MrsPipDotCom: It's Friday
News Update
Loading...
Showing posts with label It's Friday. Show all posts
Showing posts with label It's Friday. Show all posts

Friday, 6 March 2020

Wanita, seorang pencinta yang hebat untukkmu Lelaki

Wanita, seorang pencinta yang hebat untukkmu Lelaki

hi there, berbuat baiklah kepada wanita kerana sesungguhnya mereka diciptakan dari tulang rusuk dan sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok adalah rusuk yang paling atas. Maka, perlakukanlah setiap wanita dengan baik.




Jelas menunjukkan bahawa Islam amat memuliakan kaum wanita. Bagai mutiara yang mahal harganya, begitulah perumpamaan bagi seorang wanita muslimah yang perlu dipelihara sebaiknya.
Islam datang membawa rahmat kepada kaum ini, iaitu dengan memperbaiki keadaan mereka yang dahulunya dianggap remeh oleh kaum lelaki.
Jika dahulu, pada zaman jahiliyah kaum wanita dianggap sebagai musibah.

Bahkan, mereka sanggup menanam hidup-hidup anak perempuan mereka dek kerana malu memilikinya pada zaman itu. Inilah antara perbuatan buruk yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah dahulu.

Hal ini seperti yang diceritakan dalam firman Allah swt yang bermaksud;
“Apabila salah seorang dari mereka diberi khabar gembira dengan kelahiran anak perempuan, menjadi merah padamlah wajahnya dalam keadaan menahan amarah. Dia menyembunyikan dirinya dari orang ramai kerana buruknya berita yang disampaikan kepadanya. (Dia berfikir) apakah dia akan memeliharanya dengan menanggung kehinaan atau menguburkannya hidup-hidup di dalam tanah? Ketahuilah alangkah buruknya apa yang mereka tetapkan itu.”
An-Nahl: 58-59
Namun, setelah Islam datang melalui Baginda Nabi SAW, martabat kaum wanita ini diangkat naik menjadi satu anugerah yang tidak ternilai harganya.

Mengapa perlu berbuat baik kepada wanita? Ini kerana Islam amat memuliakan golongan ini. Terdapat beberapa fasa yang membuktikan bahawa Islam amat menghargai dan memelihara golongan ini, antaranya ialah

1# Ketika Bayi

Benar, Islam menganjurkan umatnya untuk memuliakan wanita sejak usianya masih kecil, dan turut mencela perbuatan orang jahiliah dahulu kala yang menguburkan anak perempuan mereka hidup-hidup setelah mereka dilahirkan.


Rasulullah saw bersabda,
“Sesungguhnya Allah swt mengharamkan ke atas kalian berbuat derhaka kepada ibu-ibu kalian, mencegah dan meminta serta menanam anak perempuan hidup-hidup.”
Hadis riwayat Bukhari no.5975 dan Muslim no.593
2# Pada Usia Kanak-Kanak Dan Sebelum Baligh

Usia kanak-kanak dan sebelum baligh amat menguji kesabaran kedua ibu bapa. Ini kerana pada fasa ini mereka masih memerlukan kedua ibu bapa atau penjaga untuk menguruskan hidup mereka. Juga, pada usia ini mereka akan banyak karenahnya.

Tahukah anda, sesiapa yang sabar menguruskan anak perempuannya turut beroleh ganjaran syurga? Hal ini seperti sabda Rasulullah saw yang bermaksud;
“Barangsiapa yang mempunyai tiga orang anak perempuan, dia melindungi, mencukupi, dan menyayanginya, maka wajib baginya syurga.’ Ada yang bertanya, ‘Bagaimana jika memiliki dua orang anak perempuan, wahai Rasulullah?’ Baginda menjawab, ‘Dua anak perempuan juga termasuk’.”
Hadis riwayat Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad no. 178
3# Setelah Baligh

Apabila sudah baligh, kaum wanita haruslah menjaga dirinya dari pelbagai sudut, ini termasuklah dalam bab auratnya.

Dia perlu menutup anggota badannya daripada dilihat oleh kaum lelaki yang bukan dalam kalangan ahli keluarganya.

Allah swt memerintahkan perkara ini agar kaum wanita selamat dari mata-mata kaum lelaki yang berniat jahat terhadap mereka. Ini kerana, bentuk tubuh wanita sememangnya memiliki keunikan yang mampu menarik perhatian kaum lelaki.

Firman Allah swt yang bermaksud;
“Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin; ‘Hendaklah mereka melabuhkan kain tudungnya ke seluruh tubuh mereka.’ Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
Al-Ahzab : 59
4# Setelah Menjadi Seorang Isteri

Apabila seorang wanita sudah mendirikan rumahtangga, dia perlu taat pada suaminya dalam hal kebaikan. Manakala para suami pula perlu melayani pasangannya itu dengan cara yang baik. Hal ini turut terkandung dalam firman Allah swt yang bermaksud;
“Dan bergaullah dengan mereka (para isteri) dengan cara yang baik.”
An-Nisa’: 19
Bahkan, Rasulullah saw adalah role model terbaik dalam melayani para isterinya, berdasarkan hadis Baginda yang bermaksud;
“Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya, dan aku adalah yang paling baik terhadap istriku.”
Hadis riwayat Tirmizi
5# Ketika Menjadi Seorang Ibu

Ibu, emak, mama, umi atau apa jua panggilan, ia merujuk kepada individu yang amat berjasa kepada seorang anak. Disebabkan mereka, kita ada di dunia. Justeru, tidak mustahil jika martabat seorang ibu ini diangkat melebihi seorang ayah.

Ini kerana seorang ibu itulah yang berasakan kepayahan mengandung, melahirkan dan menyusui anak itu hingga dia dilahirkan ke dunia.

Ada seseorang bertanya kepada Rasulullah saw,
“ Wahai Rasulullah, siapakah di antara manusia yang paling berhak untuk aku berbuat baik kepadanya?’ Rasulullah menjawab, ‘Ibumu.’ ‘Kemudian siapa?’ tanyanya lagi. ‘Ibumu,’ jawab Baginda. Orang itu kembali bertanya, ‘Kemudian siapa?’ ‘Ibumu.’ ‘Kemudian siapa?’ tanya orang itu lagi. ‘Kemudian ayahmu,’’ jawab Rasulullah.
Hadis Riwayat Bukhari No. 5971 Dan Muslim No. 6447
Oleh itu, jika kalian punyai ibu, santunilah ibu itu sebaiknya. Jika kalian sudah berumah tangga, layanilah pasangan tulang rusuk kirimu itu dengan penuh kasih sayang. Jika kalian punyai anak perempuan, didik dan asuhlah mereka dengan manhaj atau sistem pendidikan Islam sebaiknya.
“Wanita hebat melukis kekuatan melalui proses kehidupan. Bersabar saat tertekan, tersenyum saat hati menangis, diam saat terhina dan mempersona kerana memaafkan. Hargailah wanita.”
Sumber: https://tazkirah.net/wanita-seorang-pecinta-yang-nafasnya-dipuncakan-dari-tulang-belakang-kamu-wahai-lelaki/


Wish you have a great weekend.

Cheers.

Friday, 26 July 2019

Cara mudah nak tanam kurma di Syurga

Cara mudah nak tanam kurma di Syurga

hi there, salam Hari Jumaat ... satu waktu yang lalu, mrs pip tetdengar ceramah sorang ustaz ni mengenai ayat SUBHANNALLAH HIL'AZIMI WABIHAMDIH ... kemudian baru baru ni ada yang share video juga mengenai kelebihan zikir tetsebut, so betterlah mrs pip nak share sekali kelebihan zikir ringkas ni , penuh kebaikan ...


zikir SUBHANNALAH HIL'AZIMI WABIHAMDIH ni, nampak simple, mudah nak ingat kan ... jom kita amalkan zikir ni kerana 

satu kali zikir dibaca, maka satu pohon kurma akan tumbuh disyurga untuk kita ...

مَنْ قَالَ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ غُرِسَتْ لَهُ نَخْلَةٌ فِي الْجَنَّةِ

“Siapa yang membaca: Subhanallahi al-'Adziimi wa Bihamdihi, niscaya ditanamkan untuknya satu pohon kurma di surga.” (HR. al-Tirmidzi dan dishahihkan Al-Albani dalam Shahih Al-Jami’ no. 6429) 


dan lagi, selain itu apa yang mrs pip pernah dengar, dengan membaca zikir ini 3x selepas subuh, maka segala penghuni di langit dan di bumi akan mendoakan kesejahteraan kita ... 3x selepas subuh saja wak! tak susah, so jom jom amalkan ...

dan lagi,  dengan mengamalkan zikir ni di waktu pagi, akan membuka pintu2 rezeki utk kita ... so time2 nak kluar rumaj di pagi hari, nak pergi sekolah , kerja, berurusan , baca zikir ni, semoga murah rezeki kita ...

rezeki ni banyak maksud, bukan duit semata mata ok, dipermudahkan urusan pun satu bentuk rezeki juga tau ❤

semoga bermanfaat apa yang dikongsi utk hari ini ... semoga banyak pokok2 kurma kita disyurga kelak , amiiin.

cheers.

