January 2020 - MrsPip Dot Com

Saturday, 25 January 2020

Berjaya CASHOUT duit di SHOPBACK , lajunya 3 hari duit dah masuk bank!

January 25, 2020 8
Berjaya CASHOUT duit di SHOPBACK , lajunya 3 hari duit dah masuk bank!
hi semua. Alhamdulillah, mrs pip berjaya cashout duit di SHOPBACK buat pertama kalinya, hanya perlu tunggu 3 hari bekerja sahaja duit yang kita cashout / withdraw dari SHOPBACK akan masuk ke akaun bank! WOW, cepatnya SHOPBACK transfer duit ke dalam akaun kan. SHOPBACK tak tipu.

alkisahnya, mrs pip ada ternampak orang tweet yang SHOPBACK ni menipu pasal sesuka hati cancel dia punya CASHBACK, dan SHOPBACK ambil masa yang lama sangat untuk earnings yang kita dapat tu boleh di-cashout-kan ke akaun bank masing-masing.

sewaktu baca tweet orang tu, mrs pip rasa EH, BETUL KAH SHOPBACK TIPU? bila check, mrs pip ada sejumlah RM101.30 yang boleh di-cashout-kan , jadi tak fikir panjang, bagus mrs pip cuba cashout-kan duit ni, betul atau tak SHOPBACK menipu seperti yang orang tu tweet.


cara mudah cashout duit di shopback
Berjaya CASHOUT duit di SHOPBACK

kalau tengok screenshot SHOPBACK milik mrs pip, nampak ada RM101.30 yang dah available boleh di-cashout-kan, dan masih ada sejumlah RM79.81 pending , tunggu masa untuk di-transfer ke status AVAILABLE.

kenapa SHOPBACK bagi status PENDING?

  • sebelum ni, mrs pip pernah buat satu entry lengkap mengenai SHOPBACK, dan siap bagitau jenis jenis status yang terdapat di SHOPBACK.

  • setiap kali anda menggunakan SHOPBACK untuk online shopping  dan selepas transaksi berjaya, SHOPBACK akan memberikan CASHBACK ke akaun SHOPBACK anda.

(contohnya anda membeli di LAZADA, SHOPEE, ZALORA, BOOST, AGODA, TRAVELOKA, dan ada lebih 500 website online yang berdaftar di SHOPBACK)

  • CASHBACK yang masuk ke akaun SHOPBACK anda akan berstatus PENDING selama 90 hari kerana salah satu sebabnya ialah SHOPBACK perlu confirmed-kan pembelian online anda adalah TIDAK BATAL.


contohnya: 

  • mrs pip beli beg di ZALORA melalui SHOPBACK, dan pembelian berjaya dibuat. pada ketika pembelian berjaya dibuat, SHOPBACK akan memberikan CASHBACK kepada mrs pip.

  • Malangnya, seller di ZALORA gagal menghantar beg yang dibeli mengikut masa yang diberikan, maka ZALORA telah membatalkan urusniaga tersebut dan memulangkan wang mrs pip. 

  • apabila berlaku transaksi sebegini, SHOPBACK juga akan membatalkan CASHBACK yang diberikan tadi kerana urusniaga dianggap tidak berjaya di ZALORA.

  • sekiranya berlaku pembatalan urusniaga, status CASHBACK akan bertukar menjadi REJECTED


Anda boleh baca dengan lebih lanjut pada entry mrs pip di bawah ini


cara mudah cashout duit di shopback
Berjaya CASHOUT duit di SHOPBACK

Bagi anda yang ingin membuat cashout di SHOPBACK, anda boleh memilih sama ada membuat bank transfer ke akaun bank anda, ataupun ke E-wallet (Boost sahaja yang ada buat masa ini di SHOPBACK).

untuk withdrawal ke akaun bank, ianya mengambil masa selama 3 hingga 5 hari bekerja, manakala untuk withdrawal ke E-wallet, ianya mengambil masa selama 30 hari. 

Lajunya SHOPBACK 3 hari bekerja saja duit dah boleh masuk ke akaun bank, jadi mrs pip pilih BANK TRANSFER.

cara mudah cashout duit di shopback
Berjaya CASHOUT duit di SHOPBACK

Cara untuk Cashout Duit di SHOPBACK pun mudah.
1. Pilih bank transfer
2. Pilih bank anda
3. Masukkan akaun bank anda
4. Verify for Payout (masukkan OTP yang diberikan ke no. phone anda)
5. klik Submit
6. Periksa akaun bank anda dalam masa 3 hingga 5 hari bekerja

cara mudah cashout duit di shopback
Berjaya CASHOUT duit di SHOPBACK

mrs pip cashout duit di SHOPBACK pada hari Rabu 22.01.2020 , dan pada hari Jumaat 24.02.2020 duit sudahpun berjaya masuk ke akaun mrs pip .... so, memang berjayalah cashout duit di SHOPBACK, lajunya 3 hari duit dah masuk bank! yahoo.

jadi, SHOPBACK bukanlah menipu kan ..... memang berbaloi apabila kita membeli belah atas talian atau online shopping, dan kita menggunakan SHOPBACK , kita akan mendapat sedikit CASHBACK / REBATE dan apabila kita kumpul lama - lama, ianya akan bertambah banyak.

apa yang anda perlu tahu ialah, sila ambil tahu DOs dan DON'Ts bagi setiap merchant.

contohnya kalau kamu menggunakan BOOST untuk tambah nilai / bayar prepaid atau postpaid, CASHBACK hanya akan diberikan apabila kamu bayar phone kamu yang berdaftar dengan BOOST.

sekiranya anda bayar bagi pihak orang lain, CASHBACK tak akan dibayar ke dalam akaun SHOPBACK anda.

SHOPBACK >>>> BOOST >>>> Reload Mobile >>> Reload phone no. anda sahaja yang akan diberikan CASHBACK oleh SHOPBACK.


Tips: 
Buka SHOPBACK semula setiap kali selesai satu transaksi dan ingin membuat transaksi baru.

