Nama penuh Baby NH - Cerita Cinta Surirumah

Thursday, 30 August 2018

Nama penuh Baby NH

hi there, straight to the point! hari ni nak share dengan semua nama penuh Baby NH ... ekceli nama ni kita dah pilih since last year waktu mrs pip pregnant tapi nasib tidak menyebelahi kitorang bilamana pregnancy mrs pip mengalami keguguran pada minggu ke-6 ... bila dah miscarriage tu, nama NH kita simpan untuk next baby ... dan kandungan yang gugur tu, kitorang sepakat bagi nama 'Muhammad' since ada yang bagi nasihat molek diberi nama 'Muhammad' walaupun bayi tu gugur tanpa diketahui jantinanya, semoga menjadi anak syurga mommy daddy ...

Baby NH sejurus selepas kelahiran
Baby NH sejurus selepas kelahiran

untuk Baby NH yang lahir pada 20.08.2018, mrs pip dan mr.Husband selesa untuk berikan nama NAMI HEAVENLEE ... pasti ramai yang tahu, NAMI merupakan sebuah pulau yang terletak di Chuncheon , Korea Selatan, dan merupakan sebuah pulau yang agak terkenal selepas penggambaran drama Winter Sonata satu masa dulu ... nama Baby NH, nama "NAMI" diambil sempena nama Pulau Nami tersebut since mr.Husband jatuh hati dengan pulau Nami selepas melawat pulau tu beberapa tahun lepas  ... T_T


Nami Heavenlee
Nami Heavenlee

untuk nama "HEAVENLEE" pula , ianya diambil dari perkataan asal "HEAVEN" yang bermaksud syurga ...

Nami Heavenlee
Nami Heavenlee

manakala "LEE"itu sendiri mempunyai beberapa maksud tersendiri antaranya : shelter, protection, cover, refuge, safety, security, sanctuary, haven, shield

Baby and I ; our little Nami Heavenlee
Baby and I ; our little Nami Heavenlee
semoga Nami Heavenlee tumbuh membesar menjadi anak yang soleh dan sentiasa dalam lindungi Allah SWT ... amin, amin, amin ya rabbal alamin.

dan nak tahu perjalanan kelahiran Baby NH? boleh baca
  

doakan mrs pip menjadi mommy yang berjaya dunia akhirat dalam membesarkan anak anak ... buat Iman Rafael dan Amin Johansen, kasih sayang mommy tidak berubah terhadap korang dengan kehadiran Nami Heavenlee, sayang mommy buat semua anak anak mommy tidak berbelah bagi dan sentiasa utuh selamanya ...

love all my three of you, my NYAWA .

happy parenting.

cheers. 

19 comments:

  1. Tahniah.
    Semoga baby dan ibunya sentiasa sihat

    ReplyDelete
  2. Dah agak mesti nama Nami tu sempena pulau nami kat korea..hehe..moga baby Nami membesar jadi anak yg baik, dgr kata n berjaya.. Aamiin..

    ReplyDelete
  3. wahh indah sungguh namanya mrs pip..tahniah sekali lagi dear

    ReplyDelete
  4. semoga Nami Heavenlee sihat dan menjadi anak yang solehah..tahniah Mrs Pip dan husband...yeahh tahun depan tambah ahli lagi..hehe

    ReplyDelete
  5. aototototot comeynyaaa lahai gigi gebus hehehe =D

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Nama yang dipendam sekian lama ...

      Delete
  7. nama yang unik dan maksud yang sangat bagus!moga membesar dengan sihat walafiat..amin..

    ReplyDelete
  8. Tahniah.. semoga diberi kesihatan yg berterusan. comel :)

    ReplyDelete
  9. Hi nami.... Kawaii... Dr Korea tu.. Cute nama senang nk panggil but awa suka heavenly walau ejaan adalah heavenlee... Unik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heavenly tu kita simpan utk gegirl, tapi boboi pula yg keluar, so terpaksa tukar ejaan pergi Heavenlee tuk baby boy ...

      Delete
  10. Uniknya nama dia, banyak maksud cantik rupanya si comel nami ni. Semoga kak pip and nami sihat selalu.

    ReplyDelete