Review Novel Cinta Untuk Disewa (by Lynn Dayana)

Review Novel Cinta Untuk Disewa (by Lynn Dayana) || hi there, kerana jalan cerita yang menarik dan penulisann yg tidak berat, senang otak nak hadam novel macam ni, novel ni berjaya dibaca dalam masa sehari ... cinta untuk disewa adalah karya penulis Lynn Dayana, dengan novel setebal 581 muka surat.

Karya Lynn Dayana adalah antara karya penulis yang aku suka. Suka sangat sangat.

Aku suka cara dia guna bahasa dalam setiap novel dia. Bahasa dia ringkas sahaja, tapi bagi aku ianya puitis. Cantik sangat cara dia guna bahasa dalam karya dia.

Aku sukar untuk jatuih hati bila membaca, tapi dengan Lynn Dayana ni, aku jatuh hati bukan dengan watak dalam novel tu, tapi lebih kepada bahasa yang dia gunakan.

Kadang-kadang, aku berangan juga untuk punya kelebihan menggayakan bahasa agar penulisan aku jadi cantik, sweet bersemut! Tapi husband aku bilang, aku perlu akur yang aku menulis sangat2 teknikal!

Review Novel Cinta Untuk Disewa (by Lynn Dayana)
Cinta untuk disewa

Review Novel Cinta Untuk Disewa (by Lynn Dayana)

cerita cinta untuk disewa mengisahkan cerita mengenai kehidupan anis sofea ... anis mencintai sahabat baiknya , Iskandar namun hanya bertepuk sebelah tangan ... Iskandar mencintai wanita lain dan menganggap anis hanya sbg sahabat baik ... selain Iskandar, anis jg bersahabat baik dgn Jenny iaitu kembar Iskandar, dan sepupu Iskandar iaitu Amran dan Hafiz ... ikatan persahabatan yang terjalin sekian lama, susah senang ditempuh bersama ... 

anis seorang penterjemah buku, juga seorang doktor cinta ... kliennya yg bernama maryam mengupah anis untuk mencari maklumat mengenai bakal tunang maryam bernama kamal ... kamal mempunyai kisah silam yg membuatkan dia sukar utk mempercayai cinta, namun mamanya beria ia mahu kamal bertunang dgn maryam tapi maryam bukanlah gadis yg mempunyai ciri ciri idamannya ...

melihat anis buat kali pertama, dan disusuli beberapa pertemuan membuatkan kamal tanpa sedar, jatuh cinta lagi ... dikala kamal tersepit dgn maryam dan perasaan cintakan anis, izrin pula muncul ... kamal tidak mencintai maryam, hatinya tertaut dgn anis, dan kamal tidak bertepuk sebelah tangan ... ya, anis mencintai kamal ... anis tahu, ada maryam dan izrin dalam hidup kamal , tapi siapa izrin? cinta lalu kamal? 

you light up my world like nobody else ...
same as yesterday, always for today and forever in our future

mrs pip sendiri tertanya tanya, siapalah gadis bernama izrin yang juga disenangi oleh mama kamal ... dan izrin itu sendiri mempunyai perwatakan yang menarik dan baik budi bahasanya ... dia mengenali kamal, berharap kamal mencintainya, namun tidak mendesak kamal seperti cara maryam ... tapi kamal mempunyai kenangan masa lalu yang membabitkan izrin ... bab demi bab, terjawab juga akhirnya siapa izrin sebenarnya ...

anis bertemu dgn ashraf, kliennya yg sangat cerewet dan pentingkan kesempurnaan ... mengenali anis membuatkan ashraf sangat senang dgn kehadiran gadis tersebut ... ashraf seorang yg cool walaupun cerewet ... dia menyukai anis, tapp tidak memaksa anis utk membalas cintanya ... dia tahu anis mencintai kamal ... tapi ashraf selalu ada bila anis memerlukan bantuan ... 

anis mendapat ugutan bunuh, dan pembunuh dtg dan hampir membunuh anis ketika anis masuk wad akibat kemalangan jalanraya ... siapa yg ingin bunuh anis? maryam ? atau izrin ? tak mungkin maryam, kerana maryam terbabit dgn tragedi yg menyayat hati yang meragut nyawanya ... tapi tak mungkin izrin, kerana izrin bukanlah gadis yang jahat ... 

Baca Juga Review Novel Yang Lain:-

Review Novel Awak Suka Saya Tak ? (by Melur Jelita)

Review Novel The Bicycle

Baca Online Novel || Ti Amo SweetHeart 100 Hari & Novel Klik! Pengantin Musim Salju (by Suri Ryana)
 

membaca novel ni buat kita berteka teki mengenai siapa yang mahu bunuh anis ... buat kita berteka teki siapa yang anis pilih untuk menjadi teman hatinya ... 

arghh, buat perasaan kacau kalau tak baca sampai habis ... anis mencintai kamal, tapi akhirnya anis memilih ashraf untuk dijadikan suami ... 

adoi! anis oh anis, berani bermain dengan perasaan ... tapi, nak buat macam mana bila kamal lebih memilih izrin, padahal hati kamal ternyata mencitai anis ... apa ni, macam main tarik tali pula kamal dan anis ni ... dah dua dua suka sama suka, tapi boleh pula pilih pasangan hati lain lain ... 

sukar sangatkah hati untuk bersatu? apapun happy ending ... mrs pip gembira anis tu lebih memilih ashraf berbanding kamal ... cia cia cia  ... best man win ok!

Novel Cinta Untuk Disewa ni, betul betul buat hati aku berbelah bagi... Kejap aku #teamKamal, kejaplagi aku #teamAshraf ...

Tapi aku suka dengan ending cerita ni. 

Dalam hidup ini, kita tak semestinya bersatu dengan orang yang kita cintai, dan kita tak kan mampu untuk menepis jodoh yang ditentukan Allah SWT.

cheers.

1 Comments

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.