1. Apabila anda ingin membeli belah di Shopee, pastikan cart anda kosong terlebih dahulu, kemudian pergi ke SHOPBACK.

2. di SHOPBACK, klik Shopee dan tunggu untuk anda dibawa ke Shopee Apps (Pastikan anda ada Shopee Apps di phone).

3. Di Shopee Apps, cari dan pilih barang yang anda ingin beli dan buatlah pembayaran.

4. Selesai pembayaran, anda terlupa untuk membeli barang lain dan ingin membeli lagi.

5. Maka, tutup Shopee Apps anda, dan kembali ke SHOPBACK, klik semula Shopee.

6. Dan sekali lagi anda akan dibawa ke Shopee Apps, dan buatlah pembelian seperti yang anda inginkan.

7. Ulang langkah yang sama sekiranya perlu.

untuk orang yang tweet tu, marah kat SHOPBACK pasal earnings lambat boleh withdraw, cashback kena cancel , mrs pip harap silalah ambil sedikit masa untuk baca requirements / guidelines SHOPBACK :))

dan untuk anda yang rajin sangat shopping online, selalu tempah hotel melalui laman web Agoda / Traveloka misalnya, atau selalu buat pembelian menggunakan BOOST, bolehlah daftar SHOPBACK untuk lebih penjimatan.

BOOST bagi 2% cashback , Zalora bagi 4.5% cashback, Shopee bagi 0.5% cashback dan setiap merchants memberikan peratus cashback yang berbeza-beza. Jmatlah jugak kan walaupun sikit. Ada sorang blogger tu mrs pip baca dia punya cashback cecah leboh RM500.00 juga pasal banyak booking kat Agoda.

Daftar SHOPBACK di sini dan bershopping online dengan lebih bijak

cheers.

Wednesday, 22 January 2020

Sedapnya nasi ayam di Restoran 1 Malaysia, Beaufort

January 22, 2020 11
Sedapnya nasi ayam di Restoran 1 Malaysia, Beaufort
hi there, sedapnya nasi ayam di Restoran 1 Malaysia Beaufort. Ini cerita last 2 weeks kami pigi Beaufort pasal mr.Husband mau beli tools untuk mini project buatkan Iman "rumah bunga". Alahai, Iman sekarang ni kaki bunga tau, sikit sikit mau tanam bunga. Rajin betul Iman jaga bunga bunga yang kebanyakkannya mak mertua bagi ... since segala pokok bunga pun sudah banyak, jadi mr.Husband mau buat "rumah bunga" yang lebih elok untuk Iman letak bunga bunga dia semua.

Jadi, sesekali mrs pip makan di luar dan biasanya memang prefer makan nasi ayam memandangkan anak anak memang suka nasi ayam. 

Sedapnya nasi ayam di Restoran 1 Malaysia Beaufort
Sedapnya nasi ayam di Restoran 1 Malaysia, Beaufort

Di Beaufort ni, banyak kedai makan yang sediakan nasi ayam. Restoran 1 Malaysia ni salah satu kedai makan yang ada nasi ayam. Pertama kali makan nasi ayam di restoran ini, biasanya ambil menu lain, tapi hari tu rasa macam mau mencuba nasi ayam di sini. 

Ok atau tidak?

Sedapnya nasi ayam di Restoran 1 Malaysia Beaufort
Pip Family

mrs pip suka makan di sini kerana kawasannya nampak bersih dan tempat letak kereta tu ada bumbung, so kalau parking time hujan pun tiada masalah takkan basah bila keluar dari kereta. Layanan pun cepat pantas dan harga pun affordable.

mrs pip bukannya pakar review makanan. Tapi bagi seorang mrs pip, kalau makan sampai piring licin dan siap licinkan semua makanan di pinggan anak-anak, maka memang sedaplah jawapannya. Haha, besar kecik besar kecik jak mr.Husband hari tu tengok perangai wife dia licinkan semua makanan atas pinggan.

ekekeke, sedap bah. Suka kicap yang dorang mix dengan ayam tu. Sup yang disediakan pun sedap. Nasi pun masak elok dan rasa sedap. Siap request satu nasi tambah lagi :))

Tu sajalah nak share cerita makan nasi ayam di Restoran 1 Malaysia Beaufort. Gambar ndak snap banyak pun, ni pun nasib baik ingat nak snap sebelum makan. Biasanya lepas dah makan baru ingat mau snap gambar, haha #notafoodieblogger .

cheers.

Tuesday, 21 January 2020

Beli Yunteng Tripod Model VCT-5208 murah di Shopee

January 21, 2020 6
Beli Yunteng Tripod Model VCT-5208 murah di Shopee
hi there, beli Yunteng Tripod Model VCT-5208 murah di Shopee. Baru-baru ini, mrs pip beli tripod di Shopee. Sebenarnya memang sudah agak lama berfikir sama ada perlu atau tidak beli tripod, dan lepas tambah tolak keperluan, memang perlu sangat kerana agak susah juga untuk ambil gambar sendiri tanpa bantuan tripod ... 

Yunteng Tripod Model VCT-5208 murah di Shopee.
Yunteng Tripod Model VCT-5208 murah di Shopee.
sebelum ini, mrs pip ada beli Huawei Honor Bluetooth Tripod Selfie Stick (Model: AF15) , tetapi masalah untuk tripod selfie ini ialah tinggi tripod hanya boleh laras sekitar 2 kaki sahaja dan tripod leg dia tu bukan jenis heavy duty. walau bagaimanapun, Huawei Honor Bluetooth Tripod Selfie Stick (Model: AF15)  ni mrs pip masih guna sebagai monopod dan untuk selfie jarak dekat yang hanya perlu letak atas meja sahaja.

Huawei Honor Bluetooth Tripod Selfie Stick (Model: AF15)
Huawei Honor Bluetooth Tripod Selfie Stick (Model: AF15)

Tripod Yunteng VCT-5208 yang mrs pip beli ini sesuai untuk mobile photography, dan didatangkan dengan 
  • smartphone holder, 
  • bluetooth remote shutter yang boleh dipadankan dengan smartphone dengan mudah, dan compatible bersama iOS dan Android operting systems,
  • berat tripod 600gram dan rotatable by 360 degree
  • disertakan universal 1/4 saiz skru yang boleh menyambung sebarang camera ke tripod

Yunteng Tripod Model VCT-5208 murah di Shopee.
Yunteng Tripod Model VCT-5208 murah di Shopee.


