Throwback Honeymoon Di Seoul Korea

Throwback Honeymoon Di Seoul Korea | hi there. Ok gais, aku tengah spring cleaning semua digital photos aku, dan aku jumpa folder aku honeymoon di Korea. Jadi memandangkan sekarang ni bukan masa terbaik untuk travel, aku buat sikit throwback honeymoon aku ya.

Alert: Ini entry panjang berjela. Sila tarik nafas panjang-panjang. Tapi yang pasti, tiada gambar yang akan buat korang rasa bersemut, kah kah kah. Nampak sangat aku dan incik suami tidak seromantik korang kan!

Waktu aku pergi Korea tu, kebetulan hari Chuseok dan banyak hotel bajet full house ya. Aku booking hotel secara online, beberapa hari sebelum aku fly. Kalaulah aku tau tarikh honeymoon aku bersamaan dengan hari cuti umum, maybe aku akan adjust date tu kan, jadi taklah pergi honeymoon time semua orang nak tempah hotel dan tourist spots memang crowded time tu.

Honeymoon Di Seoul Korea: Jalan-jalan di Insadong Street


Memandangkan hotel tempat aku stay tu dalam kawasan Insadong, jadi hari pertama kau just jalan-jalan cari makan di kawasan ini. Banyak deretan kedai jual souvenir kat sini, tapi aku tak beli apapun pasal malas nak angkut barang.

Dahlah aku ni jenis nak membeli macam-macam, lepas tu kena gendong baby lagi (time tu Iman 7 bulan), jadi aku starving kan diri dari beli belah, ekeke.

Merasai Masakan Korea Di Vegetarian Restaurant, Insadong

Aku ingat lagi, touch down saja dari kapal terbang, 1st meal aku dan husband ialah donut dan hot tea, makan dekat airport.

Lepas tu tak makan sepanjang hari pasal nak cari hotel lah, unpack lah, urus baby Iman lah, sampaikan kitorang tak rasa lapar pun.

Lepas tu, dah rehat-rehat kejap, kitorang keluar jenjalan di Insadong street, dan bila ternampak vegetarian restaurant, baru teringat seharian tak makan heavy meal.

vegetarian restaurant insadong,

1st time lah kan makan kat kedai di Korea ni. Kami order noodles soup dan nasi. Mak oii sekali sampai di meja, entah apa-apa yang kami dapat. Makan sajalah, semua pun vege. Puas hati. Aku rasa harga sekitar belas-belas dollar kalau tak silap.

Honeymoon Di Seoul Korea: Wajib Lawat Nami Island



Aku memang nak sangat lawat Nami Island pasal Winter Sonata punya penangan kan. Dan tempat wajib bergambar mestilah di laluan pokok ni, tak gitu? Puas hati jalan jalan kat Nami Island, tapi kalau nak explore semua, betterlah korang bermalam kat Nami Island ni.

Risau tiada penginapan? Eh, ada hotel tau dalam Nami Island ni. Tapi kalau aku memang tak berbaloi nak bermalam kat sini melainkan ada urusan penting ke apa kan, kursus misalnya. Eii pulau je kot. Dah lah nak ke Nami ni aku rasa jauh dari main city.

Pengalaman beli tiket KTX train ke Gapyeong semata mata nak sampai Nami Island, fuh memang takkan dilupakan pasal aku tak pandai nak guna mesin tiket tu, hahaha. Nasib baiklah ada adik manis Korea yang tolong belikan, dan kebetulan dia pandai pula berbahasa Inggeris.

Honeymoon Di Seoul Korea: Cantiknya Senibina di Petite France

jalan jalan honeymoon korea ke petite france

Lepas Nami Island, kitorang pergi Petite France. Ambil bas dari Nami. Aku tak ingat nak bayar berapa bas tu, tapi bas selesa dan besar.

Petite France ni tempat penggambaran Secret Garden, tapi kalau korang layan drama Beethoven Virus lakonan Jang Keun Suk, dalam drama tu lagi best dia tunjuk kawasan Petite France, sampaikan aku siap masuk wishlist nak ke sini.

Nice place untuk bergambar, sangat instagrammable.

Honeymoon Di Seoul Korea: Melawat Istana Gyeongbuk / Gyeongbukgong, Terasa Seperti Berada Di Zaman Goryeo


Gyeongbukgong ni dekat Insadong tahu. Dan di Insadong sahaja, ada 3 istana! Pilihlah nak lawat yang mana, jangan buang masa lawat semua istana, design lebih kurang sama saja.

Tapi Gyeongbukgong yang paling besar, jadi haruslah lawat tempat ni ok. Dan aku tahu tempat ni pun pasal tertengok Lee Seung Gi dalam 2 Days 1 Night shoot dekat tempat ni. Jadi tersuka, maka masuk wishlist gitu, lagipun mr.Husband dah siap-siap cakap dia nak lawat historical place di Korea.