Friday, 12 July 2019

Nazak yang dipermudahkan Allah

Nazak yang dipermudahkan Allah

hi there, salam.Jumaat semua ... sedikit perkongsian ringkas untuk.kita semua, nasihat menasihati, ingat mengingatkan, semoga perkongsian ni bermanfaat untuk semua ...

ni entry lama yang mrs pip republish, so maybe ada yang pernah baca entry ni ... kalau suka silalah share ya , semoga kita mendapat ganjaran pahala di sisi Allah SWT


yang hidup pasti akan mati, itu janji Allah ... tapi setiap kita pasti mahukan kematian yang baik ... 

dan kita tahu kematian itu menyakitkan , dan jom sama sama kita perbaiki amalan kita dan selain  itu, jom kita tetapkan hati kita untuk sentiasa berselawat, hatta 1x sehari pada malam jumaat, mudah mudahan dipermudahkan oleh Allah saat maut kita seperti para nabi, insyaallah ....

cheers!

Friday, 5 July 2019

Ganjaran bagi penghafal Al-Quran buat aku CEMBURU sangat

Ganjaran bagi penghafal Al-Quran buat aku CEMBURU sangat

hi there, salam Jumaat yang membahagiakan, semoga hari ini semua urusan kita berlangsung dengan mudah ... amin .. hari tu mrs pip terbaca satu posting di instagram @sahabatasurga mengenai kelebihan orang yang menghafal alquran, dan selesai baca posting tu, terus terang mrs pip rasa cemburu yang sangat dalam,  ... kalaulah aku juga diantara merela yang menghafal alquran, alangkah seronoknya ....


mrs pip kongsi apa yang mrs pip baca di posting instagram tersebut , semoga ia memberi manfaat kpd kita dan semoga kita yg beragama Islam berusaha mengambil sedikit waktu utk membaca alquran setiap hari ya ...

#Repost @sahabatsurga (@get_repost)

Masya Allah..

Ya Allah, sesungguhnya kami meminta kepada-Mu agar Engkau mengikat hati-hati kami dengan menghafal Al-Quran, memberikan kami rezeki tilawah dan tadabburnya, dan dalam mengamalkannya sebagaimana yang Engkau ridhai..

Aamiin ya Rabbal'alamiin . 

Inspirasi @sahabatsurga .

Al-Quran akan datang pada hari kiamat, lalu dia berkata, 

“Ya Allah, berikan dia perhiasan.” Lalu Allah berikan seorang hafidz al-Quran mahkota kemuliaan. 

Al-Quran meminta lagi, “Ya Allah, tambahkan untuknya.” Lalu dia diberi pakaian perhiasan kemuliaan. Kemudian dia minta lagi, “Ya Allah, ridhai dia.” Allah-pun meridhainya. 

Lalu dikatakan kepada hafidz quran, “Bacalah dan naiklah, akan ditambahkan untukmu pahala dari setiap ayat yang kamu baca. (HR. Turmudzi 3164)

Siapa yang menghafal al-Quran, mengkajinya dan mengamalkannya, maka Allah akan memberikan mahkota bagi kedua orang tuanya dari cahaya yang terangnya seperti matahari. Dan kedua orang tuanya akan diberi dua pakaian yang tidak bisa dinilai dengan dunia. 

Kemudian kedua orang tuanya bertanya, “Mengapa saya sampai diberi pakaian semacam ini?” Lalu disampaikan kepadanya, “Disebabkan anakmu telah mengamalkan al-Quran.” (HR. Hakim 1/756)

"Ya Allah rahmatilah kami dengan al Qur’an. Jadikan ia imam kami, cahaya, petunjuk dan rahmat bagi kami. Ya Allah ingatkanlah kami apa yang kami lupa dan ajarkan bagi kami apa yang kami tidak tahu. Karuniakanlah kepada kami untuk dapat membacanya sepanjang malamnya dan sepanjang siangnya. Jadikanlah ia perisai kami. Wahai Tuhan sekalian alam."
.
.
kalau kita tidak mampu menghafal alquran, itu bukan sebab kenapa kita tidak mampu baca alquran kan, dan kalau yang ada anak, jom kita didik anak anak kita mencintai alquran ...

Iman Amin n Nami, mrs pip harap mereka boleh menghafal alquran, doakan anak anak mrs pip ya, insya allah ada antara anak anak mrs pip menjadi al-hafiz ... cemburu pada semua penghafal alquran , semoga Allah melindungi penghafal2 alquran agar mereka sentiasa berada dlm taqwa dan iman ...

dan doakan juga saudara mara brothers dan sisters kita di uighyur china yang dlm proses ingin dihapuskan kepercayaan mereka, di India juga berlaku, dan semoga Syria baik2 saja begitu juga di Sudan ...

Salam Jumaat semua.

cheers.

Friday, 28 June 2019

Kehebatan zikir SUBHANALLAH WABIHAMDIH

Kehebatan zikir SUBHANALLAH WABIHAMDIH

hi there, Salam Jumaat , semoga hari ini hari yang membahagiakan kita semua , dan semoga dipermudahkan segala urusan kita ... 

dan hari ini, 28 Jun 2019, Iman akan melalui prosedur membuang semua gigi susu dia ... ni cerita lama mengenai masalah gigi susu Iman, dan selepas dua kali tukar temujanji, insya allah hari ni prosedur akan dijalankan ... 

hari ni nak share sedikit ilmu yang mrs pip terbaca ,  mudah mudahan kalau diamalkan , dengan izin Allah SWT maka gugurlah dosa dosa kita ... amin



Barangsiapa mengucap SUBHANALLAH WABIHAMDIH seratus kali setiap hari, maka gugurlah semua dosanya walaupun sebanyak buih di lautan 

Hadis riwayat Muslim dan Bukhari.

jom amalkan setiap hari.

semoga perkongsian ini bermanfaat.

cheers.

Friday, 26 April 2019

Doa sajalah yang baik baik , berhentilah mengutuk & membawang

Doa sajalah yang baik baik , berhentilah mengutuk & membawang

hi there, salam jumaat, hari yang indah di antara banyak banyak hari ... anak anak mrs pip since minggu lepas sakit, Iman n Amin terpaksa cuti seminggu sekolah last week .. kali ni Iman sakit agak merisaukan .. Ahad lepas 14.04.19 Iman start sakit, dia punya muntah muntah n cirit birit mmg di luar jangkaan, selera makan dia pun mmg out ... Amin pula batuk dan selesema sehari kemudian lepas Iman sakit ... dan sehari lepas Amin batuk n selesema teruk, Nami pula start demam ... Oh tidak!

Iman kalau demam , dia punya tahap cranky mmg boleh tahan hebat ... Amin pula chill ja , baby Nami pula asyik nak dukung sentiasa ... dan mrs pip kena layan semua anak anak yg sakit ni sorang2 coz mr.Husband not around, dia kerja, but I am ok, boleh jak handle , lgipun sesekali MIL tolong layan karenah Iman ...

selain anak anak demam, terkejut jg dengan berita pengeboman terancang pada hari Easter di Sri Lanka menyebabkan lebih 350 nyawa terkorban .. ouch! it hurts my heart . Salam takziah utk keluarga mangsa.

dan gempak juga cerita PU Abu Sufyan menceraikan isteri dia yang sedang hamil kerana ingin berkahwin dengan wanita lain ... hurm, dan ramailah yang bagi komen, kritik, membawang dan das das peluru berpandu kepada pencetus ummah si Abu Sufyan ni ...

mrs pip pada asalnya mmg agak terkilan juga lah kan why la dia ni ceraikan wife dia time preggy, bukan haram eh? tapi jgn terus menghukum, cari kepastian dulu ... Ooo tak haram menceraikan isteri ketika isteri mengandung ... cuma still upset , kenapa time isteri tengah kandungkan zuriat awak, sampai hati awak ceraikan dia? kerana perempuan lain? 

tapi, once again, jangan cepat salahkan satu pihak sahaja hanya kerana kita bersimpati dgn pihak sebelah lagi ... yes, dia preggy dan yes husband dia kawin lain lagi san ceraikan dia, tapi kita tak tahu pun cerita terperinci apa masalah rumah tangga dorang kan ... 

dan, bukankah masalah rumah tangga tidak elok dikongsi dgn orang ramai apatah lagi hal2 suami isteri ni kalau boleh aib pasangan kita, biar kita saja yg tau .. kunci rapat2 aib tu so that Allah jaga aib kita juga.

