Bayar Bil Elektrik Guna Shopee

hi Sabahan , sekarang ni waktu PKP / MCO akibat Covid-19, jadi banyak urusan pembayaran bil dilakukan secara online termasuklah bayar bil SESB online. Mrs Pip mahu share Bayar Bil Elektrik Guna Shopee. Sebenarnya, ada banyak cara untuk bayar bil SESB secara online, dan biasanya cara yang biasa ialah bayar bil SESB di Maybank2U / Internet Banking lain ataupun mungkin juga boleh guna BOOST.

Bayar Bil Elektrik Guna Shopee
Kelebihan Bayar Bil SESB Online di Shopee 

Siapa yang selalu suka shopping online di Shopee? Ok kita geng! Mrs Pip pun selalu sangat beli barang online di Shopee ni. Namun sejak PKP , mrs pip slow sikit beli barang online kerana masalah courier service yang agak lambat untuk pengeposan dan penghantaran. 

Bukan salah courier service lambat, tetapi keadaan semasa yang membuatkan penghantaran barang lewat dari selalunya kan.

Berbalik kepada cerita bayar bil SESB secara online, mrs pip setiap kali dapat bil elektrik SESB ni memang akan bayar di Shopee. Senang dan menguntungkan. 

Sebelum mrs pip bagitau apa yang menarik tentang bayar bil di Shopee, jom kita tengok cara-cara mudah untuk membuat pembayaran bil SESB tu ...

Bayar Bil Elektrik Guna Shopee
Kelebihan Bayar Bil SESB Online di Shopee 


Cara Bayar Bil Elektrik Guna Shopee



1. Mula-mula, korang perlu buka Shopee Apps. Yang belum ada Shopee Apps tu, silalah download untuk memudahkan korang beronline-shopping di Shopee.

Kalau 1st time download Shopee Apps, boleh guna Referral Link : EMPHI222 , nanti korang boleh jimat RM8.00 untuk pembelian yang pertama (tertakluk terma dan syarat)

2. Dah buka Shopee Apps tu, bolehlah klik tanda "Deals, Top-up & Bills" seperti yang mrs pip tunjukkan di gambar atas tu.

Bayar Bil Elektrik Guna Shopee
Kelebihan Bayar Bil SESB Online di Shopee 

3. Kemudian, pilih "Electricity"

Bayar Bil Elektrik Guna Shopee
Kelebihan Bayar Bil SESB Online di Shopee 

4. Pilih Sabah Electricity. 
Selain Sabah, bil elektrik Sarawak Energy juga boleh dibayar menggunakan Shopee .

Bayar Bil Elektrik Guna Shopee
Kelebihan Bayar Bil SESB Online di Shopee 

5. Dah pilih Sabah Electricity, korang masukkan 12 Digit nombor akaun SESB korang, dan masukkan jumlah yang perlu dibayar.

Bayar Bil Elektrik Guna Shopee
Kelebihan Bayar Bil SESB Online di Shopee 

Nota: 
12 Digit nombor akaun SESB korang ialah korang boleh tengok bil korang, nampak tak yang paling bawah tu "Kod Stesen dan No. Akaun"?  Korang gabungkan ke semua nombor tu Kod Stesen+No Akaun untuk dapatkan 12 digit yang diminta (rujuk step no.5 di atas).

Bayar Bil Elektrik Guna Shopee
Kelebihan Bayar Bil SESB Online di Shopee 

6. Selepas korang masukkan no.12 Digit tu, dan juga jumlah perlu dibayar, korang boleh klik untuk teruskan pembayaran. Pastikan dahulu nombor akaun SESB dan jumlah yang ingin dibayar adalah betul dan tepat. Selepas itu bolehlah teruskan pembayaran.

Bayar Bil Elektrik Guna Shopee
Kelebihan Bayar Bil SESB Online di Shopee 

7. Sekarang korang boleh pilih nak bayar guna Shopee Wallet atau bayar bil elektrik SESB secara online banking. 

8. Klik "Pay Now" , dan anda akan dibawa ke laman web online banking anda untuk melaksanakan transaksi bayar bil SESB secara online.

Done payment!


Jadi sekarang, jom ketahui Kelebihan Bayar Bil Elektrik SESB Online Guna Shopee?


1. Boleh collect COINS - lagi banyak nilai bil SESB yang dibayar,  maka lagi banyak COINS yang kamurang boleh dapat / kumpul

2. Tebus COINS - kamurang boleh tebus COINS yang kamurang kumpul di Shopee dengan barangan yang menarik, sama ada tebus untuk mendapatkan discount vouchers, atau redeem barangan lain tertakluk kepada apa yang ditawarkan di Shopee bersamaan dengan COINS yang kamurang ada.

Bayar Bil Elektrik Guna Shopee
Kelebihan Bayar Bil SESB Online di Shopee 


buat masa ini, mrs pip hanya ada 327 Coins, dan mrs pip boleh redeem item seperti Amazing Graze Free Granola Snack dengan 150 Coins, ataupun redeem Buy 1 Free 1 Hong Kong Milk Tea / Coffee / Ying Yong on Ice Bed guna 100 Coins.

