Count The Steps Hiking Bukit Damis || 12.12.2020

Count The Steps Hiking Bukit Damis || hi there. Few weeks ago, 12.12 tu aku hiking dengan anak-anak pergi bukit Damis. Kat area rumah aku ni, ada dua bukit sahaja yang dekat untuk pergi hiking, iaitu Bukit Damis dan Bukit Tinubau.

Macam biasa, hiking start sekitar jam 6.30 pagi dari rumah, jalan kaki sehingga ke kaki bukit. Hiking kat sini bukitnya tidaklah setinggi mana pun, dan cabaran hiking tu tak da lah seteruk mana, biasa-biasa saja ya gais.


tada! kasut hiking terbaru aku. Beli few weeks ago, ni jenama biasa-biasa sahaja,running shoes Gatti Harga pun tak cecah ratus ringgit. Yang pasti, selesa untuk di bawa hiking, dan aku harap sangat kasut ni bertahan untuk setahun dua.


dan tada! Iman dan Amin, mommy punya followers tetap untuk hiking. Lasak budak berdua ni kalau dibawa hiking, compete each other dorang ni berebut mau sampai dulu pigi station bukit Damis tu!

Dan botol air tu, aku beli lama dah since Iman few months old! Ekceli botol air tu aku beli Tupperware mystery box tau time dorang nak clearkan old stock. Aku bayar dalam puluh-puluh ringgit (tak ingat berapa, RM75 kot), tapi dapat barang Tupperware worth RM250.00

Happy sangat bila dalam kotak misteri tu ada botol air cantik ni, dan satu set bento box. Tu antara isi kotak misteri tu lah, bersama few Tupperware container yang cantik cantik.

So, botol air yang anak-anak aku guna tu, umur botol air tu lebih tua berbanding si Amin! bahaha, dulu-dulu I is so auntie-auntie tau suka betul beli Tupperware.

Tapi sekarang aku dah stop since no more space untuk aku stock barangan Tupperware, dan husband pun bising why la banyak sangat Tupperware tapi tak nak guna. Oppsie.


Seperti biasa setiap kali hiking, wajib ada gambar the hiking troopers kan. Husband, anak-anak dan juga aku. Muka aku pun dah semakin boolat. Bilalah nak start diet kurangkan berat ni hoi mrs pip.

Iman tu muka monyok. Amin pula suka buat pose macam kapal terbang. Ragam anak anak lah katakan.


Ni on the way nak ke Bukit Damis. Tapi bukan main lagi Iman dan Amin berhenti dekat kawasan ni pasal dorang ada dengar bunyi.

Puas dorang cari mana datangnya bunyi tu. Bila kau tanya tu bunyi apa, macam-macam jawapan tak bernas dorang bagi, padahal tu bunyi katak lah anak oiii ...


Jalan punya jalan, sampailah bah juga di atas Bukit Damis. Alhamdulillah. Seperti biasa, view sangat cantik.

Awan membiru dan sejauh saujana memandang, all the greenery view ya. Sangat calm dan stunning bagi aku.


Happynya bila sampai bukit Damis ... Bukan happy sangat apapun, tapi it is time untuk sarapan! Lapar weh dari rumah keluar tak makan apapun.

Memang niat nak light breakfast atas bukit Damis ni. Beg Iman dan Amin tu , penuh dengan makanan untuk sarapan pagi kami.


Masing-masing cari port sesuai untuk duduk rehatkan diri. Penat weh.

Nami paling seronok, dia kan pakai baby carrier. Siap boleh tidur lagi dalam carrier dia.


Aku ambil gambar di atas tu pasal nun jauh di sana korang boleh nampak tak gunung kinabalu? Sekarang ni tengok gunung tu dekat2 pun susah, jadi tengok dari jauh sajalah.


Dan kali ni, aku download apps so senang tengok jumlah langkah jalan pergi dan balik, begitu juga dengan jumlah kalori yang berjaya dibakar.

Ok, kejap lagi aku nak pergi makan...

cheers.

Post a Comment

6 Comments

  1. kumpul tupperware, hobi wajib untuk wanita2 di Malaysia kan mrs pip..hehe.. wah seronok boleh buat xtiviti sihat macam ni selalu. Untung rumah dekat dengan tempat2 hiking macamni. tiap minggu boleh buat xtiviti hiking..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, memang dulu suka gila beli tupperware. tapi bila husband dah bising beli tapi tak nak guna, so end up stop beli ... lagipula rumah kecil, ruang penyimpanan agak terhad.

      Delete
  2. cantik view nya sis!!! rindu kundasang nk tgk gng kinabalu lagi x puasss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Kak Mim. view hiking ni cantik pasal nampak banjaran crockers ...suka sangat hike awal pagi, udara fresh.

      Delete
  3. Bestnya hiking! Marsha nak tunggu anak-anak besar sikit boleh start hiking

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pa Marsha, lagi setahun dua insya allah dah boleh hike dgn anak anak kan...

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.