Sila pakai kasut yang selesa, kawasan ni nak explore luas sangat. 

Dan satu lagi, istana ni tutup sehari dalam seminggu, kalau tak silap tutup pada hari Isnin time kitorang honeymoon dahulu, so yang nak datang sini pastikan korang periksa jadual buka istana Gyeongbuk ni ok.

Honeymoon Di Seoul Korea: Trick Eye & Ice Museum Yang Sejuk

trick eye and ice museum korea

Well, aku sempat masuk Trick Eye Museum, dan sekali pakej beli tiket ice museum. Aku tak tahu ada berapa banyak trick eye museum kat Seoul, tapi ni antara yang terawal kalau aku tak silap.

Yang suka bergambar, dan malas nak jalan-jalan ke luar kerana cuaca panas korang lepak kat sinilah better. Ice Museum tu mr.Husband yang nak masuk, aku ikut sajalah. 

Sejuk gila-gila. Dan aku tak suka lama-lama dalam tu pasal selain sejuk, aku terbayang what if aku terkunci di dalam ruang sejuk sebegini? Tak ke beku aku kan … Fuh, imaginasi melampau.

Layan Makan Fast Food di Lotteria: Burger Seafood Yang Sedap Bersama Side Dish Salad

makan makan seoul

Fast Food sebiji McDonald , tapi kalau tak silap namanya Lotteria kan … kitorang no choices melainkan seafood, tapi sedap burger seafood tu. Siap beli salad sekali. Puas hati makan, dan selama di Seoul, ni tempat makan kesukaan.

Senang tak perlu nak susahkan diri pilih nak makan apa. Lagipun aku spesis yang bukan suka food hunting. Asalkan boleh alas perut, aku dah happy.

Honeymoon Di Seoul Korea: Lotte World Penuhi Impian Kanak-Kanak Aku Untuk Ke Disneyland

honeymoon lotte world korea

Aku nak sangat pergi theme park , tapi yang paling dekat ialah Lotte World. Nak pergi Everland jauh, susah sikit kerana kena angkut baby Iman, lagipun tak nak dia rasa exhausted.

Pergi yang dekat-dekat, dan tak crowded hopefully!

Nasib baik beli tiket masuk sahaja, tak beli yang pakej nak naik segala benda ada kat dalam ni. I tell you what, kan tengah cuti time aku datang Korea ni, so manusia bertebaran di sana sini, crowded sangat sewaktu aku lawat tempat Lotte World ni.

Aquarium, Building 63

Building 63 Seoul Korea

Ni bukan aku nak pergi, tapi mr.Husband yang beria-ia nak datang sini. Nak buat macam mana, dah dia memang pencinta laut dan segala jenis yang ada di dalam ocean ya. Aku rasa kalau boleh dive dalam kolam besar tu, mesti mr.Husband aku pergi diving sekali.

Ok lah, not bad, tapi once again crowded with kids. Tapi layan sajalah, dah mr.Husband nak sangat kan jalan jalan tengok ikan.

Museum Wax, Building 63

Museum Wax Building 63 Seoul Korea

Kalau kau masuk building 63 ni, tiket masuk ada pakej untuk pilih satu tempat atau 3 tempat kau nak lawat sekali. Ada few places dalam bangunan ni yang kau boleh lawat. Jadi tempat kedua kami pilih wax museum.

Best juga masuk kat dalam tu. Dah nama wax museum kan, what do you expect? Haruslah ada patung2 seakan rupa manusia sebenar.

Tapi ada teddy bear museum dalam ni tau, so tak rugi masuk sini.

Dan tempat ketiga kami pilih kalau tak silap di aras atas, balai seni lukis ke apa, ntah lupa la pula, cuma kami rushing nak balik hotel pasal hari dah petang. Bila petang cuaca sedikit sejuk, risau nak ajak baby Iman stay lama-lama di luar.

Subway Seoul Korea

Dan waktu nak balik dari Building 63 tu, masuk subway sahaja, aku punya terkejut melihat selautan manusia yang sangat ramai!

Siap waktu ni, ada pak polisi yang menjaga laluan, dan semua smooth tiada perkara yang buruk berlaku.

Sebenarnya, ada acara bunga api untuk sambutan tahun baru sepanjang laluan han river dekat Building 63 tu (eh betulkan Han river).

Kalau korang layan drama Legend of The Blue Sea, ada part yang Lee Min Ho dan Jun Ji Hyun tengok bunga api kan.

Tak sangka pula ramai gila melepak dekat Han river semata-mata nak tengok bunga api. Ya lah kot dorang nak celebrate new year (chuseok), sebab tu ramai yang melepak di luar kot kan.

Last Minute Tempah Bilik Hotel, Padan Muka Banyak Hotel Yang Fully Booked! 

