Review Novel Lelaki Itu Untukku (by Mazni Aznita)

Review Novel Lelaki Itu Untukku (by Mazni Aznita) || hi there, novel lelaki itu untukku berjaya dihabis baca. Lama sangat tidak layan novel. 

Novel Lelaki Itu Untukku (by Mazni Aznita) mempunyai jalan cerita dan watak watak menarik ...dan ini ialah novel kedua yang saya baca karya Mazni Aznita selepas Venom Suria, tapi Venom Suria tu saya belum review lagi , ekeke. Seramlah baca novel Venom Suria tu!

Sinopsis Novel Lelaki Itu Untukku (by Mazni Aznita)


ORKED Harlina, anak tunggal ayahnya, tetapi tidak pernah ada istilah ditatang bagaikan minyak yang penuh oleh si ayah yang jelas-jelas membencinya. 

Mungkin kerana itu, dia menjadi gadis yang keras hati, suka melawan, sedikit ‘liar’ tetapi masih sekuntum bunga yang rapuh di pelosok hati. Apabila si ayah berkahwin
dengan seorang janda anak satu, lagilah dia panas hati.

Kes tidur lokap semalamnya kerana bergaduh di kelab malam, mempertemukannya dengan Idlan Riyaz, anak emak tirinya yang selama ini belajar di luar negara. 

Maka bertemulah buku dengan ruas. Idlan Riyaz yang sentimental, cool, penuh kematangan dan pandai ‘mengenakan’ membuatkan hati si bunga liar berasa menyampah. Dia tidak pernah punya seorang abang dan jelas, dia tidak ingin Idlan Riyaz menjadi abangnya. Takkan sekali!

Tetapi itu kata mulut. Hati di dalam paling tahu apa yang diingini. Apabila dia yang tidak pernah dilindungi tiba-tiba punya guardian angel, bukan dari syurga tetapi dari Kota London, siapa yang tidak mahu? 

Apabila dia yang tidak pernah dikasihi, tiba-tiba diberi perhatian, maka episod baru tercipta. Jadilah dia secret admirer abang tirinya sendiri. Dan kerana Idlan Riyaz, dia mula belajar untuk menyayangi, mempercayai dan menerima.

Dan kerana Idlan Riyaz juga dia kenal Tengku Emery Iskandar, si playboy a.k.a BFF Idlan Riyaz yang ada karakter yang Masya-ALLAH, kereknya mamat ini. Baginya, Idlan Riyaz lebih sempurna dan penyayang berbanding Tengku Emery Iskandar. Cuma satu sahaja dia harus akui, dalam tidak kesempurnaan Tengku Emery Iskandar di matanya, lelaki itu punya hati nurani yang luhur.

“Aku memang macam ni, dari dulu pun macam ni. Aku tak pernah berpura-pura pun di hadapan kau. Dan aku tak pernah suruh pun kau bawa aku ke tempat bodoh macam ni!” - Orked Harlina

“Abang tahu Orked ni kuat orangnya. Tapi yang kuat nilah yang abang risaukan. Abang risau. Abang takut Orked hanya kuat di luar tapi rapuh di dalam. Sebab tu Orked perlukan abang. I’m gonna be your shoulder to cry.” - Idlan Riyaz

“ I’m not perfect. He’s either. And the two of us will never be perfect. But if I can make you smile at least once, causes you think twice about me... then I’m perfect for you.” - Tengku Emery Iskandar

Sumber : Buku Prima

Review Novel Lelaki Itu Untukku 

Ini adalah review dan pendapat peribadi aku tentang novel Lelaki Itu Untukku. 

Novel Lelaki Itu Untukku mempunyai tiga watak utama, iaitu Orked Harlina, Idlan Riyaz dan Tengku Emery ...

Orked Harlina masih sukar untuk melupakan Idlan Riyaz biarpun Idlan sudah setahun pergi utk selamanya lamanya. Sahabat baik Orked, Arida memujuk Orked utk pergi bercuti . Arida memberitahu Orked, sebelum Idlan meninggal, Idlan telahpun menyiapkan tiket percutian dan sejumlah wang untuk Orked pergi bercuti ke Itali.

Orked juga tidak pernah bertemu Tengku Emery lagi selepas kematian Idlan kerana Orked telahpun menyakiti hati Tengku Emery dengan kata kata kesat ketika Idlan menghembuskan nafas terakhir.


lelaki itu untukku
lelaki itu untukku

Ketika dalam penerbangan, Orked agak terkejut melihat penumpang yang duduk di sebelahnya sangat mirip dengan Idlan, dan lelaki yang sedar dirinya diamati memperkenalkan namanya sebagai Raimi.

Orked mengimbas kembali kenangan bagaimana dia boleh jatuh cinta dengan Idlan, anak kepada mak tirinya, Puan Maria yang berkahwin dengan Tuan Hamdan, ayah kepada Orked.

Idlan menjadi driver Orked utk menghantar dan mengambilnya dari uni, dan kerana insiden hampir kemalangan, mempertemukan Idlan dan Tengku Emery, dua sahabat lama yg terputus hubungan.

