10 Surah Dalam Al-Quran Mencegah 10 Perkara


10 Surah Dalam Al-Quran Mencegah 10 Perkara

10 Surah Dalam Al-Quran Mencegah 10 Perkara

  • Surah Al-Fatihah : mencegah kemarahan Allah
  • Surah Yasin : mencegah kehausan di hari kiamat
  • Surah Ad Dikhan : mencegah kesusahan di hari kiamat
  • Surah Waqi'ah : mencegah kefakiran
  • Surah Al Mulk : mencegah siksa kubur
  • Surah Al Kautsar : mencegah permusuhan
  • Surah AlKafirun : mencegah kekufuran ketika di cabut roh
  • Surah Al Ikhlas : mencegah kemunafikan
  • Surah Al Falaq : mencegah iri hati seseorang
  • Surah An Nas : mencegah was-was

jadi mrs pip sekadar hendak berkongsi apa yang mrs pip baca tadi, semoga bermanfaat untuk semua. bacaan surah ni sebaik baiknya dijadikan amalan harian ... 

boleh mula dengan menghafal surah surah pendek, lepas tu diikuti dengan surah panjang ... 

surah Yasin hingga sekarang mrs pip tak hafal2 lagi ;(( sedih kan ... surah al mulk pula sedang mencuba nak hafal, rasanya ada 30 ayat, tapi tu lah still tak berjaya nak ingat ...

setiap waktu yang kita ada, kalau busy sangat pun, berusaha tinggalkan sedikit untuk membaca Al-Quran ... 

tak sempat nak baca lama lama kalau busy pun tak pa, asalkan ada usaha nak membaca ... 

Al-Quran inilah nanti yang akan duduk kat dada kita bila kita mati kelak, Al-Quran inilah nanti yang akan mengiringi kita ke alam kubur, menemani kita.

busy kita untuk hal kehidupan dunia, jangan lupa busy juga untuk hal akhirat. semoga kita saling ingat mengingati sesama kita ... 

berpesan pesanlah dengan kebaikan dan kesabaran.

salam jumaat semua.

cheers.

published: 10/6/2017
republished: 27/6/2021

8 Comments

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.