30 Best Blogs You Need To Follow in 2021

30 Best Blogs You Need To Follow in 2021 || hi there, bila dah berblogging ni, makin ramai blogger yang aku kenal, dan bila dah kenal makin suka dan terlekat untuk ambil peduli apa yang mereka tulis, dan biasanya blogger yang aku follow adalah mereka yang suka berkongsi pengalaman hidup, menulis resipi (mudah aku buat rujukan bila nak memasak), berkongsi ilmu blogging, dan juga review produk yang mereka guna pakai.

Hari ni aku nak share Malaysia Lifestyle Best Blog You Need To Follow In 2021. Banyak sebenarnya blogger hebat-hebat di Malaysia ni tau, memang kalau nak tulis satu-satu, tak mampu gitu.

Jadi, aku listkan antara kengkawan lifestyle bloggers di bawah ni, hope korang boleh enjoy blog mereka ya. Kalau nak tahu details lebih lanjut, kenalah terjah blog mereka satu-satu.

30 Best Blogs You Need To Follow in 2021



Jom kenali 30 Best Blogs You Need To Follow in 2021

Tetapi sebelum tu, aku nak perkenalkan diri aku juga. Manatau ada yang pertama kali terjah blog mrs pip kan. jadi jomlah berkenalan ...

Mrs Pip (www.mrspip.com)
  • Sabahan Blogger
  • Mommy with 3 boys
  • Ex-QAQC Engineer (Road & Building Construction)
  • Ex- Resource Personnel (Privatization 5 Hospital Support Services)
  • Fulltime housewife , part-time blogger
  • Suka layan KDrama, suka makan cookies dan kek
  • Menulis blog sejak tahun 2015
  • Berangan mahu merentas Asia dan Eropah melalui keretapi! Woha.
  • Berusaha hidup tanpa hutang
  • Suka berkongsi resipi mudah, idea, tips dan info di blog
  • Berblogging menjana pendapatan sampingan melalui content writing / advertorial / collaboration 

1. Siti Awadah www.sishawa.com

Sis Hawa ni antara blogger yang aku suka follow dan aku banyak belaar perbaiki penulisan blog. Dia juga adalah Founder Bite Media Consultant, dan dikenali sebagai BITERS, blogger yang bernaung di bawahnya belajar dan berkongsi ilmu berblogging.

Blog Sis Hawa mengetengahkan blog berkaitan lifestyle, parenting dan ilmu blogging. Ibu kepada 6 anak. yang memperolehi pendapatan melalui income Adsense dan menulis menggunakan skill SEO.


2. Eyqa Hasnan www.eyqahasnan.com

Blog berusia 11 tahun, mula berblogging pada 2012.

Blog lifestyle, tips dan personal.

Berkeyakinan dalam pelbagai bentuk untuk membina networking bersama.


3. Ardini Humaira www.ilhamdini.com

Blog lifestyle, beauty, personal, tips, parenting, review, dan masakan sejak tahun 2008.

Dini berhenti kerja untuk menjaga keluarga. Sama macam kes aku juga, berhenti kerja demi untuk membesarkan anak anak sendiri kerana kurang keyakinan untuk hantar anak ke pusat jagaan.

Well pilihan masing-masing, asalkan kita happy dengan keputusan yang dibuat oleh diri sendiri.


4. Azlinda www.azlindaalin.com

Berkongsi menulis pengalaman travel, food, personal, beauty.

Selain itu, beliau seorang jururunding insurance, so yang nak dapatkan khidmat nasihat nak beli insurance, atau memang perlukan insurance, silalah cari Azlinda ya. 

Trusted dan selalu jadi top achiever in her team ya.


5. Nabiha Mohd Mashut (Bie Mohd) www.biemohd.com

Blog Inspirasi Ibu bekerjaya yang menjadi wanita sibuk dalam karier & bisnes tetapi bijak mengatur masa untuk hobi DIY, kerja kreatif dan aktiviti-aktiviti bersama keluarga.