hal suami isteri, kalau dah tk boleh tahan, bincang dgn pihak yang sepatutnya spt mak bapa kita , adik beradik, org yang baik akalnya yg boleh bagi nasihat yang elok, bukan kau nak share kat umum, lagi2 bila kau orang ni dikenali ramai ...

once dah satu pihak up status masalah rumah tangga, habislah .... maka berduyun duyunlah manusia start mengkritik, membawang dan maybe boleh sampai tahap memfitnah ... minta dijauhkan Allah hal sebegini ...

aku bukan nak sokong tindakan si PU atau cara bekas isteri dia berkongsi maklumat masalah rumah tangga dia pada umum, tapi impak pada orang yang membaca, mentafsir dan menterjemah cerita yg cuba disampaikan tu sampai boleh buat kita ikut serta membawang dan memfitnah, memang tak elok kan. 

doa sajalah yg baik baik utk mereka ... Qada dan qadar dah tetapkan jodoh mereka singkat, dan maybe hidup mereka masing2 lebih baik selepas berpisah, masing2 lebih murah rezeki dan happy (think positive), who knows kan except The Almighty kan ...

lepas tu, terkejut dgn penampilan aktres Fathia yang menanggalkan hijab ... kita tidak tahu apa yang dia sedang lalui, tahap depresi dia mcm mana, sokongan moral keluarga dia ada atau tiada, we never know melainkan kita ni mmg akrab dgn dia ... 

berhenti kecam , berhenti acah acah jadi hakim as if like kau lah yang paling win utk jatuhkan hukum ... just doakan yang baik baik saja untuk Fathia ... 

please, be someone good in this cruel society .. kalau tak mampu nak bersangka baik , at least keep the mouth shut , and yes your hand as well from typing and publish not-so-manner-words , korang maybe akan buat orang lain sakit hati ... tak risau ke kat akhirat nanti habis pahala korang terpaksa diberikan pada orang yg kau sakiti ? 

opps, panjang pula membebel ni, tapi apapun let's be a good ummah ... mrs pip share 3 doa penting ketika sujud terakhir dalam solat, semoga bermanfaat ...


maaf tau kalau pendapat kita tak serasi.

have a great weekend.

cheers.

Friday, 29 March 2019

Sifat-sifat yang perlu dihindari sebagai seorang wanita yang bergelar ISTERI

Sifat-sifat yang perlu dihindari sebagai seorang wanita yang bergelar ISTERI

hi there, salam Jumaat yang indah buat semua ... so mrs pip mau share info yang mrs pip di IG @parentingmuslim , mengenai sifat sifat yang perlu dihindari sebagai seorang wanita yang bergelar ISTERI.


Sifat-sifat tercela yang patut diwaspadai, dan dihindari karena bisa jadi sikap suami nanti ke kamu jadi berubah, diantaranya adalah:⁣

Al - Anaanah.⁣

Banyak keluh kesah. Selalu merasa tak cukup apapun keadaannya. Terlebih lagi bila hidup susah. Jauh dari rasa syukur.⁣

Al-Manaanah.⁣

Suka mengungkit-ngungkit hal yang negatif pada diri suami atau orang lain. Terlebih lagi bila sang suami melalukan kesalahan. Satu kesalahan dia akan mengucapkan seribu kesalahan lainnya. Bahkan dia tega menceritakannya pada orang lain.⁣

Al -Hunaana.⁣

Menginginkan suami yang lain. Suka membandingkan suami sendiri dengan orang lain. Tidak mensyukuri suami sendiri dan suka berandai-andai "Andai suami saya seperti orang itu dan itu." termasuk juga lebih cinta/ngefans pada artis ketimbang suaminya.⁣

Al- Hudaaqah⁣

Suka memaksa pada suami jika menginginkan sesuatu. Tak melihat lagi situasi dan kemampuan sang suami. Jika tak dipenuhi dia akan mengancam suaminya dengan berbagai ancaman.⁣

Al-Hulaaqa.⁣

Sibuk memanjakan dirinya sendiri. Suka bersolek dan santai sehingga melupakan kewajibannya sebagai istri, seperti kewajiban pada suami, mengurus anak, memasak, sholat dll.⁣

As-Salaaqah.⁣

Bergosip adalah penyakit yang banyak dijangkit para wanita. Padahal islam melarangnya.⁣

Semoga kita semua terhindar dari sifat demikian ya Mom. Aamiin.

semoga bermanfaat.

Kredit: IG @parentingmuslim

Cheers.

Friday, 8 March 2019

Rezeki ni kita pinjam saja pun ...

Rezeki ni kita pinjam saja pun ...

hi there, korang apa khabar? hope semua sentiasa happy n sihat ok. hari ni nak bebel pasal rezeki ... bila nampak orang kaya duit berkepok kepok, kita ckp "wah, kayanya dia" .. ada yg suka, ada yang jeles kan ... kalau boleh, kita pun nak mcm dia, kaya setinggi langit!

rezeki oh rezeki ... kita kerja siang malam, minta pada sang pencipta agar dimurahkan rezeki buat kita, betul tak? usaha nak hidup senang, kan? serius, aku pun mcm tu juga ... kau nak hidup susah? tak kan ...


tapi, rezeki ni satu pun bukan milik kita ... kita pinjam saja rezeki ni kan .. apa yg kita ada, semua pinjaman semata mata .. esok esok sang pencipta ambil rezeki kita, nnt dia tanya " kau buat apa dgn rezeki yang aku berikan?" ... kau ingat kau tak kena soal siasat ttg rezeki yg kau miliki? 

terbaca ada rakan yg rezeki duit dia just ngam ngam saja utk dia langsaikan hutang dia ... lepas dah byr hutang tu, dia dah tak da duit utk hari tu .. siapa pernah mcm ni? aku lah tu selalu mcm ni ... sampai satu tahap, aku dah immune dah ... sampai satu masa, aku dah tak risau dah sama ada aku cukup duit atau tak ... 

entry ni just a sharing thought about rezeki ... apa yang korang fikir ttg rezeki korang sebenarnya? ... 

rezeki kita berbeza2, jgn cemburu dgn rezeki orang lain ... kau tak tahu apa yg dia lalui dgn kehidupan dia ... ada org tu sakit ja memanjang, tapi Allah bagi dia rasa bahagia dikelilingi keluarga penyayang.. apa dia nak makan, semua dia dpt makan dgn mudah ... aku tengah craving Hershey Truffles tau, tp serius aku tak dpt beli pon coz di sini mmg tiada jual ... aku craving nak minum kopibin dan nak makan brownies yang ada pecan nut , tp kat sini tmpt aku kopibin pun org tak tau apa benda tu ... see, not my rezeki kan ..

bab duit, aku tak kerja ada gaji atau ada xtra income kecuali kdg2 dpt blogging job .. duit blogging job tu aku guna nak beli brg yg aku suka .. asben bagi duit tak utk diri aku sendiri? bagi, tapi aku guna belanja anak anak aku beli itu ini ... 

pernah tak duit langsung tiada ditangan? kau rasa? ... pernah , selalu ... aku rasa? biasa saja ... bila aku fikir balik , very alhamdulillah, aku still tak kebulur ... anak anak still kenyang perut dpt makan nasi dgn lauk plus minum susu ... lepas tu tiba2 ada yg baik hati hantar bread la bun la dkt rumah belanja anak anak aku makan ... see, hebatnya kuasa sang pencipta ... 

ada sekali tu, aku cuma ada seringgit dua ja lagi dlm wallet ... cuak tak? dulu time kerja, duit dlm bank 4 angka setiap bulan .. mestilah cuak kan ... tapi, kau ingat semuanya berpusar dan berpusat dengan DUIT eh? tak da duit, semua tak jalan kan ... I feel you ...

aku pun risau juga bila tiada duit, tipulah kalau tak risau ... kalau sorg2, boleh relax aaa, tp risau anak anak tak cukup belanja ... 

mcm mana nak survive ni? ... cara kita nak survive mmg berbeza beza ... 

mcm aku, bab rezeki sejak dulu2 aku suka serahkan semuanya pada sang pencipta bulat2 .. aku usaha, kerja keras tapi aku terapkan kat diri aku, semua ni Tuhan punya, aku pinjam saja utk sementara waktu... jadi, rasa risau tu kurang .. ada xtra rezeki, aku share dgn yg lain, ada sikit rezeki, aku pun share juga dgn yg lain ...

