Kenali 26 Best Mommy Blogger Malaysia 2021 Best Untuk Follow

Kenali 26 Best Mommy Blogger Malaysia 2021 Untuk Follow || hi there, ini antara mommy blogger Malaysia yang korang boleh follow. 

Sebenarnya, sangat-sangat ramai mommy blogger yang berada di Malaysia, dan memang tak menang tangan kalau nak dikira semuanya.

Dan senarai ini hanyalah sebahagian antara mereka. Yang pasti, setiap mommy blogger sangat memberikan inspirasi di antara satu sama yang lain. Dan seronok bila kita ada circle yang positif dan boleh support each other.

 
Kenali 26 Best Mommy Blogger Malaysia 2021 Untuk Follow


Tapi sebelum itu, jom aku perkenalkan diri dulu, semoga merapatkan ukhwah sesama kita.

Kalau yang belum mengenali mrs pip:-

  • blogger berasal dari Sabah, 
  • berbintang Aquarius , suka warna putih
  • berusia di awal 40-an
  • pernah bekerja sebagai jurutera kualiti dan resourse personel
  • mommy kepada 3 anak lelaki
  • suka layan KDrama , makan cookies dan kek
  • seorang yang takut gemuk, namun dalam fasa mengalami body overweight
  • berfikiran realistik dan simple minded
  • mahu travel keliling dunia, tapi seorang yang tidak suka naik kapal terbang

mommy blogger pula, korang macam mana? jom kongsi identiti diri korang pula!


Kenali 26 Best Mommy Blogger Malaysia 2021 Untuk Follow 


1. Siti Awadah www.sishawa.com

Seorang suri rumah anak 6, dan berblog sepenuh masa. Mula membangunkan blog pada tahun 2017, dan kini menjana pendapatan secara tetap melalui Google Adsense dan juga Innity di samping melakukan servis edit bog dan menulis konten artikel secara SEO.

Antara blogger yang aku memang kagum sangat. Hebat mak anak 6 ni tau, selain tulis blog, dia bangunkan kelas BIters untuk berkongsi pengetahuan dia mengenai ilmu blogging.

2. Ardini Humaira www.ilhamdini.com

Seorang yang diuji dengan keguguran sebanyak 5x.

Akhirnya memilih untuk berhenti kerja untuk keluarga ketika mengandung anak kedua (selepas 5x keguguran), minat menulis sejak zaman sekolah.Dini pun macam aku lah juga part buat blog sekadar suka suka.

Bermula pada tahun 2008, tulis blog ala dairi, dan kemudian serius berkecimpung dalam bidang blogger sejak 2010.

Semoga Dini sentiasa sukses.

3. Nabiha Mohd Mashut www.biemohd.com

Blog Bie Mohd bermula dengan perkongsian sebagai BRIDE-TO-BE, hingga MAMA-TO-BE kepada 3 orang cahaya mata yang masih suka dengan aktiviti DIY bersama keluarga dan anak-anak untuk menjimatkan kos.

Mula menulis blog pada tahun 2006, dan berharap dapat menjadikan penulisannya inspirasi kepada ibu bapa diluar sana yang sedang mencari idea untuk aktiviti DIY (hari jadi, akikah,dll) untuk anak-anak mereka.

4. Lea Razali www.eksplorasilea.com

Ibu kepada 2 orang anak, suri rumah dan mula ingin jana pendapatan melalui blog.

Menulis blog pada tahun 2013, dan kini blog Lea sudahpun berusia 7 tahun.

Blog berkongsi resipi, travelog, info-info kesihatan dan panduan blog.

5. Azlinda www.azlindaalin.com

Mummy kepada 3 orang anak.

Bekerjaya sebagai financial consultant AIA, business online dan menulis blog sebagai hobi bermula pad atahun 2012.

Seorang yang pentingkan keluarga, gemar habis kan masa lapang dengan aktiviti bersama keluarga.

Kalau korang perlukan nasihat untuk mendapatkan insuran, sangat-sangat sesuai korang dapatkan khidmat nasihat Azlinda Alin.

6. Fuzy Rahamah Hamid www.iamfuzy.com

Umi kepada 6 anak, surirumah sepenuh masa.

Mulanya menulis di blog sebagai diari berkongsi pelbagai cerita, kisah kehamilan, tugas sebagai agen pelancongan, resepi masakan dan mengambil upah sebagai penulis upahan, penulis konten dan pegawai media sosial (PMS).

Semuanya bermula pada tahun 2006. Dan kini, dia antara mommy blogger yang berjaya menjana pendapatan bersama Google Adsense. Syoknya.

7. Mamy Syu annursyuhadah.com

Mamy Syu merupakan antara mommy blogger Malaysia.

Ibu kepada 3 orang anak. Naufal, Nufael dan Hawraa. Dan mula menulis pada tahun 2012.

