Review Movie VIP (Korean Movie Starring Lee Jong Suk)

hi semua, kalau ada yang suka tengok drama korea, bolehlah download apps VIU dan VIKI di play store. Apps Viu dan VIKI memberikan tontonan percuma namun untuk mengakses drama atau movie premium tu, kenalah bayar. Baru-baru ini, mrs pip layan KDRama Encounter lakonan Song Hye Kyo dan Park Bo Geum di Viu untuk akses percuma, tetapi pasal nak sangat tengok Lee Jong Suk dalam movie VIP dan juga Ma Dong Seok dalam movie The Gangster The Cops The Devil, akhirnya mrs pip langgan akses VIU PREMIUM RM20.00 untuk 3 bulan. 

memandangkan dah habis layan VIP ni,jadi mrs pip buat sedikit review ringkas lah ya. Untuk yag sukakan Lee Jong Suk, dalam movie VIP ni watak dia memang jahat! haish, rasa benci pun ada. eh, emo pula akak korang ni.

Biasanya Lee Jong Suk dalam drama mahupun movie watak dia memang watak baik-baik kan , tetapi dalam movie VIP ni, watak dia ialah serial killer yang sangat kejam. Cara dia bunuh mangsa tu, memang kejam gila-gila. Dia pilih mangsa secara random, dan dia akan seksa dulu mangsa tu sebelum dia bunuh!

Review Movie VIP (Korean Movie Starring Lee Jong Suk)
Review Movie VIP (Korean Movie Starring Lee Jong Suk)

Lee Jong Suk memegang watak sebagai Kim Kwang-Il, anak politician daripada Korea Utara yang bapanya mempunyai reputasi tinggi sehinggakan Kwang-Il ni 'untouchable' walaupun dia adalah suspek sebagai pembunuh. 

Chae Yi-Do (Kim Myung Min), polis penyiasat diberi tugas untuk membuktikan Kwang-Il merupakan pembunuh kejam, dan ketika Chae Yi-Do berjaya mendapatkan bukti yang Kwang-Il merupakan pembunuh kejam, Park Jae Hyuk (Jang Dong Gun) daripada Law Enforcement membebaskan Kwang-Il daripada diberkas oleh Chae Yi-Do untuk diserahkan kepada CIA.

Chae Yi-Do bekerjasama dengan penyiasat daripada Korea Utara, Ri Dae Bum (Park Hae Soon) untuk menangkap Kwang-Il. Ri Dae Bum memberikan maklumat kepada Chae Yi-Do mengenai pembunuhan yang Kwang-Il lakukan di Korea Utara, dan berharap agar Kwang-Il ditangkap.

Ketika Chae Yi-Do sekali lagi berjaya membuktikan Kwang-Il bersalah, dia memberkas Kwang-Il yang pada ketika itu berada dalam jagaan Park Jae Hyuk dan agensinya untuk diserahkan kepada agent Paul Gray daripada CIA. 

Masalah berlaku apabila Chae Yi-Do dan pasukannya tidak dibenarkan masuk ke balai polis untuk membawa Kwang-Il dan terpaksa akur untuk melepaskan Kwang-Il ke pihak CIA, dan Kwang-Il ketika dalam pertukaran untuk diberikan kepada CIA, dia sempat mengambil pistol daripada salah seorang agent dan menembak Chae Yi-Do.

Dipendekkan cerita, Chae Yi-Do koma, dan Park Jae Hyuk rasa bersalah kerana tidak berpihak kepada Chae Yi-Do malah ingin melindungi Kwang-Il padahal dia tahu yang si Kwang-Il ni memang bersalah. 

Lepas Kwang-Il ni berjaya dibawa oleh CIA dan dia bebas di negara lain, Kwang-Il ditawan oleh sekumpulan lelaki (yang ni I is confuse geng lelaki ni macam gangster ke apa), dan lepas tu CIA panggil Park Jae Hyuk untuk membebaskan Kwang-Il. 

pasal Kwang-Il dah tembak Chae Yi-Do, jadi ianya berbekas di hati Park Jae Hyuk. So misi menyelamat menjadi misi menghapuskan Kwang-Il. akhirnya Kwang-Il dibunuh oleh Park Jae Hyuk.

kalau korang tengok movie ni, pastikan korang tengok dari mula sampai habis tau. Movie ni a bit confusing pasal dia start dari ending dulu baru masuk cerita permulaan dia. Lepas tu banyak betul agent yang terlibat dan semua pun nak si Kwang-Il ni ...

mrs pip tengok movie ni pun pasal Lee Jong Suk, watak dia memang lain daripada yang selalu. tengok macam budak baik jak dia ni dalam movie ni, tapi dia punya dark side of life tu suka membunuh orang memang buat mrs pip rasa scary dan menyampah ...

tak tahu nak bagi rating berapa bintang untuk korean movie VIP ni, tapi kalau kau peminat Lee Jong Suk, korang patut layan movie ni pasal watak dia memang berbeza sangat berbanding watak watak yang dia pernah pegang sebelum ni.

happy watching dan thanks for reading.

cheers.

11 Comments

  1. x kontroversi ke korea selatan buat filem ni? ;-)

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. ya sis, movie ni agak berat jalan cerita dia.
      menyampah betul tengok lakonan si lee jong suk ni.

      Delete
  3. Replies
    1. jomlah layan tapi kena ada kekuatan nak tengok.
      part dia dera dan bunuh tu, mmg saya macam tak boleh nak hadam perilaku jahat tu. adeh.

      Delete
  4. alamak xleh bayang muka ciut dia tu jadi serial killer ahaha..
    adoi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah, serius mmg tak boleh nak bayang.

      Delete
  5. Citer ni seram dan geram dengan Lee Jong Suk ni. Muka camtu tapi kejam giler kot. tapi xingat ending dia camne. Cuma dalam movie ni banyak issue antara politik dan dendam. Tapi serius kesian family yang jadi mangsa dan polis yang betul betul nak menjalankan kerja tu

    ReplyDelete
  6. Cerita ini memang ngeri tapi seronok sangat dapat tengok kelainan dari Lee Jong Suk ini..

    ReplyDelete

Post a comment

Previous Post Next Post