jangan kedekut ... ada org risau betul rezeki dia kurang bila dia share ... kalau kau ada komitmen nak byr itu ini, kau dahulukan .. ada xtra, jgn kedekut ... kalau ada yg nak pinjam duit, lagi2 adik beradik , jgn berkira .. dia baik or tak baik adik beradik kau ni, kalau dia kesempitan, dan kau ada kemampuan, kau bglah dia pinjam brapa yg kau mampu .. ni cara aku. kenapa? pasal aku slalu yakin, esok2 adik beradik ni la akan tolong kita, doakan kita .. kalau dia jahat tahap dewa sekalipun, jgn terlalu kedekut dgn dia .. Allah tu saja nak tengok hati kita ...

hari tu bila aku tak da duit kan, tetiba adik aku wasap "kak, td aku sudah bank in duit bayar hutang lama" ... kau rasa? of coz la happy ... syukur sangat kan.

sedekah ... aku yakin dgn kuasa sedekah ... tiba tiba Allah hantar rezeki dari pelbagai arah ... rezeki dpt extra job la, rezeki menang contest la, rezeki kena belanja makan la ... sedekah biar ikhlas ... senyum pun sedekah juga kan ... 

selagi kau yakin rezeki ni Allah bagi kpd siapa yg dia nak dan kau tak pernah putus asa berusaha utk cari rezeki, pasti ada rezeki utk kau ... bezanya banyak atau sikit ... bezanya kau bersyukur atau tak dgn rezeki kau , bezanya kau ihklas ke tak, bezanya halal atau tidak ... 

ada banyak cara menjemput rezeki masuk ... tapi kau jgnlah pula berharap esok esok rezeki dpt beli kereta mcLaren sedangkan kau tahu aras rezeki kau tu mcm mana ... bersyukur dpt rezeki yang buat hidup kau tak sempit dah lah .. kalau nak juga rezeki setinggi langit, maka kenalah usaha setinggi angkasa ...

dah 8hb kan, korang dah gaji belum? dah gaji, jangan lupa sedekah ... belanja gula gula seketul pun sedekah juga, yg penting ikhlas ... incik asben tak gaji lagi, tapi insya allah tetap ada rezeki utk kami anak beranak ... 

mrs pip doakan kita semua diluaskan rezeki dan dipermudahkan semua urusan ... doakan juga mrs pip diberikan rezeki yang baik baik ok.

Salam Jumaat.

cheers.

Friday, 8 June 2018

Rahsia doa makan yang suami isteri perlu tahu

Rahsia doa makan yang suami isteri perlu tahu

hi there , "Rahsia doa makan yang suami isteri perlu tahu " .... mrs pip dapat perkongsian ni dari whatsapp, rasa terpanggil nak share info ni dengan semua , bukan sahaja untuk pasangan suami isteri semata - mata, tetapi juga untuk semua ... dan mrs pip berharap, perkongsian ni ada manfaatnya ... biasa dengan doa makan? doa makan bukan semata-mata dibaca ketika makan sahaja, tapi doa ini boleh dibaca untuk menjaga kerukunan rumahtangga yang dibina (wallahualam) ... jadi jom baca sampai habis rahsia doa makan yang suami isteri perlu tahu ....

Rahsia doa makan yang suami isteri perlu tahu
Rahsia doa makan yang suami isteri perlu tahu

Rahsia doa makan yang suami isteri perlu tahu dalam mencipta hubungan mawaddah di dalam rumah tangga ... Ramai yang tidak tahu, terutamanya pasangan suami dan isteri. 

"Macamana nak buatkan suami mendengar nasihat dan pendapat isteri? Sebab macam yang kita tahu, ramai suami diluar sana yang meletakkan ego di depan sekali bila buat apa apa keputusan di dalam rumah tangga"

Ustaz Sadini jawab,

"Sebelum tu saya nak tanya, pernah tak kamu mendoakan angota badan suami kamu?"

Ustaz Sadini pandang semua yang hadir, dan tanya lagi pada yang lain,

"Ada doakan anggota badan suami?Suami pulak,ada doakan untuk anggota badan isteri?"

Ustaz Sadini pandang menunggu jawapan. Apa nak jawab?

Kemudian saya menjawab:-

"Saya biasa doakan suami saya dalam setiap sujud terakhir ketika solat,minta supaya ALLAH permudahkan setiap usaha suami mencari rezeki,menjadi suami dan ayah yang penyayang dan bertanggungjawab"

Ustaz Sadini :

"Baik. Saya tak cakap benda tu salah ya. Cuma kurang betul. Kurang betul sebab pasangan suami isteri harus mendoakan anggota badan antara 1 sama lain. Tapi tak ramai pasangan buat perkara ni. Sebab tu kurangnya hubungan yang MAWADDAH di dalam rumah tangga"

Persoalannya,bagaimana nak mendoakan anggota tubuh badan pasangan secara specific?

Pegang tangan suami/isteri kita, usap tangan nya sambil baca

Allahumma barik lanaa fima rozaktana wakina a'zabannar,

Habis baca sambung,

YA ALLAH, BERKATI TANGAN SUAMI/ISTERIKU AGAR DIGUNAKAN KE JALAN YANG BAIK, DI HARAMKAN DARI API NERAKA

Pelik? baca Doa makan? Itu yang Ustaz Sadini bagitau, ramai ingat doa makan di baca ketika makan sahaja, sedangkan banyak fungsi doa makan tu, untuk minta apa saja yang kita ada diberkati ALLAH.

  • Ulang perkara yang sama di setiap anggota badan pasangan kita

  • Ketika isteri hamil,baca kan juga doa tersebut,sambil lekapkan tapak tangan di perut isteri

  • Ketika sedang bersama,lekap kan tapak tangan di dada suami/isteri,dan bacakan doa tersebut,minta hatinya di berkati ALLAH dan tidak terpikir langsung untuk berbuat perkara yang tidak di sukai.Minta diharamkan hati nya dari api neraka

mungkin ramai yang tak tahu perkara ni kan? Pernah doakan tak anggota tubuh pasangan kita?

Dan yang terakhir,  Ustaz Sadini kongsikan, ketika suami bawa balik sekampit beras, sewaktu di tuang ke dalam tong beras, pegang butiran beras tu sambil bacakan juga ,

Allahumma barik lanaa fima rozaktana wakina a'zabannar

Doa agar setiap butiran beras tu diberkati oleh ALLAH SWT.

perkogsian tersebut dibuat oleh seseorang yang menghadiri kuliah/ceramah seorang ustaz bernama Ustaz Sadini, mengikut perkongsiannya Ustaz Sadini merupakan seorang bekas doktor, dan berkahwin dengan anak dari Mufti Brunei.

perkongsian ini telah diolah sedikit susunannya oleh mrs pip, dan semoga bermanfaat untuk semua.

salam Jumaat.

cheers.

Friday, 11 May 2018

Makanan PERTAMA penghuni syurga

Makanan PERTAMA penghuni syurga

hi there, salam jumaat semua .... hari ni nak share mengenai cerita keislaman Abdullah bin Salam. banyak cerita menarik mengenai keislaman seseorang ketika zaman Rasulullah, termasuklah cerita Abdullah bin Salam nak masuk Islam ni ... jom hayati cerita yang mrs pip nak kongsi bersama korang ...

Diriwatkan daripada Anas r.a. berkata,

Abdullah bin Salam telah mendengar berita kedatangan Rasulullah SAW ke Madinah, maka dia menemui Baginda dan berkata "Aku akan bertanya tiga perkara yang tidak akan diketahui oleh kecuali seorang Nabi."

Dia bertanya 

  • "Apakah tanda-tanda pertama hari kiamat?"

  • "Apakah makanan pertama penguni syurga?"

  • "Dan bagaimana seorang anak boleh mirip dengan ayahnya dan bagaimana boleh mirip dengan ibunya?"


Maka Rasulullah SAW menjawab, "Baru sahaja Jibril a.s memberitahu aku."

Maka Abdullah bin Salam berkata, "Dia (Jibril) adakah malaikat yang paling dimusuhi orang Yahudi."

Makanan PERTAMA penghuni syurga
Makanan PERTAMA penghuni syurga

Rasulullah SAW bersabda,

  • "Adapun tanda pertama hari kiamat ialah api yang muncul dan akan mengiringi manusia dari timur ke menuju ke barat."

  • "Dan makanan pertama penduduk syurga adalah hati ikan paus."

  • "Kemiripan seorang anak dengan bapanya adalah apabila sang suami mendatangi isterinya, apabila air mani suami mendahului air mani isterinya, maka akan lahir anak yang mirip dengan bapanya."

  • "Sebaliknya apabila air mani isterinya mendahului air mani suaminya, maka akan lahir anak yang mirip dengan ibunya."


Maka Abdullah bin Salam berkata: "Aku bersaksi bahawa baginda adalah Rasulullah."

Kemudian dia berkata lagi, "Wahai Rasulullah, orang-orang Yahudi adalah kaum yang pembohong. Jika mereka mengetahui keislamanku ini, sebelum engkau bertanya mereka, mereka telahpun mendustaiku di sisimu."

