Halau Semut Dengan Berkesan

Hello semua. Kes semut datang menyerang rumah ni memang Mrs Pip dah naik pening mau halau. Semut ni naik serang kawasan bilik tidur, dalam almari pakaian, dalam kabinet laci, di dapur dan di tandas. 

hapuskan semut dengan berkesan

Memang setiap hari kena bersihkan laluan semut dengan sabun pencuci, dengan harapan semut-semut semua ni pergilah balik rumah sendiri, tapi dia degil sangat. Dah lah datang serang rumah dengan kuncu-kuncunya, siap buat koloni lagi dalam laci baju, tu pun kebetulan nak bersihkan laci spring cleaning buang barang yang tidak digunapakai. Sekali buka laci, keluarkan barang, eh eh berpuak-puak pula mereka tinggal dengan selesa dalam laci Mrs Pip. 

halau semut dengan berkesan
Gambar di atas diambil selepas Mrs Pip berjaya hapuskan mereka. Sangat-sangat banyak, ni hanya sebahagian sahaja yang berjaya dihapuskan. 

Penatlah begini. Mr. Husband dah complained banyak kali dia kena gigit semut time tidur. Gegirl pun sama, lewat malam bangun menangis, dia bagitau belakang badan gatal, sekali tengok 4bekas gigitan semut dekat belakang badan dia. 

Stress kita. Hari-harilah juga bagitau semut ni semua tolonglah pindah sebelum Mrs Pip racun kan korang. Hari-hari kita suruh dia pindah, tapi makin membiak la pula. 

Jadi, apa pilihan yang Mrs Pip ada? Rasa serba salah sangat tau. Niat dihati kalau boleh memang tidak mau musnahkan mereka, tapi kalau sudah terlalu banyak sehingga mengganggu kita, memang tiada pilihan kecuali hapuskan mereka. 

racun semut dan lipas terbaik

Jadi, mahu tidak mahu, tiada pilihan lain melainkan terpaksalah Mrs Pip beli racun semut ROACH & ANT seperti gambar di atas. 

Selain hilangkan semut, racun ni juga berkesan hilangkan lipas. Sebotol kecil 10ml. Harga pula sekitar RM4.00 ++ sahaja. Hanya guna satu dua titik dekat satu-satu tempat di laluan semuat dan biarkan sahaja begitu. 

cara berkesan bunuh lipas dan semut

Tepi tingkap ni antara laluan semut yang paling meriah. Dekat sini Mrs Pip letak sekitar 4 titis racun ROACH & ANT tu, selepas semalaman, hasilnya macam ni, ramai yang kecundang. Tapi Mrs Pip memang tidak sangka sebegini banyak semut yang mati. 

Selain kawasan bilik, semut menyerang kawasan balkoni, tapi Mrs Pip tutup mata sajalah since semut-semut tu semua hanya lalu lalang di kawasan balkoni, selagi tak menganggu, biarlah mereka di sana. 

racun semut dan lipas yang berkesan

Beginilah rupa sebotol racun semut ni. 10ml sahaja, siap dengan label RACUN/POISON. Sila simpan di tempat yang selamat, jauh dari kanak-kanak. 

Mrs Pip beli di Shopee sahaja. Harga pun sangat marhaen, dan sangat berkesan. 

Boleh tengok link untuk 

Kalau dekat TikTok pun ada juga

Diharap lepas ni, tiadalah lagi semut datang menyerang masuk rumah. Mrs Pip penat bah kena periksa laluan semut, kena bongkar kain2 di almari risau dorang buat sarang, kena buka semua buku di rak buku takut dorang serang buku-buku pula, lepas tu kena bersihkan kawasan laluan semut tu, kena kemas semula semua yang Mrs Pip bongkar tadi. 

Semoga perkongsian Mrs Pip ni membantu semua yang ada masalah semut naik rumah dan serang kawasan rumah korang. 


Cheers. 

____________________

"Life is not always beautiful and perfect, but as long as you are happy and grateful, life will always be perfect and beautiful"

Seedbacklink

Post a Comment

0 Comments