Sila baca Features Tripod Yunteng VCT-5208 berbahasa Inggeris untuk penerangan yang lebih terperinci:

  • Aluminum alloy tripod stand, lightweight and compact, sturdy and durable.
  • Extendable three sections legs with quick release lock.
  • Easy to operate, height adjustable between 43cm and 125cm.
  • Features with a pan-tilt-swivel 3-way head, grip for adjusting head position.
  • Standard 1/4" screw interface compatible with most digital cameras.
  • Comes with Phone Clip and Bluetooth Remote Shutter for Smartphones.
  • Versatile applications, suitable for office, home, leisure activities and travelling

Yunteng Tripod Model VCT-5208 murah di Shopee
Yunteng Tripod Model VCT-5208 murah di Shopee.

dan ini ialah spesifikasi Tripod Yunteng VCT-5208:

  • Model: YUNTENG VCT-5208
  • Head: Three-dimensional head
  • Moving Head angle: 360 degrees
  • Tilt (downward): 90 degrees
  • Tilt (up): 65 degrees
  • Material: ABS High quality aluminum and plastic combined
  • Weight: about 0.6kg
  • Maximum load: 2kg
  • Number of leg sections: 3
  • Maximum leg diameter: about 18mm
  • Tripod storage height: 43cm
  • Tripod Minimum height: 43cm
  • Tripod Maximum height: 125cm
Yunteng Tripod Model VCT-5208 murah di Shopee
Yunteng Tripod Model VCT-5208 murah di Shopee.

yang mrs pip happy dengan tripod ini ialah , sangat mudah untuk dipasang, dilipat dan disimpan di dalam beg yang disediakan bersama ketika membeli tripod tersebut. Berat tripod juga just reasonable mudah diangkut ketika ingin diguna pakai. 

Bluetooth remote shutter yang didatangkan bersama tripod ni membuatkan kerja kerja mengambil gambar secara selfie lebih mudah. Hanya perlu padankan / pairing-kan sahaja bluetoohth remote shutter ke smartphone korang, dan ianya sedia untuk digunakan. So dah tak perlu guna timer di phone tu kan sewaktu mau bergambar, hanya tekan butang bluetooth di tangan korang, DONE SELFIE!


Yunteng Tripod Model VCT-5208 murah di Shopee
Yunteng Tripod Model VCT-5208 murah di Shopee.

Tripod ini sesuai untuk :- SLRs, Digital cameras, action cameras, comes with cellphone Holder and Bluetooth Remote Shutter for Smartphones.

Package Contents:
1 x Yunteng VCT5208 Tripod
1 x Bluetooth Remote Shutter
1 x USB charging cable
1 x Bag

Gambar di atas merupakan maximum height bagi tripod tersebut iaitu 125cm. mrs pip gembira dengan ketinggian maksimum ni, dan kaki tripod yang sturdy ketika dibuka pada ketinggian maksimum. 

Lepas ni, dah boleh ambil gambar mrs pip sekeluarga tanpa perlu mr.Husband selalu missing in the family photo kerana jadi photographer kitorang. dah elok sangatlah tu kalau pergi mana mana nak ambil gambar, kita pacak saja ni tripod dengan mudah. woha!

Harga Yunteng VCT5208 Tripod ini ialah RM36.00 , dan untuk shipping ke Sabah pula ialah RM8.75 dan seller hantar laju , bungkus pun elok elok. Jumlah harga keseluruhan Yunteng VCT5208 Tripod termasuk postage yang mrs pip laburkan di Shopee ialah RM44.75 

Buat masa ini , mrs pip guna tripod biasa saja untuk membantu ambil gambar, insya allah kalau ada rezeki, memang nak seketul DJI OSMO #wishlist

Done unboxing Yunteng Tripod Model VCT-5208 murah di Shopee.

dan bagi yang suka beli barang online tu, dan belum lagi install SHOPBACK Apps, silalah install untuk mendapatkan CASHBACK!

mrs pip suka sangat kumpul duit CASHBACK di SHOPBACK ni, sikit sikit lama lama jadi bukit! sehingga kini, jumlah terkumpul CASHBACK mrs pip ialah RM181.11, dan jumlah yang boleh di-withdraw ialah RM101.30 setakat ini.

untuk yang rasanya nak install SHOPBACK apps, korang boleh klik link SHOPBACK di bawah ini, menggunakan smartphone korang kerana link ni akan terus ke play store untuk install apps Shopback:-


Yang rasa nak tahu info lebih lanjut tentang SHOPBACK, boleh baca entry lama mrs pip di bawah ini :-

Kelebihan shopping secara online melalui SHOPBACK



cheers.

Sunday, 19 January 2020

Sling bag murah dan cantik di Zalora || Unboxing Unisa Saffiano Effect Sling Bag

January 19, 2020 12
Sling bag murah dan cantik di Zalora || Unboxing Unisa Saffiano Effect Sling Bag
hi there, sling bag murah dan cantik di zalora, rambang mata nak pilih. bajet RM100, memang banyak pilihan yang menarik. Dan alhamdulillah rezeki tahun baru. setelah sekian lama tak beli handbag dan seangkatan dengannya, maka pembuka tahun 2020 ni mrs pip mulakan dengan membeli belah sling bag keluaran Unisa ( Unisa Saffiano Effect Sling Bag) di Zalora. Ni bukan reward, tapi lebih kepada keperluan, ekeke. Jadi marilah kita unboxing Unisa Saffiano Effect Sling Bag cantik ni.

sling bag murah dan cantik di zalora
sling bag murah dan cantik di zalora


Unisa Saffiano Effect Sling Bag ni berharga RM129.00, tetapi ada diskaun di Zalora, dan harga selepas diskaun ialah RM70.95 sahaja. Dan kalau anda yang baru pertama kali membeli belah menggunakan applikasi Zalora, anda akan mendapat extra diskaun sebanyak 25% daripada harga pembelian ok. 