Tiba-tiba datanglah orang-orang Yahudi, lalu Abdullah masuk ke dalam rumah. Rasulullah SAW bertanya kepada orang Yahudi tersebut, "Bagaimana menurut kalian mengenai lelaki yang bernama Abdullah bin Salam di sisi kalian?"

Mereka menjawab, "Dia adalah orang alim di sisi kami dan anak kepada orang alim di sisi kami. Orang yang kami percayai, anak kepada orang yang kami percaya."

Kemudian Rasulullah SAW berkata lagi, "Bagaimana pendapat kalian jika Abdullah bin Salam memeluk Islam?"

Mereka menjawab, "Semoga dia dilindungi Allah daripada perbuatan itu."

Lalu Abdullah bin Salam keluar seraya berkata, "Aku bersaksi tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah utusan Allah."

Kumpulan Yahudi itu berkata, "Dia ini adalah orang yang paling teruk di antara kami dan anak kepada orang yang teruk." Lalu mereka pun pergi.

[Riwayat Al-Bukhari no.3329]

Sumber: Buku 55 Kisah Dari Hadis, m/s 83-85.

semoga perkongsian di atas memberikan sedikit sebanyak manfaat, pengajaran dan pengetahuan kepada kita semua.

cheers.

Friday, 20 April 2018

"Bekerjalah dengan JUJUR walaupun HAKMU dinafikan"

"Bekerjalah dengan JUJUR walaupun HAKMU dinafikan"

hi there, hari Jumaat, penghulu segala hari ... how's your day? mrs pip sehari dua ni tidak begitu sihat, ragam mak preggy la katakan ... ada waktu, terasa sangat lemah letih dan kurang enak badan ... terpanggil untuk menulis entry "bekerjalah dengan jujur walaupun hakmu dinafikan" ... eh, tetiba pulak dah entry cenggini ... 

seseorang yang aku kenal, dia seorang yang jujur dan cermat dalam pekerjaannya ... dia berusaha menyiapkan kerjanya dan mengelak untuk mencari jalan pintas dalam menyiapkan kerjanya ... bagi dia, kerja adalah satu amanah yang perlu dibuat dengan ikhlas ... kalau tak ikhlas, baik berhenti saja dari kerja tersebut ... baginya, setiap hasil kerjanya yang dibayar, maka duit itulah yang digunakan untuk membelanjakan keluarganya, jadi harus halal dalam segala segi ...

akhirnya, dia merasakan sudah sampai masanya dia berhenti kerja ... bukan kerana tidak diperlukan, tapi kerana sikap berat sebelah orang atasannya ... malah, gajinya juga tertunggak berbulan bulan tidak dibayar, begitu juga dengan 'claim' bulanannya ... 

kredit: pexels.com

sudah lebih setahun dia berhenti kerja, dan sehingga hari ini, masih lagi ada gaji yang tertunggak yang belum dijelaskan oleh syarikat tersebut, malah 'claim' dia juga begitu, langsung tidak diendahkan ... dia tidak merungut, katanya "tidak apa, sabar lebih baik" ... hurm, kalau aku di tempat dia, boleh naik angin satu badan diperlakukan begitu, bila mana hakmu dinafikan ...

dia titipkan sedikit nasihat buat aku:-

berusaha bekerja dengan jujur, gaji yang tidak dibayar itu, mungkin bukan hak aku, Tuhan lebih tahu di mana rezeki buat aku. mungkin juga, Tuhan lebih tahu, bila masa yang sesuai untuk hak aku diberikan. mungkin juga, bukan hak aku dinafikan, tetapi mungkin cara ini sedikit sebanyak Tuhan ingin menghapus dosa dosa aku dengan cara aku bersabar. dan Tuhan masih memberikan aku rezeki lain, banyak atau sikit, itu semua urusan Tuhan. 

kalau tidak suka dengan kerja tersebut, berhenti dan cari kerja yang kita suka.

dia bertanya kepada aku :-

kamu percaya Tuhan itu wujud? kamu yakin Tuhan itu adil? berdoalah yang baik baik kepada yang Maha Kuasa ...

semoga sentiasa ada rezeki yang baik untuk kamu, hari ini, esok dan hari hari yang mendatang.

salam jumaat semua.

cheers.

Friday, 16 March 2018

Jangan Pernah Berputus Asa

Jangan Pernah Berputus Asa

hi there, salam jumaat semua ... semoga kita semua berada dalam lindungan Allah SWT yang Maha Esa lagi Maha Penyayang ... dalam hidup ni, banyak benda yang berlaku tanpa diduga. ada yang mendatangkan kebahagiaan, ada yang mendatangkan kekecewaan, dan ada juga yang mendatangkan perasaan hampir putus asa berdepan dengan permasalahan hidup... kalau hilang iman di dada, mungkin bila permasalahan hidup yang datang tu terlalu besar dan terasa tak mampu dipikul oleh badan, ada yang ambil jalan singkat nak bunuh diri ... istighfar banyak banyak, semoga kita dijauhkan dari bisikan bisikan syaitan ...


teringat kisah hampir putus asa mrs pip satu masa dulu. waktu tu mrs pip baru saja dipindahkan ke projek lain, so kebanyakkan staff utk projek tu mrs pip tidak berapa biasa, tapi lama kelamaan mrs pip dapat sesuaikan diri dgn organisasi baru. well, tak semua orang tu nampak baik, tapi hati dia baik. dijadikan cerita, salah sorang staff tidak begitu puas hati dgn mrs pip atas sebab sebab tertentu, tapi bagi mrs pip tu hal kecil, banyak lg benda lain nak kena fikir, so mrs pip tak ambil pusing. 

end up, mrs pip kena fitnah dan tersebarlah fitnah dikalangan staff2 lain, dan lebih ramai yg percaya dengan fitnah yg tersebar, berbanding cuma seketul dua sahaja yang berpendirian tidak menyebelahi mana mana pihak ... bila kita bekerja di bawah satu bumbung ni, mmg awkward la kan bila kita tak bertegur sapa, or bila kita bercakap tapi orang buang muka tak pun orang buat muka masam kat kita ... dan bila lunch, kau lunch sorang sorang rasa dipinggirkan ...

time tu mmg rasa mcm malas nak datang kerja, kalau boleh rasa nak minta project manager transfer kan saja mrs pip kat projek lain... tiap tiap hari mrs pip berdoa agar fitnah ni terbongkar kebenarannya, tapi selama tujuh bulan mrs pip terpaksa melalui fitnah ni sampai mental mrs pip rasa tercabar ... rasa nak resign pun ada.

selepas tujuh bulan, doa mrs pip untuk dipindahkan ke projek lain termakbul. dan happy sangat bila dipindahkan jauh dari projek sebelum ni ... dan beberapa bulan kemudian, mrs pip datang lawat projek lama tu untuk internal audit. dan bila mrs pip datang ja masuk site office, beberapa staff yang pulaukan mrs pip tu, datang say sorry kat mrs pip. mereka sedar yang selama ni mereka terpedaya dengan cerita dan hasutan si penyebar fitnah tu ... dan nama mrs pip bersih dengan sendirinya, semuanya dengan bantuan Allah SWT ... 

selama mrs pip dipulaukan akibat fitnah tu, tujuh bulan mrs pip stress sorang sorang, tak tahu nak cerita kat siapa. hari hari berdoa agar satu hari nanti staff lain tahu si penyebar fitnah tu adalah penipu besar. 

 dalam hidup ni, mrs pip selalu optimis dengan apa yang berlaku, sama ada baik atau buruk. mrs pip selalu yakin yang Allah SWT tu takkan biarkan hamba hambanya berputus asa dengan mudah. selagi kita berdoa dan meminta kepada-NYA, mrs pip yakin DIA lah yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui apa yang baik dan buruk untuk kita.

sekarang ni pun, mrs pip juga melalui kesulitan yang tidak terjangka. dan hanya kepada-NYA sahaja lah mrs pi memohon agar kesulitan ini dipermudahkan buat mrs pip sekeluarga. dan doakan mrs pip yang baik baik ya.

salam jumaat. semoga hari ini kita mendapat rahmat dan pertolongan daripada-NYA. amin amin amin.

cheers.

