Tips 5 perkara mudah HARUS buat sebelum raya

hi there, sekejap sahaja rasanya Ramadhan datang menjenguk kita, dan tak lama lagi seluruh umat Islam akan merayakan hari raya aidilfitri ... dah buat persiapan raya tak? tahun ni mrs pip beraya ala kadar sahaja ... bab baju dan kuih raya dah settle, alhamdulillah ... korang raya ni dah siapkan keperluan tak? selain baju dan kuih raya,  ada tak kena settle apa apa lagi? .... raya ni bukan nak pakai baju baru saja tau semata-mata dan jumpa keluarga tersayang, tapi ada beberapa perkara yang kena settlekan juga sebelum raya , barulah raya korang tambah meriah .... muehehe.

Tips 5 perkara mudah HARUS buat sebelum raya
Tips 5 perkara mudah HARUS buat sebelum raya

so apa la yg nak disettlekan sangat tu sebelum raya? ....

1. pastikan kediaman rumah bersih

Tips 5 perkara mudah HARUS buat sebelum raya
Tips 5 perkara mudah HARUS buat sebelum raya

nak sambut raya, perlulah bersihkan rumah ... sapu rumah, mop lantai dan vakum lantai ... eh, bukan sekadar lantai tau, tapi cuba tengok atas siling rumah, ada cobwebs tak? cuba tengok segala fittings dan fixtures rumah dah bersih ke tak ...? kadang2 lupa nak bersihkan kipas siling kan ... dan kalau yg guna penghawa dingin, jangan lupa bersihkan penapis penghawa dingin agar penghawa dingin dapat bekerja dengan lebih efisien ...

selain tu, buatlah spring cleaning ... susun kemas semula apa yang ada di dalam rumah dan juga di luar rumah ... stok baju2 lama, kasut2 yang tak nak pakai, buku2 majalah2 yang buat semak rumah, eloklah sama ada diberikan kpd orang lain (kalau barang masih elok), atau dibuang kerana memang tak boleh digunakan dah ...

selain tu, jangan lupa pastikan langsir , lapis sofa, lapis meja makan dan seangkatan dengannya berada dalam keadaan yg bersih ... begitu juga perkakas dapur seperti pinggan mangkuk yg akan digunakan ketika raya, haruslah bersih kan ...

dan jangan lupa bersihkan tandas / bilik mandi juga tau ... bukan korang saja nak guna kemudahan tu, tetamu korang kot kot nak guna juga nanti ... dan belilah pewangi tandas, biar selesa tetamu nak guna, tandas koran berbau harum kan ... :))

2. nak raya ni kena driving jauh2? 

Tips 5 perkara mudah HARUS buat sebelum raya
Tips 5 perkara mudah HARUS buat sebelum raya

dah tahu kena driving jauh jauh balik kampung raya ni, pastikan kenderaan korang berada dalam keadaan yang tip top ... kalau perlu diservis, jangan lokek tak nak servis ... periksa tayar kereta cukup angin ke tak termasuklah tayar simpanan ... isi minyak penuh siap siap, so nanti kalau nak beraya tak la kelam kabut mencari petrol station ...

yang driver tu pula, pastikan korang cukup rehat , coz nnt nak memandu jauh jauh mengantukkan ... dan sebaiknya, ada 2nd driver ketika memandu ... so bolehlah ganti2 drive nanti ... 

yg naik kenderaan awam tu, pastikan dah beli tiket dan jgn silap jadual tiket perjalanan korang ... mrs pip pernah ada pengalaman salah jadual penerbangan, nak balik time raya (time tu student kat Subang), so bila sampai airport, check in nama nak naik flight ke Kota Kinabalu, staff MAS tu tak jumpa nama mrs pip dalam sistem ... periksa punya periksa, mrs pip salah jadual penerbangan ...sepatutnya nak balik 20hb, sekali terbeli 10hb gitew! nasiblah staff MAS tu prihatin, dia masukkan nama mrs pip dalam waiting list ... nasib dapatla juga terbang hari tu, ada seat kosong dan tiada sebarang extra charge dikenakan ... hehe.

3. baju raya dah siap awal!