Syu berkongsi pengalaman menjaga anak sendirian kerana PJJ dengan suami. Tak lokek berkongsi tip penyusuan susu badan, review, resepi serta lifestyle suami isteri jarak jauh. (PJJ selama 9 tahun).

All the best Mamy Syu, sememangnya bukan mudah nak PJJ dengan anak anak lagi masih kecil kan.

8. Alia Farhan Said www.aliafarhan.com

Memilik 2 puteri yang cantik cute. Suka memasak dan melancong.

Kalau dulu berblogging pada tahun 2008 hanyalah untuk suka suka, dan juga meluahkan perasaan kerana stress belajar.

Tapi kini berblogging untuk berkongsi maklumat berguna, tak gitu Alia? 

9. Wan Rokiah (Wawa) www.mommywawa.com

Ibu kepada seorang anak. Surirumah sepenuh masa, dalam masa yang sama jana income bersama shaklee dan adsense. 

Juga seorang youtuber @wanrokiahwanismail & @vitaminwawa.

Wah hebatnya Wawa, all in one dia buat.

10. Chaza Xiaojie www.cxopportunities.com

Mak kepada tiga orang anak. Mommy blogger sepenuh masa, menulis pada tahun June 2011.

Suka sangat menulis sejak kecil. 

Azam sejak muda untuk dapat bekerja dari rumah sambil mendidik sendiri anak membaca dan mengaji.

Wah hebatnya azam dia, semoga berjaya dan dipermudahkan. Amin.

11. Nurul Aleya (apakatamommy) www.apakatamommy.com

Mommy kepada seorang anak. Sebenarnya sudah lama jadi blogger, 10 tahun yang lepas dengan blog www.secantikmanis.com. 

Selepas tamat pengajian, mula bekerja blog pun semakin tertinggal. Tetapi minat menulis sentiasa ada, cuma tiada masa. 

Bila mula berpindah ke Jb, terus join JDT blogger dan buat blog baru. Start baru dengan niche lebih kepada mommy blogger dan resepi pada Mac 2020.

12. Nora (Izarra) www.ummizarra.com

Mak kepada 3 orang cahaya mata. Bekerja di sektor kerajaan (sekolah), asal ada blog suka2 update kisah peribadi, madah, dan macam dairy, dan sekarang banyak entri pelbagai perkongsian. 

Dulu aktif join event tapi bila dah berpindah blog pun kurang update. Ssebab masih sayang pada blog maka masih ada www.ummizarra.com

13. Ciktom www.ciktom.com

Ibu kepada sepasang cahaya mata. Dan merupakan penulis blog sepenuh masa.

Pada awalnya,  berblog banyak share tips, tutorial blogging & cara buat duit online. Dan sekarang lebih banyak create awareness pasal parenting, homeschooling & emas sebagai hobi. 

Mula berblog pada tahun 2010.

14. Yaya Azura www.yayaazura.com

Ibu kepada 2 orang anak lelaki. Mula membuat blog sebagai diari menceritakan hal anak-anak dan kemudian mula menjadikan blog sebagai medium untuk menambah pendapatan.

Membuat blog memang kalau rajin update share tips, ramailah yang datang dan lagi best sesiapa pun boleh bangunkan blog. 

15. Rozita www.ceritaita.com

Ibu kepada 5 orang anak, 4 lelaki 1 perempuan.

Bekerja sebagai pegawai veterinar di sektor kerajaan, suka membaca dan menulis sejak dari zaman sekolah.

Menulis blog bermula pada tahun 2008 sebagai hobi. Menulis semua cerita pengalaman hidup, kisah suka memasak dan mencuba resepi baru, pengalaman membesarkan anak-anak terutamanya melibatkan penyusuan susu ibu dan penyakit yang dihadapi anak-anak.

Selain itu, suka juga berkongsi kisah travel dengan perkongsian tempat yang diinap semasa bercuti, tempat makan best dan tempat menarik untuk dikunjungi.

16. Bonde Zaidalifah www.bondezaidalifah.com

Bonde kepada seorang puteri, 

Mula menulis blog pada tahun 2010 , berkongsi mengenai lifestyle travel, resepi, review novel, review drama, review produk kecantikan dan produk kesihatan dan juga fesyen

17. Meksah www.meksah.com

Ibu kepada seorang anak lelaki berumur 3 tahun. 

Kerjaya di Sektor Swasta dalam bidang Essential Services. 

Mula membina blog pada Jun 2020 untuk berkongsi informasi dan pengalaman.

18. Fadzi Razak www.fadzirazak.com

Fadzi merupakan mak kepada 2 orang anak lelaki, Aneeq dan Anas. Mommy blogger Malaysia yang kini menetap di Sydney, Australia tapi dalam hatinya Malaysia tetap tanah tumpah darahku. 