Jadi, yang nak beli barang kat Zalora ni, dan tak pernah guna apps Zalora, silakan download apps Zalora di PlayStore ya, dan selamat bershopping dengan lebih penjimatan sebanyak 25% untuk pertama kali T_T.

sling bag murah dan cantik di zalora
sling bag murah dan cantik di zalora

Pilih punya pilih sling bag , mrs pip berkenanlah sangat dengan sling bag Unisa ni, harga pun rasanya dalam bajet mrs pip. Agak old school, agak vintage gitu designnya. Ada dua warna tersedia iaitu hitam dan pink. Pada awalnya nak pilih pink , tapi entah macam mana end up beli hitam pula.

kalau tengok kat gambar yang mrs pip ambil ni, warna agak kebiruan sikit kan, tapi ekceli memang hitam seperti gambar asal dari zalora kat atas tu.

sling bag murah dan cantik di zalora
sling bag murah dan cantik di zalora

Sebelum ni mrs pip pernah guna wallet keluaran Unisa ni, harga memang murah, dan mampu bertahan sehingga 2 tahun. Wallet tu jenis tri-fold dan guna button magnet, yang rosak kat bahagian button magnet tu, so terpaksa beli wallet baru pula.

dan guess what, mrs pip sekali lagi wallet keluaran Unisa juga, tapi kali ni beli jenis zipper wallet pula, yang tu nanti mrs pip unboxing di lain entry ok.

Ciri-ciri Unisa Saffiano Effect Sling Bag:-

- Synthetic leather
- Adjustable sling strap
- Top flap with magnetic button closure
- Main compartment with zip fastening
- Back slot pocket
- 1 inner zip pocket
- 2 inner slot pockets
- Lined interior

Saiz:-

Length x Height x Width
- 26cm x 19cm x 10cm

Shoulder drop: 55cm

ok atau tidak handbag pilihan mrs pip ni? bagi mrs pip la, kualiti handbag sesuai dengan harga ditawarkan. Handbag ni designnya minimalist, nampak kemas pembuatannya, ringan, dan talinya sedikit nipis. 

selain menggunakan apps zalora buat pertama kalinya untuk mendapatkan diskaun 25% tu, mrs pip juga nak suggest kat anda untuk menggunakan apps SHOPBACK untuk lebih EXTRA penjimatan. untuk kaki shopping online, anda kena ada SHOPBACK ni, so setiap kali anda beli belah online melalui SHOPBACK, anda akan dapat sedikit pulangan wang, so dari sini sikit sikit jadi bukit. 

rugi sangat anda selalu shopping online lah, travel lah, booking hotel dan air ticket lah tapi tak guna SHOPBACK. memang rugi pasal anda tak dapat CASHBACK. memang nampak sikit, tapi kalau kumpul, lama kelamaan akan jadi banyak juga kan. hehe.

sling bag murah dan cantik di zalora
sling bag murah dan cantik di zalora

tada! inilah rupa jelas Unisa sling bag tu. Saiz just nice untuk letak wallet, handphone, dan make up ... untuk pembelian di Zalora ni, mrs pip dapat sedikit CASHBACK hasil menggunakan SHOPBACK iaitu sebanyak RM3.19, dan jumlah terkumpul setakat ini di SHOPBACK ialah RM169.50, dan jumlah yang boleh di withdraw ialah sebanyak RM101.30 setakat ini.

jumlah shopback terkumpul
jumlah shopback terkumpul

mrs pip dapat cashback RM3.19 , cuma kat atas gambar ni, nilai cashback RM2.55 ni ialah nilai cashback bagi wallet yang mrs pip beli untuk mr.Husband hari tu.


untuk yang rasanya nak install SHOPBACK apps, korang boleh klik link SHOPBACK di bawah ini, menggunakan smartphone korang kerana link ni akan terus ke play store untuk install apps Shopback:-



yang seronoknya bila shopping kat Zalora ni, selain dapat cashback hasil menggunakan Shopback,
penghantaran pihak Zalora ni sangatlah pantas ya. Bayangkan mrs pip order pada 2 Januari (Khamis), hari Isnin 6 Januari (Isnin) dah selamat sampai di alamat mrs pip ... memang happy bila barang laju kena hantar kan ...

itu sajalah nak share kat anda cerita sling bag murah dan cantik di zalora, dan unboxing Unisa Saffiano Effect Sling Bag ini. 

cheers.

Tuesday, 14 January 2020

Just For Fun

January 14, 2020 17
Just For Fun
hi there, so ramai juga yang share game "It Starts With Your First Letter of Your Name", eh tak tahulah apa tajuk game ni,tu Mrs Pip sajalah bagi tajuk sendiri untuk game ni ... agak fun juga pay along lagi lagi kalau huruf pertama tu memang rare digunakan seperti huruf X.

Yang pasti >>> NO GOOGLING ALLOWED <<< jadi sila gunakan kreativiti sendiri, alaaaa game ni mana ada betul salah, memang main just for fun saja kan ... orang lain sudah lama main , mrs pip baru hari ni nak buat. eh mrs pip busy bah dengan urusan rumah,ekekeke kunun la busy padahal ....

capital E
capital E


  • WEAR - Earring


  • DRINK - English Tea


  • PLACE - England


  • FOOD - Egg Banjo


  • ANIMAL - Elephant 


  • GIRL'S NAME - Emily


  • BOY'S NAME - Emil


  • PROFESSION - Engineer


  • WORD TO DESCRIBE SOMEONE - Exhausted


  • SOMETHING IN YOUR HOME - Earplug


  • BODY PART - Eye


  • FIRST NAME - Emphi


Copy, Paste and Have Fun!!

adeh, boleh tahan lah juga mencari sesuatu yang bermula dengan huruf E ni, ingatkan mudah tapi macam ni lah bila memori otak ni semakin berkarat, banyak benda boleh tak terfikir kan. Tu lah, semua pun harap Mr. Google bagi info, hurm.

cheers.

Happy schooling Iman!

January 14, 2020 10
Happy schooling Iman!
hi there, baru nak update cerita Iman masuk primary school. Kalau yang follow blog Mrs Pip, mesti dah tahu Iman n Amin sekolah tadika di Chinese school . Jadi, sekolah rendah pun masukkan juga ke Chinese school .

