Resepi Biskut Simple Susu Nespray - Cerita Cinta Surirumah

Tuesday, 5 June 2018

Resepi Biskut Simple Susu Nespray

Resepi Biskut Simple Susu Nespray || ceritanya begini, mr.Husband tahun ni semangat sungguh ajak mrs pip buat biskut raya , siap boleh bagi senarai biskut yang dia nak makan ... dan antara biskut yang mr,Husband bgtau dia nak makan ialah biskut susu katanya ... mrs pip tak pernah buat biskut susu , jadi kita google resepi, dan banyak sangat resepi biskut susu ni, sampai pening nak try yg mana satu ... so end up mrs pip buat biskut simple susu nespray versi mrs pip seharusnya mudah nak buat!

Resepi Biskut Simple Susu Nespray
Resepi Biskut Simple Susu Nespray

mrs pip just guna resepi doh yang mrs pip dah biasa guna lepas tu just tabur serbuk susu nespray di penghujung proses membuat biskut ni ... jom lah tengok resepi biskut susu versi mrs pip ni ...

Resepi Biskut Simple Susu Nespray

Bahan-bahan:-

1kg tepung gandum
300gm planta (terpulang korang nak guna jenama apa)
300gm gula halus (mrs pip kisar gula kasar sehingga halus)
2.5 sudu teh esen vanilla
1.25 sudu teh baking powder
5 biji telur
300gm serbuk susu nespray + 150gm gula halus (digunakan untuk menggaulkan biskut nanti selepas biskut dah masak)

nota: kalau korang nak biskut lebih rasa susu, bolehlah masukkan extra 300gm susu nespray / serbuk cerelac susu dalam adunan doh di atas. ada yang suka guna serbuk cerelac, dan ada juga yang suka guna nespray, so pilihan masing masing ...

Resepi Biskut Simple Susu Nespray
Resepi Biskut Simple Susu Nespray

Cara Membuatnya:-

1. Campur semua bahan-bahan di atas di dalam besen

2. Uli semua bahan sehingga doh terbentuk

3. Apabila doh berjaya dibuat, bentuk doh mengikut bentuk yang korang suka. Biasanya untuk biskut susu, selalu orang buat bentuk bulat-bulat leper, tapi mr.Husband rajin nak tekap bentuk ala-ala ikan yang kecil cinonet tu ...

4. Panaskan oven kepada 180 darjah celcius, api atas bawah, dan bakar biskut antara 15minit - 20 minit , terpulang kepada oven korang .. ada sesetengah oven tu 15 minit dah siap pembakaran, mcm kes mrs pip, kena bakar sehingga 20 minit ...

5. Bila biskut dah siap dibakar, masukkan biskut ke dalam serbuk susu nespray yang telah ditambah bersama gula halus tadi dan gaulkan biskut sehingga bercampur sepenuhnya dgn serbuk susu nespray tadi, dan bolehlah disusun di dalam bekas kedap udara. Sejukkan biskut sebelum bekas kedap udara ditutup rapat.

6. Siap! 

boleh juga cuba, klik sini  >>> Resepi Biskut Coklat Ringkas versi mrs pip 

selamat mencuba.

cheers.

11 comments:

  1. wahh rajinnyaa buat sekut..kite thn ni pence kejap...oven rosakkk plak nak raya nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaa oven rosak ? tak pa, boleh jer beli biskut tunjuk :)), nak buat macam mana kan bila oven tak nak kawan dgn kita ...

      Delete
  2. wahhh.. rajinnya kak pip ngan husband :)

    jemput datang ke blog MB https://missbaybeeboo.blogspot.com/ dan join giveaway. TQ^^

    ReplyDelete
  3. senang & comel bentuk biskut tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg comel... husband kak pip la ni, rajin sgt nak buat comel2...

      Delete
  4. Doh yang sama cuma ubah suai sikit je dah jadi biskut lain ye mrs pip.. Comel bentuk ikan tu.. Kikiki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mrs pip malas nak cari resepi lain, so guna ja balik doh yg sama...

      Delete