20 Idea aktiviti bersama anak-anak pada musim cuti sekolah - Cerita Cinta Surirumah

Monday, 3 December 2018

20 Idea aktiviti bersama anak-anak pada musim cuti sekolah

20 Idea aktiviti bersama anak-anak pada musim cuti sekolah || hi there, cuti sekolah dah start kan ... so ramai la juga mak mak yang up status stress layan karenah anak bila cuti sekolah, penat, mak yang cantik tetiba menjadi singa lapar dan sebagainya ... 

well, mak mak semua, I FEEL YOU ... mrs pip pun ada dua orang anak yang boleh tahan kaki gaduh sesama sendiri, penat bebel bebel tapi dorang tak layan kita bebel ... penat juga nak marah marah jadi mak garang!

so, mrs pip dan mr.Husband dah siap siap rancang apa nak buat selama cuti sekolah lil' Iman dan lil' Amin ni .... kalau tak rancang awal awal nak bagi budak budak ni buat apa time cuti sekolah, nanti silap silap haribulan, mrs pip bukan bertukar jadi singa lapar tau, risau jadi AHLI SIHIR JAHAT ! hiks. mulut kalau marah, macam macam ayat boleh keluar kan ... 

ok, cuti budak budak ni ada 5 weeks la gitu ... so nak buat apa dalam 5 weeks ni eh? ... ni apa yang mrs pip plan buat untuk dorang ...

Kelas Tuition : Isnin - Rabu (9am - 11.30am) half day rumah aman tenteram coz budak budak ni pi kelas tuition ... so, mrs pip ada masa nak me-time, nak kemas rumah spring cleaning dan update blog sebelah siang ... selalu mmg update blog sebelah malam ...

let say kalau teda kelas tuition, so lepas sarapan dan mandi pagi, mrs pip akan duduk bersama dorang buat work sheet sama ada maths, BM, BI, bahasa Cina, Agaama atau Sains ... biasanya ni ambil masa 1 jam ...

lepas tu bagi dorang bermain / tengok TV sambil tunggu lunch hour ... siap lunch, mrs pip bagi dorang tengok TV / bermain / tidur petang till 5PM ... 

after 5pm, kena buat work sheet lagi dalam 1 jam, then standby makan malan jam 7pm ... lepas tu rutin malam memang mrs pip ajak dorang kemas bilik dorang ... mainan kena letak dalam box, kalau ada kertas yang disepahkan kena buang kalau tak nak guna, buku buku dan alat tulis kena letak atas meja belajar ...

lepas tu tengok TV sekejap, dan 8.30pm kena masuk tidur ... 

20 Idea aktiviti bersama anak-anak pada musim cuti sekolah
20 Idea aktiviti bersama anak-anak pada musim cuti sekolah
kredit gambar : pexels.com

tapi selain tu, mrs pip juga plan untuk aktiviti lain , tak boleh asyik buat work sheet sahaja kan, tak bolehlah asyik perap dalam rumah ulang aktiviti yang sama saja , nanti bosan juga anak anak ni ... 

jadinya ni di antara 
20 aktiviti yang boleh dibuat semasa cuti sekolah:-

  • Aktiviti melukis dan mewarna
  • Bawa anak ke masjid - Iman hari tu tanya daddy bila nak bawa dia pigi rumah Allah 
  • Buat lawatan sambil belajar seperti pergi zoo atau kebun buah - boleh ajar anak anak kenali jenis haiwan / tumbuhan
rabbit land singgah bayu
rabbit land singgah bayu

kenalkan Iman n Amin dengan rabbit pasal budak2 ni asyik tanya macam mengenai arnab selepas menonton movie Peter Rabbit
  • Bawa naik kenderaan awam sambil eksplorasi kawasan setempat 
  • Piknik di tepi pantai - ni fav anak anak mrs pip
pantai pimping
pantai pimping

seronok lil' Iman n lil' Amin bermain di tepi pantai
  • Bawa jalan jalan pigi tamu minggu sambil ajar anak anak nama sayur/buah/kuih dan sebagainya yang ada dijual kat tamu minggu tu
  • Baca buku cerita - ni boleh buat setiap malam sebelum anak anak masuk tidur 
  • Origami mudah
  • Menghafal surah ringkas - hope Iman n Amin boleh hafal ayat kursi dan surah al-fatihah dengan lancar
  • Memenuhi undangan walimatulurus - kalau dapat jemputan, why not bawa anak anak so that dorang boleh belajar adab bertandang dan kenal ahli saudara / kawan parents yang lain
  • Main board games (disesuaikan dengan usia anak anak) - seperti snake and ladder 
  • Boleh main card games seperti kad Uno , atau bermain Jenga
  • Main permainan zaman dulu - batu seremban, batu tujuh, congkak, main tepak, main engkek-engkek (ni panggilan sabahan la), main potong ayam (ingat tak lagi nak main macam mana?), main guli, atau apa apa permainan yang kita dulu time kecik kecik selalu main ... down to memory lane :))
batu tujuh atau batu seremban
batu tujuh atau batu seremban

