28 December 2020

Review Korean Drama : 18 Again (Lakonan Kim Ha Neul, Yoon Sang Hyun, Lee Do Hyun)

Review Korean Drama : 18 Again (Starring Kim Ha Neul, Yoon Sang Hyun And Lee Do Hyun) || hi there, aku baru sahaja habis tengok cerita korean drama 18 Again. Ada 16 episode semua, dan aku tengok secara percuma di IQIYI apps.

Walaupun bukan ahli premium di IQIYI, jadi ada sedikit iklan ketika menonton. Cumanya iklan di IQIYI sangat minimal maka tidaklah menganggu drama ketika ditonton pun.

18 Again adalah drama based on 2009 film yang bertajuk 17 Again. Cerita drama ini adalah mengenai tentang suami yang kembali ke zaman remaja 18 tahun pada sehari sebelum dia akan bercerai dengan isterinya.
Review Korean Drama: 18 Again

Senarai Pelakon 18 Again


Title: 18 어게인 / Eighteen Again
Also Known as: 18 Again
Genre: Romance, Fantasy
Episodes: 16
Broadcast network: jTBC
Broadcast period: 2020-Sep-21 to 2020-Nov-10
Air time: Monday & Tuesday 21:30

Main Cast

Kim Ha Neul as Jung Da Jung
– Han So Eun as Da Jung (teen)

Yoon Sang Hyun as Hong Dae Young
– Lee Do Hyun as Hong Dae Young (teen)

Lee Do Hyun as Go Woo Young
Kim Yoo Ri as Ok Hye In
Wi Ha Joon as Ye Ji Hoon
Kim Kang Hyun as Go Duk Jin
Lee Mi Do as Choo Ae Rin
Noh Jung Ui as Hong Shi Ah
Rye Un as Hong Shi Woo

People around Jung Da Jung

Kim Mi Kyung as Yeo In Ja (Da Jung’s mother)

People around Hong Dae Young

Lee Byung Joon as Hong Joo Man (Hong Dae Young’s father)

Serim High School

Choi Bo Min as Seo Ji Ho
– Kim Kang Hoon as Ji Ho (Child)
Hwang In Yup as Koo Ja Sung
Oh So Hyun as Jun Bo Bae
Lee Eun Jae (이은재) as Uhm So Mi
Ryoo Da Bin (류다빈) as Hwang Young Sun
Lee Ki Woo as Choi Il Kwon

JBC Announcer Station

Ahn Nae Sang as Moon Sang Hwi
Jang Hyuk Jin as Heo Woong Ki
Kim Yoon Hye as Kwon Yoo Mi
Go Eun Min as Im Ja Young
Yang Dae Hyuk as Nam Ki Tae

Others

Kim Joong Ki (김중기) as homeroom teacher
Song Yoo Hyun as Mi Young (Seo Hyun’s mother)
Im Jin Kyu (임지규) as Seo Ji Hoon’s older brother
Choi Jae Hwan as Dae Young’s co-worker (ep 1)
Jung Hae Kyun as Dae Young’s superior (ep 1, 8, 10)
Jang Sung Kyu as Jang Sung Kyu (ep 2, participant of announcer blind test)
Jun Hyun Moo as Bae Seung Hyun (ep 2, juror of announcer blind test)
Huh Jung Min as Ae Rin’s boyfriend (ep 8)
Jo Ryun as Dae Young’s mother (ep 8)
Do Won Kyung as Dae Young’s high school senior (ep 9)
Kim Dong Hyun as owner of combat sport center (ep 9)
Lee Ul as Il Kwon’s father (ep 10)
Moon Ji In as wife #1 on ‘Critical Couple’ show (ep 11)
Heo Jae Ho as husband #1 on ‘Critical Couple’ show (ep 11)
Lee Chae Eun as wife #2 on ‘Critical Couple’ show (ep 11)
Kim Ho Chang as husband #2 on ‘Critical Couple’ show (ep 11)

Production Credits

Production Company: JTBC Studio
Director: Ha Byung Hoon
ScriptWriter: Kim Do Yeon, Ahn Eun Bin, Choi Yi Ryun

Jalan Cerita Korean Drama 18 Again 

Hong Dae Young meninggalkan impiannya untuk menjadi pemain basketball profesional apabila mendapat tahu kekasihnya, Jung Dae Jung mengandung. Walaupun baru berusia 18 tahun, Dae Young ingin bertanggungjawab dan merasakan membina sebuah keluarga itu lebih penting berbanding mencapai impiannya.

Dae Jung pula berimpian untuk menjadi news anchor, namun sama seperti Dae Young, dia juga melupakan impiannya kerana perlu bertanggungjawab terhadap kandungannya.

Mereka membina keluarga dan dikurniakan sepasang anak kembar. Melalui hidup yang tidak sesenang mana kerana perlu membesarkan dua orang anak pada usia yang begitu muda, Dae Young dan Dae Jung berjaya melalui liku-liku alam rumahtangga selama 17 tahun.

