Siapa sangka, kalau sebelum ini kita tidak terbayang untuk berperap di rumah dan tidak boleh bercuti, malah anak-anak juga tidak dibenarkan ke sekolah akibat wabak Covid, kini duduk di rumah adalah yang paling selesa untuk kebanyakkan kita, malah learn from home mahupun work from home menjadi trend untuk tahun 2020.
Lupakan tentang kereta terbang! Tahun 2020 yang dibayangi dengan kemajuan teknologi canggih satu masa dulu, kini semuanya tinggal bayangan, malah tiada teknologi yang boleh dikatakan gah wujud sepanjang tahun 2020. Blame me not, unless that technology could fight Covid.
Tahun ini merupakan tahun sedih untuk aku. Perkara duka berlaku kepada aku dan seluruh ahli keluarga aku apabila kehilangan bapa tersayang pada tanggal 27.6.2020. Dan selama tiga bulan sejak pemergiannya, aku down sangat-sangat.
Selain itu, aku juga tidak senang duduk apabila mendapat tahu 6 ahli keluarga aku disahkan Covid positif, dan alhamdulillah mereka semua berjaya melalui tempoh pengasingan dan kembali sihat.
Dan untuk blogging pula, alhamdulillah masih ada rezeki untuk aku menulis kerja-kerja advertorial dan product review. Dan ada juga kerja blog yang terpaksa aku tolak kerana ketidaksesuaian untuk location visitation dan produk itu sendiri.
Untuk adsense, jauh lagi perjalanan aku untuk mendapatkan hasilnya. Aku juga berusaha untuk menjadikan adsense sebagai pendapatan sampingan, namun kalau belum ada rezeki, Insya Allah pasti ada rezeki blogging lain selain berharap dengan adsense kan.
Untuk sepanjang tahun ini juga, berikut merupakan entry terhangat di blog mrspipdotcom, jom lihat entry blog paling popular , something worth reading too.
10 Entry Blog MRSPIPDOTCOM Dengan Pageviews Paling Tinggi Sepanjang Tahun 2020 (Klik Tajuk Untuk Baca Entry).
Kenangan Blogging Sepanjang Tahun 2020
375K Pageviews Di Blog Sepanjang Tahun 2020
Penyumbang Pageviews Ke Blog Bagi Tahun 2020
Facebook masih menyekat link blog aku. Walaupun aku berharap sekatan ini akan batal, namun FB masih tidak mempedulikan rayuan aku untuk membenarkan link blog aku dikongsikan di sana.
Tidak mengapa, tahun akan datang nanti Insya Allah aku akan lebih rajin menghantar aduan cinta kepada FB untuk membenarkan blog aku dikongsi ke medium sosial tersebut.
Rancangan Untuk Blog Tahun 2021
Aku sememangnya merancang untuk meneruskan kerja-kerja blogging pada tahun akan datang, namun mungkin sahaja aku akan slow down sedikit untuk 3 bulan pertama kerana aku sedang merancang untuk mengusahakan blog ke-dua aku, namun buat masa ini aku masih belum memulakan sebarang entry untuk blog tersebut.Selain itu, aku berharap boleh berkolaborasi dengan beberapa Brand dan semoga ada rezeki untuk menulis product review dan kerja-kerja advertorial.
Aku juga mengimpikan untuk menambah kategori Local Travel & Holiday di dalam blog aku, Insya Allah dipermudahkan buat aku.
Dan seperti yang aku sebut juga, aku berharap blog mampu cecah 2M untuk tahun 2021, juga boleh cashout adsense di tahun depan.