3. Kumpul CASHBACK - Kamurang juga boleh KUMPUL CASHBACK, iaitu sedikit pulangan duit yang diberikan setiap kali kamu shopping online. 

Untuk CASHBACK, sesiapa yang guna SHOPBACK apps sebelum ini, dukacita dimaklumkan Shopee dan Lazada sudah tidak tersenarai di dalam SHOPBACK.

Namun, kamurang boleh kumpul CASHBACK setiap kali shopping atau bayar bil di Shopee dengan menggunakan My Smart Shopper Apps.

Bayar Bil Elektrik Guna Shopee
Kelebihan Bayar Bil SESB Online di Shopee 

My Smart Shopper apps ni kamurang boleh download di Google Play dan register untuk LOGIN dan setiap kali kamurang shopping di Shopee, kamu klik dulu My Smart Shopper , kemudian baru klik Shopee, kemudian tunggu untuk kamu dibawa ke Shopee apps. 

Selepas itu, kamu bolehlah beronline shopping atau bayar bil SESB di Shopee seperti biasa. Sambil shopping di Shopee melalui My Smart Shopper, sambil kumpul CASHBACK.


Apa itu Cashback? Tak fahamlah!


Untuk yang SELALU RAJIN SANGAT beli barang secara online, atau suka tempah tiket kapal terbang dan hotel contohnya, kamu akan dapat sedikit pulangan wang sekiranya kamu guna apps yang berikan CASHBACK.

boleh klik entry mrs pip tentang CASHBACK terkumpul yang mrs pip dapat selama beronline shopping. Kumpul sikit sikit, lama-lama jadi banyak kan, lepas tu boleh withdraw masuk akaun bank sendiri. Yeah!

#1

Kelebihan shopping secara online melalui SHOPBACK

#2

Penjimatan shopping online guna SHOPBACK

#3

Berjaya CASHOUT duit di SHOPBACK , lajunya 3 hari duit dah masuk bank!

untuk My Smart Shopper ni, mrs pip still baru guna selepas Shopee dan Lazada withdrawn dari Shopback, so still tak kumpul any cashback lagi ya. 

Untuk SHOPBACK pula, mrs pip memang dah lama guna untuk online shopping selain di Shopee dan Lazada, mrs pip juga shopping barang Althea, Hermo, dan Zalora dan akan dapat cashback setiap kali guna.

Bayar Bil Elektrik Guna Shopee
Kelebihan Bayar Bil SESB Online di Shopee 

Buat masa ini, cashback terkumpul yang mrs pip ada di Shopback ialah RM259.86 dan mrs pip berjaya withdraw duit cashback ni sebelum ini (sila rujuk entry #3 di atas) , dan akan withdraw lagi nanti bila cashback cecah RM300, teehee.

Jadi kamurang yang bayar bil SESB tu, sila bayar di Shopee tau. Boleh dapat COINS, kemudian kumpul COINS banyak banyak untuk redeem barang yang sesuai dengan nilai COINS kamurang. Dan boleh juga dapat CASHBACK kalau kamurang guna My Smart Shopper apps tu. 

Nah, siapa yang mau bagi cashback kan. Kalau biasa bayar di online banking, kalau harga bil RM50.00, maka RM50.00 lah kamurang bayar, tapi tiada coins untuk redeem barang kan atau teda sebarang cashback pun kena bagi. 

Ini cara mrs pip kumpul sikit sikit duit sampingan beli barang online. Jadi, mari kita jadi bijak pengguna. 

cheers.

Post a Comment

8 Comments

  1. Salam aidilfitri 2020, maaf zahir batin #staysafe #stayhome

    ReplyDelete
  2. salam.sya nak tnya saya nak bayar bil elektrik guna nur power tu boleh ke ? ke kna pilih sabah elektrik jgak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau utk bayar elektrik Sabah, pilih SESB / SABAH Elektrik tu. Utk Nur Power tu Saya x pasti pula, Saya x pernah guna.

      Delete
    2. Hi.. selepas suda bayar, ada kena suru confirm order received.. tapi tiada apa2 yang noti yang suda received ka belum.. lepas tu tiba2 dtg noti lagi suru bayar.. tapi suda tolak dari acc.. mcm mana mau tau suda bayar ka belum tu?

      Delete
    3. Hi. confirm order received tu optional, better jangan klik selagi ndak sure bayaran dah berjaya. So tengok next bil elektrik, payment dah dijelaskan kah belum. Kalau payment ndak berjaya, tapi ada deduction, boleh chat dengan Shopee customer service. Dan pastikan screenshot payment yang kamu sudah buat serta screenshot juga bil elektrik kamu utk back up document in case bayaran tidak berjaya tapi duit sudah ditolak dari Shopee. Kalau kamu request minta bayaran balik, Shopee bayar based on evidence yang kamu boleh beri pada mereka.

      Delete
    4. Alamak saya terus confirm ingatkan mesti confirm. Mudahan okay. Thanks ms Pip for this helpful Info.

      Delete
  3. Selepas membuat pembayaran berapa lama yang perlu saya tunggu yang shopee sudah bayar bil elektrik saya.

    ReplyDelete
  4. Alaa, ndak pula saya pasti sgt. Lepas bayar, saya ndaklah check. Tapi next bill mmg teda bil tertinggal.

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.