Jurnal kelahiran Baby NH || 20.08.2018 - Cerita Cinta Surirumah

Monday, 27 August 2018

Jurnal kelahiran Baby NH || 20.08.2018

Jurnal kelahiran Baby NH || hi there, alhamdulillah .... hari ini genaplah seminggu umur baby NH ... baby NH berada dalam keadaan yang sihat, dan mrs pip juga semakin beransur sihat dan kembali bertenaga selepas melahirkan baby ... well, almaklumlah melahirkan baby ni memang banyak tenaga dan kudrat hilang :)) ... mrs pip sedang berpantang, dan buat mrs pip, memang akan berpantang penuh selama 60 hari , makan , minum , dan keperluan berpantang dijaga dan disediakan sepenuhnya oleh mr.Husband T_T (kenyit kenyit mata, I lap lap you mr.Husband ... saranghae!) ... jom follow jurnal kelahiran Baby NH ...

yeah! delivery done :))


17.08.2018 (Jumaat / Tengahari) 
  • Spotting kelihatan 

18.08.2018 (Sabtu )
  • Bleeding / spotting , half pantyliner soaked

19.08.2018 (Ahad) >>> False Alarm
  • sekitar Subuh, perut terasa sakit semacam
  • sekitar 8.00 pagi , ke Hospital Beaufort untuk pemeriksaan
  • 9.00 pagi - 11.00 pagi , pemeriksaan dijalankan dan doktor mengesahkan belum ada tanda tanda jelas untuk delivery ...

20.08.2018 (Isnin) 
  • jam 2.18 pagi , perut terasa sakit dan soft contraction mula terasa. observed soft contraction every 15 to 10 minutes ...
  • jam 8.30 pagi, tiba di Hospital Beaufort untuk pemeriksaan, confirmed cervix dilate at 3cm , so terus masuk wad bersalin ...soft contraction berlarutan sehingga sekitar jam 4.45 petang
  • jam 4.45 petang contraction semakin kuat dan sakit
  • jam 7.00 petang, cervix dilate at 5cm
  • jam 7.30 petang, masuk labour room ... cervix dilate further at 7cm ...contraction bertambah sakit, tapi air ketuban belum pecah
  • selepas menunggu lebih sejam (sekitar 8.30 malam) cervix dilate 8cm, dan pasukan jururawat mengambil keputusan untuk pecahkan air ketuban untuk menyegerakan proses kelahiran ... time ni memang agak letih kerana contraction mengambil masa yang terlalu lama (since jam 2.18 pagi) untuk menunggu bukaan penuh ... cervix dilate at 9cm, tapi contraction belum cukup kuat untuk push baby keluar ... perut masih terasa 'soft' ...
  • 9.15 malam, ready for delivery ... contraction bertambah kuat, perut cukup keras dan sakit untuk meneran ...
  • 9.25 malam, delivery successful.
Ambil angin di Taman Terapeutik, Hospital Beaufort
20.08.2018 @ 10.30 am

Baby NH
EDD : 28.08.2018

Tarikh Kelahiran : 20.08.2018 (38 Minggu 6 Hari)

Masa Kelahiran : 9.25 malam

Jantina : Lelaki

Berat : 3.13 kg

Panjang : 52cm

Lilitan Kepala : 33 cm

Lilitan dada: 32 cm

Disambut oleh : JM Noor Afizza Affifi

Bersalin normal 


ketika contraction/proses bersalin bermula, antara perkara yang mrs pip lakukan :-
  • rekod selang masa setiap contraction dan tahap kesakitan
  • banyakkan bergerak dan berharap cervix dilate dengan cepat
  • banyakkan minum air 
  • tidak fokus terhadap contraction, sebaliknya lakukan aktiviti ringan seperti mendengar muzik, baca buku, istifgar, selawat, baca ayat kursi dan sebagainya
  • ketika contraction semakin kuat, lakukan teknik pernafasan dan sentiasa dalam mode tenang
  • berehat secukupnya untuk memastikan tenaga disimpan untuk proses delivery nanti kerana ketika delivery, banyak tenaga diperlukan untuk push out baby keluar
  • jangan skip makan , dan makanlah makanan / snek ringan selepas makan makanan utama ... jangan biarkan diri rasa lapar
  • bawalah minuman atau snek ringan di dalam labour room kerana proses bersalin mengambil masa dan mungkin akan berasa haus dan lapar 
  • pastikan bersalin dengan teknik yang betul agar proses bersalin berjalan dengan lancar