Welcome back to school

Antara sebab kenapa Mrs Pip dan suami sepakat hantar anak anak ke Chinese school ni, salah satunya ialah mahukan anak anak boleh memahami bahasa asing  tambahan selain English. 

Selain tu, berharap anak anak boleh membina keyakinan diri sekiranya mampu menguasai bahasa asing, dan ada lagi sebab lain tapi biarlah rahsia, eh .... Nak share , nanti ada pula yang sukar nak terima pendapat, so biarlah rahsia ...

Masuk kelas sebelum dipindahkan ke kelas sebenar

yuran + buku latihan dah bayar siap2 November hari tu, sekitar RM108.20 kalau tak silap. 

jadual waktu pun dah ada, Isnin Selasa balik jam 1 pm, Rabu jam 12.30 pm, Khamis ada tuition (inisiatif guru) balik jam 3pm, Jumaat balik jam 11 am.

Iman bersama Ozil

Iman tak masuk sekolah KAFA mahupun sekolah rendah agama ... cukuplah sekolah rendah Cina sahaja bust masa in. 

KAFA insya Allah Mrs Pip homeschool kan saja, Iman masih dalam proses untuk sesuaikan waktu pembelajaran.

Dan Iman n Amin naik van sekolah, biasanya sampai rumah agak lewat sekitar jam 2 PM , so mmg kalau masuk KAFA agak rushing anak anak nak siap.

Bersedia untuk perhimpunan

It is ok, anak anak tak masuk KAFA atau Sekolah Agama bukannya sesuatu yang salah, ianya hanya pilihan ... Nak bagi anak sekolah Agama, ianya sesuatu yang baik, tapi tak nak hantar anak sekolah Agama pun tak mengapa asalkan kita usaha didik anak anak kat rumah ok.

1st day sekolah, Iman happy since classmates dia semua pun merupakan kawan2 sekolah tadika dia, so cepat saja budak2 ni semua sesuaikan diri.

Hantar Iman 1st dah school, the next day Iman start naik school bus. Bangun pagi jam 5 am , so far tiada masalah since jam 8 pm dah make sure anak anak masuk tidur.

Awal pagi sebelum pergi sekolah - 1st day 

Cuma a bit sedih lah between Iman dan Amin terpaksa berpisah sekolah. Iman siap pujuk Amin bgtau nanti tahun depan Amin masuk sekolah sama macam Iman ... 

Haha, dorang ni kalau jumpa suka gaduh, kalau berpisah pandai pula rasa sedih ...

Hope Iman boleh bertahan struggle untuk belajar Mandarin untuk 6 tahun ni ok, mommy akan selalu bagi support tau.

Ada homework atau school activities , macam biasa we try our best sentiasa ada bersama anak anak ....

Happy schooling Iman.

Cheers.

Sunday, 12 January 2020

Review Quicksilver Freshness Bi Fold Wallet for Men

January 12, 2020 4
Review Quicksilver Freshness Bi Fold Wallet for Men
hi there, review Quicksilver Freshness Bi Fold wallet for men. Memiliki dompet memang satu keperluan, dan memilih dompet yang sesuai dengan gaya hidup adalah subjektif, ianya mengikut citarasa seseorang dan juga kemampuan membeli dari segi jenama yang selalu seiring dengan kualiti dompet tersebut.

Pembuka tahun ini, Mr.Husband minta Mrs Pip carikan dia dompet baru memandangkan dompet berusia lebih kurang 5 tahun dia tu dah dimakan usia dan perlu diganti.

review quicksilver wallet for men
review quicksilver wallet for men

Last belikan Mr.husband dompet jenama Edwin di Lazada, harga sangat mampu milik, less than RM50.00. Mr.Husband aku ni, mana nak invest beli dompet mahal. 

Dan Mr.Husband lebih selesa kalau si wife dia ni kaki online shopping ni yang carikan dia dompet murah lagi berkualiti.

Maka pencarian untuk membeli dompet dilakukan di laman web Zalora kerana kebetulan sangat ternampak ada sale di Zalora.

review quicksilver wallet for men
review quicksilver wallet for men

Mr.Husband sukakan dompet yang boleh mengisi kad penting dan dompet harus bi fold sahaja dan boleh masuk poket seluar belakang, manakala warna jangan terlalu menonjol, dan harga di bawah RM100.00 .

Worry no, kat Zalora ada banyak sangat pilihan mengikut bajet yang Mr.Husband sediakan, nak pilih pun sampai I is pening, jadi akhirnya Mrs Pip masukkan beberapa pilihan ke wishlist untuk Mr.husband buat pilihan terakhir.

Selepas memilih, Mr.husband berkenan dengan Quiksilver Freshness Bi Fold Wallet ni, berwarna biru hitam Dan dijual pada harga RM56.67 selepas ditolak diskaun pada harga asal RM75.00, dan sold by Zalora, tapi kena add RM10.00 untuk can pengeposan kerana mana-mana item sold by Zalora kurang dari RM99.00 , kena bayar caj pos.

review quicksilver wallet for men
review quicksilver wallet for men

Ciri-ciri Quicksilver Freshness Bi Fold wallet : 
Two tone faux leather fold wallet
PU (polyurethane)
1 bill compartment
6 card slots
1 ID slot
1 innerzip pocket
Size: L11.5cm x H8.5cm x W1.5cm

Mr.husband dah guna pun wallet ni, Dan Mr.husband berpuashati dengan wallet ni. Just suit for his style yang simple dan minimalist.

Mrs Pip beli pada 6 Jan, Isnin dan selamat sampai pada  9 Jan Khamis .. memang laju betul Zalora ni hantar barang.

Dan satu lagi, selain harga yang affordable dan kualiti yang baik, Mrs Pip juga berjaya mendapatkan sedikit CASHBACK kerana menggunakan SHOPBACK untuk masuk ke laman web Zalora ni, so memang Ada penjimatan kan apabila kita beli barang dapat cashback kan.

cashback from shopback
cashback from shopback

Setakat ini, hasil jumlah terkumpul beli belah online guna SHOPBACK dah cecah RM168.50, dan Mrs Pip dapat cashback sebanyak RM2.55 hasil beli wallet Mr.husband di Zalora.

