Resepi Mudah Biskut Peanut Butter - Cerita Cinta Surirumah

Saturday, 9 June 2018

Resepi Mudah Biskut Peanut Butter

Resepi Mudah Biskut Peanut Butter || ni biskut pertama in the house yang dibuat oleh mr.Husband dan diikuti oleh beberapa biskut lain kemudiannya ... resepi mudah biskut peanut butter ni , mr.Husband yang tolong mrs pip buat ... mrs pip ni bagi resepi saja, tapi proses meng-cookies ni semua dibuat sepenuhnya oleh mr.Husband ... ekceli, ni salah satu biskut yang mr.Husband suka makan ... kalau mrs pip yg buat, mrs pip just bulat2kan dan kemudian leper2kan ... tapi mr.Husband suka nak buat bentuk mcm dalam gambar di bawah ...

Resepi Mudah Biskut Peanut Butter
Resepi Mudah Biskut Peanut Butter

resepi untuk biskut peanut butter ni, resepi doh tu memang mrs pip guna resepi doh yang mrs pip biasa guna, just add flavor kegemaran saja ...

Resepi Mudah Biskut Peanut Butter

Bahan-bahan:-

1kg tepung gandum
300gm planta (terpulang korang nak guna jenama apa)
300gm gula halus (mrs pip kisar gula kasar sehingga halus)
2.5 sudu teh esen vanilla
1.25 sudu teh baking powder
5 biji telur
400gm crunchy peanut butter (Lady's Choice atau sebarang jenama mengikut kesukaan korang)
sedikit kacang tanah yg digoreng tanpa minyak untuk hiasan 

Resepi Mudah Biskut Peanut Butter
Resepi Mudah Biskut Peanut Butter

Cara Membuatnya:-

1. Campur semua bahan-bahan di atas di dalam besen

2. Uli semua bahan sehingga doh terbentuk

3. Apabila doh berjaya dibuat, bentuk doh mengikut bentuk yang korang suka. 

4. letakkan seketul kacang tanah yang telah digoreng tanpa minyak di atas biskut sebagai hiasan (seperti dalam gambar di atas, atau hias mengikut kreativiti masing masing)

5. Panaskan oven kepada 180 darjah celcius, api atas bawah, dan bakar biskut antara 15minit - 20 minit , terpulang kepada oven korang .. ada sesetengah oven tu 15 minit dah siap pembakaran, mcm kes mrs pip, kena bakar sehingga 20 minit ...

5. Bila biskut dah siap dibakar, bolehlah disusun di dalam bekas kedap udara. Sejukkan biskut sebelum bekas kedap udara ditutup rapat.

6. Siap!

Selamat mencuba.

boleh juga cuba, klik sini >>> Resepi Biskut Simple Susu Nespray

cheers.

6 comments:

  1. nnt raya sy dtg sediakn sebalang ya kuih ni😆😆

    ReplyDelete
  2. Rajin betul mr pip membuat biskut ye.. Comel pula tu bentuknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, mr pip kalau dtg rajin masuk dapur, mmg mrs pip tak boleh nak kacau ...

      Delete