Resipi Biskut Kelapa Rangup Sedap Mudah Buat, Cantik Dibentuk Jejari Kecil

hi semua, resipi biskut kelapa rangup sedap sukatan cawan lebih mudah disediakan dan dibentuk rupa jejari kecil. Biskut kelapa ni mr.Husband yang suka makan, so setiap kali buat biskut kelapa, rajin dia tolong mrs pip bentukkan biskut ni. Kalau mrs pip, buat biskut kelapa rangup ni, hanya buat shape bulat-bulat begitu sahaja, tapi mr.Husband pula suka buat bentuk jejari, katanya lebih enjoy untuk dimakan sebegini. Argh whatever asalkan sedap masuk mulut kan :)

Resipi Biskut Kelapa Rangup Sedap Dan Cantik , Bentuk Jejari Kecil
Resipi Biskut Kelapa Rangup Sedap Dan Cantik , Bentuk Jejari Kecil

Biskut kelapa rangup ni, mrs pip pinjam resipi asal che mat gebu. Sebenarnya, sewaktu mrs pip dulu mula-mula belajar buat biskut raya, mrs pip memang banyak rujuk blog che mat gebu pasal resipi dia mudah nak buat, explaination dia pun senang nak faham, lepas tu gambar-gambar blog che mat gebu pun semua cantik-cantik, memang menggoda nak try buat semua resipi yang dia share kan tu.

Resipi Biskut Kelapa Rangup Sedap Dan Cantik , Bentuk Jejari Kecil
Resipi Biskut Kelapa Rangup Sedap Dan Cantik , Bentuk Jejari Kecil
Jom tengok resipi biskut kelapa yang sedap memikat selera ni. Korang yang suka biskut kelapa, bolehlah cuba resipi yang mrs pip kongsikan (kredit resipi asal dari blog che mat gebu ya).


Bahan-bahannya:-

200 gram tepung jagung Brown & Polson (atau tepung jagung biasa)*
150 gram tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
1 cawan kelapa kering, digoreng tanpa minyak hingga perang dan kisar halus
1 kuning telur gred A
80 gram gula aising
1 camca teh esen vanilla
Mentega secukupnya (kurang lebih 250 gram)
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan
Kelapa kering secukupnya untuk menyalut biskut


Cara membuatnya:-
  • Putar kuning telur. esen vanilla dan gula aising hingga berkrim. Sementara itu gaul rata tepung yang telah diayak dengan kelapa kering yang dikisar halus tadi. Perlahankan kelajuan dan masukkan tepung + kelapa kering kisar sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata (adunan seakan2 serbuk roti).
  • Masukkan mentega sedikit demi sedikit (1 camca besar sekali masuk) sambil diadun hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan. Matikan mesin, bulat-bulatkan doh dan tutup dengan tuala dapur bersih yang telah dilembapkan.
  • Sediakan dulang pembakar. Cedok 1 camca teh adunan doh, bulat-bulatkan dan hias dengan ceri yang telah dipotong kecil. Kemudian golek2kan dengan kelapa kering. Susun dalam dulang pembakar. Buat hingga siap. (mrs pip tak guna ceri since bentuk biskut ni dalam keadaan memanjang)
  • Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C, selama 25 minit atau hingga masak (che mat suka biskut yang garing dan sedikit perang), pusing2kan dulang pembakar selepas 10 minit biskut di dalam oven. Sejukkan biskut atas jaringan dan simpan dalam bekas kedap udara..
Nama lain bagi resipi biskut kelapa sebegini ialah biskut senyum yang ditengah tengahnya (bentuk bulat) ada diletakkan potongan kecil ceri merah.

cheers.

12 Comments

  1. Replies
    1. yang peminat biskut kelapa bolehlah cuba nanti buat.

      Delete
  2. takpernah makan rasanya 🤔 tapi boleh buat ni ubtuk raya hehe

    ReplyDelete
  3. Lama dah tak buat biskut kelapa. Biasa terap. Tapi ni bentuk jejari lagi cepat siap kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni kes husband nak cepat siap lah ni, hehe.

      Delete
  4. sedapnya tengok...haihh..mampu tengok je orang buat...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. next time buat, tunggu baby besar ..hehe.

      Delete
  5. Nampak sedap. Saya tak pernah cuba buat lagi biskut kelapa ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti bolehlah jannah cuba biskut kelapa ni.

      Delete

Post a comment

Previous Post Next Post