Nampak sedikit kan. Setakat RM2.55 saja pun. Tapi kalau korang yang selalu beli belah online, memang sikit2 cash back, lama2 jadi banyak , so cukup waktu bolehlah withdraw.

Setakat ni, jumlah cashback yang Mrs Pip day boleh withdraw ialah RM101.00 , dan akan withdraw dalam Masa terdekat ni.

Yany suka beli belah online tu seperti kat Lazada, Shopee, Zalora, Agoda, Althea, Traveloka, atau nak top up BOOST, dan banyak lagi, korang wajib install SHOPBACK ni tau untuk EXTRA penjimatan.

Boleh install SHOPBACK app kat link sini 

Wallet Mr.husband dah dapat, cashback Mrs Pip lah yang redeem , hehe. Sikit2 lama2 jadi bukit. 

Dan kalau korang tak pernah guna apps Zalora, better install apps Zalora, untuk 1st time beli barang, Zalora akan bagi 25% diskaun. Kena masukkan code yang Zalora sediakan.

Selamat shopping online secara berhemah 😘😘😘 semua.

Thanks for reading.

Cheers.

Friday, 10 January 2020

Preloved novel murah RM10.00

January 10, 2020 6
Preloved novel murah RM10.00
hi there, preloved novel murah RM10 include postage flexipack. Ada tak yang nak beli novel ? Preloved ya. Semua masih dalam keadaan yang baik, elok. No fussy buyer. 

preloved novel murah
preloved novel murah

Novel novel ni Mrs Pip dah habis baca, lepas tu nak simpan tapi ruang rumah terhad, lepas tu novel novel ni tak boleh display bagi anak anak baca kerana tak sesuai untuk bacaan anak anak di bawah umur, ni semua novel cinta, jadi jual sajalah.

Nanti dapat duit hasil jual, nak guna untuk belikan buku bacaan tambahan untuk anak anak.

preloved novel murah
preloved novel murah

Kalau ada yang nak, bolehlah wasap Mrs Pip ya.  Hope korang boleh tolong Mrs Pip share artikel ni kat kawan kawan , manatau ada yang nak.

preloved novel murah
preloved novel murah

Cheers.

Thursday, 9 January 2020

Punca penyakit buah pinggang

January 09, 2020 8
Punca penyakit buah pinggang
hi there, antara punca penyakit buah pinggang yang Mrs Pip baca dari perkongsian di wasap disebabkan oleh animal protein. 

bagi pendapat Mrs Pip, pengambilan animal protein tidaklah memudaratkan asalkan kita sentiasa mengamalkan pemakanan sihat dan saiz hidangan makanan perlulah seimbang.

punca penyakit buah pinggang
animal protein punca penyakit buah pinggang


*PENYAKIT KEROSAKAN BUAH PINGGANG DAN PUNCANYA.*

Sakit mata memandang, sakit lagi bahu memikul. Kasihan kalau tengok pesakit buah pinggang. 

Di tebuk perut untuk *'Peritoneal dialysis'.* Di operate utk AV Fistula. Menahan sakit di cucuk setiap 2 hari sekali utk mencari urat darah menyambung ke mesin dialysis. Kurang darah. Susah bernafas akibat air banyak yang berkumpul dalam badan dan pelbagai komplikasi lain.


Bila tengok orang, tak berapa rasa, tapi kalau berlaku pada ahli keluarga atau diri sendiri, barulah tahu - *how they suffer.*


Saya tidak mahu itu kesudahan hidup saya. Saya juga tidak mahu ia berlaku pada keluarga & anda semua. It's really PAINFUL. Jaga diri kerana jika kita perlu menjalani dialysis setiap 2-3 hari sekali, semua anggota keluarga akan merasa kesulitannnya.

*Take care of our own kidney.*

- Dari Dr Hj Noorul Amin Hj Abd Rahman.

Penyakit kerosakan buah pinggang atau kidney failure (punca arwah pak mertua saya meninggal semalam) sudah menjadi tidak asing lagi utk rakyat Malaysia. 

Dulu kita selalu dengar kencing manis, darah tinggi, kolesterol, lelah dan lain2 lagi. Tetapi sekarang ni penyakit kidney failure boleh dimasukkan dlm senarai ini.

Malaysia merupakan negara TERTINGGI DI DUNIA yg mempunyai pesakit buah pinggang akibat kencing manis (Diabetic Nephropathy). 

Akibatnya berlumba2lah syarikat2 pengeluar mesin dialisis dan segala barangan disposable dialysis yg berkaitan utk datang 'melabur' di Malaysia sbb pulangannya amat lumayan.

Rakyat Malaysia dianggap sebagai 'lubuk' utk pelaburan yg sangat menguntungkan ini.

Persoalan di sini...

Kenapa org Malaysia, buah pinggangnya sangat terdedah @ 'vulnerable' utk dapat sakit buah pinggang?

Saya telah berkecimpung dalam bidang dialisis ini sudah hampir 8 tahun. Selama 8 tahun saya mencari jawapan utk persoalan ini. Dan akhirnya saya rasa saya dah dpt jawapan utk soalan ini.

*Jawapannya... PEMAKANAN RAKYAT MALAYSIA.*

Ya... pemakanan kita terlalu bebankan kidney kita dengan makanan yg terlalu banyak sumber *'ANIMAL PROTEIN'.*

Setiap hari kita makan 3 kali sehari... dan setiap menu makan kita MESTI ada *AYAM, DAGING, TELUR DAN IKAN.*

Akibat daripada tiga hidangan *'Animal Protein'* setiap hari menyebabkan kidney kita akhirnya *'malas'* nak kerja kerana bertahun2 dibebankan dengan kerja kuat dan akhirnya telinga ini terpaksa dengar dari doktor satu ayat yg sangat ditakuti oleh kita semua iaitu... *"buah pinggang Encik dah rosak dan kena buat rawatan cuci buah pinggang 3 kali seminggu selama 4 jam setiap kali SEPANJANG HAYAT".*

Hancur remuk hati ini apabila dengar pernyataan mcm ini dari doktor dan tersenyum lebarlah syarikat2 pembuat mesin dan segala peralatan dialisis.