Tips 5 perkara mudah HARUS buat sebelum raya
Tips 5 perkara mudah HARUS buat sebelum raya

beli belah last minute ni, kdg2 ada juga kebaikannya ... ada seller bagi harga diskaun kaw kaw ... tapi mrs pip tak larat nak shopping last minute kerana perlu tersekat di dalam kesesakan lalulintas ... inilah yg selalu terjadi bila last minute shopping ... bazir masa sangat, lepas tu diri sendiri yg stress ...

so, tak nak lah jadi mcm tu kan, betterlah shopping awal awal ... lagi2 yg kena bawa anak kecil kan, dah lah sesak kat jalanraya, nnt sesak pula kat shopping mall ... ada masa lagi nak shopping, pergi shopping, jangan tunggu sampai malam takbir baru terhegeh hegeh nak shopping ...

4. menu raya dah sediakan tak?

Tips 5 perkara mudah HARUS buat sebelum raya
Tips 5 perkara mudah HARUS buat sebelum raya

menu raya ni tak terhad pada biskut semata-mata, tapi termasuklah menu lain seperti ketupat rendang, ayam kari tu kan dan juga minuman yang bakal dihidangkan untuk tetamu ... beli bahan bahan masakan awal awal, so boleh korang nak bersihkan ayam daging ke apa kan, nak potong dan perap , so time pagi raya, tinggal korang nak masak saja lagi kan ...

mrs pip berjaya juga sediakan sedikit biskut raya (ehsan mr.Husband, rajin dia buat biskut tahun ni) ... bab makanan lain, ada juga kek raya , tahun ni sempat buat kek oren, kek coklat, kek keladi dwi warna, dan kek pandan ... selain tu mr.Husband rancang nak buat sup ayam dan sup cendawan (signature dish mr.Husband) bersama kelupis (nasi pulut yang dikukus dalam sejenis daun yg mrs pip selalu lupa nama daun tu) ...

nak lihat2 resepi biskut raya mrs pip ? bolehlah klik link kat bawah ni ya T_T


5. hehe, ada duit raya tak?

Tips 5 perkara mudah HARUS buat sebelum raya
Tips 5 perkara mudah HARUS buat sebelum raya

kalau yg berniat nak bagi duit raya tu, jangan dipagi raya baru nak cari sampul raya dan duit tukar pula! ni memang nak kena lah ni ... mr.Husband lah pernah buat kerja macam ni ... pagi2 raya tu boleh pula dia tanya mrs pip ada sampul raya tak? nak bagi anak anak buah la ... lepas tu tanya lagi, ada tak duit tukar ?

hiks! nasiblah mrs pip simpan semua sampul raya yang kitorang dapat hasil beli belah kat pasaraya ... ada sesetengah pasaraya suka nak bagi sampul raya percuma kan ... so mrs pip selalu simpan sampul raya free ni kot kot nak guna ... bab tukar duit pula, mrs pip mmg selama ni akan simpan note RM1 dalam wallet khas ... selamatlah mr.Husband pagi tu dapat duit tukaran daripada mrs pip ... 

so, pengajarannya, jangan last minute nak sediakan duit raya ni ... sedialah awal awal, kan senang ...

setakat ni nak berkongsi tips sebelum raya untuk semua ... mrs pip mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin, dan blog akan berehat seketika tanpa sebarang entry untuk memberi laluan menyambut raya ... 

semoga lebaran tahun ni membawa kebahgiaan dan keceriaan kepada semua!

p/s: sumber gambar lain dari pexels dan google

cheers. 

Post a Comment

6 Comments

  1. Perkongsian yang bagus mrs pip.. Bab kemas rumah tu dah settle tinggal nak tukar sarung kusyen je.. Baju raya dah siap gosok.. Baju tak kemas lagi.. Duit raya dah settle.. Kikiki.. Kereta pun insya Allah okay..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai yg busy kerja sampai lupa nak buat persiapan raya ...
      hope raya tahun ni semua sambut dengan penuh gembira ...

      Delete
  2. kemas rumah je belum yg lain onnzzz !

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa kemas rumah last minute... kang kemas awal2 , ada jer yg nak kacau kan...

      Delete
  3. Alhamdulillah semua telah berjaya dilakukan. Selamat hari raya maaf zahir dan batin mrs pip! ^^

    The Hundred Pages | Eyqa Zaque

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.