Dan kerana itu juga, Tengku Emery jatuh cinta terhadap Orked, dan tanpa sedar Idlan juga mencintai Orked.

Tengku Emery terpaksa berdepan dengan ibunya yang akan berkahwin dengan lelaki bernama Tuan Rahman, menamatkan status jandanya, dan ketika Orked terpandang Tuan Rahman, itu adalah lelaki yang dilihat bergambar dengan arwah ibunya yang sedang mendukung seorang bayi. Siapa Tuan Rahman kepada ibu Orked? Orked perlukan jawapan.

Novel ni ada membuatkan kita berteka teki tentang kewujudan Tuan Rahman, dan kenapa ayah Orked tidak pernah menyukai Orked.

Selain nilai persahabatan dan kasih sayang, aku suka cara Idlan menerima takdir yang dia akan pergi meninggalkan semuanya. Aku suka cara Emery berterus terang dengan Orked tentang hati dan perasaan dia walaupun dia tahu Orked memilih Idlan.

Novel ni memberitahu kita betapa cinta tak semestinya bersatu, dan hidup perlu diteruskan tanpa orang yang dicintai.

Siapa Raimi sebenarnya? Watak Raimi tu mmg agak mengejutkan dan misteri, tapi menarik perhatian untuk kita follow cerita ni sampai tamat.

Happy ending. cut it short, Orked berkahwin dengan Tengku Emery akhirnya.

Dan aku mmg lebih prefer si Orked ni bersama Tengku Emery berbanding Idlan kerana daya juang Tengku Emery untuk mencintai Orked lebih tinggi berbanding Idlan, tapi aku suka dengan cara Idlan dan Tengku Emery berterus terang tentang perasaan mereka terhadap Orked.

Baca Novel Lelaki Itu Untukku Secara Online


Korang kalau nak baca online novel Lelaki Itu Untukku pun boleh, sila klik link di bawah ni. Happy reading ya. Tapi aku prefer buku berbanding bacaan online. Feel baca buku tu lebih masyuk dan asyik gitu!

Prolog: Lelaki Itu Untukku
Bab 1 : Lelaki itu Untukku
Bab 2 : Lelaki itu Untukku
Bab 3 : Lelaki itu Untukku
Bab 4 : Lelaki itu Untukku
Bab 5 : Lelaki itu Untukku
Bab 6 : Lelaki itu Untukku
Bab 7 : Lelaki itu Untukku
Bab 8 : Lelaki itu Untukku
Bab 9 : Lelaki itu Untukku
Bab 10 : Lelaki itu Untukku
Bab 11: Lelaki itu Untukku
Bab 12 : Lelaki itu Untukku
Bab 13 : Lelaki itu Untukku
Bab 14 : Lelaki itu Untukku
Bab 15 : Lelaki itu Untukku
Bab 16 : Lelaki itu Untukku
Bab 17 : Lelaki itu Untukku
Bah 18 : Lelaki itu Untukku
Bab 19 : Lelaki itu Untukku
Bab 20 : Lelaki itu Untukku


Baca Juga Review Novel Yang Lain:-

Review Novel Cinta Untuk Disewa (by Lynn Dayana)

Review Novel Kasih Bersulam Cinta (by Rozita Abd Wahab)

Review Novel Rindu Awak 200% (by Liyana Zahim)

Novel Lelaki Itu Untukku telah diadaptasi ke drama sebanyak 13 episod, drama tersebut telahpun bersiaran bermula 2 Julai 2019 di Selekta Prima, TV2.

Drama Lelaki Itu Untukku diarahkan oleh Haizul, di bawah produksi Times United Industries Sdn Bhd.

Barisan Pelakon Lelaki Itu Untukku (Siri 1)

Risteena Munim, 
Azam Pitt, 
Zamarul Hisham, 
Marisa Yasmin, 
Taib Zamannuri, 
Nina Smith, 
Hairie Othman, 
Balqish Nordin

Drama Lelaki Itu Untukku 2

Dan untuk pengetahuan, drama Lelaki Itu Untukku juga mempunyai sambungan ke Siri 2 yang bersiaran pada penghujung Januari 2021 dan mengekalkan sebanyak 13 episod bersiaran di TV2 untuk Slot Violet.

Barisan Pelakon Lelaki Itu Untukku (Siri 2)


Risteena Munim, 
Johan As'ari, 
Taib Azzamudin, 
Ramona Zamzam, 
Zila Bakarin, 
Hairie Othman, 
Zamarul Hisham, 
Marisa Yasmin, 
Lisdawati, 
Afifah Nasir, 
Nina Smith, 
Hasmira Azmi, 
Dottie


thanks for reading.

cheers.

Republished 24/3/2021.
25/9/2019

3 Comments

  1. macam best je sinopsis citer dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh lah layan novel ni, Emery tu saya suka, ekeke.

      Delete
  2. dah lama tak baca novel macam nie...kena cari masa balik nie

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.