Friday, 6 October 2017

Sepuluh (10) surah dalam Al-Quran yang mencegah sepuluh (10) perkara

Sepuluh (10) surah dalam Al-Quran yang mencegah sepuluh (10) perkara

hi there,

salam hari jumaat semua ... semoga semua dirahmati Allah yang maha Esa ... minggu ni minggu yang kurang busy buat mrs pip, so bila tidak busy, dapatlah buat aktiviti extra bersama anak anak mrs pip ni ... hari korang macam mana pula? semoga semuanya dipermudahkan ...


tadi, mrs pip terbaca mengenai 10 surah dalam Al-Quran yang dapat mencegah 10 perkara:-

Surah Al-Fatihah : mencegah kemarahan Allah
Surah Yasin : mencegah kehausan di hari kiamat
Surah Ad Dikhan : mencegah kesusahan di hari kiamat
Surah Waqi'ah : mencegah kefakiran
Surah Al Mulk : mencegah siksa kubur
Surah Al Kautsar : mencegah permusuhan
Surah AlKafirun : mencegah kekufuran ketika di cabut roh
Surah Al Ikhlas : mencegah kemunafikan
Surah Al Falaq : mencegah iri hati seseorang
Surah An Nas : mencegah was-was

jadi mrs pip sekadar hendak berkongsi apa yang mrs pip baca tadi, semoga bermanfaat untuk semua. bacaan surah ni sebaik baiknya dijadikan amalan harian ... boleh mula dengan menghafal surah surah pendek, lepas tu diikuti dengan surah panjang ... surah Yasin hingga sekarang mrs pip tak hafal2 lagi ;(( sedih kan ... surah al mulk pula sedang mencuba nak hafal, rasanya ada 30 ayat, tapi tu lah still tak berjaya nak ingat ...

setiap waktu yang kita ada, kalau busy sangat pun, berusaha tinggalkan sedikit untuk membaca Al-Quran ... tak sempat nak baca lama lama kalau busy pun tak pa, asalkan ada usaha nak membaca ... Al-Quran inilah nanti yang akan duduk kat dada kita bila kita mati kelak, Al-Quran inilah nanti yang akan mengiringi kita ke alam kubur, menemani kita.

busy kita untuk hal kehidupan dunia, jangan lupa busy juga untuk hal akhirat. semoga kita saling ingat mengingati sesama kita ... berpesan pesanlah dengan kebaikan dan kesabaran.

salam jumaat semua.

cheers.

Friday, 11 August 2017

Menjadi wanita penghuni syurga

Menjadi wanita penghuni syurga

hi there, kalau hari tu mrs pip berkongsi tentang wanita penghuni neraka, hari ni mrs pip kongsi pula cerita tentang bagaimana caranya kita menjadi wanita penghuni syurga pula ... nak bayangkan neraka tu, memang naik bulu roma, nak bayangkan neraka, lebih dari fairytale stories, semua indah di dalamnya ...

boleh baca entry terdahulu kat sini tentang wanita penghuni neraka , semoga ianya bermanfaat untuk dikongsikan bersama T_T

Wanita penghuni neraka


Menjadi wanita penghuni syurga
Menjadi wanita penghuni syurga
kredit: google

Siapa yang layak mendapat pahala dan layak memasuki syurga tidak ditentukan oleh jantina. Kedua-duanya memiliki kedudukan yang sama di hadapan Allah s.w.t. Apa yang membezakan antara keduanya ialah takwa.
Firman Allah s.w.t (maksudnya);
“Sesungguhnya lelaki Muslim serta perempuan Muslimah, lelaki Mukmin dan perempuan Mukminah, lelaki yang taat serta perempuan yang taat, lelaki yang benar serta perempuan yang benar, lelaki yang sabar serta perempuan yang sabar, lelaki yang merendah diri serta perempuan yang merendah diri, lelaki yang bersedekah serta perempuan yang bersedekah, lelaki yang berpuasa serta perempuan yang berpuasa, lelaki yang memelihara kehormatannya serta perempuan yang memelihara kehormatannya, dan lelaki yang menyebut nama Allah sebanyak-banyaknya serta perempuan yang menyebut nama Allah sebanyak-banyaknya, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.”Surah al-Ahzab:35
Firman Allah s.w.t (maksudnya);
“Siapa mengerjakan amal-amal soleh, baik lelaki mahupun wanita dan mereka adalah orang yang beriman, mereka masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya sedikit pun.”Surah an-Nisa’:124
Oleh itu, untuk menjadi wanita syurga, Allah mestilah diutamakan dalam segala-galanya. Tumpuan calon wanita syurga adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t dalam setiap urusan yang dilakukan.
Firman Allah s.w.t (maksudnya);
“Beruntung orang-orang yang beriman iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya, orang-orang yang menjauhkan diri mereka daripada perbuatan dan perkataan yang sia-sia, mereka yang berusaha membersihkan hartanya dengan mengeluarkan zakat dan orang-orang yang menjaga kehormatan kecuali kepada isteri-isteri ataupun hamba sahaya mereka. Sesungguhnya mereka tidak tercela. Siapa mencari yang disebalik itu, mereka itu orang-orang yang melampaui batas. Orang-orang yang menjaga amanah dan janji serta tetap memelihara solatnya, mereka itu orang-orang yang berhak mewarisi syurga firdaus dan mereka kekal di dalamnya.”Surah al-Mukminun:1-10
Daripada Abu Umamah r.a., Nabi s.a.w bersabda:
“Bertakwalah kepada Tuhan kamu, tunaikanlah solat lima waktu kamu, berpuasalah pada bulan kamu (Ramadan), tunaikanlah zakat harta kamu, dan taatilah orang yang mengendalikan urusan kamu; nescaya kamu memasuki syurga Tuhan kamu.”Riwayat al-Tirmizi
Semoga kita semua menjadi wanita solehah yang menurut perintah Allah dan Rasulnya, anak yang patuh kepada ibu bapa, isteri yang menyokong kebaikan suami, dan ibu yang mendidik generasi soleh dan solehah.
semoga kita semua berusaha menjadi wanita yang sentiasa mendapat keredhaan Allah SWT dan menjadi salah seorang penghuni syurga kelak , amin ...

sumber asal :
https://tazkirah.net/bagaimana-caranya-anda-menjadi-wanita-yang-di-tempatkan-di-syurga-kelak/

cheers
Keberkatan doa seorang ibu yang kita perlu tahu

Keberkatan doa seorang ibu yang kita perlu tahu

hi there, salam Jumaat. semua. bersyukur bernafas lagi kita untuk hari ini ... esok hujung minggu, apa plan korang semua? ... mrs pip duduk rumah sajalah since mr.Husband is not available kerana bekerja ... ingatkan nak bawa lil' armies mrs pip ni berjalan jalan, tapi kalau mr.Husband tiada, memang sukarlah sangat nak mengawal budak berdua ni ... huhu :((

hari ni nak kongsi sikit apa yang mrs pip baca di web lain .. ianya tentang keberkatan doa seorang ibu. wow! beruntung kita yang masih ada ibu kan ...

Keberkatan doa seorang ibu yang kita perlu tahu
Keberkatan doa seorang ibu yang kita perlu tahu
sumber: Google

Seperti mulianya taraf seorang ibu, begitulah juga mulianya doa mereka di sisi Allah SWT. Allah telah meletakkan seseorang ibu di peringkat yang paling tinggi doanya untuk dimakbulkan. Disebabkan itulah reda dan restu dari ibu sangat penting dalam kehidupan anak-anak. Lantaran doa mereka yang tidak berhijab dengan Allah SWT itu akan memberi kemuliaan kepada anak-anak mereka kelak.
Selain itu, terdapat banyak kelebihan doa ibu yang dianugerahkan Allah SWT, antaranya;

#1 – Doa Ibu Memberi Kemuliaan

Doa seorang ibu untuk anaknya akan membawa keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Buktinya, dalam Quran tercatat doa-doa dari waita-wanita solehah seperti doa Asiyah yang memohon sebuah istana untuknya di syurga.
Selain itu, Hanah binti Faruq iaitu ibu Maryam yang ketika mengandungkan anaknya itu beliau sentiasa berdoa agar anaknya kelak menjadi orang yang berbakti kepada Allah SWT, mendapat kedudukan yang mulia serta sentiada dilindungi oleh Allah SWT sepanjang hidupnya.

#2 – Doa Ibu Dapat Menolak Fitnah

Ummu Rumman ialah ibu kepada Aisyah. Sewaktu Aisyah diuji dengan dugaan berat berupa sebuah fitnah yang mengatakan Aisyah melakukan perbuatan yang terkutuk, beliau berasa sungguh sedih.
Akibat fitnah palsu itu, masyarakat mulai memandang hina kepadanya. Aisyah sendiri berasa tertekan dan sedih sehingga mengurung dirinya di dalam biliknya dan menangis.
Ummu Rumman bermunajat dan memohon Allah menyelamatkan Aisyah daripada segala fitnah yang menimpanya. Allah SWT mengabulkan doanya itu dengan membebaskan Aisyah daripada tuduhan keji itu.
Allah swt menurunkan wahyu dan menjelaskan kejadian sebenarnya yang diada-adakan oleh Ubay bin Salul iaitu seorang yang munafik.

