Doa sajalah yang baik baik , berhentilah mengutuk & membawang - Cerita Blog Mrs Pip

Friday, 26 April 2019

Doa sajalah yang baik baik , berhentilah mengutuk & membawang

hi there, salam jumaat, hari yang indah di antara banyak banyak hari ... anak anak mrs pip since minggu lepas sakit, Iman n Amin terpaksa cuti seminggu sekolah last week .. kali ni Iman sakit agak merisaukan .. Ahad lepas 14.04.19 Iman start sakit, dia punya muntah muntah n cirit birit mmg di luar jangkaan, selera makan dia pun mmg out ... Amin pula batuk dan selesema sehari kemudian lepas Iman sakit ... dan sehari lepas Amin batuk n selesema teruk, Nami pula start demam ... Oh tidak!

Iman kalau demam , dia punya tahap cranky mmg boleh tahan hebat ... Amin pula chill ja , baby Nami pula asyik nak dukung sentiasa ... dan mrs pip kena layan semua anak anak yg sakit ni sorang2 coz mr.Husband not around, dia kerja, but I am ok, boleh jak handle , lgipun sesekali MIL tolong layan karenah Iman ...

selain anak anak demam, terkejut jg dengan berita pengeboman terancang pada hari Easter di Sri Lanka menyebabkan lebih 350 nyawa terkorban .. ouch! it hurts my heart . Salam takziah utk keluarga mangsa.

dan gempak juga cerita PU Abu Sufyan menceraikan isteri dia yang sedang hamil kerana ingin berkahwin dengan wanita lain ... hurm, dan ramailah yang bagi komen, kritik, membawang dan das das peluru berpandu kepada pencetus ummah si Abu Sufyan ni ...

mrs pip pada asalnya mmg agak terkilan juga lah kan why la dia ni ceraikan wife dia time preggy, bukan haram eh? tapi jgn terus menghukum, cari kepastian dulu ... Ooo tak haram menceraikan isteri ketika isteri mengandung ... cuma still upset , kenapa time isteri tengah kandungkan zuriat awak, sampai hati awak ceraikan dia? kerana perempuan lain? 

tapi, once again, jangan cepat salahkan satu pihak sahaja hanya kerana kita bersimpati dgn pihak sebelah lagi ... yes, dia preggy dan yes husband dia kawin lain lagi san ceraikan dia, tapi kita tak tahu pun cerita terperinci apa masalah rumah tangga dorang kan ... 

dan, bukankah masalah rumah tangga tidak elok dikongsi dgn orang ramai apatah lagi hal2 suami isteri ni kalau boleh aib pasangan kita, biar kita saja yg tau .. kunci rapat2 aib tu so that Allah jaga aib kita juga.

hal suami isteri, kalau dah tk boleh tahan, bincang dgn pihak yang sepatutnya spt mak bapa kita , adik beradik, org yang baik akalnya yg boleh bagi nasihat yang elok, bukan kau nak share kat umum, lagi2 bila kau orang ni dikenali ramai ...

once dah satu pihak up status masalah rumah tangga, habislah .... maka berduyun duyunlah manusia start mengkritik, membawang dan maybe boleh sampai tahap memfitnah ... minta dijauhkan Allah hal sebegini ...

aku bukan nak sokong tindakan si PU atau cara bekas isteri dia berkongsi maklumat masalah rumah tangga dia pada umum, tapi impak pada orang yang membaca, mentafsir dan menterjemah cerita yg cuba disampaikan tu sampai boleh buat kita ikut serta membawang dan memfitnah, memang tak elok kan. 

doa sajalah yg baik baik utk mereka ... Qada dan qadar dah tetapkan jodoh mereka singkat, dan maybe hidup mereka masing2 lebih baik selepas berpisah, masing2 lebih murah rezeki dan happy (think positive), who knows kan except The Almighty kan ...

lepas tu, terkejut dgn penampilan aktres Fathia yang menanggalkan hijab ... kita tidak tahu apa yang dia sedang lalui, tahap depresi dia mcm mana, sokongan moral keluarga dia ada atau tiada, we never know melainkan kita ni mmg akrab dgn dia ... 

berhenti kecam , berhenti acah acah jadi hakim as if like kau lah yang paling win utk jatuhkan hukum ... just doakan yang baik baik saja untuk Fathia ... 

please, be someone good in this cruel society .. kalau tak mampu nak bersangka baik , at least keep the mouth shut , and yes your hand as well from typing and publish not-so-manner-words , korang maybe akan buat orang lain sakit hati ... tak risau ke kat akhirat nanti habis pahala korang terpaksa diberikan pada orang yg kau sakiti ? 

opps, panjang pula membebel ni, tapi apapun let's be a good ummah ... mrs pip share 3 doa penting ketika sujud terakhir dalam solat, semoga bermanfaat ...


maaf tau kalau pendapat kita tak serasi.

have a great weekend.

cheers.

8 comments:

  1. Betul tu, Kak Pip. Perkara terbaik yang dapat kita buat ialah mendoakan yang baik-baik untuk mereka. Kita tak berhak untuk menghakimi mereka sebab kita tak tahu secara terperinci tentang apa yang sebenarnya terjadi. Semoga semuanya baik-baik sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, doa jak yg baik baik, semoga urusan hidup kita semua dipermudahkan Allah dan sentiasa dlm redha Allah. Amin.

      Delete
  2. boleh ceraikan isteri tengah ngandung mrs.pip cuma edahnya panjang sikitlah dr eddah cerai biasa. kita doa yg baik2 je la kan, nk ckp lebih2 itu rumahtangga orang cuma mcm mrs.pip juga la, terkilan tu ttap juga ada... sbb fikirkan baby huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg terkilan kan, kesian baby dlm perut, tp tu lah, maybe ada hikmah yg baik buat mereka kenapa perceraian berlaku kan .. Semoga si ibu tabah melalui fasa perceraian .. Mmg besar ujian buat si ibu tu kan..

      Delete
  3. Nitizen sedih terkilan& usaha bela nasib ex wife pu abu tu. Kalau kita kena or kena kawan terdekat pun akan marah. Point utama nitizen marah sebab Pu Abu curang sedangkan isteri tengah sarat mengandungkan anak dia T_T


    Jemput blogwalking ke blog saya :)

    ReplyDelete
  4. Saya pun berpendapat tidak sesuai gunakan media sosial untuk selesaikan konflik dalaman rumah tangga. Mengundang lebih banyak perkara buruk. Tapi, itu hak masing-masinglah.

    Semoga putera-putera Mrs. Pip dikurniakan kesembuhan sepenuhnya.

    ReplyDelete
  5. Amin.. semoga kita dijauhkan dari golongan sebegini..

    ReplyDelete
  6. Betul tu..kita doa yang baik² aja dan moga kita dijauhkan dari peekara macam ni..
    Kalau sudi follow back naa..😊

    ReplyDelete