Resepi Biskut Coklat Ringkas - Cerita Cinta Surirumah

Sunday, 3 June 2018

Resepi Biskut Coklat Ringkas

resepi biskut coklat ringkas || korang dah buat biskut raya tak? tahun ni berapa banyak jenis biskut korang plan nak buat? mrs pip baru ada kelapangan buat biskut raya beberapa hari lepas, itupun atas bantuan ehsan mr.Husband. kalau nak harap mrs pip buat sorang sorang, memang tak panaslah oven mrs pip tu, setakat jadi hiasan di dapur T_T ... tahun ni , mrs pip tak nak buat biskut yang cerewet cerewet, kita buat semua yang simple simple saja ... mrs pip nak share resepi biskut coklat ringkas, yang ni mrs pip olah adunan jadikan ianya ringkas, malas nak letak bahan banyak banyak, I is nak jimat kos ... muehehe.

Resepi Biskut Coklat Ringkas
Resepi Biskut Coklat Ringkas

Resepi Biskut Coklat Ringkas

Bahan-bahan:-

1kg tepung gandum
300gm planta (terpulang korang nak guna jenama apa)
300gm gula halus (mrs pip kisar gula kasar sehingga halus)
2.5 sudu teh esen vanilla
1.25 sudu teh baking powder
5 biji telur
1 bungkus chipsmore 160gm (mrs pip guna hazelnut chipsmore)
2 sudu besar serbuk coklat

Resepi Biskut Coklat Ringkas
Resepi Biskut Coklat Ringkas

Cara Membuatnya:-

1. Kisar biskut chipsmore sehingga halus / separuh halus terpulang kepada citarasa tekstur yang korang kehendaki

2. Campur semua bahan-bahan di atas di dalam besen bersama chipsmore yang telah dikisar

3. Uli semua bahan sehingga doh terbentuk

4. Apabila doh berjaya dibuat, bentuk doh mengikut bentuk yang korang suka.

p/s: mr.Husband gelek doh di atas talam dan terap menggunakan bentuk 'hati' , dan dimasukkan ke dalam loyang pembakar

5. Panaskan oven kepada 180 darjah celcius, api atas bawah, dan bakar biskut antara 15minit - 20 minit , terpulang kepada oven korang .. ada sesetengah oven tu 15 minit dah siap pembakaran, mcm kes mrs pip, kena bakar sehingga 20 minit ...

6. Dah siap bakar, bolehlah dipindahkan ke dalam bekas kedap udara. Sejukkan biskut sebelum bekas kedap udara ditutup rapat.

selain bahan bahan yang mrs pip berikan tadi, korang boleh tambah sekitar 150gm cip coklat dan 200gm  roasted almond nibs ke dalam bahan-bahan untuk menambahkan kesedapan biskut coklat korang (terpulang kepada anda) dan boleh juga tambah hiasan di atas biskut coklat korang mengikut selera masing masing ....

selamat mencuba Resepi Biskut Coklat Ringkas yang mrs pip sediakan .

cheers.

20 comments:

  1. did you just mentioned chocolate!! nakkkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak lagi sedap, jangan lupa letak coklat cair dalam adunan ... muehehe...

      Delete
  2. okey tu mrs pip, rajin gak buat..saya tak baper nak ghajin..nnti balik kampung, beli brownies kat kekny je nak bawak kat mak & mak mertua..hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahun ni mrs pip tak berapa rajin, tp mr.Husband semangat kerajinan dia tinggi ...

      Delete
  3. rajin Mrs Pip..sy ni masih tak buat kuih lagi..mcm tahun2 lepas jugak la..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak rajin mana pun, mr.Husband rajin nak buat biskut tahun ni... mrs pip setakat sedia resepi saja ...

      Delete
  4. Rajin Mrs Pip.. kita tak buat apa-apa pun lagi

    ReplyDelete
  5. Aik pakai chipsmore je? Mudah betul ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak pip malas nak cairkan coklat, letak milo dan sebagainya, so ganti dgn biskut chipsmore sajalah, jimat ...nak lagi sedap, letaklah chipsmore banyak2 ....

      Delete
  6. Perkongsian yang baik sempena nak raya ni! Sedap ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa jak asal ada coklat, sedap bah kunun kan...

      Delete
  7. Replies
    1. ni hasil kerja mr.Husband, kalau mrs pip memang tak rajin nak terap cantik2 mcm ni ...

      Delete
  8. awww sweet buat biskut hati dengan husband. Jeles!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha FJ, sesekali bah romantik2 dgn husband kan ...

      Delete
  9. resepi biskut tp aku igt kek coklat kakak. adui. sdpnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada bah kakak buat kek coklat...
      kek coklat tu hidangan wajib setiap kali raya ...
      tapi kali ni buat kek coklat, kakak kasi kurang gula, kakak kan ada GDM sekarang ...

      Delete
  10. Rajin sungguh encik husband mrs pip. Kalau celup dalam coklat masakan pun sedap tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sepatutnya kena celup dlm coklat masakan, tp mrs pip malas lah sha...

      Delete