#3 – Doa Ibu Membawa Husnul Khatimah

Terdapat sebuah kisah tentang sahabat yang bernama Alqomah yang sukar menghadapi ajalnya. Ketika sakaratulmaut, lidahnya kelu untuk mengucapkan kalimah syahadah, sedangkan dia ialah seorang yang soleh dan kuat beribadah, berpuasa dan kerap bersedekah.
Semuanya menjadi hairan dengan keadaan Alqomah, namun Rasulullah mengetahui sebabnya, iaitu ibunya tidak reda kepadanya. Ibunya masih berasa sakit hati atas perbuatan Alqomah suatu masa dahulu.
Lalu Baginda melakukan muslihat dengan memerintahkan beberapa orang sahabat membuat persediaan membakar Alqomah. Tiba-tiba hati ibu Alqomah sedih melihat longgokan kayu untuk membakar anaknya.
Ibunya bertanya kepada Nabi SAW, “Wahai Rasulullah, apakah yang hendak engkau lakukan kepada anakku?”
Nabi menjawab, “Aku hendak membakar anakmu kerana dia tidak mungkin dia meninggal dengan tenang sekiranya engkau tidak mahu mendoakannya.”
Mendengar kata-kata Nabi itu, ibu Alqomah segera menadahkan tangan ke langit dan berdoa,
“Ya Allah, aku bersaksi kepadamu dan kepada kerasulan Nabimu. Sesungguhnya aku ikhlas atas segala perbuatan Alqomah kepadaku. Semoga dia meninggal dunia dalam husnul khatimah.”
Sebaik sahaja ibunya selesai berdoa, Alqomah dapat mengucapakan dua kalimah syahadah dengan lancar dan meninggal dunia dengan tenang. Lihatlah, dengan berkat dan doa restu ibunya, Alqomah meninggal dunia dalam husnul khatimah.

#4 – Doa Ibu Membuka Pintu Rezeki

Ibu ialah sumber kemudahan hidup bagi setiap anak. Dengan berkat doa yang selalu dipohon oleh ibu, anak-anak memperoleh rezeki melalui kejayaan dalam pelajaran, kerjaya, kesihatan yang baik serta kebaikan dalam segala aspek.
Doa-doa ibu bukan sahaja mampu mengubah kehidupan seorang anak, tetapi berupaya membuka pintu rahmat Allah SWT. Berterima kasihlah kepada ibu dan bapa kita yang tanpa jemu mendoakan kebaikan buat kita, janganlah lakukan seuatu yang membuatkan mereka mendoakan keburukan buat kita.
Nabi SAW mengingatkan:
“Keredaan Allah itu bergantung pada keredaan ibu bapa
dan kemurkaan Allah juga bergantung pada kemurkaan
ibu bapa.”

#5 – Doa Ibu Membawa Keselamatan

Nabi Muhammad SAW pernah menceritakan akan kisah seorang anak terselamat daripada menjadi mangsa serigala. Daripada Ibnu Abbas, Rasulullah berkata;
“Seorang pengemis datang meminta sedikit makanan daripada seorang wanita yang sedang makan. Apabila wanita itu melihat pengemis itu datang kepadanya, dia tidak jadi menyuapkan makanan ke mulutnya, tetapi memberikan semua makanannya kepada pengemis itu.
Tidak berapa kemudian, wanita yang memberikan sedekah itu melahirkan seorang anak lelaki. Apabila anaknya sudah boleh berjalan dan keluar bermain-main, tiba-tiba datang seekor serigala menerkam anaknya itu dan melarikan anak itu ke dalam hutan. Wanita itu mengejarnya sambil memohon pertolongan daripada Allah, ‘Anakku, anakku, ya Allah, selamatkanlah anakku!’
Allah segera memerintahkan malaikat menyelamatkan anak wanita itu daripada menjadi habuan serigala. Kemudian malaikat berkata kepada wanita itu, ‘Allah menyelamatkan kamu dan Allah berkata inilah gantinya makanan yang engkau berikan kepada seorang pengemis dahulu’.”
Selain daripada menunjukkan besarnya kesan doa seorang ibu, kisah ini juga memperlihatkan kuasa bersedekah yang membuatkan doanya mudah termakbul.

#6 – Doa Ibu Sumber Kekuatan Dan Keyakinan

Seorang anak yang taat sentiasa mengharapkan restu daripada ibunya. Keredaan dari seorang ibu menjadi kekuatan jiwa untuk anak itu, terutamanya apabila mereka berlainan pendapat dalam sesuatu perkara. Bukan sahaja ibu, bapa juga sangat berperanan dalam menjadi sumber keyakinan seorang anak.
Dalam sebuah peristiwa tentang perselisihan antara Nabi Sulaiman dengan bapanya, Nabi Daud. Dari Ibnu Abbas berkata, terdapat sekelompok kambing yang merosakkan tanaman seorang petani. Lalu petani itu mengadukan kejadian itu kepada Nabi Daud. Nabi Daud memutuskan, kambing-kambing itu perlu diserahkan kepada petani itu sebagai mengganti tanamannya yang rosak. Namun Nabi Sulaiman berpendapat keputusan itu kurang adil.
Nabi Sulaiman mengusulkan bahawa semua kambing itu diserahkan sementara kepada petani itu bagi mengambil hasilnya iaitu susu dan bulu. Sementara pemilik kambing perlu menggantikan tanaman yang rosak dengan tanaman baru. Apabila tanaman baru mengeluarkan hasil kelak, barulah pemilik kambing mengambil kambingnya semula.
Nabi Daud menilai keputusan anaknya adalah lebih baik daripada keputusannya sendiri. Dengan itu, Baginda pun bersetuju dengan anaknya. Nabi Sulaiman berasa sangat gembira. Mereka berdua berpuas hati dengan keputusan tersebut.
Nabi Sulaiman gembira dan sangat yakin pada dirinya sendiri apabila bapanya memberikan sokongan moral kepadanya. Beliau juga merasakan dirinya dihargai dan diberikan penghormatan.
Oleh itu, bersyukurlah atas segala kurniaan Allah SWT dan hargailah segala pengorbanan ibu kita dengan dengan menghormati, menyayangi dan bersikap baik pada mereka.
“Ya Allah, jadikanlah kami anak-anak yang mensyukuri segala nikmat yang engkau berikan dan mensyukuri segala petunjuk dan bimbingan orang tua kami sejak kami lahir hingga dewasa. Ampunkanlah segala dosa kami dan dosa ibu bapa kami. Sayangilah mereka sepertimana mereka menyayangi kami sewaktu kami kecil.”
Amin.
kalau korang berjauhan dari ibu korang sekalipun, jangan pernah lupa untuk mendoakan kebaikan ibu korang yer ... jauh di mata , tapi dekat di hati .... dan jemput baca entry mrs pip yang menarik di bawah ... semoga membawa manfaat kepada semua ...

Cerita si anak bersama dua biji epalnya


Pesanan Rasulullah S.A.W Untuk Anda Para Wanita Part 1


sumber asal : di sini
https://tazkirah.net/6-keberkatan-doa-ibu-yang-kita-perlu-tahu/

cheers.

Friday, 4 August 2017

Pesanan Rasulullah S.A.W Untuk Anda Para Wanita Part 1

Pesanan Rasulullah S.A.W Untuk Anda Para Wanita Part 1

hi there,

kalau minggu lepas mrs pip kongsikan mengenai Wanita Penghuni Neraka, minggu ni terbaca pula tentang pesanan nabi kesayangan kita mengenai kita wanita ... semoga kita sebagai wanita sentiasa memperbaiki diri dan berusaha untuk sentiasa berada di jalan yang diredhai Allah (bukan wanita sahaja sebaiknya, tapi juga untuk lelaki, sama sama kita berusaha semuanya untuk berada di jalan menuju ke syurga) ...

kredit: pexels.com
sebaik baik perhiasan dunia adalah wanita

Wanita adalah permata, wanita juga adalah ciptaan Allah sangat istimewa. Allah bukan sahaja memberi keistimewaan kepada wanita melalui kelebihan-kelebihan tertentu, tetapi Rasulullah s.a.w juga memberi layanan dan perhatian yang lebih kepada kaum wanita.
Malah Rasulullah s.a.w mengkhususkan beberapa pesanan untuk wanita agar menjadi muslimah yang berakhlak mulia dan dicintai Allah s.w.t dan Rasul-Nya;

#1 – Jadilah Wanita Yang Dinikahi Kerana Agama

Dari Abu Hurairah r.a, dari Rasulullah s.a.w, Baginda bersabda;
“Wanita dinikahi kerana empat hal: kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan agamanya. Nikahi wanita kerana agamanya,nescaya kamu tidak akan menyesal.”Hadis Riwayat Bukhari Muslim