Walaupun begitu, sikap Dae Young yang selalu menanggung semua permasalahan seorang diri dan tidak ingin berkongsi ceria dengan isterinya, menjadikan Dae Jung semakin lama semakin menjauh dengan Dae Young.

Dae Young memendam segala kepahitan dengan meminum alkohol sehingga menjadikan Dae Jung bosan. Dan sehingga satu saat ketika pertemuan rakan sekelas, Dae Young tanpa sedar memarahi Dae Jung di depan semua rakan-rakan mereka.

Perkara ini menyebabkan Dae Jung nekad untuk bercerai dengan Dae Young.

Pada satu malam tidak berapa lama selepas mereka berpisah, Dae Young berada di gelanggang basketball, dan ketika dia membuat niat dan kemudian melontarkan bola ke keranjang, tidak semena-mena Dae Young kembali menjadi muda berusia 18 tahun.

Banyak perkara yang Dae Young perlu lalui apabila kembali muda, dan perkara pertama yang dia harus lakukan ialah dia perlu mempunyai identiti diri, lantas meminta sahabat baik dia yang bernama Go Duk Jin untuk menjadikannya anak kandungnya dan memberikan nama sebagai Go Woo Young.

Dan kembali menjadi muda, Dae Young perlu menebus kembali impian masa silam yang pernah dia tinggalkan dahulu. Selain itu, Dae Young juga berpeluang untuk bersahabat dengan anak-anaknya di sekolah, iaitu Shi Ah dan Shi Woo.

lee do hyun 18 again

Anak Kena Buli Di Sekolah

Bila dah kembali remaja dan bersekolah dengan anak-anak, barulah Dae Young tahu masalah anak-anak dia.

Yang lelaki, Shi Woo asyik kena buli dengan rakan sekolah. Lepas tu jenis yang tak suka melawan atau cari pasal. Dan sebab geng buli tu ahli basketball, maka Shi Woo pendamkan saja keinginan dia untuk masuk team basketball walaupun dia punya bakat untuk bermain.

Tapi, dengan kehadiran Go Woo Young yang selalu mempertahankan Shi Woo, malah sangat mengambil berat diri Shi Woo, perlahan-lahan Shi Woo kembali bangkit dan mula bermain basketball. Dan Shi Woo rasa gembira bila Woo Young selalu ada untuk menjadi teman dia berlatih basketball.

shi woo 18 again

Kerana Woo Young juga, Shi Woo berjaya masuk ke dalam team basketball sekolah, dan rakan yang suka membuli tu bersahabat dengan Shi Woo pada akhirnya.

Manakala dengan Shi Ah pula, anak perempuan kesayangan Dae Young, dia ni rajin sangat kerja part time. Bila Woo Young tanya kenapa dia nak kerja part time, mulanya dia malas nak layan Woo Young ni pasal dia rasa Woo Young ni ada ciri-ciri macam bapa dia yang suka busy body jaga hal dia.

Tapi lama-kelamaan, dia dan Woo Young boleh bersahabat baik. Dia bagitau Woo Young tentang impian dia selepas tamat sekolah nanti dia nak jadi make-up artist (MUA), jadi dia kerja keras untuk kumpul duit bayar yuran kursus untuk jadi MUA.

Woo Young prihatin sangat dengan Shi Ah, dan selalu pastikan Shi Ah tidak skip makan. Selain itu, dia juga akan pastikan Shi Ah sentiasa berada dalam keadaan yang selamat. Tapi Shi Ah ni setakat nak flying kick orang, perkara biasa saja since dia dan mak dia masuk kelas mempertahankan diri.

shi ah 18 again

Shi Ah ada best friend dari kecil , nama dia Ji Ho. Dorang memang kawan baik dan Shi Ah ni memang suka dekat Ji Ho cuma Ji Ho ni yang malu-malu untuk bagitau perasaan sebenar dia. Selain tu, rakan yang selalu buli Shi Woo tu pun suka dekat Shi Ah, ekeke.

Tapi Shi Ah memang tak suka dekat si kaki buli tu. Dia tak boleh bayangkan bercinta dengan lelaki yang pernah buli saudara kembar dia ... hiks, kalau aku pun jadi Shi Ah, memang aku reject si kaki buli tu juga ...

suka tengok Shi Ah dan Ji Ho ni ... 

kim ha neul 18 again

Waktu mula-mula si Dae Jung ni nampak Woo Young, memang terkejut sangat dia, sampaikan dia ingat Woo Young ni anak Dae Young dengan perempuan lain , kemudian kawan baik dorang si Duk Jin yang jaga ... kah kah kah.

Padahal Woo Young tu memang Dae Young pun , cumanya dia kembali ke usia muda ... Dan Woo Young ni walaupun jadi muda remaja, tapi fikiran dan tingkah laku dia tetap saja seperti orang yang berusia seperti seorang bapa.

Dan ambil masa yang agak lama juga untuk Woo Young bagitau Dae Jung yang dia sememangnya Dae Young yang sebenar.