Menulis blog sejak 2006.


6. Wan Rokiah (Wawa) www.mommywawa.com

Blog masih muda, baru menulis tahun 2020, tapi korang boleh terjah dan cari resipi menarik kat blog Wawa.


7. Chaza Xiaojieo www.cxopportunities.com

Blog Lifestyle, parenting mommy yang suka dan mahu bekerja dari rumah sambil membesarkan serta mendidik sendiri anak mengaji membaca. 

Suka berkongsi pengalaman dan review tentang sesuatu secara jujur dan ikhlas. 

Niat utama blogging adalah untuk bagi peluang dekat diri sendiri dan orang lain supaya sama² menambah ilmu walau dimana jua tak kira siapa dan usia.


8. Nurul Aleya (apakatamommy) www.apakatamommy.com

Blog parenting, berkongsi pengalaman breastfeeding, tips menyusukan anak sehingga 2 tahun dan resepi menggunakan air fryer.

Kita pun guna air fryer, tapi tak banyak resepi yang mrs pip tahu. Bolehlah belajar resipi air fryer kat blog Aleya ni.


9. Yaya Azura www.yayaazura.com

Blog lifestyle, parenting dan personal. 

Banyak berkongsi pelbagai tips dan resepi masakan. 

Part time blogger yang menjadikan blog sebagai medium untuk menambah pendapatan.


10. Sii Nurul www.siinurul.com

6 tahun bermula 2015

Blogger sepenuh masa yang suka berkongsi tentang kerjaya sebagai blogger. 

Menulis pelbagai infomasi seperti kerjaya, tips & panduan, dan pengalaman blogging.

Blog  Sii Nurul ni antara blog yang mrs pip suka baca, banyak mengajar tentang pengalaman berblogging.


11. Bonde Zaidalifah www.bondezaidalifah.com

Blog mengenai lifestyle travel, resepi, review novel, review drama, review produk kecantikan dan produk kesihatan, review hotel, review restoran ada juga kongsikan tentang pengalaman sendiri.


12. Abang Rock www.abangrock.com

4 tahun, bermula Mei 2017

Blog lifestyle dari pandangan seorang lelaki dan suami. 

Berkongsi kisah semasa dan panduan tentang kehidupan, gaya hidup lelaki, perhubungan dan perkara berkaitan Islam.

Sesekali mrs pip terjah blog Abang Rock ni. Nak ngorat awek dan perlukan tagline? Cuba intai-intai kat blog cik abang ni, mesti jumpa. Ekeke.


13. Marina Bashah www.marinabashah.com

2 tahun bermula Feb 2019

Ibu kepada 3 orang anak dara. Ibu yang bekerjaya. mula berblog pada tahun 2010. Tapi on off on off. 

Blog lama pun dah delete. Bergiat aktif balik pada tahun 2019 dengan blog yang baru dan masih belajar mempraktikkan menulis blog dengan skill SEO. 

Suka sharing tentang travel, hotel dan tempat makan. 

Suka juga sharing tentang parenting. kisah pembelajaran anak-anak.


14. Messarah www.messarah.com

Seorang beauty blogger, peminat tegar local skincare (#supportlocal) berumur 20an yang suka menulis tentang skincare tips (beauty), banyak menghabiskan masanya di Twitter, gemar menonton Netflix dan anime, dan adakala berkongsi hasil lukisannya di instagram @/saraewyd


15. Annur Syuhadah annursyuhadah.com

Perkongsian pengalaman, tips dan trik hidup sebagai pasangan suami isteri jarak jauh, dan membesarkan 3 orang anak sendirian sejak dari mula. 

Perkongsian paling hangat sambutannya adalah mengenai sejarah membesarkan bayi pramatang, masalah penyusuan dan perancangan keluarga.