#2 – Jadilah Wanita Solehah

Dari Abdullah bin ’Amr, Rasulullah s.a.w bersabda;
“Dunia itu adalah kesenangan, dan sebaik-baik kesenangan dunia adalah wanita yang solehah.”Hadis Riwayat Muslim

#3 – Jangan Berhias Secara Berlebihan

Dari Amr bin Sya’ib, dari ayahnya, dari datuknya, sesungguhnya ada seorang wanita mendatangi Rasulullah s.a.w bersama puterinya dan di tangan puterinya itu terdapat dua gelang emas yang tebal. Lalu beliau bertanya kepadanya;
“Apakah kamu mengeluarkan zakat untuk gelang emas ini?” Dia menjawab, ‘Tidak”. Baginda bersabda, “Apakah kamu mahu jika Allah memakaikan kepadamu dua gelang dari api pada hari kiamat?” Dia (perawi) berkata, “Dia pun melepaskan gelangnya itu dan menyerahkannya kepada Nabi s.a.w dan berkata, ‘kedua gelang ini adalah untuk Allah dan RasulNya.”Hadis Riwayat Abu Dawud

#4 – Jangan Tabarruj (Mempamerkan Aurat)

Dari Abu Hurairah, dia berkata Rasulullah s.a.w bersabda;
“Ada dua penghuni neraka yang belum pernah aku lihat. Satu kelompok yang membawa cemeti seperti ekor sapi, mereka memukulkan cemeti itu kepada orang-orang. Kelompok lainnya adalah wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang, mereka berlenggak-lenggok, dan kepala mereka miring seperti punduk unta, mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium wangi syurga, kerana sesungguhnya wangi syurga itu tercium dari jarak sekian dan sekian.”

#5 – Berhati-Hati Dalam Memakai Wangian

Dari Abu Musa, Nabi s.a.w;
“Jika wanita memakai minyak wangi, kemudian dia melewati sekelompok (lelaki) agar mereka dapat mencium baunya. Maka wanita itu adalah begini dan begitu (iaitu pezina).”Hadis Riwayat Abu Daud
*Disebut sebagai pezina kerana mengundang syahwat lelaki dan menyebabkan mereka melihat wanita itu.

#6 – Jauhilah Hiasan Yang Dilaknat Rasulullah

Dari Abdullah bin Mas’ud, dia berkata;
“Allah melaknat wanita yang mentatu dan ditatu, wanita yang mencukur alis dan minta dicukur, dan wanita yang mengikir giginya untuk keindahan, serta wanita yang mengubah ciptaan Allah.”
Lalu ucapan Abdullah ini sampai kepada seorang wanita dari bani Asad yang bernama Ummu Yakub dan mendatangi Abdullah bin Mas’ud seraya berkata;
“Telah sampai kepadaku khabar bahawa kamu melaknat ini dan itu.”
Abdullah berkata;
“Apa salahnya aku melaknat orang yang dilaknat Rasulullah dan hal itu terdapat pula dalam kitabullah.”
Wanita itu berkata;
“Aku sudah membaca kitabullah dari awal sampai akhir, tetapi aku tidak menemukan apa yang kamu kata itu?”
Abdullah berkata kembali;
“Jika kamu benar-benar membacanya, pasti kamu akan menemukannya. Apakah kamu membaca (ayat) apa-apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah, dan apa-apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah.”
Wanita itu berkata;
“Ya”
Kemudian Abdullah berkata;
“Sesungguhnya Allah telah melarangnya.”
Wanita itu berkata;
“Sesungguhnya aku melihat isteri dan tetanggamu melakukannya.”
Abdullah berkata;
“Pergi dan lihatlah.”
Lalu wanita itu pergi dan melihatnya, akan tetapi dia tidak mendapati apa yang dia katakannya. Abdullah berkata;
“Seandainya mereka melakukannya, sungguh aku tidak akan berkumpul dengan mereka,’ kata Abdullah.”Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

#7 – Mentaati Suami

Rasulullah s.a.w bersabda;
“Apabila seorang suami mengajak isterinya bersama, tapi dia menolak sehingga suami tidur dalam keadaan marah, maka malaikat melaknat isterinya itu sehingga datang waktu Subuh.”Hadis Riwayat Bukhari

#8 – Jadilah Wanita Yang Terbaik

Rasulullah s.a.w bertanya;
“Siapakah wanita yang paling baik itu? Wanita yang paling baik itu adalah wanita yang membuat suaminya senang.”Hadis Riwayat an-Nasa’i

#9 – Menjadi Pemimpin Di Rumah Suami

Dari Ibnu Umar ra, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda;
“Setiap kalian adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan ditanya mengenai kepemimpinanya. Isteri adalah pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya mengenai kepemimpinanya. Seorang lelaki adalah pemimpin bagi harta-harta ayahnya dan akan ditanya mengenai kepemimpinannya.”Hadis Riwayat Bukhari Muslim

#10 – Meminta Izin Untuk Mengambil Barangan Suami

Rasulullah bersabda;
“Tidak boleh bagi wanita memberikan sesuatu kecuali atas izin suaminya.”Hadis Riwayat Abu Dawud

#11 – Jangan Mengingkari Kebaikan Suami

Dari Ibnu ‘Abbas ra, dia berkata. Nabi s.a.w bersabda;
“Neraka diperlihatkan kepadaku, ternyata kebanyakan penghuninya adalah para wanita yang kufur. Lalu beliau ditanya, ‘Apakah mereka kufur kepada Allah?’ Beliau menjawab, ‘Mereka mengingkari suami dan kebaikannya. Jika kamu berbuat baik kepada salah seorang dari mereka selama setahun, kemudian dia melihat sesuatu (perbuatan buruk) darimu, maka dia berkata, ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun dari kebaikanmu’.”Hadis Riwayat Bukhari Muslim

#12 – Jadilah Wanita Yang Solehah Untuk Suami

Dari Ismail bin Muhammad bin Sa’ad bin Abi Waqqas berkata, Rasulullah s.a.w bersabda;
“Antara kebahagiaan anak cucu Adam itu ada tiga dan kesengsaraan (juga) ada tiga kebahagiaan. Yang termasuk kebahagiaan anak cucu Adam adalah wanita yang solehah, tempat tinggal yang baik, dan kenderaan yang selesa. Dan antara kesengsaraan mereka adalah wanita yang buruk, tempat tinggal yang sempit, dan kenderaan yang buruk.”Hadis Riwayat Ahmad

#13 – Berhiaslah Untuk Suami

Dari Jabir dia berkata, Rasulullah s.a.w, bersabda;
“Jika salah seorang antara kalian pulang malam (berpergian), maka janganlah dia mendatangi isteri kalian secara mendadak (tanpa pemberitahuan terlebih dahulu) sampai isteri yang ditinggal berpergian itu membersihkan diri dan menyisir rapi rambutnya.”Hadis Riwayat Bukhari Muslim

#14 – Mintalah Izin Jika Berpuasa Sunat

Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi s.a.w bersabda;
“Seorang wanita tidak boleh puasa (sunnah), sedangkan suaminya ada bersamanya (tidak berpergian), kecuali dengan izinnya.”Hadis Riwayat Bukhari Muslim

#15 – Jadikanlah Rumah Tempat Solat Yang Paling Baik

Dari Abdullah bin Suwaid al-Ansari dari Ummu Humaid, isteri Abu Humaid as-Saidi bahawasanya dia pernah datang kepada Nabi Muhammad s.a.w, lalu berkata;
“Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku ingin solat bersamamu.” Baginda berkata; “ Aku mengetahui bahawa kamu ingin solat bersamaku. Namun solatmu di bilikmu lebih baik daripada solat di kamarmu. Solatmu di kamarmu lebih baik daripada solatmu di ruangan rumahmu. Solatmu di ruangan rumahmu lebih baik daripada solatmu di masjid kaummu. Dan solatmu di masjid kaummu lebih baik daripada solatmu di masjidku ini.”Hadis Riwayat Ahmad

#16 – Menunaikan Haji Adalah Jihad Bagi Wanita

Dari Aisyah Ummul Mukminin r.a. Dia berkata;
“Wahai Rasulullah, kenapa kami tidak berperang dan berjihad bersama kalian?” Beliau menjawab, “Sesungguhnya jihad yang paling bagus (bagi wanita) adalah haji, iaitu haji yang mabrur.”
Hadis Riwayat Bukhari


sekadar untuk berkongsi, semoga bermanfaat

sumber asal : di sini

cheers
Notification
Selamat datang ke blog MrsPipDotCom. Semoga perkongsian di dalam blog ini bermanfaat untuk semua. Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan dan kolaborasi, sila email ke mrspipdotcom@gmail.com.
Done