Pesanan Rasulullah S.A.W Untuk Anda Para Wanita Part 1

hi there,

kalau minggu lepas mrs pip kongsikan mengenai Wanita Penghuni Neraka, minggu ni terbaca pula tentang pesanan nabi kesayangan kita mengenai kita wanita ... semoga kita sebagai wanita sentiasa memperbaiki diri dan berusaha untuk sentiasa berada di jalan yang diredhai Allah (bukan wanita sahaja sebaiknya, tapi juga untuk lelaki, sama sama kita berusaha semuanya untuk berada di jalan menuju ke syurga) ...

kredit: pexels.com
sebaik baik perhiasan dunia adalah wanita

Wanita adalah permata, wanita juga adalah ciptaan Allah sangat istimewa. Allah bukan sahaja memberi keistimewaan kepada wanita melalui kelebihan-kelebihan tertentu, tetapi Rasulullah s.a.w juga memberi layanan dan perhatian yang lebih kepada kaum wanita.
Malah Rasulullah s.a.w mengkhususkan beberapa pesanan untuk wanita agar menjadi muslimah yang berakhlak mulia dan dicintai Allah s.w.t dan Rasul-Nya;

#1 – Jadilah Wanita Yang Dinikahi Kerana Agama

Dari Abu Hurairah r.a, dari Rasulullah s.a.w, Baginda bersabda;
“Wanita dinikahi kerana empat hal: kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan agamanya. Nikahi wanita kerana agamanya,nescaya kamu tidak akan menyesal.”Hadis Riwayat Bukhari Muslim

#2 – Jadilah Wanita Solehah

Dari Abdullah bin ’Amr, Rasulullah s.a.w bersabda;
“Dunia itu adalah kesenangan, dan sebaik-baik kesenangan dunia adalah wanita yang solehah.”Hadis Riwayat Muslim

#3 – Jangan Berhias Secara Berlebihan

Dari Amr bin Sya’ib, dari ayahnya, dari datuknya, sesungguhnya ada seorang wanita mendatangi Rasulullah s.a.w bersama puterinya dan di tangan puterinya itu terdapat dua gelang emas yang tebal. Lalu beliau bertanya kepadanya;
“Apakah kamu mengeluarkan zakat untuk gelang emas ini?” Dia menjawab, ‘Tidak”. Baginda bersabda, “Apakah kamu mahu jika Allah memakaikan kepadamu dua gelang dari api pada hari kiamat?” Dia (perawi) berkata, “Dia pun melepaskan gelangnya itu dan menyerahkannya kepada Nabi s.a.w dan berkata, ‘kedua gelang ini adalah untuk Allah dan RasulNya.”Hadis Riwayat Abu Dawud

#4 – Jangan Tabarruj (Mempamerkan Aurat)

Dari Abu Hurairah, dia berkata Rasulullah s.a.w bersabda;
“Ada dua penghuni neraka yang belum pernah aku lihat. Satu kelompok yang membawa cemeti seperti ekor sapi, mereka memukulkan cemeti itu kepada orang-orang. Kelompok lainnya adalah wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang, mereka berlenggak-lenggok, dan kepala mereka miring seperti punduk unta, mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium wangi syurga, kerana sesungguhnya wangi syurga itu tercium dari jarak sekian dan sekian.”

#5 – Berhati-Hati Dalam Memakai Wangian

Dari Abu Musa, Nabi s.a.w;
“Jika wanita memakai minyak wangi, kemudian dia melewati sekelompok (lelaki) agar mereka dapat mencium baunya. Maka wanita itu adalah begini dan begitu (iaitu pezina).”Hadis Riwayat Abu Daud
*Disebut sebagai pezina kerana mengundang syahwat lelaki dan menyebabkan mereka melihat wanita itu.

#6 – Jauhilah Hiasan Yang Dilaknat Rasulullah

Dari Abdullah bin Mas’ud, dia berkata;
“Allah melaknat wanita yang mentatu dan ditatu, wanita yang mencukur alis dan minta dicukur, dan wanita yang mengikir giginya untuk keindahan, serta wanita yang mengubah ciptaan Allah.”
Lalu ucapan Abdullah ini sampai kepada seorang wanita dari bani Asad yang bernama Ummu Yakub dan mendatangi Abdullah bin Mas’ud seraya berkata;
“Telah sampai kepadaku khabar bahawa kamu melaknat ini dan itu.”
Abdullah berkata;
“Apa salahnya aku melaknat orang yang dilaknat Rasulullah dan hal itu terdapat pula dalam kitabullah.”
Wanita itu berkata;
“Aku sudah membaca kitabullah dari awal sampai akhir, tetapi aku tidak menemukan apa yang kamu kata itu?”
Abdullah berkata kembali;
“Jika kamu benar-benar membacanya, pasti kamu akan menemukannya. Apakah kamu membaca (ayat) apa-apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah, dan apa-apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah.”
Wanita itu berkata;
“Ya”
Kemudian Abdullah berkata;
“Sesungguhnya Allah telah melarangnya.”
Wanita itu berkata;
“Sesungguhnya aku melihat isteri dan tetanggamu melakukannya.”
Abdullah berkata;
“Pergi dan lihatlah.”
Lalu wanita itu pergi dan melihatnya, akan tetapi dia tidak mendapati apa yang dia katakannya. Abdullah berkata;
“Seandainya mereka melakukannya, sungguh aku tidak akan berkumpul dengan mereka,’ kata Abdullah.”Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