16. Fadzi Razak www.fadzirazak.com

Blog Malaysian Family Lifestyle termasuk tentang kekeluargaan, parenting, resipi, travel, organization, how to, tips dan review.

Fadzi kini menetap di Australia bersama keluarganya.


17. Zati Salim www.zatisalim.com

Blog lifestyle , berkongsi tentang isu semasa, tips, resepi, tutorial blog.


18. Hawa Hassan www.hawahassan.com

Blog lifestyle. Perkongsian tentang 'home organizing', projek DIY, laman, resipi mudah serta pelbagai tips dan panduan jana income dari rumah.


19. Farhana Jafri https://www.farhanajafri.com/

12 tahun bermula 2009

Blog Entertainment. Part-time blogger berkongsi Movie/Drama/Telemovie/Lagu review especially Bollywood. Pernah menulis untuk iflix dan KRU Music. 

Update niche lain juga seperti lifestyle, fashion, tips & tutorial dan personal.

Suka baca semua revies entertaintment yang Farhana tulis, detailed dan menarik.


20. Zaza Azman www.zazaazman8.com

Blog Lifestyle, Food, Beauty and Parenting. Lebih selesa dengan Bahasa Inggeris utk berblog. 

Suka review makanan, tempat2 best, barang2 kecantikan. Full Time housewife / part time blogger.


21. Zayn Hakeem www.dakwatpena.com

Blog khusus tentang peosidur perundangan syariah di Malaysia


22. Azhafizah www.azhafizah.com

Perkongsian tentang resepi mudah, tanaman, dekorasi rumah, drama & movie, muzik, tempat-tempat menarik, isu semasa, tips & tutorial blog dan banyak lagi.

Gambar fizaphotography kat blog dia, semua cantik cantik. Rasa macam mrs pip tengah baca majalah bila tengok gambar kat blog Fiza ni. Serius cantik.


23. Aida Hanafiah https://www.adianiez.com/

Perkongsian tentang aktiviti keluarga, kisah anak-anak bertiga, resepi dan menu harian, dekorasi rumah dan berkebun. 

Sesekali berkongsi tentang percutian, tempat menarik dan tempat makan yang best.


24. Siti Rohaida https://kisahsidairy.com

Ibu kepada 2 orang anak perempuan, berkongsi cerita tentang kekeluargaan, kecantikkan dan apa jua yang rasa ingin dikongsi.

Menjadikan blog sebagai sumber pendapatan sampingan yang paling disukai.


25. Norhana Rosmida www.hannamaruku.com

Ibu kepada 2 orang anak, sorang HR practitioner di pejabat dan part time blogger. 

Hobi suka menulis dari zaman University dan banyak blog pasal resipi, travel dan anak-anak. 

Seorang Young Living Distributor juga, suka share pasal pengalaman sendiri guna natural remedies untuk wellness anak-anak.


26. Sharina (opzzpinky) www.opzzpinky.com

Dahulu blog tempat meluah, sekarang jadi tempat mengaut rezeki.

Alhamdulilah, lifestylelogger, berkongsi ilmu, pengalaman dan pelbagai tips.

Now dah ada bisnes homemade popiah. Mesti sedap.


27. Bella Jamal www.bellajamal.com

I writes about a wide variety of reviews and information about food, pet and travel. 

Product reviews are provided for the public to read about and you can check out some tips from the home-cooking recipes.


28. Alia Farhan Said www.aliafarhan.com

Mom with two princesses who love to travel with her little family., either in Malaysia or outside from Malaysia.

Blogging since 2008.


29. Fuzy Rahamah Hamid www.iamfuzy.com

A personal lifestyle blog sharing travelogue posts, favorite recipes, books, some tips, reviews, and some advertorial post for products that I love.


Korang ada yang dah follow blog mereka? Yang tak follow lagi, silalah sudi follow ya.

Semoga perkongsian bermanfaat.

cheers.

Post a Comment

2 Comments

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.