Dan satu hal lagi Dae Jung berjaya masuk ke syarikat broadcasting sebagai trainee selama sebulan. Walaupun akhirnya dia disingkirkan, namun kerana pengalaman yang dia lalui selama sebulan dan pelbagai perkara berlaku sepanjang melalui tempoh training, dia dikenali ramai dan berjaya mendapatkan pekerjaan di dalam dunia broadcasting.

ending 18 again

Jalan Cerita Pengakhiran 18 Again

Bagi akulah, keseluruhan jalan cerita 18 again ni sangat simple, senang nak faham. Dan ada mesej menarik terselit di dalam korean drama 18 again ini.

Antaranya ialah, 

Kita takkan dapat apa yang kita nak walaupun kita sudah berusaha sehabis baik kerana sudah ditentukan begitu nasib hidup kita, namun apa yang kita nak tu mungkin sahaja bukan yang terbaik untuk kita. Lalu, ianya digantikan dengan sesuatu yang lebih berharga.

Seperti kes Dae Young, walaupun dia tak berjaya jadi pemain basketball profesional, tapi memilik sebuah keluarga (isteri dan anak-anak) adalah jauh lebih baik buat dirinya. 

Dia boleh sahaja menyisihkan diri sebagai seorang bapa kalau dia mahu, namun baginya keluarganya adalah segala-galanya untuk dia.

Sebagai suami isteri, penting punya komunikasi yang baik di antara satu sama yang lain. Perlu berterus terang dengan pasangan, dan ceritalah setiap permasalahan agar pasangan senang untuk memahami kita dan tidak mentafsir perkara yang bukan-bukan.

Dan kalau marahkan pasangan, jangan main lepas cakap sahaja, lagi-lagi di depan orang ramai. Jadilah pendengar yang baik, dan berusaha cari jalan keluar dalam setiap masalah.

Dan bila anak-anak meningkat remaja, penting juga untuk ibubapa ambil peduli hal anak-anak. Bersahabatlah dengan anak-anak agar dorang sentiasa dekat dengan kita. Jangan sikit-sikit mau blame anak, mau salahkan anak, mau ignore anak. 

Tidak salah untuk memiliki sebuah impian. Dan jangan pernah takut untuk punya impian sendiri. Sama ada impian itu akan menjadi kenyataan atau tidak, itu bukan urusan kita, selagi kita berusaha selagi itu impian bisa terlaksana.

Satu lagi, aku suka persahabatan Ae Rin dan Dae Jung yang sangat ikhlas di antara satu sama yang lain. Bak kata Ae Rin, siapa kita untuk menghakimi hidup orang lain. Jangan berprasangka buruk terhadap kehidupan orang lain kerana kita tidak pernah tahu apa yang orang lain lalui susah senang hidup mereka.

Sebagai sahabat, biarlah ikhlas menerima kehidupan buruk baik sahabat kita. Tak gitu?

shi woo and shi ah 18 again

si kembar shi woo dan shi ah ... walaupun dalam kdrama 18 again ni dorang kembar, tapi kan perangai punyalah berbeza macam utara dan selatan ... masing-masing bawa haluan sendiri kan dalam drama ni, tapi suka sangat tengok dorang jadi anak dae jung dan dae young ...

18 again

ni happy family korean drama 18 again. Cutenya budak budak ni yang join dorang berlakon ... Dae Jung  yang pegang watak Dae Jung muda pun so sweet sangat sangat kan ...

Untuk ending korean drama 18 Again ni, happy endiing gitew. Dan aku suka semua watak yang ada dalam drama ni kecuali watak sampingan kawan dorang Ae Rin yang suka buruk-burukkan si Dae Jung tu ... geram dengan kawan yang hati jahat tu tau!

apapun, thanks for reading dan happy watching.

cheers.

7 comments:

  1. Suka kalau genre fantasy, jln cerita selalu best.. oke masuk wishlist sbb skrg nie duk lyn drama dong wook yg baru tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cerita baru dong wook tu saya baru tengok episod 2 , nak sambung tengok sampai habis nnt.

      Delete
  2. Dah tengok drama ni..best jugak jalan cerita dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. drama ni simple sahaja kan, tapi suka dgn semua karakter yang ada dan jalan cerita yang banyak pengajaran.

      Delete
  3. rasa jalan cerita dia sama dengan satu cerita omputih. tajuk 18 again juga kalau tak silap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, 17 again kalau cerita omputih tu kan.

      Delete
  4. ada dlm draft folder blog aida. tak tau bila nak publish :)
    sgt suka citer ni. kekeluargaan yg kuat.
    bila kita frust dgn hidup kita and mengharapkan yg lebih baik.
    bila dpt peluang utk ubah, yes, peluang keemasan.
    namun, deep inside us, yg lama tu jugak yg indah meskipun sukar!

    nice jalan citer 18 again ni. bonding ayah dan anak tu yg aida respect sekali.
    betapa si ayah usaha utk perbaiki nilai hidup anak-anak dia. recommended utk semua tgk citer ni.

    #biters

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.

Follow Us @soratemplates