Resepi Biskut Fruit Mix penuh warna warni

Resepi Biskut Fruit Mix || bila menjelang hari raya, mesti kita busy nak siapkan pelbagai macam jenis biskut raya kan ... kadang2 sampai tak tahu nak buat biskut mana pasal banyak sangat resepi dalam simpanan ... resepi biskut fruit mix ni antara resepi lama dalam simpanan mrs pip, cumanya kali ini diolah dalam sedikit bentuk berbeza ... kalau mengikut resepi asal, biskut ni dibulat2kan macam bola kemudian diletakkan di dalam paper cup kecil yang dicalit sedikit putih telur agar biskut ni melekat dalam paper bag tu sebelum ianya dibakar ... 

tapi tahun ni mrs pip surrender nak buat biskut raya, so semua biskut disiapkan oleh mr.Husband ... mrs pip hanya bagi resepi sahaja ... bila mr.Husband yang buat biskut ni, dia buat style dia ... mr. Husband lebih prefer terap biskut ni, so mrs pip ikut saja ... selain tu, guna resepi asal, biskut ni berperisa oren, tapi mr.Husband cakap "eh, apa salahnya cuba perisa lain pula" .... jadi, bila dah siap buat doh tu, mr.Husband bagi dua bahagian dan tambah perisa lain iaitu perisa durian dan perisa ros ... 

Resepi Biskut Fruit Mix
Resepi Biskut Fruit Mix

jom layan resepi biskut fruit mix ni ... bahan bahan pun mudah saja nak sediakan ...

Resepi Biskut Fruit Mix

Bahan-bahan:-

1kg tepung gandum
700gm planta (terpulang korang nak guna jenama apa)
300gm gula halus (mrs pip kisar gula kasar sehingga halus)
14 sudu besar susu manis
7 sudu besar tepung kastat
200 gram fruit mix kotak (boleh juga ganti fruit mix dengan kismis dan ceri merah hijau)
200 gram roasted almond nibs (pilihan)
15ml perisa ros (atau secukupnya)
15ml perisa durian (atau secukupnya)
pewarna merah dan kuning 

Resepi Biskut Fruit Mix
Resepi Biskut Fruit Mix

Cara Membuatnya:-

1. Campur semua bahan-bahan di atas di dalam besen 

2. Uli semua bahan sehingga doh terbentuk. Sekiranya doh keras, tambah planta sedikit demi sedikit, dan sekiranya doh agak lembut, tambah tepung sedikit demi sedikit, sehingga doh berjaya dibentuk dengan baik.

3. Bahagi doh kepada dua bahagian ... Bahagian A tambah perisa ros dan pewarna merah secukupnya, dan bahagian B tambah perisa durian dan pewarna kuning secukupnya ... ini adalah optional, sekiranya korang nak buat satu perisa sahaja pun boleh, terpulang kepada kreativiti masing masing ... kalau mau perisa oren, letaklah 15ml perisa oren dan parut sebiji kulit oren ditambah ke dalam doh tersebut ...

4. Terap doh tersebut mengikut bentuk kesukaan korang , dan masukkan ke dalam loyang ... 

5. Panaskan oven kepada 180 darjah celcius, api atas bawah, dan bakar biskut antara 15minit - 20 minit , terpulang kepada oven korang .. ada sesetengah oven tu 15 minit dah siap pembakaran, mcm kes mrs pip, kena bakar sehingga 20 minit ...

6. Bila biskut dah siap dibakar, bolehlah disusun di dalam bekas kedap udara. Sejukkan biskut sebelum bekas kedap udara ditutup rapat.

7. Siap!

boleh juga cuba, klik sini >>> Resepi Mudah Biskut Peanut Butter <<<

selamat mencuba.

cheers.

Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:


Info Ibu Hamil 

Info Resepi 

Info Motivasi 

Jom Join Juga Tukar Komen Blog Untuk Bloggers

Post a Comment

4 Comments

  1. Rajinnya...kita tak baper nak rajin buat2 kuih ni...Tambah plak kat rumah mmg tak ada oven, so kita beli siap je la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg rajinnya tu mr.Husband, mrs pip tahun ni kureng sikit nak rajin2 buat biskut ni... rajin makan saja lah...

      Delete
  2. Replies
    1. mr.Husband kalau buat biskut, suka calit calit warna ...

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.