Hotel Icon Seoul Korea

Sewaktu kami di Korea, untuk 2 malam pertama kami stay di hotel yang berada jauh sikit dari jalan utama, so hotel ni tak bising sangat. Sesuai dengan yang ada anak kecil nak stay kawasan yang tak sibuk dengan bunyi kereta.

Hotel Icon namanya. Owner hotel ni perempuan tau, sangat peramah. Malam sebelum aku check out, dia siap hantar souvenir pergi bilik kitorang. 

Hotel ni hotel bajet hokey. Bilik just muat muat katil dan sedikit space untuk letak luggage, tapi no hal pasal kami memang melepak malam untuk tidur sahaja.

Dan lepas tu, kami pindah pergi Dongdaemun, stay lagi selama 3 malam sebelum bye bye Korea.

Yang kat Dongdaemun tu, aku booked lodging house, tapi tengah renovate time kami datang. So owner hotel tu transfer kami ke hotel lain, dan bilik hotel tu punyalah besar. Tapi no extra charges.

Owner nya muda lagi, peramah. Boleh berbahasa Inggeris dengan sangat baik, dan pernah stay di Sarawak.

Tu sajalah sedikit throwback honeymoon Jalan-Jalan Korea aku. Dan korang yang merancang untuk bercuti hujung tahun ni , bolehlah tempah hotel cepat-cepat. 

Jangan jadi macam aku yang last minute baru nak cari hotel, kesudahannya dapatlah hotel yang jauh dari main road. Kena tarik luggage lagi, kena bawa anak lagi …

Belajar dari pengalaman, lepas ni nak bercuti, mesti akan tempah hotel awal-awal. No more last minute , hehe.

Next entry kalau aku rajin nanti aku update cerita orang Korea yang baik dan prihatin selama berada di sana 5 malam 6 hari ok.

cheers.

Post a Comment

17 Comments

  1. Subway tu bikin gerun - punyalah sesak! Tapi semua nmpk bersih & rapi, kan... Btw, ok ka jln2 sana tanpa guide?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebetulan Subway ramai orang, dah ngam2 sangat Ada pesta bunga api. Ok jak kak jalan tanpa guide, banyak tourist center sekitar Seoul, staff semua boleh berbahasa Inggeris. Kalau sesat, mmg kami pi tourist center minta tunjuk jalan.

      Delete
  2. hai.. salam kenal... tgk² gambar throwback honeymoon di korea ni... besttt!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kakmim, tq jalan jalan sini Kat blog Saya. Salam kenal juga.

      Delete
  3. lps covid ni kita sedar. apa kita mau buat, buat sj. 'jz do it'. tahan2 nnt xtau bila dpt pg. tp at the same time. saving pn penting. ada lebih saving bole la bjln

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak pip x cukup savings utk travel buat masa ini, so savings untuk education anak-anak diutamakan... kalau ada extra duit, nak juga travel with my kids.

      Delete
  4. hahaha bab nami island tu banyak kali suda kak pip mention suka betul sama nami island. Penuh juga meja dengan sayur tu. Tengok dalam Boss in the Mirror memang begitu la side dish dia, banyak betul. Mau buat juga tapi malas hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak pip kalau bab makan banyak lauk, boleh stress pasal rasa mcm terpaksa habiskan kerana rasa membazir. Lepas masuk kedai vege tu, terus rasa macam takut mau masuk restoran lain, nanti kena paksa makan side dish banyak...hahaha

      Delete
  5. tejut tengok yang ramai2 kat stesen subway nak tgk bunga api..crowded giler..kita sama mrs pip, bukan food hunting bila pi travel, as long dpt makan perut kenyang, dah happy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang crowded time kat subway tu....
      kan, bab makan bila travel bukanlah satu keutamaan utk saya... asalkan perut beralas, tak lapar alhamdulillah...

      Delete
  6. Replies
    1. Nanti ada rezeki utk IQ, bolehlah honeymoon oversea juga... insya allah kan..

      Delete
  7. bestkan dah sampai Korea.. nie dah musim2 covid tak tahu la boleh jejak kaki ke sana ke takk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya now dah boleh travel keluar masuk.
      tapi still kena berjaga-jaga coz korea ni mmg ramai juga pelancoing asing ...

      Delete
  8. Wahhh seronoknya. Teringin nak pergi juga tapi sabarrr sekarang bukan masanya lagi untuk jejalan. Tunggu semua ok dulu

    ReplyDelete
  9. korea ni salah satu negara aida nak gi, bwk anak2.
    hmmm pengaruh kdrama la ni, Pip. sibuk la diorang nak ke korea.
    in shaa Allah :)
    anak-anak da besar, mudah la nanti nak berjalan ke mana-mana dlm korea kan.

    #biters

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.