Review Movie The Gangster The Cop The Devil (Korean Movie starring Ma Dong Seok)

hi semua, ni gara-gara mrs pip terbaca di tweet pasal movie Ma Dong Seok the gangster the cop the devil ni. fuh, memang layan tengok movie ni apabila polis dan ketua gangster bergabung mencari serial killer. 

dalam movie ni, polis Jung Tae Suk (Kim Mu-Yeol) ni memang nak sangat cari serial killer ni tapi ketua dia tak bagi , kononnya dia ni tak reliable untuk siasat kes ni. Ketua Gangster ni Jang Dong Soo (Ma Dong Seok) ketika dalam perjalanan balik ke rumah, kereta dia kena langgar dari bahagian belakang, dia turun dan tengok kereta dia, tapi dia tak kisah sangat pun pasal setakat calar sikit saja.

orang yang langgar Dong Soo ni lah serial killer. Cara dia nak bunuh ialah langgar kereta belakang lepas tu bila mangsa turun untuk tengok kereta dorang, dia akan attack hingga mangsa mati. Tapi malam tu dia silap pilih mangsa pasal Dong Soo ni tahu pertahankan diri.

so malam tu walaupun Dong Soo cedera, tapi serial killer tu pun cedera sama, so end up serial killer tu melarikan diri dan Dong Soo bila dia bangun dia sedar-sedar dia berada di hospital. Pasal dia kan gangster, so dia kerah orang dia untuk cari serial killer ni.

Review Movie The Gangster The Cop The Devil (Korean Movie starring Ma Dong Seok)
Review Movie The Gangster The Cop The Devil (Korean Movie starring Ma Dong Seok)

waktu Dong Soo lawan serial killer tu, dia sempat lah nampak muka serial killer yang bertutup dengan hoodie, so dia suruh orang sketch muka serial killer tu dan cari sampai dapat. dan polis Jung Tae Suk ni pergi jumpa si Dong Soo dan bawa Dong Soo bekerjasama untuk cari serial killer ni. 

selepas Dong Soo kena serang, serial killer ni pergi cari mangsa lain pula, dan salah satu mangsa yang kena ialah budak perempuan sekolah menengah yang si Dong Soo sempat berikan payung dia pasal budak ni tengah tunggu bas tapi hujan turun, so dia pass la payung dia kat budak tu.

ni yang buat Dong Soo nak sangat cari serial killer tu, dan yes Dong Soo bergabung dengan Jung Tae Suk untuk cari serial killer ni. Yang bestnya, dorang ada syarat ... 

Kalau Tae Suk jumpa killer ni, dia akan berkas dan pastikan killer ni dibawa ke muka pengadilan. Kalau Dong Soo pula dapat serial killer ni, dia akan buat apa yang dia nak buat kat serial killer ni suka hati dia. 

Dong Soo berjaya jumpa serial killer ni terlebih dahulu, sempat dia torture serial killer ni, tetapi si Jae Suk berjaya cari lokais Dong Soo simpan serial killer ni dan berjaya bawa serial killer ni balik ke balai dan sedia untuk dibicara.

Tapi kan serial killer ni bijak orang dia, bukan calang calang. sukar untuk buktikan dia bersalah tau pasal setiap jenayah yang dia buat tu dia tak tinggalkan sebarang bukti. sekarang ni memang Dong Soo sahaja yang boleh buktikan serial killer ni membunuh pasal Dong Soo sahaja mangsa yang hidup dan berjaya nampak muka serial killer ni dan bila kau jadi gangster, bab bab serang guna pisau ni memang dorang sangat arif.

Dong Soo ni tak nak bagi sebarang kenyataan di mahkamah pasal dia tengah bersembunyi daripada pihak polis. Dia kan gangster dan dia buat bisnes haram so dia nak elak diri dia kena tangkap, tapi Tae Suk pergi merayu kat Dong Soo dan end up Dong Soo jadi saksi untuk dakwa serial killer ni.

ooooo korang perlu tengok cara peguam bela si serial killer ni nak defend anak guam dia ... bila Dong Soo masuk sebagai saksi, bukan main peguam bela tu cerca di Dong Soo kononnya di Dong Soo ni gangster memang ramai orang tak suka dia dan siapa yang nak dengar cakap gangster kan, entah boleh percaya tau tidak statement dia.

dan si Dong Soo ni relax jak kena cerca macam tu. Bila time dia bagi keterangan, dia bagitau macam mana dia kena serang, kat mana dia kena attack pada malam kejadian tu siap buka baju lagi nak tunjuk bekas tikaman. lepas tu Dong Soo bagitau yang dia pun ada tikam serial killer tu dan siap bagitau dengan detail kat mana dia tikam serial killer tu.

Dong Soo cakap kalau korang tak percaya, suruh serial killer tu buka baju dan tengok betul atau tak tempat kena tikam tu kat mana. Haha, check mate terus ...

Serial killer berjaya dibuktikan bersalah dan dalam masa yang sama Dong Soo juga diberkas pasal bisnes gambling yang dia jalankan (kalau tak silap kot) ..

Apapun, thumbs up untuk movie ni. lepas tu mrs pip layan pula movie si Ma Dong Seok titled UNSTOPPABLE bersama aktres Song Ji Hyo. eh, dalam Train to Busan pun Ma Dong Seok ada juga ... eh tetiba pula rooting for Ma Dong Seok :)) ekekeke.

dah bosan tengok cerita romantic korea? korang boleh layan cerita thriller ni ... thanks for reading dan happy watching. mrs pip tengok kat VIU, tapi kena beli VIU PREMIUM , RM20.00 untuk 3 bulan subscription.

cheers.

13 Comments

  1. Kita boleh geram dengan serial killer yang bijak tuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Geram sangat. Dah lah muka dia Tak da expresi, relax ja dia kena soal siasat

      Delete
  2. x penah tgk tp ramai puji cite ni best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi saya , cerita ni best.
      Walaupun cerita2 gangster, Tak bosan tengok.

      Delete
  3. Replies
    1. hahaha, lepas tengok movie ni terus tersuka dia.

      Delete
  4. Replies
    1. jomlah menonton cerita lakonan ma dong seok. best.

      Delete
  5. citer2 action Korea ni blh tahan jugak kan..
    tak tengok lagi yang ni. hehe dok layan yang jiwang2 tu =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. jiwang2 pun byk lagi dlm wishlist nak tengok tapi tak tertengok lagi.

      Delete
  6. Best cerita ni. action + comedy. Pelakon pun semua hebat²..kalau ada ma dong seok haruslah cerita tu best :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas movie ni, tetiba suka ma dong seok pula.

      Delete
  7. suka filem ini.. Lakonan ma dong seok tu best..

    ReplyDelete

Post a comment

Previous Post Next Post