. Dan Dong Cheol terpaksa buat pilihan untuk selamatkan JI Soo. Dia minta bantuan kawan dia  untuk dapatkan bantuan kat "agent" yang boleh bagi dia clue siapa dalang di sebalik penculikan Ji Soo.

Argh, emosi dan geram tengok penjahat yang pyscho, dia main tarik tali pula dengan Dong Cheol. Ji Soo pula berusaha selamatkan diri dan cari jalan untuk keluar dari kawasan tahanan penjahat tu. 

Dah berjaya lari dari kawasan penjahat, dah hampir-hampir sampai di balai polis untuk dapatkan bantuan, malangnya Ji Soo berjaya ditemui oleh penjahat tu! eiiii, geram kat part ni. Kesian pun ada.

Dong Cheol berjaya jumpa kawasan persembunyian penjahat ni, habis dia belasah penjahat ni satu-satu. Sedikit rasa thrill tengok movie ni dalam usaha Dong Cheol untuk selamatkan isteri dia si JI Soo.

Korang kena tengok aksi Dong Cheol dalam usaha selamatkan si Ji Soo, agak menarik jalan cerita yang diberikan.

Dan, duit yang Dong Cheol laburkan untuk bisnes king crap dia tu, akhirnya dia berjaya dapat. Kapal yang angkut ketam-ketam mahal tu tersangkut di China pada mulanya dan selepas diperiksa, kapal tersebut dibenarkan balik ke Korea. End up, Dong Cheol dan Ji Soo berjaya ada bisnes ketam sendiri.

Cerita ni mengingatkan aku dengan cerita TAKEN lakonan Liam Neeson dan Maggi Grace. 

Kalau korang dah bosan layan cerita cinta , sesekali pergilah layan tengok cerita menarik secara online.

thanks for reading.

Share with your friends

4 comments

  1. done bookmark. nak tengok lah time rehat japgi. hehe

    ReplyDelete
  2. kat Netflix ada ke ni..X minat sgt citer2 korea ni tapi jalan cerita dia mcm best. bila baca sinopsis dia tu, macam cerita Taken sikit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jalan cerita Ada iras2 Taken. Alaaa Kita Tak layan Netflix Tak tahu Ada ke Tak Kat Netflix.

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.

Notification
Selamat datang ke blog MrsPipDotCom. Semoga perkongsian di dalam blog ini bermanfaat untuk semua. Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan dan kolaborasi, sila email ke mrspipdotcom@gmail.com.
Done