bilamana mrs pip dapat tahu rakan uni mrs pip bisnes jual batu seremban, terus order dekat dia ... siap order 2 set ... di Sabah ianya dikenali dengan Batu Tujuh, tapi rakan rakan sekolah mrs pip time sekolah rendah yang berasal dari semenanjung, dorang bgtau ianya dikenali dengan batu seremban menggunakan hanya 5 biji batu sahaja.

selain tu, rakan uni mrs pip juga bisnes barut dan bedung pada harga yang berpatutan, yang berminat bolehlah order kat IG atau shopee shop dia

  • Road trip / road tour / travel / holidays
fatt choi coffee tenom
fatt choi coffee tenom

hari tu sempat bawa anak-anak road trip ke Tenom, ianya mengambil masa kira-kira 2 jam perjalanan menaiki kereta dari rumah kitorang. Tenom ni ada beberapa tempat menarik untuk dikunjungi, salah satunya ialah di Fatt Choi Coffee Cabin. 

  • Main masak masak / buat makanan ringkas seperti ajar anak buat sandwich
  • Melawat saudara mara
  • Menonton movie bersama 
  • bawa anak spring cleaning bilik tidur mereka - contohnya minta anak anak pilih mana mana pakaian yang mereka dah tak nak guna / tak nak pakai / tak muat, diasingkan dan kemas almari baju mereka bersama - sama
  • Berkebun 
  • Bawa anak-anak ke perpustakaan
korang ada idea yang lain tak? ni idea yang mrs pip nak buat bersama Iman dan Amin sempena cuti sekolah ni ... hope mereka happy sepanjang cuti sekolah, dan hope la juga Mak Pip tak jadi singa lapar sepanjang cuti sekolah ni ... hehe.




A post shared by Emphi Yap (@mrspip18) on

dan selain tu, kalau anak anak dengar cakap sepanjang minggu tu kan, why not REWARD anak anak dengan sesuatu yang dorang suka such as sesekali belanja anak anak makan aiskrim , makan kek, berikan hadiah (alat tulis, pensel warna, buku mewarna, buku cerita, toys, etc) ...

rasanya banyak idea menarik yang parents boleh buat bersama anak anak sempena cuti sekolah ni kan, cumanya kita kena banyak cari idea apa aktiviti yang sesuai utk anak anak kita ni ...

hope we all will be able to be a cool mom during this school holiday ya!

happy parenting.

cheers.

16 comments:

  1. wahh.. bagus idea2 ni mrs pip.. anak2 asyik bertanya je nak buat apa cuti sekolah.. bawa balik kg pun ok juga.. byk aktiviti anak2 buat bila balik kg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak anak kalau duduk rumah mesti bosan, so kalau ada masa lapang, why not kita entertain dorang kan ...byk aktiviti yg best2 parents share online, ni sebahagian saja yg mrs pip plan nak buat ...

      Delete
  2. good tips mrspip.. mama pun nak hantar syafi start esok belajar di sekolah persediaan utk upkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus juga buat persediaan upkk awal awal kan ..

      Delete
  3. Seronok juga 20 idea yang mrs pip share ini..

    ReplyDelete
  4. good idea tu mrs pip..hope semua plan berjalan lancar..hehe..terisi aktiviti lil iman & amin cuti2 sekolah ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap harap budak Iman n Amin ni kurang gaduh bila byk aktiviti.

      Delete
  5. Aktiviti time cuti sekolah memang bawa berjalan je lah dalam list. Tak pun main game riadah kat rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asalkan aktiviti yg dibuat bermanfaat kan ... Jalan jalan pun best juga, boleh budak2 explore tempat tu kan..

      Delete
  6. Banyak aktiviti boleh dibuat masa cuti sekolah. siap siapkan jadual confirm seronok cuti sekolah dorang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg dah set jadual budak2 ni awal, so mmg every week ada ja aktiviti mau dibuat ..

      Delete
  7. bgus ni kak mengelakkan dr mom mom bertukar jd singa, sha pernah jadi hahhaa dkt anak buah

    ReplyDelete