Review Novel : Marry Me, Senorita (by Suri Ryana) - Cerita Blog Mrs Pip

Wednesday, 29 May 2019

Review Novel : Marry Me, Senorita (by Suri Ryana)

hi there, yeah hari ni ada kerajinan utk menulis review novel yang mrs pip dah siap baca beberapa minggu lepas ...nak review novel2 ni mmg ikut mood ... banyak baca novel, tapi slalu mood hilang utk tulis review , hiks ....

Novel Marry Me, Senorita hasil tulisan Suri Ryana merupakan koleksi novel ke-3 yang berjaya mrs pip beli sbg koleksi ... sebelum ni dah beli KLIK dan Ti Amo ...


Marry me, Senorita merupakan kisah seorang gadia bernama Sofiy anak yatim piatu yang dihalau keluar rumah oleh mak saudara dia selepas kematian pak long dia ... selama pak long dia hidup, Sofiy menumpang teduh dan kasih dgn satu satunya saudara yang dia ada, tapi sampai hati mak long halau Sofiy selepas kematian pak long ...

malam tu, dengan beg pakaian dan hujan turun dgn lebat, Sofiy keluar dari rumah mak long ... niat di hati ingin ke KL bertemu kawan baiknya yg sedang melanjutkan pelajaran dan bekerja part time , bolehlah dia menumpang di rumah kawannya sambil bekerja ...

pertemuan Sofiy dengan Isa Alejandro , lelaki campuran Sepanyol, di rumah usang pak ngah Leman tanpa dirancang, akhirnya mengheret Sofiy untuk berkahwin kontrak ... Isa terpaksa berkahwin dgn Sofiy utk memastikan kedudukannya di perusahaan atuknya tidak terjejas, manakala Sofiy mengahwini Isa untuk memastikan keselamatannya daripada menjadi buruan Bard, tauke kelab malam, dan Isa setuju untuk membiayai Sofiy yang ingin melanjutkan pelajaran ... win win situation ...

Isa Alejandro ni pemain tennis kebangsaan, berketurunan bapa dia Sepanyol tulen  mak dia orang Malaysia, beragama Islam, tapi membudayakan hidup bukan seperti orang yg beragama Islam, so datuk si Isa ni nak tendang si Isa ni kluar dari keluarga dia, dan nak lucutkan jawatan si Isa ni dalam perusahaan perabot datuk dia ... untuk menutup kesalahan dan kononnya Isa dah berubah, dia ajaklah si Sofiy kawin kontrak ... dan kebetulan si Sofiy ni dah termakan budi atas bantuan si Isa ni, jadi dlm terpaksa Sofiy pun setuju kawin dgn Isa ...


banyak yang harus dilalui Isa dan Sofiy ... pada asalnya hanya kawin kontrak, akhirnya membenihkan rasa cinta sejati , namun putus ditengah jalan ... akad nikah yg termeterai berakhir dengan perceraian ... dan masing masing membawa haluan sendiri ...

Isa kahwin paksarela dengan bekas kekasih lamanya si Rosa Arabella semata mata untuk menyelamatkan adiknya yang sudah lama menghilang, manakala Sofiy melanjutkan pelajaran di Kota London ...

ekceli, si Isa ni ada sorang adik perempuan, tp tetiba menghilang dari rumah, puas dicari tak tahu kat mana ... dan kebetulan, time si Rosa Arabella melakukan penggambaran , oh Rosa ni artis hokey , dia ternampak lah adik si Isa tu ... so, utk famili si Isa nak dapatkan adik perempuan si Isa tu, Isa perlu kawin dgn Rosa, then only dia akan bgtau lokasi adik si Isa ... eiiii, part ni aku emo sikit pasal Isa dan Sofiy dah kawin, dah ada rasa sayang pun, so why la nak kacau rumah tangga orang kan ... gediks la kau Rosa!

tapi, kalau dah jodoh tak ke mana kan ... 3 tahun berlalu, Sofiy dah tamat study ... Sofiy bertemu semula dgn Isa, tapi kali ni sebagai boss dan pekerja ... Sofiy tak tahu pun big boss syarikat tmpat dia bekerja tu milik syarikat Isa ... dia pun tak sangka yang si Isa ni ada syarikat sendiri, dia ingat si Isa ni masih busy dgn main tennis kan ...

dan mak long si Sofiy tu minta maaf kat Sofiy akhirnya atas segala perbuatan dia menghalau Sofiy dulu dan best friend si Sofiy tu, ekceli bukan study pun kat KL, tapi kerja macam GRO la gitew, dan dia meninggal dunia kerana menghidap AIDS ... sedihkan, bila tak hargai hidup ni, nak shortcut hidup senang, tapi tak fikir kesan dan akibatnya ... dan BFF ni lah yang hampir2 menjual Sofiy dekat Bard, tauke kelab malam ... dan nasib baik Isa dtg selamatkan Sofiy ...

aku suka satu ayat dari novel ni, bila Isa berkata dekat Sofiy apabila boifren si Sofiy yang belajar kat luar negara tu secara kebetulan bertemu dgn Sofiy dan Isa tanpa sengaja ...

"You shouldn't have trusted him too much. You shouldn't have loved him too much and you shouldn't have hoped too much because that too much can hurt you so much!" Page 314.

ekceli si Sofiy ni ada boifren, nama Han time zaman sekolah menengah, dan kengkonon lepas Han balik dari oversea dorg nak kawin .. tapi lepas 6 bulan belajar kat oversea, boifren dia senyap tak kirim khabar, tapi Sofiy ni still menanti dan berharap ...

happy ending, tapi korang kena baca sendiri la yer sampai habis untuk tahu macam mana Isa dan Sofiy bersatu di penghujung cerita ...

thanks for reading, xoxo.

cheers!

12 comments:

  1. best... nama heroin pun nk sama ngan Kasih Sufi dah tu... hehe

    ReplyDelete
  2. boleh diangkat jadi drama ni tp...siapa ye yg layak pegang watak is tu? haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang KLIK dan Ti Ami dah diangkat jd drama tahun lepas, yg ni pun besy juga cuma x tau siapa yg sesuai jadi Is .. Haha kena cari pelakon mix spain , bersaiz tennis player 6 kaki lebih2 gitew..

      Delete
  3. cover buku dye comel. mmg lama la ray tak singgah sini sbb bru perasan mrs pip punye header dah berubah kan. cantik. ray suke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, lama dah kak pip tukar header tu, ray kan busy study, ada masa jalan2 lah kat sini, hehe.. Ni dah singgah , kak pip rasa very thankful dah.

      Delete
  4. alaa part hero kena kahwin paksa real tu tak bestnyaaa! hahaha. mesti heroin sedihhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, heroin sedih sampai bercerai talak..adeh.

      Delete
  5. mcm siok ni novel ... kak ... hehe

    ReplyDelete
  6. Tak beli lagi novel ni mrs pip hehe. nanti nak beli la. tertarik pulak.

    Ika datang singgah sini.
    https://ikashoid.blogspot.com/2019/06/book-review-niqab-by-shield-sahran.html

    ReplyDelete
  7. Tak baca lagi novel yang ini.

    ReplyDelete