mrs pip berterima kasih dengan mr.Husband yang temankan mrs pip di dalam labour room sepanjang proses untuk melahirkan Baby NH ... since tempoh contraction yang agak lama untuk tunggu cervix dilate sepenuhnya, memang mrs pip terasa letih dan lenguh di bahagian kaki ... bukan setakat lenguh, entah brapa kali kaki terasa kejang ... dan sakit belakang yang amat sangat, sampaikan time push tu memang rasa mcm tidak larat untuk angkat badan ... lucky mr.Husband ada bersama, bantu mrs pip untuk tolak badan ke depan dan push baby keluar ...

selain tu, mrs pip berterima kasih juga dengan pasukan jururawat yang menguruskan kelahiran Baby NH, you all were so awesome that night ... pasukan jururawat yang sangat baik, beri kata kata perangsang, dan sentiasa ingatkan mrs pip agar pastikan kedudukan pelvic tidak diangkat untuk mengelakkan tear sewaktu bersalin, dan bantu mrs pip untuk memudahkan delivery of Baby NH ... dan sepanjang di dalam labour room tu, pasukan jururawat berusaha untuk buat mrs pip berasa selesa ... thanks for your great hospitality ...

dan terima kasih juga buat mother-in-law dan ahli keluarga yang lain yang menjaga lil' Iman dan lil' Amin dengan baik ketika ketiadaan mrs pip ... love you MIL :)) ...

untuk mommies yang bakal melahirkan anak, mrs pip ucapkan semoga delivery journey korang dipermudahkan ... untuk yang muslim, banyakkan istighfar, dan baca ayat kursi dan berdoa mohon kepada yang Maha Kuasa agar proses bersalin dilalui dengan lancar ...


insya allah, nanti mrs pip share gambar Baby NH ... thanks juga kepada semua yang mendoakan mrs pip ... love you all...

dan kalau mommies nak info lanjut mengenai Labor and Birth, boleh rujuk laman web


cheers.

22 comments:

  1. Thanks Mrs Pip sebab bagi ilmu ,walaupun kita ni tak kawin lagi tapi pesanan Mrs Pip akan tetap kita simpan dalam kepala, thanks yaa.

    Rehat banyak-banyak okeh and selamat berpantang 😉

    Mija

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah both baby and mummy sihat. selamat berpantang happy berehat =)

    ReplyDelete
  3. saya suka baca stori orang bersalin. Tahniah rs pip. and thanks you sebab sudi share your labour story

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks DP ... buat jurnal ni so in future bolehlah imbas kembali dgn anak anak apa yg berlaku sewaktu kelahiran dorg kan...

      Delete
  4. alhamdulilah selamat kak pip melahirkan anak huhu..seram plak sha..tp kena kuat tuk baby..smoga dipermudahkan pla turn sha nnt..ok sha da saved link tu, thnks for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan nervous Sha... baca banyak2 ilmu melahirkan anak, lepas tu pilih mana yang Sha rasa selesa ... nak bersalin ni pun, kena ada ilmu juga :))

      Delete
  5. Alhamdulillah Kak~ Allah permudahkan buat akak sekeluarga.. Semoga terus sihat, ceria dan kuat :) Nice sharing. InsyaAllah bermanfaat walaupun belum berkahwin hehe~

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah tahniah Mrs pip & family. Moga baby jadi anak yg soleh,sihat & dilindungi-Nya sentiasa.

    Tak sempat raya lah ye Mrs pip :) take care ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Puan Hazel..
      mmg tak sempat raya hari tu...

      Delete
  7. alhamdulillah..tahniah mrs pip ;)

    ReplyDelete
  8. thansk dear for ilmu...lama dah xmasuk laboour room,dah 10 tahun berlalu...excited n plus neves juga ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. All the best Irda ...
      hope Irda deliver baby pun nanti, dipermudahkan semuanya.

      Delete
  9. alhamdulillah akakkk. smuanya dipermudahkan.. cntik sngt date tu.. <3

    ReplyDelete
  10. Wahh tahniah dapat baby baru. :) Bagusnya ada jurnal macam ni. Esok2 kalau baca balik mesti dok senyum je.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah.. boleh jadi rujukan kepada bakal ibu. :)

    ReplyDelete