Pesakit kencing manis perlu buat 2 perkara utk elak jadi 'bahan pulangan utk pelaburan syarikat asing ini' iaitu:

*1. Kawal kadar gula dalam darah mereka.*
*2. Kawal pengambilan protein haiwan.*


Cakap memang senang. Tapi bagaimana caranya?


Secara ringkasnya iaitu kawal paras gula dengan:

1. Sarapan dengan bubur talbinah (sejenis bubur barli).
2. Tukar beras putih kepada beras perang.
3. Tukar gula putih kepada 'coconut sugar'. 'Coconut sugar' DIJAMIN TIDAK AKAN TINGKAT PARAS GULA (Gula Melaka, Gula Anau).


Kurangkan beban kidney dengan:


1. *BERHENTI MAKAN AYAM, DAGING DAN IKAN* (kalau boleh). Tukar sumber protein anda kepada protein sayuran. Anda dijamin tidak akan kekurangan protein dlm badan.

2. Jangan sesekali minum air sejuk pagi2 dengan perut kosong kerana ini terbukti boleh merosakkan kidney.

3. Bekam atau cupping therapy atau Hijama dlm bahasa Arab (yg majoriti org anggap sebg kolot) di titik2 tertentu di badan boleh kurang paras *CREATININE.*


*Faktor2 yang merosakkan Buah Pinggang:*


1. Kerap tahan kencing.

2. Kurang minum air.

3. Suka makan makanan masin.

4. Suka minum minuman bergas.

5. Kerap kena jangkitan 'kencing kotor' (urinary track infection) dan tidak dirawat dengan sempurna.

6. Kerap makan daging dan seafood (tinggi uric acid)

7. Kerap makan pil tahan sakit.

8. Merokok.

9. Obesiti.

10. Alkohol.

11. Penyakit darah tinggi dan kencing manis yang tidak terkawal.


*KEBAIKAN MENGAMALKAN SUNNAH RASULULLAH SAW*.

Buah pinggang kita amanah Allah. Jgn jadikan ia sebahagian dari statistik pesakit buah pinggang kronik.

Mengapa Rasulullah saw menganjurkn umatnya utk tidak minum sambil berdiri? Dlm perubatan tubuh manusia terdapat penapis yg dipanggil sebg penyaring Sfringer. 

Saringan tersebut dpt terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum blm tentu 100% disteril utk diolah tubuh. 

Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh penapis krn tertutup. Air yg tak tersaring terus masuk ke pundi kencing, yg dpt menyebabkan penyakit buah pinggang.

Subhanallah, setiap perintah & larangan Rasulullah saw pasti bermanfaat bg umatnya.

Sila SHARE post ini sekiranya ia bermanfaat. Mungkin anda tidak mengidap kencing manis atau sakit kidney, tapi dgn share mesej ini mungkin ia akan sampai kpd teman anda yg ibubapa @ saudara tersayang mereka adalah pengidap penyakit tersebut. 

Sama2 kita selamatkan ratusan ribu rakyat Malaysia dari menjadi 'bahan pulangan pelaburan sykt asing'.

Sebarkan tips sihat ini sebagai nasihat yg bermanfaat.

Harap diamalkan, bukan dibaca dan diforward saja.

Tapi apa2pun, tiada sesiapa yg boleh bantu diri kita, kecuali kita sendiri.

Pilihan untuk menjaga kesihatan diri sendiri terletak di tangan anda sendiri.

THE CHOICE IS YOURS!

Perkongsian dari group wasap.

Semoga bermanfaat.

Thursday, 2 January 2020

Kelebihan minyak ikan (fish oil) Omega-3 untuk wanita

January 02, 2020 12
Kelebihan minyak ikan (fish oil) Omega-3 untuk wanita
hi there, kelebihan atau khasiat fish oil omega-3 untuk wanita. mrs pip fokus kelebihan fish oil omega-3 ni untuk wanita walaupun fish oil ini juga baik untuk lelaki. Sebenarnya lelaki , wanita mahupun kanak kanak boleh saja consume fish oil ni, ikut sukatan yang disyorkan, jangan overdose. Jom wanita, kita ketahui kelebihan fish oil omega-3 ini untuk diri sendiri. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita yang bergelar wanita, stay at home mom, work at home mom, career women, wanita aktif, ibu, surirumah, dan sewaktu dengannya.

kelebihan minyak ikan (fish oil) omega-3 untuk wanita
Kelebihan minyak ikan (fish oil) Omega-3 untuk wanita

Khasiat fish oil omega-3 untuk wanita:-


1. Minyak Ikan Baik Untuk Kesihatan Mental / Otak

salah satu sebab utama kenapa mrs pip mengambil fish oil ialah demi menjaga kesihatan mental. percaya atau tidak, ada masanya mrs pip tidak mampu berfikir atau membuat keputusan dengan baik kerana mentally-tired & exhausted. Kadangkala mrs pip gagal membuat pertimbangan yang baik. 

jadi apabila mrs pip mengetahui supplemen fish oil ni bagus untuk kesihatan mental, mrs pip mula mengambil secara konsisten setiap hari, dan alhamdulillah dengan izin Allah, fish oil ni membantu mrs pip kekal alert dan kurang mental-stress.

korang percaya atau tidak, terpulanglah. tapi bagi mrs pip , memang ada kesan positif pada diri sendiri selepas mengambilnya secara konsisten.

Ada kajian menunjukkan supplemen minyak ikan membantu menghalang gejala gangguan mental dan gangguan bipolar. Memandangkan otak kita terdiri hampir 60% lemak dan kebanyakkan lemak ini adalah asid lemak omega-3, maka omega-3 memang diperlukan untuk fungsi otak normal kan.

Ada juga kajian menunjukkan kandungan EPA yang terdapat pada minyak ikan , boleh membantu mengurangkan risiko kemurungan. Jadi, sesiapa yang merasakan sedikit kemurungan, mungkin korang boleh mencuba mengambil supplemen minyak ikan omega-3 ini, juga untuk ibu ibu yang baru habis bersalin, minyak ikan ini mungkin boleh membantu anda mengurangkan perasaan stress.


