Pallas X Pilihan Kasut Sekolah Terbaik Untuk Anak

Pallas X, Pilihan Kasut Sekolah Terbaik Untuk Anak | hi there. Ok tahun depan 2021, Amin naik darjah 1. Tahun ini, walaupun Amin hanya sekolah dalam masa yang singkat untuk kelas tadika, tapi aku nak share dengan korang rasa tidak gembira aku dengan kasut yang Amin guna.

Pallas X Pilihan Kasut Sekolah Terbaik Untuk Anak


Bayangkan dalam masa 3 bulan awal persekolahan, kasut dia rabak dengan cepat padahal budak-budak tadika lebih banyak masa dihabiskan di dalam kelas sahaja.

Amin sebelum ni dia pernah mengadu kasut sekolah dia agak berat dan ada masanya tapak kaki dia akan berpeluh. Kesian Amin pergi sekolah dengan kasut yang kurang selesa.

Jadi, tahun depan aku mahu pastikan kasut sekolah yang Amin guna mestilah tahan lasak dan selesa. Kalau kita yang dewasa ini pun memang akan pilih kasut yang selesa, apatah lagi anak-anak kita yang pergi sekolah dan sentiasa aktif.

Kali ini aku berikan Amin kasut sekolah Pallas X. Jenama Pallas ni bukan sehari dua kita dengar, tapi jenama ni dah lama bertapak dan sangat diyakini baik kualitinya. Dulu aku pergi sekolah pun guna kasut jenama Pallas, lagipun harga kasut ni sangatlah berpatutan sesuai dengan kualiti kasut tersebut.,



Kasut Sekolah Pallas-X Hitam PX25 Menjadi Pilihan Aku


Kalau sebelumnya aku kurang menitikberatkan penggunaan kasut anak, main beli saja asalkan ada kasut, tapi kali ini aku ambil kisah rungutan Amin tentang kasut yang dia guna sebelum ini.

Selain itu, aku perasan kaki Amin sangatlah cepat membesar. Bayangkan saja tahun ini sepanjang berada di rumah, dua kali aku beli sandal untuk dia pasal dia bising sandal dia dah sempit dan kecil.

Penting sangat untuk pilih kasut sekolah dengan material yang baik seperti kasut sekolah yang lebih ringan supaya kaki anak tidak perlu membawa beban yang berat.

Jadi kaki akan lebih selesa dan kerana anak-anak ini kaki mereka memang cepat sangat membesar, jadi haruslah kan punya kasut sekolah yang selesa untuk pertumbuhan kaki yang sihat.

Dan juga, kerana Amin ada bagitau kaki dia berpeluh bila guna kasut sekolah lama dia, jadi kali ini aku mau pastikan kasut sekolah Amin mestilah mempunyai ventilasi yang baik.

pallas x school shoes good ventilation


Dengan material fabric mesh, ianya mempunyai ventilasi pengudaraan yang memberikan keselesaan untuk kaki dia agar tidak berpeluh.

Anak-anak ni , satu hal lagi kalau hujan misalnya atau terpijak air yang bertakung, aku harap sangat kasut dorang ni cepat kering. Jadi tidaklah kasut dorang berbau di bahagian dalam.

pallas x school shoes velcro tape


Untuk semua ciri-ciri tu kebaikan yang aku nak tu, Pallas X lah yang paling ideal untuk aku jadikan pilihan. Ditambah lagi dengan velcro strap pada kasut, senang anak-anak pakai buka kasut mereka sendiri.

Sebab Kenapa Pemilihan Tapak Kasut Juga Penting!


Bagi aku, selain rekabentuk kasut yang berkualiti, ringan dan berventilasi baik, pemilihan tapak kasut juga mestilah diambil kira. Jangan remeh-temehkan tapak kasut.

Tapak kasut bagi aku mestilah sedikit tebal untuk perlindungan tapak kaki anak-anak dan juga tidaklah terlalu keras demi memastikan setiap gerakan kaki mereka selesa dan tidak sakit.

Selain tu, tapak kasut haruslah boleh mencengkam dengan baik ketika berada di permukaan yang basah seperti ketika hari hujan atau ketika berada di bilik air untuk mengelakkan mereka daripada tergelincir atau jatuh.

Amin sudahpun mencuba Pallas X. Tengok gaya Amin tu, siap bagi love dan peace lagi. 

pallas x school shoes


Dan dia gembira sangat dengan kasut baru tersebut, siap tanya bila sekolah akan buka. Tak sabarlah tu nak pakai kasut Pallas X ke sekolah!

Kasut Pallas X ni harga memang reasonable sangat. Dan aku memang puashati dengan kualiti dan juga material yang digunapakai.

Kalau korang nak beli kasut sekolah Pallas X ni, korang boleh dapatkan kasut ini di kedai seperti Tesco, Mydin Supermarket, ataupun mana-mana kedai kasut / pasaraya yang mengikuti kempen Back To School.

Selain itu, kalau korang rasa malas nak shopping di luar, korang boleh juga beli kasut sekolah Pallas X ni secara online di laman web mereka www.wow2wee.com
, dan kalau yang tinggal di Sabah dan ada Servey Hypermarket berhampiran, korang boleh dapatkan kasut Pallas X di pasaraya tersebut.

Anyway, mak mak sekalian pula macam mana, suka dengan Pallas X untuk anak-anak tak?

cheers.


Post a Comment

3 Comments

  1. memang kasut Pallas menjadi pilihan anak2 nak ke sekolah.

    ReplyDelete
  2. Terbaik kasut pallas. Dr zmn sy sekolah kasut ni memang popular. Sekarang turun ke anak pulakan.

    ReplyDelete
  3. Kasut pallas memang pilihan Nina jugak untuk anak-anak. Dari zaman Nina sekolah, kasut Pallas semestinya pilihan terbaik

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.