Mula menulis pada tahun 2014, berkaitan dengan family lifestyle. Suka berkongsi tentang tempat makan menarik, tempat menarik, resepi, info dan tips untuk suri rumah. 

Selain menulis di blog, Fadzi juga suka berkongsi tentang pengalaman dan perkara menarik di Australia di fb.com/fadzirazak. 

Seorang yang pendiam tapi bila menulis, tak boleh berhenti. Bekerja sebagai freelance writer sambil jaga anak-anak di rumah,

19. Maesarah www.mysarahstories.com

Mama anak 3. 

Asalnya menulis blog sekadar suka suka dan update tentang penyusuan anak, then jadi blog bisnes kejap. Kini berkongsi kisah hal kehidupan dan persekolahan anak-anak.

20. Atul Hamid www.atulhamid.com

Merupakan ibu kepada sepasang cahaya mata. 

Menulis blog untuk perkongsian mengandungi topik berkaitan business, kecantikan, kesihatan, lifestyle, dan personal sejak 2016.

21. Zaza Azman www.zazaazman8.com

Tahu blog Zaza ni start awal tahun lepas kalau tak silap. 

Kembali berblog setelah 12 tahun berhenti. Mengguna samaran sebagai Mama monsta, mama utk sepasang anak-anak monsta comel. 

Full Time housewife, part time blogger. 

Blog berbahasa Inggeris. Blog lifestyle yang mengisarkan perkembangan anak-anak.

22. Marina Bashah www.marinabashah.com

Ibu bekerjaya kepada 3 anak dara. 

Menulis blog pada tahun 2019, selalu berkongsi mengenai persekolahan anak, tentang program sekolah anak, aktiviti pembelajaran di rumah dan kelas online yang dihadiri oleh anak-anak

23. Aida Hanafiah www.adianiez.com

Ibu kepada 3 orang anak yang sempurna. 

Bekerja sepenuh masa. 

Menulis blog secara separuh masa untuk berkongsi kisah hidup berkeluarga, aktiviti keluarga, bercuti ke sana ke sini, dekorasi dan susun atur rumah serta isu semasa. 

Suka menulis blog sejak tahun 2009 kerana ia satu cara meluahkan rasa dan idea dari kacamata seorang wanita, ibu dan isteri.

24. Siti Rohaida www.kisahsidairy.com

Ibu kepada 2 orang anak perempuan, berkongsi cerita tentang kekeluargaan, kecantikkan dan apa jua yang rasa ingin dikongsi.

Menulis sejak tahun 2010, dan menjadikan blog sebagai sumber pendapatan sampingan yang paling disukai.

Selain itu, kalau korang nak tahu, dia salah seorang leader menjual produk buku dan permainan pendidikan kanak-kanak. 

So nak beli buku tambahan anak-anak, boleh cari Siti Rohaida juga ok.

25. Norhana Rosmida www.hannamaruku.com

Ibu kepada 2 orang anak.

Bekerja sebagai seorang HR practitioner di pejabat dan part time blogger. 

Hobi suka menulis dari zaman universiti 2007, dan berblog berkaitan resipi, travel dan anak-anak. 

Seorang Young Living Distributor juga, suka share pasal pengalaman sendiri guna natural remedies untuk wellness anak-anak.

26. Sharina (opzzpinky) www.opzzpinky.com

Ibu kepada sepasang anak, edan eshal.

Dahulu blog tempat meluah, sekarang jadi tempat mengaut rezeki hihi, 

Alhamdulilah, lifesytle blogger, berkongsi ilmu, pengalaman dan pelbagai tips.

Menulis sejak tahun 2010. Bukan ibu biasa, Sharina juga menjalankan bisnes menjual karpet masa kini, so gais yang nak beli karpet tu, pi serbu Sha minta tengok pilihan karpet dia. 


Jadi, sekianlah senarai 26 best mommy blogger Malaysia 2021 yang best untuk korang follow. Memang setiap satu sangat unik dengan perjalanan hidup yang berbeza-beza, dan ramai mommy blogger suka share hal-hal berkaitan anak-anak dan gaya hidup.

thanks for reading.

Dah lawat mommy blogger di atas tak? hope korang sudi follow blog mereka semua dan to all mommy bloggers, keep updating your blog, and all the best for this 2021.

cheers.

Post a Comment

6 Comments

  1. Ramai lagi yang saya tak kenal dalam list ni kak pip. Boleh la blogwalking nanti

    ReplyDelete
  2. Seronok baca, secara tak langsung boleh kenal kenal.

    ReplyDelete
  3. Best dan Menarik List Mommy Blogger ni..

    ReplyDelete
  4. Masing-masing ada jalan cerita sendiri, seronok baca pengalaman orang...

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.