hi semua, antara biskut / kudap-kudap hari raya yang mrs pip paling suka ialah batang buruk. Batang buruk ni biasanya disalut guna tepung kacang hijau, tapi ada juga yang guna salutan susu tepung, cuma kosnya agak tinggi kerana susu tepung harganya mahal kan.

Untuk membuat batang buruk ni, kena guna teknik yang betul supaya jimat masa nak buat dan batang buruk akan kelihatan cantik. Yang menariknya, nak buat batang buruk ni, hanya perlu guna tiga bahan sahaja, dan bahan-bahannya sangat mudah didapati di pasaraya mahupun di kedai-kedai runcit.

Resipi Batang Buruk Sedap Guna 3 Bahan Sahaja
Resipi Batang Buruk Sedap Guna 3 Bahan Sahaja

Bahan-bahan batang buruk

  • Kulit popiah (terpulang korang nak buat banyak mana, nak buat banyak belilah kulit popiah saiz paling besar 2 atau 3 pek, kalau nak buat sikit , memadai beli 1 pek kulit popiah saiz besar)
  • Tepung kacang hijau (1 pek tepung kacang hijau 300 gram cukup untuk salut 1 pek besar yang ada 40 keping kulit popiah)
  • Gula halus (mrs pip blender gula kasar sehingga halus, tapi kalau korang malas nak blender gula kasar, boleh beli siap siap gula halus atau gula icing)
  • Telur 1 biji (untuk melekatkan hujung kulit popiah yang digulung-gulungkan nanti)
  • Straw bersaiz kecil
  • Minyak masak untuk menggoreng

Resipi Batang Buruk Sedap Guna 3 Bahan Sahaja
Resipi Batang Buruk Sedap Guna 3 Bahan Sahaja

Ini ialah tepung kacang hijau yang mrs pip guna. Ada banyak brand, mana-mana jenama pun boleh guna asalkan ianya tepung kacang hijau.

Resipi Batang Buruk Sedap Guna 3 Bahan Sahaja
Resipi Batang Buruk Sedap Guna 3 Bahan Sahaja

Cara membuat batang buruk

1. Satu pek kulit popiah (biasanya kulit popiah ni beku dari peti sejuk kan) , dikeluarkan dari peti sejuk, dan dibiarkan seketika pada suhu bilik sehingga kulit popiah tadi boleh diasing-asingkan apabila dibuka dari plastik.

2. Asing-asingkan kulit popiah (ambil dalam 4 - 6 keping sekali) dan gunting kepada beberapa bahagian.
- mrs pip gunting kulit popiah (yang saiz besar tu) secara memanjang kepada 5 bahagian, kemudian setiap 1 bahagian memanjang tadi, mrs pip gunting lagi kasi kecil agak-agak dalam 5 bahagian.
- Gunting semua kulit popiah sehingga habis 1 pek tadi
- Sekarang anda perlu pisah-pisahkan setiap helaian kulit popiah yang sudah digunting kecil-kecil tadi.

3. Selepas kulit popiah sudah dipisah-pisahkan, guna straw berjejari kecil, atau sebarang batang yang panjang membulat untuk anda gulung-gulungkan kulit popiah tu dan gamkan hujung permukaan kulit popiah tu guna telur. Buat sehingga semua kulit popiah siap digulung-gulungkan.


Teknik mudah kerja nak pisah-pisahkan helaian kulit popiah: 
  • Biasanya kulit popiah ni bila keluar dari peti sejuk tu, dan bila kita pisah-pisahkan, kulit popiah tu agak macam basah-basah kan. 
  • Jadi, apabila anda nak pisah-pisahkan helaian kulit popiah yang sudah dipotong dalam saiz kecil-kecil tu , pastikan kulit popiah tu seakan-akan hampir kering, baru senang sikit untuk dipisah-pisahkan.
  • Dan bila hampir-hampir nak kering, kulit popiah ini juga lebih mudah untuk digulung-gulungkan dan gulungan tu akan kelihatan lebih kemas dan cantik.


4. Goreng kulit popiah tadi yang sudah dibentuk di dalam minyak sederhana panas, dan apabila kelihatan sedikit kekuningan boleh angkat dan toskan.

5. Sangai tepung kacang hijau sehingga nampak lebih kekuningan / sedikit coklat (jangan hangus pula)

6. 300gram tepung kacang hijau , mrs pip mix bersama satu setengah cawan gula halus , atau korang boleh rasa sendiri bila mix dengan gula, tepung kacang hijau tu ada rasa manis-manis. Nak lagi manis tambah extra gula dalam tepung yang dah disangai tu ok.

7. Masukkan kulit popiah yang sudah digoreng tadi sedikit demi sedikit ke dalam tepung kacang hijau yang dah ditambah gula, gaulkan sehingga kulit popiah tadi bersalut dengan tepung sekata, kemudian boleh angkat dan letak dalam container.

8. Lagi bagus kalau anda ada senduk yang berlubang seperti yang mrs pip guna , senang nak angkat batang buruk ni masuk container.

9. Dah siap semua kulit popiah digaulkan bersama tepung tadi, dan dimasukkan ke dalam container, maka terhasillah batang buruk sedap menanti untuk anda kudap-kudap sambil tengok drama korea! ekeke.

Anda rasa leceh nak buat? Yes, untuk 1st time buat mesti rasa leceh, tapi bila dah buat beberapa kali, percayalah mesti skill anda buat batang buruk bertambah baik, dan lepas tu anda akan cakap "alah, senang sangat nak buat batang buruk ni, tak susah mana pun" ...

Dan lagi best nak buat batang buruk sedap ini, buatlah bersama ahli keluarga. Buat ramai-ramai , seperti mrs pip buat bersama husband dan anak anak .... Iman dan Amin ditugaskan untuk pisah-pisahkan helaian batang buruk tu, manakala mr.Husband pula tolong mrs pip gulung-gulungkan kulit popiah tersebut.

Selain cepat siap, ianya juga bonding yang baik antara ahli keluarga ...

Selamat mencuba.

cheers.

4 Comments

  1. waa... sedap kak... btg buruk sy buat hari tu pun sehari ja dah habis hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni memang biskut Raya paling kakak suka ... Selalu main beli dengan kawan yg bisnes biskut raya dan kek, tapi sekarang anak anak sudah boleh tolong kakak buat, so ndak lagi perlu beli, buat sendiri jak dengan bantuan anak anak...
      Kakak punya Raya kedua habis licin juga ..

      Delete
  2. selalu tgk FB org share tapi biasa tak guna tepung kcg hijau. saya suka rasa ori batang buruk tepung kacang hijau, ni baru tau boleh buat camni. kenapa lah aku tak terfikir kan 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni bbuat sendiri Jak kan Shirven, senang pun senang .. sini kalau beli yang sudah siap, harga agak mahal, leceh sikit kan mau buat. Tapi kalau buat ramai ramai, sekejap jak siap.

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.