2. Minyak Ikan Baik Untuk Kesihatan Kulit

Pengambilan minyak ikan dikatakan mampu membantu memperbaiki kesihatan kulit. Masalah kulit seperti psoriasis dan dermatitis mungkin boleh dipulihkan dengan bantuan supplemen minyak ikan omega-3.

mr.Husband mengalami masalah kulit kepala bersisik dan pharmacist menasihati mr,Husband untuk menggunakan syampu rawatan khas untuk kulit kepala bermasalah dan dalam masa yang sama, mr.Husband dinasihatkan untuk mengambil minyak ikan omega-3 kerana antara faktor masalah kulit bersisik ialah disebabkan tekanan kerja, tidak cukup rehat dan makanan kurang seimbang.

buat masa ini, mr.Husband menggunakan SEBITAR, iaitu syampu rawatan khas untuk masalah kulit kepala bersisik (psoriasis) dan mengambil fish oil omega-3, dan mengikut mr.Husband, pengambilan fish oil membantu memperbaiki keadaan kulit kepala dan nampak perubahan kulit kepala semakin kurang gatalm, bersisik dan kemerah-merahan.

Itu cerita sebelah mr.Husband. Jadi, memandangkan minyak ikan ni baik untuk kesihatan kulit, maka sebagai wanita yang sangat menitikberatkan penjagaan kesihatan kulit, eloklah mengambil minyak ikan omega-3. hah! berseri seri muka , tak ada lagi kulit kusam, yeay.


3. Minyak Ikan Baik Untuk Wanita Mengandung

Nah, untuk wanita mengandung, kandungan DHA dan EPA yang terdapat di dalam minyak ikan omega-3 membantu mengurangkan risiko pre-eklamsia, kelahiran pramatang, dan membantu meningkatkan berat badan lahir bayi.

Siapa yang sedang hamil ketika membaca artikel ini? Semoga ibu ibu hamil semua menjaga kesihatan dengan baik ok. 


kelebihan minyak ikan (fish oil) omega-3 untuk wanita
Kelebihan minyak ikan (fish oil) Omega-3 untuk wanita


4. Minyak Ikan Baik Untuk Kesihatan Jantung

ya mak mak sekalian. mengikut kajian, minyak ikan yang kaya omega3 ini merupakan anti inflamasi, dan anti inflamasi membantu untuk menjaga salur darah daripada mengalami keradangan dan seterusnya membantu menjaga jantung kita. EPA dan DHA juga membantu mengawal paras trygylceride (salah satu kolesterol jahat).


5. Minyak Ikan Membantu Menurunkan Berat Badan

wah wah wah, bab turun berat badan ni memang ramailah wanita yang suka! apa yang membuatkan minyak ikan membantu menrunkan berat badan ialah kerana kandungan omega 3 yang terdapat di dalamnya. eh silap, ekceli minyak ikan ialah omega-3 , dan omega-3 lebih terbiasa dikenali sebagai minyak ikan. so minyak ikan ialah omega-3 dan omega-3 ialah minyak ikan. 

berdasarkan apa yang mrs pip baca daripada perkongsian di Google, minyak ikan Omega-3 ini membantu menurunkan berat badan dengan cara 

  • kurangkan rasa lapar dan bantutkan selera makan 
  • menaikkan kadar metabolisma badan
  • membantu membakar lemak lebih efisyen ketika bersenam 
  • membina otot dan menghilangkan lemak lalu membantu mengurangkan inci / inchloss dengan mudah


mrs pip bukanlah selalu sangat bersenam, kalau bersenam pun setakat buat pilates mudah saja, so tak rasa sangat inchloss tu, tapi mrs pip setuju omega-3 ni membantu kurangkan rasa lapar dan bantutkan selera makan, jadi bila kurang rasa lapar tu, kuranglah rasa nak makan, so berat badan tak naik laju menggunung, malah sedikit losing weight. alhamdulillah.

insya allah , tahun baru ni, salah satu wishlist mrs pip ialah nak bersenam secara konsisten (pilates dan tabata) , doakan wishlist mrs pip tercapai ya. bukan nak kurus, tapi nak hidup lebih sihat.

.......................................

untuk jenama minyak ikan (fish oil) yang mana satu yang the best di pasaran, yang ini mrs pip tak pilih sangat. mrs pip beli ikut bajet mrs pip la ya. hari tu mrs pip beli minyak ikan keluaran Watsons, harga tak mahal mana pun. 

lepas tu, mrs pip menang giveaway di instagram Rodiah , alhamdulillah, dapatlah sebotol fish oil keluaran Bio-Life. 

dan hari tu Sale 12.12, mrs pip beli minyak ikan keluaran BLACKMORES , sebotol ada 400 biji , harga sangat affordable, sekitar RM62.00 sahaja sebotol, dan kebetulan dapat pula voucher FREE SHIPPING kat Shopee. happy sangat dapat beli harga super jimat ni.

kelebihan minyak ikan (fish oil) omega-3 untuk wanita
kelebihan minyak ikan (fish oil) omega-3 untuk wanita

ini bukan kali pertama mrs pip beli supplemen di Shopee, tapi untuk minyak ikan yes ini 1st time.

selain minyak ikan, mrs pip juga consume Lecithin, juga keluaran Blackmores dan memang akan beli di Shopee kerana harga lebih affordable berbanding beli di drugstore.

Dan satu lagi cara mrs pip berjimat bila beli online ni, mrs pip akan beli melalui SHOPBACK.

yang nak tahu tentang SHOPBACK ni, anda bolehlah baca entry terdahulu mrs pip mengenai SHOPBACK. 

mrs pip ada share cerita SHOPBACK di entry 


so far mrs pip berjaya kumpul.RM100.00 ++ hasil guna Shopback, dan akan withdraw new year nanti, nak guna untuk savings kat ASB insya allah.

untuk semua wanita, jaga kesihatan dan sentiasa stay happy ok. jangan stress stress.

salah satu azam mrs pip ialah nak jadi chill and cool mom, jadi satu perkara yang penting nak jadi chill and cool mom ni, kenalah selalu stay happy dan mental kena kuat.

thanks for reading, xoxo.

cheers.