#7 – Mentaati Suami

Rasulullah s.a.w bersabda;
“Apabila seorang suami mengajak isterinya bersama, tapi dia menolak sehingga suami tidur dalam keadaan marah, maka malaikat melaknat isterinya itu sehingga datang waktu Subuh.”Hadis Riwayat Bukhari

#8 – Jadilah Wanita Yang Terbaik

Rasulullah s.a.w bertanya;
“Siapakah wanita yang paling baik itu? Wanita yang paling baik itu adalah wanita yang membuat suaminya senang.”Hadis Riwayat an-Nasa’i

#9 – Menjadi Pemimpin Di Rumah Suami

Dari Ibnu Umar ra, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda;
“Setiap kalian adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan ditanya mengenai kepemimpinanya. Isteri adalah pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya mengenai kepemimpinanya. Seorang lelaki adalah pemimpin bagi harta-harta ayahnya dan akan ditanya mengenai kepemimpinannya.”Hadis Riwayat Bukhari Muslim

#10 – Meminta Izin Untuk Mengambil Barangan Suami

Rasulullah bersabda;
“Tidak boleh bagi wanita memberikan sesuatu kecuali atas izin suaminya.”Hadis Riwayat Abu Dawud

#11 – Jangan Mengingkari Kebaikan Suami

Dari Ibnu ‘Abbas ra, dia berkata. Nabi s.a.w bersabda;
“Neraka diperlihatkan kepadaku, ternyata kebanyakan penghuninya adalah para wanita yang kufur. Lalu beliau ditanya, ‘Apakah mereka kufur kepada Allah?’ Beliau menjawab, ‘Mereka mengingkari suami dan kebaikannya. Jika kamu berbuat baik kepada salah seorang dari mereka selama setahun, kemudian dia melihat sesuatu (perbuatan buruk) darimu, maka dia berkata, ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun dari kebaikanmu’.”Hadis Riwayat Bukhari Muslim

#12 – Jadilah Wanita Yang Solehah Untuk Suami

Dari Ismail bin Muhammad bin Sa’ad bin Abi Waqqas berkata, Rasulullah s.a.w bersabda;
“Antara kebahagiaan anak cucu Adam itu ada tiga dan kesengsaraan (juga) ada tiga kebahagiaan. Yang termasuk kebahagiaan anak cucu Adam adalah wanita yang solehah, tempat tinggal yang baik, dan kenderaan yang selesa. Dan antara kesengsaraan mereka adalah wanita yang buruk, tempat tinggal yang sempit, dan kenderaan yang buruk.”Hadis Riwayat Ahmad

#13 – Berhiaslah Untuk Suami

Dari Jabir dia berkata, Rasulullah s.a.w, bersabda;
“Jika salah seorang antara kalian pulang malam (berpergian), maka janganlah dia mendatangi isteri kalian secara mendadak (tanpa pemberitahuan terlebih dahulu) sampai isteri yang ditinggal berpergian itu membersihkan diri dan menyisir rapi rambutnya.”Hadis Riwayat Bukhari Muslim

#14 – Mintalah Izin Jika Berpuasa Sunat

Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi s.a.w bersabda;
“Seorang wanita tidak boleh puasa (sunnah), sedangkan suaminya ada bersamanya (tidak berpergian), kecuali dengan izinnya.”Hadis Riwayat Bukhari Muslim

#15 – Jadikanlah Rumah Tempat Solat Yang Paling Baik

Dari Abdullah bin Suwaid al-Ansari dari Ummu Humaid, isteri Abu Humaid as-Saidi bahawasanya dia pernah datang kepada Nabi Muhammad s.a.w, lalu berkata;
“Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku ingin solat bersamamu.” Baginda berkata; “ Aku mengetahui bahawa kamu ingin solat bersamaku. Namun solatmu di bilikmu lebih baik daripada solat di kamarmu. Solatmu di kamarmu lebih baik daripada solatmu di ruangan rumahmu. Solatmu di ruangan rumahmu lebih baik daripada solatmu di masjid kaummu. Dan solatmu di masjid kaummu lebih baik daripada solatmu di masjidku ini.”Hadis Riwayat Ahmad

#16 – Menunaikan Haji Adalah Jihad Bagi Wanita

Dari Aisyah Ummul Mukminin r.a. Dia berkata;
“Wahai Rasulullah, kenapa kami tidak berperang dan berjihad bersama kalian?” Beliau menjawab, “Sesungguhnya jihad yang paling bagus (bagi wanita) adalah haji, iaitu haji yang mabrur.”
Hadis Riwayat Bukhari


sekadar untuk berkongsi, semoga bermanfaat

sumber asal : di sini

cheers

Post a Comment

4 Comments

  1. Perkongsian yg sgt baik utk di baca oleh semua terutama wanita. Semoga kita sentiasa berusaha utk menjadi bidadari para suami. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  2. Salam Jumaat Mrs Pip..semoga kita menjadi wanita serta isteri yang baik akhlak dan yg terbaik buat suami kita..InsyaAllah

    ReplyDelete
  3. Perkongsian yang sangat baik. :)

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.